You are on page 1of 69

TATABAHASA:

Bahasa Melayu.
• Shamsudin bin Abu Bakar

1
MORFOLOGI
• Merupakan satu bidang dalam kajian bahasa yang
mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
pembentukannya.
• Bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata dalam bahasa Melayu
• Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan
disebut morfem.
• Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang
berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas
nahu.
• Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga
tetapi mengandungi makna yang lengkap.

2
Definisi Morfem
• Unsur terkecil dalam morfologi ialah morfem
dan morfem berperanan untuk membentuk
perkataan
• Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang
berfungsi gramatis atau yang menjalankan
tugas nahu
• Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil
juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap
dan dapat berdiri sendiri dalam ayat

3
Sambungan…
• Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih
• Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar
pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar.
• Ada perkataan yang mempunyai tiga morfem, misalnya ber + kaki + kan; dan ada
yang mempunyai empat morfem, misalnya ber+g+em+uruh, iaitu ber-,guruh,-em-,
dan –an
• Kesemua perkataan ialah morfem, tetapi tidak semua morfem ialah perkataan
• Perkataan ialah unit bebas yang mengandungi makna dan dapat berdiri sendiri
• Misalnya ayat Ini kereta abang saya, terdiri daripada empat patah perkataan, semua
perkataan ini boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna
• Sebaliknya morfem terikat tidak mengandungi makna dan tidak boleh berdiri
sendiri
• Maknanya hanya hadir apabila morfem tersebut digabungkan atau diimbuhkan
kepada morfem bebas
• Proses penyusunan dan penggabungan morfem ini perlu mematuhi peraturan
sistem morfologi sesuatu bahasa, seperti bahasa Melayu, proses pembentukan
perkataan melibatkan pengimbuhan
4

• Terdapat beberapa istilah berkaitan dengan morfem yang perlu kita ketahui,
iaitu morf dan alomorf
• Sebagai contoh, ayat Perjalanan itu memakan masa bertahun lamanya, terdiri
daripada ‘per’, ‘jalan’, ‘an’, ‘itu’, ‘me’, ‘makan’, ‘masa’, ‘ber’, ‘tahun’,
‘lama’, ‘nya’, iaitu sebanyak sebelas morfem
• Unit-unit morfem yang telah direalisasikan itu disebut morf, iaitu elemen
dalam bentuk kata yang kita dengar dalam pertuturan
• Misalnya, perkataan ‘memakan’, morfnya ialah ‘me+makan’ dan ‘bertahun’
morfnya ialah ‘ber+tahun’.
• Tegasnya morf disebut sebagai satuan gramatikal terkecil yang didengar
dalam pengucapan
• Alomorf pula ialah variasi yang terdapat dalam morfem terikat
• Dalam bahasa Melayu, kebanyakan morfem terikat mempunyai sekurang-
kurangnya satu alomorf
• Sebagai contoh, morfem awalan ‘di-’ hanya mempunyai satu alomorf, iaitu
‘di-’ itu sendiri, sebaliknya morfem ‘me-’ mempunyai enam alomorf, iaitu
‘me-’, ‘mem-’, ‘men-’, ‘meng-’, ‘meny-’ dan ‘menge-’
5
JENIS MORFEM
• Morfem adalah unit kesatuan terkecil yang
mempunyai makna.
1. Morfem Bebas
• Secara tersendiri mempunyai makna; yang boleh
berdiri sendiri.
Cn. saya, rumah, meja, pen
2. Morfem Terikat
• Tidak boleh berdiri sendiri
Cn. “me-”, “ber-” (imbuhan)

6
IMBUHAN
• Unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan
pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan
perubahan makna nahunnya. Tercakup
dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk
berikut: awalan, akhiran, sisipan, apitan,
morfem kosong dan bentuk fleksi

7
AWALAN
(i) Awalan Kata Nama
pe- (pelari, perakus, penyapu)
pem- (pembawa, pembuat, pembuka)
pen- (pendatang, penderma)
peng- (penggali, penggubal)
penge- (pengebom, pengelap)
pel- (pelajar)
per- (perasap, pertapa)
pe- (pesara, pesakit)
ke- (ketua, kelepek)
juru- (juruukur, juruwang)
maha- (mahasiswa)
tata- (tatabahasa, tatacara)
pra- (prasejarah, prakata)
sub- (subsistem)
supra- (suprakelas)
eka- (ekabahasa)
dwi- (dwibahasa)

8
ii. Awalan Kata Kerja
me- (melawan, merasa)
mem- (membawa, membilang)
men- (mendaki, mentadbir)
meng- (menggali, mengikut)
menge- (mengecat, mengekod)
memper- (memperisteri, memperluas)
ber- (berjalan, berserta)
bel- (belajar, belunjur)
ter- (terjebak, terjerlus)
di- (diatur, ditimbang)
diper- (diperisteri, dipercepat)
iii. Awalan Kata Adjektif
ter- (terbesar, terjernih)
te- (teruncing, teringan)
se- (secantik, secerah)

9
AKHIRAN
i. Akhiran Kata Nama
-an (pakaian,mainan)
-wan (sasterawan)
-man (budiman, seniman)
-wati (seniwati)
-isme (nasionalisme)
-in (hadirin)
-at (hadirat)
-ah (ustazah)
ii. Akhiran Kata Kerja
-kan (buatkan, besarkan)
-i (turuti, duduki)

10
APITAN
i. Apitan Kata Nama
pe-...-an (pelaksanaan, perasaan)
pem-...-an (pembuatan, pembinaan)
pen-...-an (pentakrifan, pendapatan)
peng-...-an (penggunaan, pengairan)
penge-...-an (pengehadan, pengesahan)
pe-...-an (pesisiran, peperangan)
per-...-an (persalinan, perkuburan
pel-...-an (pelajaran,)
ke-...-an (kelainan, kelebihan)

11
ii. Apitan Kata Kerja
me-...-kan (memainkan, menakutkan)
men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan)
mem-...-kan (membaharukan, membaikkan)
meng-...-kan (menggunakan, menggandakan)
menge-...-kan (mengepinkan, mengecamkan)
ber-...-kan (beralasakan, berlaukkan)
ber-...-an (berlanjutan, bermaafan)
di-...-kan (dibiarkan,digunakan)
me-...-i (melalui, memasuki)
men-...-i (mencurigai, mendendami)
mem-...-i (membaharui, membohongi)
meng-...-i (menganggotai, menggauli)
di-...-i (didekati, dimulai)
diper-...-kan (diperdengarkan, diperlihatkan)
memper-...-kan (memperlihatkan, memperjuangkan)
memper-...-i (memperingati)
ke-...-an (kehujanan,kehausan)
iii. Apitan Kata Adjektif
ke-...-an (keinggerisan)
12
SISIPAN
i. Sisipan Kata Nama
-el- (kelengkeng, telunjuk)
-er- (keruping, seruling)
ii. Sisipan Kata Adjektif
-el- (kelebak, selerak, gelembung)
-er- (serabut, gerigi)
-em- (gemilang, semerbak)
-in- (sinambung)

13
PEMBENTUKAN KATA
TAKRIF KATA:
KATA IALAH BUNYI ATAU
GABUNGAN BUNYI
DALAM SESUATU BAHASA
SAMA ADA SECARA LISAN
ATAU BERTULIS UNTUK
MEMBERI MAKSUD ATAU
MAKNA TERTENTU
14
BENTUK KATA
 KATA TUNGGAL
 KATA TERBITAN
 KATA MAJMUK
 KATA GANDA 15
KATA
KATA TUNGGAL
TUNGGAL
TAKRIF:
“KATA YANG TIDAK MENERIMA
IMBUHAN ATAU MENGALAMI PROSES
PENGGANDAAN DAN PERANGKAIAN”.
CONTOHNYA:
• akan, makan, doa, liat, batu.
• bestari, sembilu, manfaat, aroma,
kelongsong, universiti.
• kosmopolitan, sayembara.

16
KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA
• Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa
Melayu terhad bilangannya dan ada antaranya
merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing
• Ada juga yang merupakan kependekkan
daripada perkataan yang terdiri daripada dua
suku kata atau lebih seperti engkau, kau, dan ku
menjadi ku; kata sedemikian sebenarnya tidaak
dianggap sebagai kata tunggal satu suku kata

17
Kata Tunggal Suku Kata
Suku Kata Contoh Perkataan
KV ya yu ru
VK am
KVK tin lap bah cap
KKVK draf krim stor dram
KVKK zink bank golf
KKKV skru
KKKVK straw skrip

18
Kata Tunggal Dua Suku Kata
Suku Kata Contoh Perkataan
V+KV ibu ini apa cik
V+VK aur ais aib air
V+KVK ubat acah alat ikan
VK+KV inti undi asli erti
VK+KVK anjung uncang akrab undang
KV+V dua tua gua sua
KV+VK biar liat buat mual
KV+KV laga bapa saya lupa
KV+KVK pulut surut larut cawan
KVK+KV tangki pintu tunggu bantu
KVK+KVK tunggal lantai santai jemput

19
Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Suku Kata Contoh Perkataan

KV+V+KV buaya niaga biasa

KV+V+KVK ziarah Siasat Kiamat

V+KV+V Urea Idea Usia

KV+KV+V Deria Mulia Setia

KVK+KV+V Rahsia Rumbia Dahlia

KV+KV+KV Haluan Sekian Rasuah

KVK+KV+VK Manfaat Lengkuas Sengkuang

V+KV+KV Azali Udara Agama

V+KV+KVK Ibarat Akibat Amaran

VK+KV+KV Indera Almari Istana

KV+KV+KV Seteru Budaya Delima

KVK+KV+KV Bestari Misteri Bendera

VK+KV+KV Ikhtiar Ilmiah Akliah

V+KV+KV Akaun Elaun Amaun

KV+KV+KVK Riwayat Hikayat Teratak

KVK+KV+KVK Mahkamah Martabat Sembilan

KV+KVK+KV Keranda Belanja Selamba

KV+KVK+KVK Kelompok gelombang belimbing

KVK+KVK+KV sempurna
20
Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Suku Kata Contoh Perkataan
KV+KV+VK+KV Keluarga Biduanda
KV+KVK+KV+KV Sejahtera Sementara
KVK+KV+KV+KV Bendahara laksamana
KVK+KV+V+KV Sentiasa
KV+KV+KV+KV Selesema samudera
KV+KV+KV+KVK Muzakarah hulubalang
KVK+KV+KV+KVK Sentimeter
KVK+KVK+KV+KV Singgahsana
KV+KV+V+KVK nasional mesyuarat
V+KV+KVK+KV+KV Universiti
KVK+KV+KV+KV+KVK Kosmopolitan
KV+KV+KV+KV+KV+KV maharajalela

21
2.
2. KATA
KATA TERBITAN
TERBITAN
PERKATAAN YANG DIBENTUK
MELALUI PROSES PENGIMBUHAN
• Kata Terbitan Berawalan
• Kata Terbitan Berakhiran
• Kata Terbitan Berapitan
• Kata Terbitan Bersisipan
22
3.
3. KATA
KATA MAJMUK
MAJMUK
• KATA MAJMUK IALAH RANGKAIAN
DUA KATA DASAR ATAU LEBIH
YANG MEMBAWA MAKNA
TERTENTU.
• KATA MAJMUK DIEJA TERPISAH
DAN BERTINDAK SEBAGAI SATU
UNIT IAITU TIDAK BOLEH
MENERIMA SEBARANG SISIPAN
UNSUR LAIN.
23
3.1 BENTUK KATA MAJMUK
RANGKAI KATA BEBAS
(bandar raya, gambar rajah, tengah hari,
kapal terbang, terima kasih)
ISTILAH KHUSUS
( model linear, garis pusat, lut sinar)
KIASAN ATAU SIMPULAN BAHASA
(kaki ayam, anak emas, berat mulut)

24
3.2 KATA MAJMUK YANG MANTAP
(DIEJA SEBAGAI SATU KATA)
antarabangsa setiausaha
suruhanjaya warganegara
tandatangan
tanggungjawab
beritahu
olahraga
kakitangan

25
Kata Majmuk Yang Mantap
• Antarabangsa Apek
• Bumiputera bawa
• Beritahu bakul
• Jawatankuasa jual
• Kerjasama kuih
• Kakitangan karipap
• Matahari macam
• Olahraga orang
• Pesuruhjaya pondan

26
• Suruhanjaya selalu
• Sukarela suka
• Setiausaha sebut
• Tanggungjawab tak
• Tandatangan tahu
• Warganegara wa

27
3.3 PENJAMAKAN KATA MAJMUK

i. Menggandakan unsur awal kata


Alat tulis Alat-alat tulis
Guru besar Guru-guru besar
Kapal terbang Kapal-kapal terbang

28
MENGGUNAKAN PENANDA
JAMAK (SEMUA, BANYAK,
KUMPULAN,BEBERAPA dll)
• Betul • Salah
• Semua Menteri Besar • Semua Menteri-Menteri
• Sekumpulan guru Besar
besar • Sekumpulan guru besar-
• Persatuan bekas guru besar
perajurit • Persatuan bekas-bekas
perajurit

29
3.4 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK

• KATA MAJMUK YANG MENERIMA AWALAN


ATAU AKHIRAN SAHAJA YANG DITULIS
TERPISAH

• contoh:
• campur aduk (dicampur aduk)
• ambil alih (diambil alih)
• daya serap (daya serapan)

30
KATA MAJMUK YANG MENERIMA
APITAN (AWALAN DAN AKHIRAN
SERENTAK) DIEJA SEBAGAI SATU
KATA

Contoh:
campur aduk (mencampuradukkan)
ambil alih (pengambilalihan)
daya serap (Kedayaserapan)
31
4.0 KATA GANDA
• PENGGANDAAN PENUH (rama-
rama, besar-besar, jangan-jangan)
• PENGGANDAAN SEPARA
(lelaki, lelayang, berlari-lari, tolong-
menolong, tertanya-tanya)
• PENGGANDAAN BERENTAK
(lauk-pauk, anak-pinak, kuih-muih, gunung-
ganang, simpang-siur, sampah-sarap)

32
AKRONIM
AKRONIM TERBENTUK
DENGAN MENGGABUNGKAN
HURUF AWAL SUKU KATA
ATAU GABUNGAN HURUF
AWAL DAN SUKU KATA
DARIPADA SATU RANGKAI
KATA DAN DITULIS SERTA
DILAFAZKAN SEPERTI KATA
YANG WAJAR
33
KAEDAH PENULISAN AKRONIM
• GABUNGAN HURUF AWAL RANGKAI KATA NAMA KHAS
YANG DISINGKATKAN SERTA DITULIS DENGAN HURUF
BESAR.
ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)
• GABUNGAN HURUF AWAL/SUKU KATA PERTAMA BAGI
RANGKAI KATA NAMA AM SERTA DITULIS DENGAN
HURUF KECIL.
tabika (taman bimbimgan kanak-kanak)
cerpen (cerita pendek)
• GABUNGAN HURUF AWAL DAN/ATAU SUKU KATA
PERTAMA BAGI NAMA KHAS SERTA DITULIS DENGAN
HURUF KECIL YANG DIMULAI DENGAN HURUF BESAR.
Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
Petronas (Petroleum Nasional) 34
GOLONGAN KATA
• KATA NAMA
• KATA KERJA
• KATA ADJEKTIF
• KATA TUGAS
35
GOLONGAN KATA NAMA
• KATA NAMA KHAS (KN yang
merujuk sesuatu benda khusus, ejaannya berpangkal dengan
huruf besar. KNK ada dua jenis,iaitu KNK hidup manusia
[Ali] dan bukan manusia [Si Belang] dan KNK tidak hidup
seperti [Seberang Prai])
• KATA NAMA AM (Kata yang merujuk
benda-benda/perkara yang umum sifatnya. KNA ada dua
jenis, iaitu KNA Abstrak [mimpi, roh,perhimpunan] dan
KNA Konkrit [tangan, kasut, pen])
• KATA GANTI NAMA (Merujuk KGN
tunjuk seperti [itu dan ini]dan KGN Diri Tanya seperti
[siapa,apa, mana] dan KGN Diri Orang seperti [saya, aku,
kita, kami, anda, kamu, engkau, saudara, ia, dia, beliau,
mereka, nya])

36
Kata Ganti Nama Diri Orang
i. Orang Pertama
saya, aku, beta, patik, kami, kita
ii. Orang Kedua
saudara, kamu, awak, engkau, anda
iii. Orang Ketiga
ia, dia, beliau, mereka, -nya

37
GOLONGAN KATA KERJA
i. Kata Kerja Transitif
(KK yang menerima objek. KKT ada dua jenis, iaitu KKT Aktif
seperti [makan, menulis, membeli, menggunakan, mendiami,
memperhangat] dan KKT Pasif seperti [dimakan, kumakan,
kaumakan, dibeli, kaubeli, kamu beli,digunakan, kugunakan,
kaugunakan, didiami, kaudiami, kudiami, diperhangat, saya
perhangat])
ii.Kata Kerja Tidak transitif
(KK yang tidak diikuti objek. KKTT ada dua jenis, iaitu KKTT
Tak Berpelengkap seperti [bangun, datang, menangis, berjalan,
tumbang, pulang, berkeliaran, berkibaran, terpegun, menguning,
melancong, membesar, terduduk, meninggi, menjerit] dan KKTT
Berpelengkap seperti [tinggal, menjadi, beransur, berbuat,
berbantalkan, ada]) 38
Pembentukan Kata Kerja
i. Kata kerja tanpa imbuhan
terjun, pergi, terbang
ii. Kata kerja terbitan
membasuh, memasak, dilukis
iii. Kata kerja majmuk
kerjasama, tannggungjawab, ambil alih
iv. Kata kerja ganda
tersenyum-senyum, berhempas-pulas, bantu-
membantu

39
GOLONGAN KATA ADJEKTIF

KA ialah kata yang menjadi unsur inti dalam


binaan frasa adjektif. KA menerangkan rupa, sifat
atau keadaan sesuatu.
Contohnya:
berani, pandai, nipis, lembut, kecil, lazat, segar,
cetek, geram, nakal, kuning, sayang, lambat,
segera, rindu, tinggi, bundar, tegas, jauh, nyaris

40
Jenis Kata Adjektif
i. Kata adjektif keadaan
segar, sejuk, panas
ii. Kata adjektif warna
merah, biru, kuning
iii. Kata adjektif ukuran
besar, luas, kecil
iv. Kata adjektif bentuk
curam, kurus, gemuk
v. Kata adjektif waktu
lambat, lampau, cepat
vi. Kata adjektif jarak
jauh, dekat, hampir
vii. Kata adjektif cara
lincah, tajam, bijak
viii. Kata adjektif perasaan
sedih, malu, riang
i. Kata adjektif pancaindera
busuk, sakit, manis

41
Pembentukan Kata Adjektif
i. Kata adjektif tunggal
malu, sakit, cergas
ii. Kata adjektif terbitan
secantik, kebesaran, kehebatan
iii. Kata adjektif majmuk
hijau muda, merah padam, suka duka
iv. Kata adjektif ganda
simpang-siur, kemerah-merahan, setinggi-tinggi

42
GOLONGAN KATA TUGAS
KT ialah kata yang boleh bersifat pelbagai jenis iaitu sebagai penghubung,
penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pemeri ataupun
tugas-tugas lain.
i. Kata penyambung ayat
1. kata hubung gabungan
2. kata hubung pancangan
a. keterangan
b. komplemen
c. relatif
ii. Kata Praklausa
1. kata seru
2. kata tanya
3. kata perintah
4. kata pembenar
5. kata pangkal ayat
iii. Kata Prafrasa
1. kata bantu
2. kata penguat
3. kata penegas
4. kata nafi
5. kata pemeri
6. kata sendi nama
7. kata arah
8. kata bilangan
iv. Kata pascakata
1. kata penekan
2. kata pembenda
43
Kata hubung gabungan
ialah jenis kata yang menghubungkan dua
klausa atau lebih yang sama tara sifatnya
dan atau lalu malahan tetapi sambil
serta kemudian
i. Aminah mengemas rumah dan ibunya
membasuh kain.
ii. Tetamu itu bangun lalu turun ke
serambi.

44
Kata hubung pancangan relatif
kata yang berfungsi menghubungkan klausa
utama dengan satu klausa yang kecil
yang
i. Pelatih yang berkelakuan sumbang itu
telah diberi amaran.
ii. Gadis yang cantik itu adik saya.

45
Kata hubung pancangan
komplemen
berfungsi menghubungkan satu klausa yang
menjadi komplemen atau pelengkap pada
satu klausa utama
bahawa untuk
i. Guru itu menyatakan bahawa muridnya
sangat rajin.
ii. Sungguh mustahil untuk banduan itu
melepaskan diri.

46
Kata hubung pancangan
keterangan
berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama
kerana agar meskipun sekiranya semoga
supaya kalau andai kata kendatipun hingga
jikalau semasa sementara setelah sewaktu
ketika tatkala untuk walaupun sungguhpun
apabila
i. Pensyarah itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
ii. AF 6 itu akan ditangguhkan sekiranya tiada
sambutan.

47
Kata seru
ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan
berbagai-bagai perasaan dan digunakan
dalam ayat seruan
aduh amboi cis oh celaka eh wah
syabas aduhai wahai
i. Eh, bergaya nampaknya mereka semua!

48
Kata tanya
digunakan untuk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,
berapa, bila, dan bagaimana; hadir sebagai
predikat
i. Kesihatannya sekarang bagaimana?
ii. Mengapakah dia menangis semalam?
Tiga bentuk kata ganti nama sebagai kata tanya, iaitu
apa, siapa dan mana
i. Yang di dalam kotak itu apa?
ii. Apakah yang di dalam kotak itu?

49
Kata perintah
untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap
perintah, arahan, larangan, silaan, atau
permintaan
jangan usah sila jemput minta tolong harap
i. Jangan masuk bilik kuliah dengan etika
berpakaian yang dilarang.
ii. Tolong jaga imej sebagai bakal guru yang
menjadi ikutan kepada anak didik kita.

50
Kata pembenar
yang mengesahkan sesuatu pernyataan
ya benar betul
i. Ya, itulah calon pelatih cemerlang dalam
pratikum baru-baru ini.
ii. Benar, dialah yang melakukan kesilapan
itu.

51
Kata pangkal ayat
perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam
wacana. Digunakan dalam bahasa Melayu lama.
hatta maka syahadan adapun alkisah kalakian
sebermula sekali peristiwa arakian
i. Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan
Melaka.
ii. Alkisah tidak berapa lama kemudian hamillah
permaisuri.

52
Kata bantu aspek
menimbulkan suasana perbezaan masa, sama ada
masa laampau, masa kini, atau masa hadapan
telah baru pernah sedang masih akan belum
i. Pelatih-pelatih itu telah pulang walaupun hari
itu ada kuliah ganti.
ii. Mereka sedang mengikut Program Bina Insan
Guru.

53
Kata bantu ragam
yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkait dengan perbuatan
yang dilakukan
hendak mahu harus mesti boleh dapat
i. Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
ii. Awak harus cepat bertunang agar tidak
melepas.

54
Kata penguat hadapan
perkataan yang terletak di hadapan kata
adjektif
terlalu paling agak
i. Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi.
ii. Sungai itu agak dalam.
iii. Pelajar itu paling nakal.

55
Kata penguat belakang
perkataan yang letaknya di belakang kata
adjektif
sekali benar nian
i. Kelakuan para pelatih itu baik sekali.
ii. Lambat benar bas itu tiba.
iii. Dia keluar sebentar nian.

56
Kata penguat bebas
ialah perkataan yang letaknya atau
kedudukannya sama ada di hadapan atau
di belakang kaata adjektif
amat sangat sungguh
i. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.
ii. Pakaian seragam PBSM itu kemas amat.

57
Kata penegas
sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat
i. yang menegaskan hanya frasa predikat atau
bahagian-bahagiannya. -kah, -lah, dan -tah
ii. yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaiatu
frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau
frasa predikat. juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang
a. Majikan kamu itu siapakah? (salah)
b. Siapakah majikan kamu itu?
c. Kami juga ingin mendapat anugerah cemerlang.
d. Hanya Kamariah seorang yang telah menghantar
tugasan tersebut

58
Kata nafi
perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat,
frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa
sendi nama.
i. Kata nafi bukan boleh menjadin unsur nafi frasa
nama dan frasa sendi nama
a. Makanan itu bukan untuk Ratna tetapi untuk
adiknya
ii. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa
kerja dan frasa adjektif
b. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini

59
Kata pemeri
unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat
i. Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan hadir di
hadapan frasa nama seperti dalam ayat-ayat yang berikut.
a. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah
pentingnya penterjemahan dari segi pindah budaya dan
percambahan pengetahuan.
ii. Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian hadir di
hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
b. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan
terperinci tentang penterjemahan semantik lawan
penterjemahan komunikatif.

60
Kata sendi nama
perkataan yang terletak di hadapan frasa nama
i. di-
-menunjukkan tempat
-tidak digunakan untuk menunjukkan masa
a. Saya membeli pisang goreng di restoran Encik Johan.
ii. ke-
-menunjukkan tempat atau arah yang dituju
a. Kami bercuti ke Pulau Langkawi.
iii. dari-
-menunjukkan tempat asal sesuatu
-menunjukkan tempat atau masa bermulanya sesuatu perkara
a. Kereta antik itu merupakan warisan keluarga kami sejak dari dahulu lagi.
iv. daripada-
-menunjukkan punca bagi manusia
-menunjukkan sumber kejadian sesuatu benda
-menunjukkan perbandingan
a. Kerusi itu dibuat daripada rotan

61
v. pada
-menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja
-menerangkan waktu
-menunjukkan konsep ‘ada’ + ‘pada’ + manusia
a.Hanif mengantungkan lukisan itu pada dinding rumahnya.
vi. kepada
-menunjukkan arah orang atau haiwan yang ditujui
-institusi yang ada kaitan dengan manusia
a.Hatifah menyerahkan buku itu kepada adiknya.
vii. bagi/untuk
-menunjukkan tujuan sesuatu dilakukan
-menunjukkan maksud bahagian yang ditentukan
a. Program rakan muda diadakan bagi/untuk membentuk generasi yang
berwawasan.
viii. sejak/semenjak
-menunjukkan waktu
a.Hidupnya menjadi sepi semenjak kematian kedua-dia ibu bapanya.
ix. terhadap
-merujuk unsur yang melibatkan penyambut tertentu menunjukkan hubungan
sasar yang khusus
a. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap pegawai yang makan suap.
62
x. antara
-menunjukkan maksud sesuatu yang tidak mempunyai ruang (apabila
digunakan di depan frasa nama)
a. Persefahaman antara kaum sangat penting untuk mewujudkan suasana
harmoni dalam masyarakat majmuk.
xi.di antara
-menunjukkan tempat
a. Bandar Kangar terletak di antara Padang Besar dan Alor Setar
xii. dalam
menunjukkan maksud sesuatu yang tidak mempunyai ruang (apabila digunakan
di depan frasa nama)
a. Kita harus menggembleng tenaga dalam menangani masalah kegawatan
ekonomi.
xiii. di dalam
-menunjukkan arah atau tempat di hadapan kata nama atau frasa nama
xiv.demi
-menunjukkan maksud tujuan
-demi dan untuk tidak boleh digunakan serentak
a.Sahirah rela mengorbankan masa cutinya menyiapkan projek yang diarahkan
oleh gurunya.
63
xv. tentang
-menunjukkan maksud perkara, keadaan atau sesuatu hal yang dilakukan atau
dibicarakan
a. Berita kejayaan Mawi menjadi buah mulut masyarakat.
xvi. oleh
-menunjukkan hubungan pembuat
-menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab
xvii. akan
-menunjukkan maksud ‘kepada’ atau ‘terhadap’
-lazim digunakan untuk kata adjektif yang bersifat emotif/ kata kerja tertentu
a. Pelajar-pelajar itu hormat akan guru mereka yang prihatin
xvii.hingga/sampai
-menunjukkan maksud perihal peringkat
-menunjukkan maksud had masa
a. Saya mengulang kaji pelajaran hingga/ sampai menjelang subuh.
xix.dengan
-menunjukkan maksud bersama-sama
-menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan
-menunjukkan maksud menggunakan
-menunjukkan keadaan perbandingan yang sama
a. Adina pergi ke sekolah dengan adiknya. 64
Kata arah
hadir sebelum frasa nama dan lazimnya
sesudah kata sendi nama untuk
menunjukkan hala atau jurusan
atas antara bawah tepi belakang tengah
dalam luar sisi penjuru sudut segi
selatan samping timur barat hadapan
utara
a. Mereka bersembunyi di bawah rumah.

65
Kata bilangan
penerang jumlah pada frasa nama
i. kb jumlah yang tentu sifatnya; dua, dua puluh
ii. kb yang menunjukkan bilangan tak tentu;
segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh,
banyak, sedikit
iii. kb yang membawa maksud himpuna; beratus-
ratus, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni
iv. kb yang membawa maksud pisahan; masing-
masing, setiap, tiap-tiap
v. kb yang membawa maksud pecahan; setengah,
separuh, seperempat

66
Kata penekan
bentuk yang memberi penegasan kepada kata
yang bergabung dengannya
sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya
a. Lapisan ozon sesungguhnya semakin
menipis.

67
Kata pembenda
bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan
yang bukan daripada kata nama sebagai
kata nama
lajunya sakitnya lantangnya
a. Dia berhujah dengan lantangnya

68
Soalan atau Pertanyaan
?

? !
! Oh!
Ooh!!!
?
?
? ?
?

69

You might also like