You are on page 1of 12

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

EDU 3034 / KPS 3014

MODUL PENGURUSAN SUMBER

KUMPULAN G

PENSYARAH : ENCIK AZLI BIN ARIFFIN

OLEH:

NAMA NO. MATRIK KOD


PROGRAM
MICHALLE ANAK SIGAN D20091035627 AT33
ELIZABETH ANAK BILIE D20091034154 AT01
NIK NORFAZLINA HANA BINTI MOHD D20091035588 AT33
NOOR
NORFARDANI BINTI MISIN D20091034158 AT01
SITI ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM D20091035632 AT33
ROHANI BINTI ABDUL WAHAB D20091035594 AT33
NURUL ZAWANI BINTI HASSAN D20091035596 AT33
Isi kandungan
Bil Isi kandungan Muka surat

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Definisi dan konsep pengurusan sumber 2

3.0 Jenis- jenis sumber 2-3

4.0 Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber 4-5

5.0 Kepentingan pembelajaran berasaskan sumber 5-6

6.0 Fungsi dan peranan pusat sumber. 6-8


 Pusat kegiatan belajar dan mengajar.
 Mengisi masa lapang.
 Pusat perkembangan idea dan kreativiti.
 Pusat professional

7.0 Kesimpulan 9

Rujukan 10
Lampiran

1.0 Pendahuluan
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak
diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku
atau pengetahuan pelajar hasil daripada pengalaman. Perubahan yang berlaku merupakan suatu
penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik yang
diajar. Sejajar dengan persekitaran sekolah yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran,
seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih
sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya  dalam bilik
darjah. Seseorang guru perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuan
yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui modul
pengajaran dan pembelajaran, seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk
berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum
mengikut potensinya.

Setiap sekolah akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset
audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru perlulah menguasai kemahiran
memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai hasil yang
terbaik dalam pengajaran dan pembelajarannya.  Selepas mengenal pasti semua sumber dan
bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajarannya, seseorang
guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan
dalam bilik darjah. Disamping itu juga, guru  perlu  mahir menggunakan bahan-bahan yang
dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai hasil pengajaran yang terbaik.

  Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi


seseorang guru sekolah bagi memberi kefahaman yang maksimum kepada para pelajarnya.
Proses pengajaran yang berkesan ini merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk
mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam sebuah
sekolah.

2.0 Definisi dan konsep pengurusan sumber


Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang
dan dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Pengurusan
juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu
atau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai
sesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010).
Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa pengurusan merujuk kepada
seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Antara fungsi pengurusan
termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota
organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai
matlamat organisasi yan telah ditetapkan.
Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkan
oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian. Sumber terdiri daripda pelbagai kategori
iaitu sumber alam atau semulajadi, sumber manusia, kewangan dan teknologi. Kategori sumber
ini digunakan manusia secara langsung untuk proses kelangsungan hidup dan mempunyai
perkaitan dengan definisi pengurusan tadi.
Oleh sebab itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia
mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk
mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran
mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan
sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau
menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat.

3.0 Jenis- jenis sumber

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam
membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak,
bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis- jenis ini mempunyai ciri
yang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan murid- murid memahami akan isi
kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya.
Sumber bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud
secara fizikal. Selain itu, bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah
dihasilkan melalui cetakan bukan daripada tulisan tangan. Sumber bahan bercetak meliputi
buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Sumber pengajaran
dan pembelajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya yang
murah, senang didapati, mudah diperolehi dan mudah alih. Selain itu juga, bahan bercetak ini
merupakan bahan yang kekal dan boleh dibuat dirujuk pada bila-bila masa saja kerana ianya
banyak disimpan di pusat sumber, perpustakaan dan arkib negara.

Selain daripada itu, bahan teknologi maklumat juga salah satu sumber yang digunakan
oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai murid yang menyukainya. Jika
sumber ini digunakan secara berkesan, alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mempunyai kemudahan
yang luas dalam menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat perisian-perisian
percuma yang disediakan oleh kerajaan di setiap sekolah di seluruh negara dan perisian tersebut
bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan guru dalam menyampaikan
pengajarannya. Antara kelebihan bahan ini ialah murid-murid akan lebih mudah untuk
memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran
seterusnya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.

Bahan maujud juga sering digunakan sebagai sumber dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh
dan dipegang. Selain daripada itu juga, bahan ini merupakan bahan yang nyata yang ada
disekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet. Contoh bahan ini ialah
komputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya. Selain itu bahan ini terbahagi
kepada tiga jenis iaitu realia asli ( bahan yang hidup dan bukan hidup ), realia awet ( bahan yang
telah diawet ) dan spesimen ( mewakili kumpulan hidupan tertentu seperti daun-daun). Jika guru
menggunakan bahan-bahan ini, maka para pelajar akan lebih memahami situasi sebenar
berdasarkan gambaran dan bahan yang digunakan dengan mentranformasikan situasi tersebut
dalam dunia yang nyata melalui deria sentuhan, penglihatan, rasa dan sebagainya.
4.0 Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber

Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat untuk melibatkan semua pelajar belajar secara
aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar memainkan
peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Guru hanya
bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada pelajar. Selain itu, peranan guru
juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala pelajar
bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut. Sebagai contoh,
sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah sumber yang berasaskan
komputer. Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari maklumat yang terdapat dalam
computer untuk menjalankan aktiviti kumpulan. Menggunakan cara tersebut kita dapat melihat
penglibatan aktif semua pelajar untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan
oleh gurunya.

Selain daripada itu, ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber hendaklah lebih flaksibel
dalam penggunaan waktu dan ruang belajar. Maksudnya di sini ialah gaya pembelajaran pelajar
boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian yang mereka perlukan. Contohnya, jika terdapat
seseorang pelajar hendak bertanyakan soalan kepada gurunya selepas tamat waktu persekolahan,
mereka tidak sepatutnya berjumpa dengan guru semata-mata hendak bertanyakan akan jawapan.
Sebaliknya mereka boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat yang dikehendaki atau
berkomunikasi secara langsung dengan guru melalui email ataupun telefon bagi bertanyakan
akan masalah tersebut tanpa perlu bersemuka. Hal ini lebih senang dan menjimatkan masa para
pelajar dan guru tersebut.

Ciri pembelajaran berasaskan sumber dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk
belajar mengikut keupayaan mereka. Sebagai guru mereka perlu mengetahui tahap keupayaan
setiap pelajarnya supaya dapat memudahkan guru untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai
untuk pelajar berkenaan. Tidak semua pelajar boleh menerima pembelajaran yang diberikan
oleh guru. Hal ini bergantung kepada tahap keupayaan seseorang pelajar. Sebagai contoh,
pelajar yang mempunyai tahap keupayaan yang rendah, tidak sesuai untuk belajar dengan
menggunakan sumber bercetak seperti buku, majalah atau surat khabar kerana pemikiran mereka
tidak dapat memahami dan menguasai maksud yang cuba disampaikan dalam teks tersebut.
Oleh sebab itu, golongan pelajar seperti ini hendaklah diajar menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan komputer atau alat pandang dengar seperti televisyen mahupun video kerana mereka
akan lebih memahami maksud yang cuba disampaikan dengan lebih jelas lagi.

Di samping itu juga, aktiviti pembelajaran haruslah memberi penekanan kepada sumber
pendidikan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia. Guru seharusnya tidak
menggunakan sumber pembelajaran yang tidak berkaitan dengan aspek pendidikan negara
kerana setiap pembelajaran yang diajar seharusnya mengikut acuan pendidikan negara. Hal ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang lebih patriotik dan mempunyai semangat cintakan
negara yang tinggi. Pengambilan sumber juga haruslah sesuai dengan pembelajaran supaya
memudahkan pelajar untuk memahami maklumat cuba disampaikan oleh guru. Tanpa sumber
pembelajaran guru sukar untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan di
dalam kelas.

Ciri pembelajaran berasakan sumber yang terakhir ialah dapat menyajikan berbagai
pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi bagi
meningkatkan motivasi belajar para pelajar. Dalam konteks ini guru boleh memilih sendiri
kaedah pembelajaran dengan menggunakan pelbagai sumber seperti, internet, cakera padat,
video, televisyen, buku teks, majalah, surat khabar, kamus ataupun sumber yang berasaskan
manusia contohnya guru ataupun rakan sekelas. Selain itu juga, dengan penggunaan pelbagai
sumber pengetahuan pelajar akan bertambah luas. Mereka juga boleh berkomunikasi dengan
guru ataupun rakan yang lain apabila tamatnya waktu persekolahan dengan menggunakan
internet seperti email ataupun telefon.

5.0 Kepentingan pembelajaran berasaskan sumber

Pembelajaran berasaskan sumber amat penting dalam proses pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas. Tanpa sumber, ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang
disebabkan pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru sahaja. Pengajaran dan pembelajaran
yang berasakan kepada guru sahaja tidak mencekupi dalam konteks mendidik para pelajar.
Pentingnya sumber dalam pembelajaran ialah dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu
agar lebih difahami oleh pelajar. Contohnya, guru yang hanya mengajar berasakan kepada teori
saja tidak dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pelajar tanpa praktikal atau
gambaran yang jelas bagi menerangkan mengenai sesuatu situasi tersebut. Oleh sebab itu, guru
boleh menggunakan bahan seperti foto-foto yang berkaitan, slaid dan video untuk dilihat oleh
pelajar bagi menambahkan kefahaman mereka.

Sumber juga penting dalam pembelajaran pelajar agar pelajar tersebut tidak merasa bosan
ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Semestinya pelajar tidak akan selesa berada dalam
kelas jika guru hanya menerangkan mengenai fakta atau teori tanpa bahan-bahan bantu mengajar
yang dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Oleh sebab itu, timbullah sikap yang tidak
menghormati guru. Gaya pengajaran guru tersebut yang tidak menarik perhatian pelajar
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar. Oleh hal yang
demikian, sumber berfungsi untuk mengawal sikap para pelajar ini agar lebih menghormati para
pendidiknya melalui pendedahan positif yang diberikan oleh guru melalui sumber pembelajaran.
Contohnya, keratan akhbar yang mengandungi isu-isu semasa boleh digunakan oleh guru sebagai
sumber pembelajaran bagi menerangkan mengenai sesuatu peristiwa dan seharusnya pelajar
mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.

Selain itu, pembelajaran berasaskan sumber juga amat penting untuk membina nilai
positif dan usaha meningkatkan prestasi pelajar di samping meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka. Melalui sumber yang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran para
pelajar akan memahami pengajaran guru tersebut dan dapat mendorong mereka mencapai tahap
pengetahuan yang tinggi. Para pelajar juga akan bermotivasi untuk belajar apabila adanya
sumber yang boleh menjana minda mereka untuk lebih menerokai dan memahami mengenai
ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru mereka. Contohnya, penggunaan sumber berasaskan
internet dapat membantu mereka untuk mencari bahan yang diperlukan tanpa bergantung pada
guru semata-mata. Melalui penggunaan sumber yang terkini atau moden ini dapat membantu
mereka untuk mengakses maklumat yang mereka perlukan dengan lebih cepat dan mudah.

6.0 Fungsi dan peranan pusat sumber.

Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau sejumlah ruangan yang berisi banyak
koleksi buku yang dipelihara dengan baik dan dapat digunakan oleh semua masyarakat atau
golongan tertentu. Selain daripada itu juga, pusat sumber merupakan pusat media, pusat belajar,
pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat rujukan. Pusat sumber berkembang pesat dari waktu
ke waktu dengan pelbagai fungsi dan peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola
kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusat
sumber juga berkembang daripada pusat sumber tradisional, semi tradisional, elektronik, digital
sehinggakan pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya.

6.1 Pusat kegiatan belajar dan mengajar.

Fungsi utama pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan
belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari
bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi
membuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah. Pelbagai sumber rujukan di
pusat sumber juga akan dapat membentu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran mereka
dan mencari bahan rujukan tambahan untuk pemahaman atau dalam menambah
maklumat yang telah disampaikan. Pelajar tidak dapat mengetahui dengan mendalam
sesuatu pelajaran itu jika hanya sepenuhnya bergantung pada guru sahaja tanpa membuat
rujukan tambahan.

6.2 Mengisi masa lapang.

Seterusnya, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempat
untuk mengisi masa lapnag dengan melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana,
dengan adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang
terluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka. Mereka tidak akan
membazirkan masa di tempat yang tidak berfaedah seperti di pusat membeli- belah, kedai
makan dan sebagainya. Apabila mereka melepak di pusat sumber bersama kawan–
kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan baik tetapi dapat
menambahkan maklumat melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah yang telah
disediakan. Mereka juga dapat berbincang dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru bersama kawan- kawan serta dapat menghindari diri daripada melakukan aktiviti
yang tidak berfaedah seperti melepak.
6.3 Pusat perkembangan idea dan kreativiti.

Di samping dapat mengisi masa lapang, pusat sumber juga menjadi pusat bagi
perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja
berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya membekalkan kemudahan dan
perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan
sahaja menyediakan bahan-bahan bacaan semata-mata tetapi turut menganjurkan pelbagai
aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya pemikiran , kreativiti dan imaginasi
para pelajar dan guru. Contohnya dengan penganjuran pelbagai pertandingan seperti
pertandingan bercerita dan banyak lagi.

6.4 Pusat profesional

Pusat sumber sekolah juga berperanan sebagai Pusat profesional. Pelbagai


aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan iktisas keguruan
dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi serta kemajuan
pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan- rancangan perkembangan staf dan latihan
dalaman boleh dijalankan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber
sekolah.
7.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu


meningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain
itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi
berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber
manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi,
persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini.
Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuah
organisasi itu.

Namun kepincangan pengurusan sumber manusia telah membangkitkan pelbagai isu.


Isu-isu sedia ada dalam pengurusan sumber manusia dalam pendidikan termasuklah isu
berhubung kait penilaian prestasi, pemberian insentif, globalisasi pendidikan, teknologi dalam
pendidikan, jaminan kualiti pendidikan, proses perekrutan dan pemilihan staf, latihan dan
pembangunan staf, serta pembangunan kerjaya staf. Beberapa tahun kebelakangan menyaksikan
pelbagai isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan menerima liputan meluas media
massa, seperti isu ketidakseimbangan gender dalam pasaran pekerjaan, 20 pelarasan gaji, etika
dan integriti, stres serta isu kepemimpinan. Dalam industri pendidikan, isu-isu berbangkit ini
perlu ditangani secara sistematik dengan penggemblengan usaha pihak-pihak yang
berkepentingan bagi menjamin peningkatan prestasi pelajar berjaya dilaksanakan.
Rujukan

Abdul Aziz Yusof (2004). Kepimpinan Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi


Kemanusiaan. Pearson Prentice Hall.

Abdul Aziz Yusof (2007). Keinsanan Dalam Pengurusan. Siri Pengurusan dan Pentadbiran
Utusan. Utusan Publications & Distributors SDN BHD.

Arcaro Janice (1995). Creating Quality in the Classroom. London: Kogan Page Limited.

Buck, Frank (2010). Organization Made Easy!-Tools for Today’s Teachers. New York: Eye on
Education.

Cari Ilmu Online Borneo (2010). Jenis- jenis sumber pembelajaran dan pemanfaatnya.
Diperoleh pada 9 Mac 2011 daripada http://massofa.wordpress.com/

Linder, S.B (1970). The Harried Lecture Class. New York: Columbia University Press.

scrib (2010). Tujuan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada 9
Mac, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/

Teori pembelajaran ( 2009 ). Diperoleh pada 9 Mac, 2011


daripada http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/index TE.html

You might also like