You are on page 1of 15

TUGASAN 1

HUBUNGAN ETNIK

SADN 1043

SOALAN 2

Anda dikehendaki memainkan peranan sebagai agen Konsep Satu Malaysia .

Bincangkan method atau kaedah merialisasikan Konsep Satu Malaysia ini terhadap dua

aspek berikut

1 - Ekonomi

2 - Sosial
PENDAHULUAN
Konsep telah diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak setelah beliau

secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Pelbagai

persepsi timbul daripada pengenalan konsep ini yang dikatakan menyamai konsep “Malaysian

Malaysia” yang diperkenalkan oleh parti politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini

dikatakan hanya merujuk kepada ideologi politik yang diperjuangkan oleh individu yang

bernaung dibawah pengaruh parti politik tempatan. Dikatakan juga bahawa konsep Satu

Malaysia ini hanya sekadar retorik politik Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Parti

Politik Barisan Nasional dalam usaha mereka untuk mendapatkan semula sokongan rakyat yang

semakin terhakis oleh apa yang dikatakan oleh pembangkang sebagai “Tsunami Politik” pada

Pilihanraya umum ke12 yang menyaksikan kejatuhan lima buah negeri ke tangan pembangkang.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa pengenalan Konsep Satu Malaysia adalah

kesinambungan terhadap pimpinan terdahulu. Jika Tun Dr. Mahathir Mohamed memperkenalkan

visi Wawasan 2020 dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula dengan Konsep Islam Hadhari-

nya, maka Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula meneruskan kelansungan itu dengan

Konsep Satu Malaysia ini. Namun apa yang seharusnya menjadi debat dan perhatian ialah

kaedah dan pelaksanaan yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan

beliau dan sejauh manakah pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap

konsep baru ini.

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam ideologi

denokrasi berperlembagaan dimana naungan kuasa Sultan dan Raja Melayu amatlah perlu untuk

menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri rakyatnya.

Hal ini perlu dijaga dan diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh

itu, konsep 1 Malaysia ini diwujudkan bukan untuk mewujudkan satu bangsa yang besar yang
digelar “Bangsa Malaysia” tetapi mewujudkan masyarakat Malaysia yang masih mempunyai

identiti kaum yang berlainan tetapi tetap menghormati kaum-kaum yang wujud di Negara ini.

Konsep ini juga bertujuan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan

antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya

penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi

meningkatkan kesefahaman dan menjayakan kesinambungan keharmonian yang telah wujud

sejak sebelum merdeka lagi.

. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati

diri setiap bangsa dan kaum di Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan

di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar

gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, gagasan 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang

sebaliknya langkah awal ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang bertoleransi tanpa

memencilkan mana-mana kaum dan bangsa yang terdapat di Malaysia. Seruan pemimpin negara,

perlu disahut secara positif oleh semua pihak dalam usaha menjayakannya. Perkongsian ideologi

dalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara bersepadu

bagi merealisasikan harapan beliau kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan negara

secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu,

semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih

tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus permodenan, pembangunan, persaingan

dan globalisasi dunia. Diharap gagasan ini akan mencapai matlamat dan halatuju seperti yang

telah ditetapkan.
DEFINISI KONSEP SATU MALAYSIA
Definisi Konsep Satu Malaysia diambil daripada ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun

Abdul Razak sendiri. Dalam buku risalah Konsep Satu Malaysia terbitan Jabatan Penerangan

Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YAB Dato’ Sri

Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata dalam ucapannya :

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita

mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara

kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum

Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi

pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan

daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita

amalkan sejak sekian lama”.


Bahagian Penerbitan Dasar Negara (Ogos 2009) Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia

Ucapan tersebut menjadi dasar kepada kewujudan Konsep Satu Malaysia yang mana

Konsep ini menidakkan kewujudan satu “Bangsa Malaysia” tetapi kearah pemwujudan sebuah

masayrakat yang harmoni dan bertoleransi. Konsep ini juga memerlukan setiap penduduk dan

warganegara bersama-sama mengembeling tenaga untuk mengubah gaya pemikiran berdasarkan

kaum dan bangsa kepada keterbukaan menerima dan menghormati kewujudan setiap bangsa

yang terdapat di Malaysia

Melalui konsep ini, Kerajaan akan membuka lebih banyak ruang untuk kaum-kaum lain

selain bumiputera untuk sama-sama turut serta dalam pembangunnan negara. Walaupun tiada

perubahan pada dasar dan hak bumiputera, namun bangsa-bangsa lain turut akan menikmati

kemudahan yang hampir dengan apa yang dinikmati oleh kaum bumiputera.
Melalui gagasan Satu Malaysia , terdapat 3 teras utama yang menjadi asas pembikinan

Konsep Satu Malaysia ini , Tiga teras tersebut adalah.:

1. PRINSIP PENERIMAAN

2. PRINSIP KENEGARAAN

3. PRINSIP KEADILAN SOSIAL

Ketiga-tiga prinsip ini dihuraikan mengikut nilai dan etika yang diperlukan sebagai asas

Konsep Satu Malaysia dan hasilnya terdapat pula 8 nilai-nilai dalam Konsep Satu Malaysia.

Nilai-nilai tersebut adalah:

• Budaya kecemerlangan

• Ketabahan

• Rendah hati

• Penerimaan

• Kesetiaan

• Meritokrasi

• Pendidikan

• Integriti

Paduan dari setiap perkara inilah yang di yakini dapat merealisasikan Konsep Satu

Malaysia sepertimana yang di ilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
KAEDAH MEREALISASIKAN KONSEP

SATU MALAYSIA DARI SUDUT

EKONOMI
Proses merealisasikan Konsep Satu Malaysia dari sudut ekonomi bermula dengan

penstrukturan semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kemudiannya digantikan dengan Model

Ekonomi Baru (MEB) . DEB pada dasarnya yang mementingkan penglibatan kaum bumiputera

dalam sektor ekonomi Negara dilihat menekan persaingan bangsa-bangsa lain dalam

memperolehi kontrak-kontrak dan tender-tender kerajaan. Lupakan dulu hal 30% penglibatan

bumiputera , kerana isu itu masih ditekankan dalam MEB , namun kesudian kerajaan membuka

penawaran tender melalui tender terbuka ternyata membuka ruang buat semua kaum untuk sama-

sama bersaing secara sihat dalam membangunkan ekonomi Negara.

MEB kebanyakkannya adalah gubahan sinambungan dari DEB , namun kerajaan tegas

dengan MEB untuk memberi peluang sama rata antara semua bangsa yang terdapat di Malaysia.

Peluang yang sedemikian seharusnya direbut oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

dan keturunan. MEB yang dilancarkan berteraskan 4 Tonggak Transformasi Negara iaitu dalam

skop kuasa Program Transformasi Politik akan memberi impak besar kepada semua masyarakat

di Malaysia.

Pelbagai pakej stimulan diberikan Oleh kerajaan melalui bank-bank tempatan untuk

semua usahawan dalam pelbagai bidang dalam meransang pertumbuhan ekonomi Negara.

Kemunculan usahawan-usahawan ini secara tidak langsung merancakan lagi pertumbuhan dan

daya saing Negara. Sehubungan dengan itu , Rakyak seharus mengabil peluang ini dengan

menjadi lebih kreatif dan inovatif supaya kemampuan daya saing mereka akan sentiasa berada

pada tahap tertinggi dan sekaligus meningkatkan lagi kemampuan daya saing Negara.

Gagasan Konsep Satu Malaysia yang adalah satu konsep yang amat mementingkan

kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan rakyat ini hanya akan dapat dicapai dengan memajukan diri

penduduk dan taraf ekonomi rakyatnya dan itulah sasaran utama MEB dimana Ketererangkuman
. pendapatan tinggi dan kemampanan adalah untuk meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat.

Keterangkuman dalam definisi MEB boleh didefinasikan sebagai membolehkan semua rakyat

menikmati kekayaan Negara dengan sepenuhnya. Pendapatan Tinggi pula disasarkan pada

USD15000.00 – USD20000.00 setahun menjelang tahun 2020. Kemampanan pula didefinasikan

sebagai memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang.

Sesungguhnya , Konsep MEB amat mudah untuk diterjemahkan dalam Konsep Satu

Malaysia yang telah dicanangkan. Kepentingan ekonomi untuk setiap kaum amat lah dijaga dan

dipelihara supaya kekayaan Negara dapat disalurkan kepada rakyat dengan seadil-adilnya. Ramai

mengatakan yang MEB tiada beza dengan DEB, yang berbeza hanyalah nama sahaja , namun

jika diteliti DEB dan MEB terdapat perbezaan yang besar antara kedua-dua dasar itu. Dan DEB

mungkin sudah tidak selari dengan peredaran masa yang yang perlukan perubahan yang lebih

dinamik dari kerajaan supaya Malaysia dapat mengekalkan saingannya di dunia sebagai antara

kepentingan ekonomi dunia. Pemansuhan kuota kaum dalam ekonomi adalah satu simbol yang

ketara yang menjelaskan dan meneguhkan lagi penglibatan Konsep Satu Malaysia dalam bidang

ekonomi ini. Ternyata kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam menerapkan idea Konssep Satu

Malaysia di minda seluruh masyarakatnya walau dalam apa bidang sekalipun .


KAEDAH MEREALISASIKAN KONSEP

SATU MALAYSIA DARI SUDUT SOSIAL.


Skop sosial amat meluas untuk diertikan. Secara amnya , sosial merujuk kepada

masyarakat dan kemasyarakatan. (Kamus Pelajar , Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan kedua ) .

Jadi , segala hal berkaitan dengan interaksi antara manusia bolehlah digolongkan dalam kategori

sosial. Disini saya beberapa aktiviti sosial yang saya pilih untuk topik ini mengikut pendapat

saya.

1. Pendidikan

2. Perayaan

3. Sukan.

Pemilihan aktiviti-aktiviti ini adalah kerana dalam Konsep Satu Malaysia, Skop-skop ini

amat mendapat perhatian kerana aktiviti-aktiviti sosial ini memainkan peranan penting dalam

aktiviti penyatuan kaum dan bangsa dalam Malaysia. Segala aktiviti-aktiviti ini mempunyai

jumlah interaksi antara kaum yang amat tinggi berbanding dengan aktiviti-aktiviti sosial yang

lain.

Jika dilihat dari segi pembahagian bajetnya pula, Kementerian Pendidikan merupakan antara

penerima bajet paling tinggi dalam Bajet 2011, Kementerian Belia dan sukan dan Kementerian

Pelancongan juga menerima bahagaian yang agak besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pengagihan ini diperuntukan untuk digunakan oleh pihak kementerian selari dengan gagasan

Konsep Satu Malaysia. Semua ini dilakukan oleh kerajaan dengn tujuan untuk meninggkat

perpaduan antara kaum dan mengurangkan jurang perbezaan yang terdapat antara kaum-kaum di

Malaysia.
PERLAKSANAAN KONSEP SATU MALAYSIA MELALUI PEDIDIKAN.

Bidang pendidikan melalui Kementerian Pedidikan Malaysia memainkan peranan penting

dalam usaha memupuk dan menyemai semangat dan Konsep Satu Malaysia di peringkat muda

dan remaja. Generasi ini menjadi kumpulan sasar utama oleh kerajaan kerana merekalah yang

bakal menguasai dan mewarisi negara ini satu hari nanti, sekiranya mereka tidak disedarkan

dengan kesedaran untuk bertoleransi dan berkerjasama sebagai warganegara yang sama, maka

usaha untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai lapangan dilihat akan menemui jalan buntu,

Sehubungan dengan itu, usaha untuk menerapkan nilai-nilai persefahaman antara kaum haruslah

disemai sejak dari kecil lagi.

Proses menyemai nilai tolenransi antara kaum sebenarnya telah bermula sejak zaman

sebelum merdeka lagi. Berpandukan pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kerajaan

merasakan yang keperluan untuk melahirkan sikap toleransi itu di bangku sekolah lagi,

Sehubungan dengan itu, satu kurikulum dibentuk untuk pada peringkat sekolah rendah dan

menengah untuk meningkatkan sikap toleransi antara kaum. Walaupun terdapat sistem Sekolah

Vernakular dalam sisitem pendidikan Malaysia namun Setiap sekolah vernacular itu akan

mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) , penekanan amat

diberikan dalam subjek Bahasa Melayu yang menjadi tunjang kesamaan antara kaum di

Malaysia,
Bersempena dengan Pelancaran Konsep Satu Malaysia ini , Satu kurikulum baru dirangka

supaya lebih bersepadu dan selaras dengan kehendak dan keperluan dalam mencapai gagasan

Konsep Satu Malaysia. Kurikulum Yang diberi nama Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) telah dilancarkan mulai Jan 2011 lepas dibuat untuk berjalan seiring denan kurikulum

lama KBSR untuk masa ini. Aspek penguasaan bahasa diberi penekanan dalam kurikulum ini

yang mana kepentingan untuk menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris amatlah penting

sebagai medium persamaan setiap bangsa dan kaum di dalam Malaysia. Tanpa penguasaan

bahasa yang baik, maka amat sukarlah untuk setiap warganegara memahami kehendak dan

keperluan satu bangsa yg lain.

Penambahan Bahasa Inggeris dalam kehendak kurikulum disifatkan sebagai alternatif

kepada Bahasa Melayu dalam penggunaan harian. Jika dilihat dari sudut positifnya, maka kita

dapat lihat yang kerajaan memang bersungguh-sungguh dalam usahanya menyemai sikap

toleransi antara kaum di peringkat kanak-kanak lagi.


PERLAKSANAAN KONSEP SATU MALAYSIA MELALUI SUKAN.

Sukan merupakan satu lagi medium yang digunakan oleh kerajaan dalam menyemai

sikap hormat-menghormati dan toleransi antara kaum selaras dengan gagasan Konsep Satu

Malaysia. Kerajaan melalui Kementerian Belia Dan Sukan merangka pelbagai strategi

You might also like