You are on page 1of 18

SULIT 3757/2

3757/2
Ekonomi Asas
Kertas 2
2 jam

PERSIDANGAN
KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) CAWANGAN MELAKA
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PELAJARAN MELAKA
____________________________________________________
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010
EKONOMI ASAS
Kertas 2
Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.Sekiranya
ruang dalam buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan
daripada pengawas peperiksaan. Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan
dihantar bersama-sama buku jawapan pada akhir peperiksaan.
4. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam
Bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian B.
5. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan
dalam kurungan.
6. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang
telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru.
7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.


SULIT 3 3757/2

Bahagian A

[75 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

Kerajaan terpaksa menangguhkan projek


pembinaan lapangan terbang baru yang
menelan belanja berbilion ringgit kerana
kegawatan ekonomi negara.

Gambar 1

1 (a) Berdasarkan gambar1 di atas, terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh
pihak tersebut. (6 markah)

PERCUMA Setiap belian satu unit


komputer percuma
sebuah jam loceng

Gambar 2

Lihat Sebelah
SULIT 4 3757/2

(b) Berdasarkan gambar 2 di sebelah nyatakan ciri barang tersebut.


(4 markah)

NEGARA A

Motif :-
 Pengguna – memaksimumkan kepuasan

 Pengeluar – memaksimumkan keuntungan

 Kerajaan – memaksimukan kebajikan rakyat

(c) (i) Nyatakan sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara A (1 markah)

(ii) Terangkan bagaimana negara tersebut menyelesaikan masalah asas ekonomi?


(8 markah)

(d) Berikut adalah maklumat mengenai Encik Zaki.

Encik Zaki seorang graduan ekonomi dari Universiti Malaya dan berasal dari
Melaka.Beliau telah bekerja di Kuala Lumpur sebagai pengurus di sebuah
syarikat dengan gaji RM 2500 selama enam bulan.Sekarang beliau telah bertukar
kerja sebagai Penyelia pengeluaran di sebuah kilang di Bandar Melaka dengan
gaji RM 2 000.

Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan Encik Zaki bertukar kerja


(6 markah)

2. (a) Jadual 1 menunjukkan jumlah permintaan kereta Myvi bagi bulan Jun dan
Disember.

Bulan Bilangan (‘000 unit)

Jun 150
Disember 400
Jadual 1
Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan kereta Myvi seperti yang
ditunjukkan dalam jadual. (12 markah)

Lihat Sebelah
SULIT 5 3757/2

(b) (i) Apakah hukum permintaan? (2 markah)

(ii) Jadual 2 menunjukkan permintaan untuk barang W

Harga (RM) Kuantiti Diminta


(Unit)
5 40
10 30
15 20
20 10
Jadual 2

Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan bagi barang W.


(Gunakan skala 2cm: 1 unit pada paksi harga dan 2cm: 20 unit pada paksi kuantiti.
Berdasarkan keluk tersebut, jelaskan hubungan antara harga dengan kuantiti
diminta. (8 markah)

(c) Pada tahun 2007 kerajaan telah menurunkan harga VCD. Terangkan kesan
kejatuhan harga VCD terhadap:

(i) barang pengganti


(ii) barang penggenap (3 markah)

3. (a) Rajah 1 menunjukkan keluk penawaran bagi Syarikat Ceria Berhad.

Harga (RM)
S0
S1

S0 S1

0 Kuantiti yang ditawarkan


Rajah 1 (unit)

Huraikan faktor yang menyebabkan keluk penawaran S0S0 beralih ke S1S1.


(10 markah)

Lihat Sebelah
SULIT 6 3757/2

(b) Jadual 3 menunjukkan perbelanjaan Syarikat Temuria yang mengeluarkan 110 000
unit telefon mainan pada tahun 2007.

Butiran RM
Faedah pinjaman bank 2 300
Bil Air dan elektrik 5 100
Upah pekerja 25 000
Sewa kilang 12 000
Pengangkutan 4 500
Bahan mentah 16 000
Jadual 3
Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan

(i) Kos tetap (2 markah)


(ii) Kos berubah (2 markah)
(iii) Kos purata (2 markah)

(c) Huraikan jenis keanjalan harga penawaran. (9 markah)

4. (a) Terangkan ciri-ciri wang yang baik . (10 markah )

(b) Fungsi utama Bank Pusat ialah mewujudkan kestabilan ekonomi sesebuah Negara

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kestabilan ekonomi?

(ii) Terangkan langkah-langkah Bank Pusat yang boleh diambil untuk mencapai
kestabilan ekonomi? (15 markah )

Lihat Sebelah
SULIT 7 3757/2

5. (a) Gambar 3 dan 4 menunjukkan perubahan struktur ekonomi di Malaysia.

Gambar 3

Gambar 4

Berdasarkan maklumat di atas, terangkan mengapa struktur ekonomi negara perlu


berubah? ( 9 markah)

Lihat Sebelah
SULIT 8 3757/2

(b) Berikut adalah maklumat mengenai perbelanjaan negara

Kerajaan memperuntukkan RM 15 billion untuk


Pembangunan Luar Bandar bagi membasmi masalah
kemiskinan.

Terangkan bagaimanakah kerajaan memperoleh hasil untuk tujuan di atas.


(8 markah)

(c) Jelaskan jenis-jenis pinjaman dari sumber dalam negeri. (8 markah)

Lihat Sebelah
SULIT 9 3757/2

Bahagian B

Soalan ini wajib dijawab

Jawab soalan-soalan berdasarkan kes yang diberi

Ketika Asia dilanda krisis ekonomi yang meruncing pada tahun 1988,
sejenis beras segera telah dicipta oleh anak tempatan. Keprihatinan beliau ini
ekoran daripada kebimbangan terhadap kekurangan tanah untuk bercucuk tanam
atau harga barang pertanian akan melambung. Beras gentian yang dikenali sebagai
BVita Asas merupakan makanan berasaskan isi ikan, ayam, jagung dan sayur-
sayuran ini boleh siap dimasak dalam masa 5 minit sahaja. Walaupun kos sebuah
mesin tinggi, beras ini boleh dihasilkan segera iaitu dalam tempoh hanya satu jam
sebuah mesin mampu menghasilkan sebanyak 250 kg.
Sehubungan itu, persatuan pengguna perlu menjalankan kempen untuk
menasihati pengguna bagi menggantikan pengambilan beras dengan beras gentian.
Untuk menjayakan kempen tersebut, pihak persatuan mendesak campur tangan
kerajaan untuk menggalakkan rakyat menggunakan beras gentian dengan mengawal
import beras daripada negara jiran.
Bagi tempoh jangka panjang, kerajaan perlu mengambil langkah untuk
memajukan lagi pengeluaran beras berkhasiat ini. Antaranya melalui penyediaan
kemudahan infrastruktur serta bantuan agar mutu beras gentian BVista Asas dapat
dipertingkatkan serta dapat di pasarkan ke serata dunia.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:

(a) Mengapakah pengguna tidak boleh bergantung kepada beras sebagai sumber
protein berbanding beras gentian. (6 markah)
(b) Pada pendapat anda, berjayakah kempen yang dijalankan oleh persatuan
pengguna itu. Beri tiga alasan. (4 markah)
(c) Wajarkah tindakan persatuan pengguna mendesak kerajaan mengawal
import beras? (5 markah)
(d) Bagaimanakah kerajaan dapat memaju dan melindungi industri
pengeluaran beras gentian tempatan. (10 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Lihat Sebelah
SULIT 10 3757/2

SKIMA PEMARKAHAN

Soalan Perkara Markah


1 (a) Gambar 1 - kerajaan menghadapi masalah
i. kekurangan 1
- kekurangan sumber hasil/pendapatan negara / sumber kewangan 1
ii pilihan
- memilih projek yang memaksimumkan kebajikan masyarakat 1
iii kos lepas 1
- projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
1
1
[6 markah]

1 (b) Gambar 2 –Barang ekonomi 1


H1-Disediakan oleh swasta 1
H2-Perlu dibayar untuk digunakan 1
H3- Penawaran terhad 1
H4-Mempunyai kos lepas 1
Maks.
[4markah]

1 (c ) Negara B - Sistem ekonomi campuran 1


i. Apa yang hendak dikeluarkan 1
- diselesaikan melalui mekanisme harga/bergantung
kepada kuasa permintaan dan penawaran 1
- kerajaan akan mengeluarkan barang yang tidak
dikeluarkan oleh pihak swasta iaitu barang awam 1

ii Berapa yang hendak dikeluarkan 1


- diselesaikan melalui mekanisme harga/bergantung 1
kepada kuasa permintaan dan penawaran
- jika pengeluaran tidak mencukupi, pengeluaran perlu
ditambah untuk mengelakkan penyeludupan dan 1
penyorokan barang

iii. Bagaimana hendak dikeluarkan 1


- diselesaikan oleh mekanisme harga dalam pasaran faktor 1
- memilih kaedah yang paling cekap/meminimumkan kos 1
- Kerajaan campurtangan supaya pengeluar tidak 1
mengabaikan keselamatan / keadilan social

iv. Untuk siapa dikeluarkan


- diselesaikan melalui corak pengagihan pendapatan 1
- keadilan / tanggungjawab bersama diutamakan 1
- Pembayaran zakat membantu pengagihan pendapatan 1
- Golongan miskin dijamin bekalan keperluan yang 1
mencukup 1
Maks.
[8 markah]

Lihat Sebelah
SULIT 11 3757/2

1(d) i. Jarak
-Jarak tempat kerja lebih dekat 1
1
ii. Minat
- memilih pekerjaan yang diminati dan memberi 1
kepuasan 1

iii. Suasana tempat kerja


- memilih samada risiko tinggi ataupun rendah 1
1
iv. Pengaruh keluarga/rakan/guru
- memilih pekerjaan kerana dipengaruhi oleh 1
keluarga/rakan/cadangan guru 1

v. Prospek
- peluang naik pangkat/latihan/kursus 1
1
Pilih mana-mana 3 fakta dan huraian

Maks.
[6 markah]
2a) Faktor yang mempengaruhi permintaan kereta Myvi

i. Harga barang itu 1


Huraian 1

ii. Harga barang lain 1


Huraian 1

iii. Jangkaan harga masa hadapan 1


Huraian 1

iv Cita rasa 1
Huraian 1

v Dasar Kerajaan 1
Huraian 1

vi Pendapatan pengguna 1
Huraian 1
[12 markah]

2b) i) Hukum permintaan menyatakan bahawa apabila harga sesuatu


barang naik, kuantiti yang diminta terhadap barang itu semakin
berkurang, sebaliknya apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti 1
yang diminta terhadap barang itu akan meningkat. Hubungan
antara harga barang itu dengan kuantiti yang diminta adalah 1
songsang. [2 markah]

Lihat Sebelah
SULIT 12 3757/2

Hg
(RM) (1)

20

15 (1)

10

0
(1) 10 20 30 40 (unit) (1)

Keluk permintaan barang W (1)

- keluk permintaan DD mencerun ke bawah dari kiri ke 1


kanan
- jika harga seunit W jatuh, kuantiti yang diminta meningkat 1
- hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta
adalah songsang. 1

[8 markah]
2c)
i) permintaan terhadap barang pengganti VCD iaitu DVD 1
akan berkurangan kerana harga VCD yang semakin
murah menyebabkan pengguna lebih berminat untuk
membeli VCD 1

ii) permintaan terhadap barang penggenap bagi VCD akan 1


meningkat
[3 markah]

3a) Faktor yang menyebabkan peralihan keluk


i. Harga barang lain
Huraian 1
1
ii. Tingkat Teknologi
Huraian 1
1
iii. Dasar kerajaan
Huraian 1
1
iv Matlamat pengeluar
Huraian 1
1
v Kos pengeluaran 1
Huraian 1

Lihat Sebelah
SULIT 13 3757/2

[10 markah]
3b) i. Kos tetap

Sewa kilang + Faedah pinjaman bank


= RM12 000 + RM2 300 1
= RM 14 300 1

ii. Kos berubah

Bil Air & elektrik + upah pekerja + pengangkutan + bahan


mentah
= RM5 100 + RM25 000 + RM4 500 + RM16 000 1
= RM 50 600 1

iii. Kos purata


Jumlah kos ÷ keluaran
= RM14 300 + RM50 600 ÷ 110 000 1
= RM 0.59 1

[6 markah]

3c)
i. Penawaran anjal 1
- Peratus perubahan dalam kuantiti ditawar lebih besar
daripada peratus perubahan dalam harga 1
- Nilai pekali keanjalan harga penawaran lebih dari 1 1
- Keluk penawaran lebih landai 1

ii. Penawaran tak anjal 1


- Peratus perubahan dalam kuantiti ditawar lebih kecil 1
daripada peratus perubahan dalam harga
- Nilai pekali keanjalan harga penawaran kurang daripada 1 1
- Keluk penawaran lebih curam
1
iii. Penawaran anjal 1 atau uniti
- Peratus perubahan harga sama dengan peratus perubahan 1
kuantiti ditawar. 1
- Pekali keanjalan harga penawaran sama dengan satu 1
- Keluk penawaran biasa/normal 1

Maks.
(9 markah)
4a) Ciri-ciri yang perlu ada pada wang ialah;
i. Diterima umum 1
- huraian 1
ii. Mudah dibawa 1
- huraian 1

Lihat Sebelah
SULIT 14 3757/2

iii. Tahan lama 1


- huraian 1
iv. Penawaran terhad 1
- huraian 1
v. Nilai yang stabil 1
- huraian 1
vi. Mudah dibahagi kepada unit-unit yang kecil 1
- huraian 1
Maks.
[10 markah]

b)(i) Kestabilan ekonomi merujuk keadaan di mana tidak berlaku 1


inflasi dan kemelesetan ekonomi.

b(ii) Cara bank pusat mengawal kestabilan ekonomi;


i. Menjual beli bil perbendaharan dan surat jaminan 1
kerajaan
Apabila inflasi
bank pusat menjual bil perbendaharaan dan surat jaminan 1
kerajaan.pusat 1
penawaran wang di pasaran akan berkurangan @ 1
Kuasa beli masyarakat akan berkurangan
Semasa Kemelesetan ekonomi
bank pusat mebeli bil perbendaharaan dan surat jaminan
kerajaan.pusat, 1
penawaran wang di pasaran akan bertambah @ 1
Kuasa beli masyarakat akan meningkat 1

ii. Menaikkan atau menurunkan kadar rizab berkanun


Apabila inflasi 1
bank pusat menaikkan kadar rizab berkanun, 1

keupayaan bank perdagangan untuk mencipta kredit akan


terhad @ 1
kemampuan membeli masyarakat akan berkurang @ 1
penawaran wang di pasaran akan berkurang 1

Lihat Sebelah
SULIT 15 3757/2

Semasa Kemelesetan ekonomi


bank pusat menurunkan kadar rizab berkanun, 1
keupayaan bank perdagangan untuk mencipta kredit akan
bertambah @ 1
kemampuan membeli masyarakat akan meningkat @ 1
penawaran wang di pasaran akan bertambah 1

iii. Menaikkan atau menurunkan kadar rizab tunai 1


Apabila inflasi
bank pusat menaikkan kadar rizab berkanun, 1
keupayaan bank perdagangan untuk mencipta kredit 1
akan terhad @ kemampuan membeli masyarakat akan 1
berkurang @ penawaran wang di pasaran akan 1
berkurang

Semasa Kemelesetan ekonomi


bank pusat menurunkan kadar rizab berkanun, 1
keupayaan bank perdagangan untuk mencipta kredit 1
akan bertambah @ kemampuan membeli masyarakat 1
akan meningkat @ penawaran wang di pasaran akan 1
bertambah

iv. Mengetatkan atau melonggarkan syarat sewa beli 1


Semasa Inflasi
syarat sewa beli diketatkan 1
orang ramai sukar membeli barang secara kredit @ 1
Sebagai contoh wang pendahuluan atau deposit yang
tinggi, tempoh bayaran semula yang pendek, perlukan 1
penjamin atau kadaf faedah pinjaman yang tinggi @
permintaan terhadap barang akan berkurangan 1

Semasa Kemelesetan Ekonomi


syarat sewa beli dilonggarkan 1

Lihat Sebelah
SULIT 16 3757/2

orang ramai mudah membeli barang secara kredit @ 1


Sebagai contoh wang pendahuluan atau deposit yang
rendah, tempoh bayaran semula yang panjang, tidak
perlukan penjamin atau kadaf faedah pinjaman yang 1
rendah @ permintaan terhadap barang akan bertambah 1

v. Menaikkan atau menurunkan kadar faedah 1


Semasa Inflasi
kadar faedah dinaikkan, 1
keupayaan untuk meminjam akan sukar @ 1
kerana orang ramai terpaksa membayar wang yang banyak
untuk faedah. @ 1
Kesannya masyarakat akan cenderung untuk menabung
untuk mendapatkan pulangan yang tinggi @ 1
penawaran wang di pasaran akan berkurangan @ 1
kuasa beli masyarakat akan berkurangan 1

Semasa Kemelesetan Ekonomi


kadar faedah diturunkan, 1
keupayaan untuk meminjam menjadi mudah @ 1
penawaran wang di pasaran akan bertambah @ 1
kuasa beli masyarakat akan meningkat 1
Max
[14 markah]
5(a) i. Langkah mempelbagaikan ekonomi 1
- tanpa terlalu bergantung kepada sumbangan sektor utama 1
yang tidak kestabilan harga

ii. Kehausan sumber-sumber asli 1


- sumber-sumber asli seperti petroleum, kayu balak akan 1
kehabisan pada masa depan

iii. Galakan industri pengganti import 1


- kurang mengimport barang pengguna 1
- menggalakkan perkembangan industri ringan 1
- menjimatkan kadar pertukaran asing 1

iv. Peluang pekerjaan terhad 1


- penyerapan tenaga kerja terhad di sektor utama 1

Lihat Sebelah
SULIT 17 3757/2

- peluang pekerjaan lebih banyak di sektor kedua dan ketiga 1

v. Peningkatan dalam pendapatan dan taraf hidup penduduk 1


- permintaan barangan perkilangan meningkat 1
- permintaan barangan yang berkualiti 1

Maks.
[9 markah]

i. Cukai langsung 1
5(b) - bebanan cukai dibayar secara langsung oleh individu. 1
- tidak boleh dipindah kepada orang lain 1
- cukai pendapatan perseorangan, cukai pendapatan syarikat 1

ii. Cukai tidak langsung 1


- cukai yang dikenakan ke atas barangan dan dibayar secara 1
tak langusng oleh pengguna 1
- bebanan cukai dipindah oleh pengguna dengan menaikkan 1
harga barang 1
- duti import, duti eksais,cukai jualan 1

iii. Hasil bukan cukai 1


- bayaran perkhidmatan 1
- perkhidmatan pos, lesen, permit, royalti petroleum 1

Maks. [8
markah]

5(c) i. Sekuriti kerajaan (surat jaminan kerajaan) 1


- pinjaman jangka panjang 1
- jangka masa matang lebih daripada satu tahun. 1
- kadar faedah dibayar 1
- KWSP merupakan pembeli terbesar 1

ii. Bil Perbendaharaan 1


- pinjaman jangka pendek 1
- jangka masa matang kurang daripada satu tahun 1
- aset yang sangat cair 1
- kebanyakan dilaburkan oleh bank perdagangan dan syarikat 1
diskaun.
1
iii. Sijil pelaburan 1
- pinjaman jangka masa pendek 1
- khasnya dijual kepada institusi kewangan Islam 1
- faedah tidak dibayar tetapi dividen dibayar apabila cukup
tempoh matang.
Maks.
[8 markah]

Lihat Sebelah
SULIT 18 3757/2

6(a) Pengguna tidak boleh bergantung kepada beras kerana;


Beras gentian
i. hasil perkilangan 1
ii. sektor kedua 1
iii. daya pengeluaran @ produktiviti yang tinggi 1
iv. dikeluarkan dengan kos yang rendah 1

Beras
i. hasil sektor pertanian 1
ii. sektor utama 1
iii. sumber semakin habis @ pupus 1
iv. tidak anjal harga 1
v. pengeluaran bergantung kepada cuaca 1
vi. harga tidak stabil @ ditentukan oleh pasaran 1
Maks.
[6 markah]

b) Tidak, kerana 1
i. citarasa pengguna @ pengguna lebih meminati beras @
rasa beras gentian yang pelik @ pengguna tidak boleh
menggantikan beras dengan beras gentian 1
ii. sukar peroleh bekalan beras gentian 1
iii. harga beras gentian yang mahal 1
[4 markah]
Atau,
Ya, kerana 1
i. Harga harga beras semakin mahal 1
ii. Bekalan beras sukar diperoleh 1
[3 markah]

c) Tidak, kerana
i. Pilihan beras terbatas 1
- Huraian @ contoh 1
ii. Tidak dapat memperoleh jenis beras yang tidak terdapat
dalam negeri 1

Lihat Sebelah
SULIT 19 3757/2

- Huraian @ contoh 1
iii. Tidak memperoleh beras dengan lebih murah dan 1
bermutu 1
- Huraian @ contoh 1
iv. Tidak dapat mengeratkan persefahaman dan kerjasama 1
dengan Negara jiran @ rakan dagang 1
- Huraian @ contoh 1
v. Mutu pengeluaran rendah 1
- Huraian @ contoh Maks.
[5 markah]

d) Cara kerajaan melindungi keluaran @ industri tempatan


melalui;
i. Tarif 1
- Huraian @ contoh 1
ii. Kuota 1
- Huraian @ contoh 1
iii. Subsidi 1
- Huraian @ contoh 1
iv. Embargo 1
- Huraian @ contoh 1
v. Kawalan pertukaran asing 1
- Huraian @ contoh 1
vi. Sekatan bukan ekonomi 1
- Huraian @ contoh 1
Maks,
[10 markah]

Lihat Sebelah

You might also like