You are on page 1of 1

PROJEK VERMIKOMPOS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK


Langkah Aktiviti Catatan
1 Bengkel : Telah dilaksanakan
Menyediakan campuran bahan untuk vermireaktor pada 3 Julai 2010
2 Penjagaan:
a. Vermireaktor ditempatkan di tempat yang sesuai dan selamat
- terlindung dari panas dan hujan, di luar bangunan
b. Campuran dipastikan lembap, tetapi tidak basah
(sembur campuran dengan air setiap 2 hari, menggunakan bekas
semburan sekiranya perlu)
3 Pengumpulan Data: Data direkod dalam
Buku Data:
a. Setiap Hari:
i. Kehadiran kokoon. Jadual 4
Catatkan tarikh kokoon mula dihasilkan, bilangan kokoon pada
tarikh-tarikh berikut, warna kokoon dan perubahan warnanya
sehingga anak cacing keluar dari kokoon, dan tarikh anak cacing
keluar dari kokoon. Panjang anak cacing boleh dicatat.
b. Setiap Minggu:
i. Jisim vermireaktor dan isi kandungannya Jadual 2
c. Setiap 4 Minggu:
i. Asingkan cacing daripada vermikompos.
ii. Catatkan jisim vermikompos Jadual 2
iii. Catatkan jisim dan bilangan cacing. Panjang cacing boleh juga Jadual 3
dicatat.
iv. Vermikas dituai dan jisimnya dicatat (ruang catatan dalam Jadual 3
Jadual 3)
v. Campuran bahan baru disediakan seperti dalam Langkah 1, dan
semua cacing dikembalikan ke dalam vermireaktor
vi. Ulang Langkah 1– 3 sehingga tamat tempoh projek
4 Buku Log
Buku log guru dan buku murid disediakan.
Rekodkan pengalaman anda dalam buku log ini – pemerhatian,
refelksi, masalah, cara penyelesaian masalah dan sebagainya.
5 Blog Sekolah
i. Setiap sekolah mengadakan sebuah blog untuk merekod
perjalanan projek.
ii. Murid diminta memuatkan pandangan, cadangan dan
perbincangan mereka dalam ruang komen blog bagi setiap tajuk
yang dikemukakan dalam blog.
iii. Murid juga diminta memuatkan pandangan, ulasan dan
perbincangan dalam blog sekolah lain yang terlibat dengan projek
ini
6 Blog Utama USM (ruvcomp.blogspot.com)
Murid dan guru digalakkan mengemukakan pandangan, cadangan
dan perbincangan dalam blog ini.
Pertanyaan kepada pakar boleh dikemukakan menerusi blog ini.

Terima kasih kerana bekerjasama menjayakan projek ini

You might also like