You are on page 1of 17

Kolej MARA Banting

Kerja Kursus Pendidikan Agama Islam


SEM 1 / 2010
Tajuk:

Program Realiti Tv : Antara Kebaikan dan Keburukan

Pensyarah:

Ustaz Abd Jamir bin Md Saad

Disediakam oleh :

Nama : Noor Hafiz Bin Abd. Jalil

Kelas : M10E

Nombor Kad Pengenalan : 920118-09-5191


Isi Kandungan

Bilangan Isi Kandungan Muka Surat


1 Pengenalan 2-3
2 Keburukan Program Realiti Tv 4-9
3 Kebaikan Program Realiti Tv 10-11
4 Kesimpulan 12
5 Rujukan 13
6 Lampiran 14-17

Pengenalan

1
Tajuk yang akan saya tulis ialah program realiti : antara kebaikan dan keburukan.
Tujuan utama saya menulis tentang tajuk ini ialah kerana marcapada ini program relaiti ini
semakin hangat dan telah menjadi trend masa kini daripada program berasaskan islamik
seperti Imam muda sehinggalah program yang berbentuk hiburan seperti Akedemi Fantasia.
Program seperti semakin meluas seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rancangan realiti
tv adalah satu genre yang mempersembahkan situasi dramatik atau humur yang dikatakan
tidak berskrip, merakam peristiwa sebenar, dan bukannya pelakon professional.1

Sebenarnya, program realiti ini mula popular di Amerika Syarikat. Program seperti
American Idol yang diperkenalkan Fox’s Tv adalah bertujuan untuk membantu seseorang
untuk mencapai impian menjadi penyanyi dan juga untuk mengubah taraf hidup seseorang.
Antara hartawan yang lahir daripada program ini ialah Kelly Clarkson dan Adam Lambert. Di
Malaysia, program yang menjadi perintis kepada industri program reality ialah Akedemi
Fantasia yang mula diperkenalkan pada tahun 2003. Antara artis popular yang lahir daripada
AF ialah Mawi dan Shahir. Soalnya, apakah rancangan seperti dapat memberikan impak yg
baik kepada masyarakat terutamanya masyarakat majoriti di Malaysia iaitu masyarakat
muslim.? Adakah lebih banyak keburukan daripada kebaikan ?. Soalnya akan dikupas di
dalam kerja kursus ini.

Lawannya terdapat juga program yang berasaskan islamik yang mula diketengah oleh
stesyen-stesyen televisyen seperti Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis dan juga Akademi
Al-Quran yang mula diperkenalkan oleh TV9 sejak tahun 2008. Program seperti ini mampu
menjadikan para peserta-pesertanya sebagai ikon kepada rakyat Malaysia.Contohnya juara
Imam Muda, Asyraf merupakan seorang yang kuat agamanya dan mampu menyebarkan
dakwah di kalangan umah Islam di Malaysia. Menurut surah Al-Imran ayat 110:2

ۡ ‫استَ ۡأ ُمرُونَبِ ۡٱل َم ۡعرُوفِ َوتَ ۡنهَ ۡونَ َعنِ ۡٱل ُمنڪَر َوتُ ۡؤ ِمنُونَبِٱهَّلل ۗ‌ِ َولَ ۡو َءا َمنَأ َ ۡه‬
ِ‫ٱُللڪ‬ ِ َّ‫ُكنتُمۡ َخ ۡي َرأُ َّم ٍةأُ ۡخ ِر َج ۡتلِلن‬
ِ
١١٠َ‫ڪثَ ُرهُ ُم ۡٱلفَ ٰـ ِسقُون‬ ۡ َ‫تَ ٰـبِلَ َكانَ َخ ۡي ۬ ًرالَّهُ ‌ۚم ِّم ۡنهُ ُم ۡٱل ُم ۡؤ ِمنُونَ َوأ‬

1) http://www.scribd.com/doc/22059246/Kesan-Rancangan-Realiti-Televisyen
2) http://www.quranexplorer.com/quran/
Maksudnya : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu

2
beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.
(Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
(110)”

Surah Al-Imran ayat 110 ini merupakan mengapa kita memerlukan orang seperti Asyraf
untuk menguatkan lagi umat Islam di Malaysia.

Di samping itu, terdapat juga program realititv yang berasaskan amal dan kebajikan
seperti Bersamamu yang disiarkan TV3. Program seperti mampu memberikan pengajaran
kepada masyarakat. Justeru di dalam nukilan ini akan saya kupaskan tentang kebaikan dan
keburukan dalam rancangan realiti tv.

KeburukanProgram Realiti Tv

Mantan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Profeser


Datuk Hamdan Adnan pernah menegaskan bahawa program realiti tv mampu menghapuskan

3
tatasusila masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.1 Masyarakat di timur terutamanya
Malaysia terkenal dengan adat dan ketatasusilaan. Program realiti tv yang banyak
memaparkan adegan yang menjerumus kea rah budaya kuning dari barat mampu
menghapuskan budaya ketimuran masyarakat islam di Malaysia. Contohnya, kita boleh lihat
apabila seseorang peserta program nyayian tidak kiralah daripada Akademi Fantasia
sehinggalah ke Mentor pasti ada adegan menangis dan berpelukan antara lelaki dan
perempuan padahal mereka bukannya muhrim. Menurut sebuah hadis:

ُ‫ير ْأ ِسأ َ َح ِد ُك ْمبِ ِم ْخيَ ٍط ِم ْن َح ِدي ٍد َخ ْي ٌرلَهُ ِم ْنأ َ ْنيَ َمسَّا ْم َرأَةًالتَ ِحلُّلَه‬ ْ ‫”ألَ ْني‬:‫اللَّهُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ِ‫ُط َعنَف‬
Dari Ma’qil bin Yassar, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Seandainya kepala seseorang
ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal
baginya.” (HR ath-Thabrani)

Adegan-adegan seperti inilah yang akan dipertontonkan ke seantero Malaysia dan


mampu merosakkan masyarakat terutamanya golongan remaja yang masih belum cukup
dewasa dan matang untuk meintrepetasikan adegan yang mereka lihat. Ini sekaligus akan
meningkatkan kadar maksiat dalam kalangan remaja dan akan menghampiri zina.
Sesungguhnya allah telah berfirman dalam surah Al-Israq ayat 32:

(٣٢)ً‫ىإِنَّهۥُ َكانَفَ ٰـ ِح َش ۬ةً َو َسٓا َء َسبِي ۬ال‬


‌ٰٓۖ َ‫ُواٱل ِّزن‬
ْ ‫َواَل تَ ۡق َرب‬

Maksudnya : “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (32)”

Masa itu emas, begitulah ungkapan yang diucapkan oleh masyarakat barat. Namun,
bagi kita muslimin dan muslimah kita haruslah berpegang kepada prinsip masa itu kehidupan
dan masa itu ibarat pedang. Program realiti tv sememangnya sesuatu yang membuang banyak

1)http://anuarzain.forumco.com/post~method~TopicQuote~TOPIC_ID~266~FORUM_ID~13.asp

masa samaada kepada penonton mahupun kepada peserta program itu sendiri. Ada peserta
yangsanggup mengabaikan pelajaran atau berhenti dari kerja semata-mata untuk menyertai
program yang lagha lagi membuang masa ini. Kita dapat lihat seluruh anggota keluarga akan
berkumpul untuk melihat program realiti tv ini, tidak kiralah yang ibubapa sehingaalah ke
anak-anak mereka “bapa borek anak rintik”. Sesungguhnya ini akan membuang masa belajar

4
anak-anak tersebut. Allah tidak menyukai orang yang membuang masa dalam firmannya
dalam surah Al-Asr :

‫ت‬ ْ ُ‫وا َو َع ِمل‬


َّ ‫وا ٱل‬
ِ ‫ص ٰـلِ َح ٰـ‬ َ ‫إِاَّل ٱلَّ ِذ‬ )٢( ‫إِ َّن ٱإۡل ِ ن َس ٰـ َن لَفِى ُخ ۡس ٍر‬ )١( ‫ص ِر‬
ْ ُ‫ين َءا َمن‬ ۡ ‫َو ۡٱل َع‬
)٣( ‫ص ۡو ْا بِٱلص َّۡب ِر‬
َ ‫ق َوتَ َوا‬ ِّ ‫اص ۡو ْا بِ ۡٱل َح‬
َ ‫َوتَ َو‬
Maksudnya :“demi masa (1), sesungguhnya manusia dalam kerugian (2), kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling
menasihati untuk kesabaran (3) “.

Berdasarkan ayat Al-Quran tersebut, adakah program realiti tv yang berorentasikan


hiburan mampu melahirkan mukmin yang beriman mahupun yang melakukan kebajikan atau
menasihati kepada mukmin yang lain. Tidak sama sekali, kalau ada pun satu dalam seribu.
Justeru ,program realiti tv ini boleh diklafikasikan sebagai sesuatu yang membuang masa
masyarakat.Di samping tu kita, juga sering kali melihat ibu bapa yang marah dan naik angin
apabila peserta yang mereka gemari tersingkir atau gagal ke peringkat seterusnya tetapi
apabila anak-anak mereka sendiri gagal dalam pelajaran reaksi kedua ibubapa ini selamba
sahaja bagaikan tiada apa yang berlaku. Ini langsung tidak memotivasikan anak-anak tentang
pentingnya pelajaran kepada umat islam. Rasullullah pernah besrsabda yang bermaksud “
tuntutlah ilmu sampai ke negeri China”. Ini menunjukan betapa pentingnya ilmu berbanding
program reality tv yang bertujuan untuk hiburan tetapi lebih banyak melalaikan. Contaohnya,
Diari Akademi Fantasia yang ditunjukkan pada setiap hari meamaparkan aktiviti haraian para
peserta AF. Walaubagaimanapun, aktiviti yang ditunjukkan hanyalah berkisarkan tentang
rutin tarian dan latihan nyanyian mereka. Tidak pula ditunjukkan mereka sedang bersolat
mahupun membaca Al-Quran sedangkan kebanyakan daripada mereka adalh muslimin dan
musimah. Solat tiang agama. Sepatutnya inilah yang menjadi keutamaan mereka.

Aurat merupakan penting bagi muslimin dan muslimah. Kita dapat lihat aurat yang
sering kali terdedah dalamrancangan reality tv terutamanya nyanyian. Ini sering kali berlaku
dalam kalangan peserta wanita. Perserta yang tidak menutup aurat inilah yang akan menjadi
pujaan dan gilaan orang ramai dan seterusnya dijadikan sebagai idola masyarakat. Selepas ini
masyrakat akan terikut- ikut idola mereka ini. Allah pernah berfirman dalam ayat 31 surah
An-Nuur:

5
‫ين ِزينَتَه َُّن إِاَّل َما‬َ ‫ص ٰـ ِر ِه َّن َويَ ۡحفَ ۡظ َن فُرُو َجه َُّن َواَل ي ُۡب ِد‬ َ ‫ُض َن ِم ۡن أَ ۡب‬ ۡ ‫ت يَ ۡغض‬ ِ ‫َوقُل لِّ ۡل ُم ۡؤ ِمنَ ٰـ‬
‫ين ِزينَتَه َُّن إِاَّل لِبُعُولَتِ ِه َّن أَ ۡو‬ ‌َّۖ ‫ض ِر ۡب َن بِ ُخ ُم ِر ِه َّن َعلَ ٰى ُجيُوبِ ِہ‬
َ ‫ن َواَل ي ُۡب ِد‬ ۡ َ‫ظهَ َر ِم ۡنهَ ۖا‌ َو ۡلي‬
َ
‫َءابَٓا ِٕٕٮِـ ِه َّن أَ ۡو َءابَٓا ِء بُعُولَتِ ِه َّن أَ ۡو أَ ۡبنَٓا ِٕٕٮِـ ِه َّن أَ ۡو أَ ۡبنَٓا ِء بُعُولَتِ ِه َّن أَ ۡو إِ ۡخ َوٲنِ ِه َّن أَ ۡو بَنِ ٓى إِ ۡخ َوٲنِ ِه َّن‬
‫ين َغ ۡي ِر أُ ْولِى ٱإۡل ِ ۡربَ ِة ِم َن‬ َ ‫أَ ۡو بَنِ ٓى أَ َخ َوٲتِ ِه َّن أَ ۡو نِ َسٓا ِٕٕٮِـ ِه َّن أَ ۡو َما َملَ َك ۡت أَ ۡي َم ٰـنُه َُّن أَ ِو ٱلتَّ ٰـبِ ِع‬
‫ض ِر ۡب َن بِأ َ ۡر ُجلِ ِه َّن لِي ُۡعلَ َم‬
ۡ َ‫ت ٱلنِّ َسٓا ِۖ‌ء َواَل ي‬ِ ‫ُوا َعلَ ٰى َع ۡو َرٲ‬ ْ ‫ين لَمۡ يَ ۡظهَر‬ َ ‫ال أَ ِو ٱلطِّ ۡف ِل ٱلَّ ِذ‬ِ ‫ٱلرِّج‬
َ
)٣١( ‫ُون‬ َ ُ‫ن َوتُوب ُٓو ْا إِلَى ٱهَّلل ِ َج ِميعًا أَيُّهَ ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬
َ ‫ون لَ َعلَّ ُكمۡ تُ ۡفلِح‬ ‌َّۚ ‫ين ِمن ِزينَتِ ِه‬َ ِ‫َما ي ُۡخف‬
Maksudnya: “dan katakanlah kepada perempuan beriman, agar menjaga pandangannya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan
hendaklah menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya
(auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan, atau para perempuan (sesama islam), atau
hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki tua yang sudah tidak
mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang
aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang beriman agar
kamu beruntung”.

Kadang kala kita akan dapat melihat peserta sesebuah rancangan realiti tv memakai
tudung seperti Ila Damia dari program Mentor, serta Heliza dan Rini dari program Akademi
Fantasia.Memanglah cara pemakaian mereka boleh dipuji akan tetapi sikap atau perbuatan
mereka ketika rancangan tersebut berlangsung tidak pula menunjukkan yang mereka ini
merupakan muslimah yang unggul mahupun sejati yang boleh dijadikan rol-madel kepada
generasi muslimah di luar sana. Suara merupakan aurat bagi seseorang perempuan yang
beragama islam. Justeru, mengikuti dan menyertai program realiti tv yang memerlukan
saudari tersebut melontarkan suara mahupun terpekik dan terlolong merupakan salah dan
ianya mendedahkan aurat saudari tersebut. Tempat kaum hawa sepatutnya di rumah melayan
kerenah suami dan anak-anak dan bukannya di atas pentas yang dilimpahi beribu cahaya
lampu dan mendedahkan kemaluan mereka (auratnya).

6
Membazir merupakan suatu perbuatan yang tidak pernah diajar oleh Rasullullah dan
dikatakan seseorang yang membazir merupakan sahabat kepada syaitan. Allah berfirman
dalam ayat 67 surah Al-Furqan.

)٦٧(‫ڪانَبَ ۡينَ َذٲلِ َكقَ َوا ۬ ًما‬ ْ ‫وا َولَمۡ يَ ۡقتُر‬


َ ‫ُوا َو‬ ْ ُ‫والَمۡ ي ُۡس ِرف‬
ْ ُ‫َوٱلَّ ِذينَإِ َذٓاأَنفَق‬

Maksudnya : “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan
hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan
mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)”.

Apa kaitannya pembaziran dengan program realiti tv ?. Sememangnya kaitannya begitu


besar dan mampu memberikan impak kepada masyarakat. Afundi jarak nama peserta
mahupun Mentor1 untuk satu undian adalah merupakan antara cara yang gunakan oleh
stesyen tv untuk meraih keuntungan. Kita dapat lihat kebanyakan program realiti tv di zaman
siber ini banyak menggunakan undian melalui sistem pesanan ringkas atau lebih dikenali
dengan SMS. Setiap SMS tersebut mampu menelan belanja sebanyak RM0.50 per SMS.
Cuba anda bayangkan 100 SMS, kredit yang akan digunakan telah meningkat sehingga
RM50. Disinilah pembaziran wang akan berlaku. Wang yang disalurkan untuk
menguntungkan stesyen tv dan syarikat telekomunikasi itu boleh digunakan untuk tujuan lain
yang mendatangkan lebih banyak faedah berbanding dihabiskan untuk peserta kegemaran
mereka yang tidak memberikan apa-apa pun pulangan kepada si pengundi walhal peserta
yang diundi akan mendapat pelbagai hadiah lumayan jikalau berjaya memenangi program
realiti tv tersebut. Program One in A Million yang menawarkan hadiah utama wang tunai
sebanyak sejuta ringgit telah melahirkan ramai jutawan ekspress seperti Tomok dan Suki.
Mereka inilah yang akan bergelar jutawan padahal masyarakat yang sanggup menghabiskan
wang saku mereka beratus-ratus ringgit hanyalah menerima ucapan terima kasih sahaja
daripada peserta tersebut itupun kalau perserta terbabit teringat untuk mengucapkan terima
kasih kepada peminatnya.

Corak pemikiran manusia juga boleh berubah disebabkan oleh apa yang mereka lihat
di kaca televisyen. Mungkin para remaja yang masih belasan tahun senang terpengaruh
dengan apa yang mereka lihat. Mereka ini masih belum matang dan harus diberi perhatian
yang lebih. Program realiti sememangnya mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak
bangsa kita. Kita telah melihat pelbagai kelab peminat yang fanatic terhadap artis-artis mee
segera ini berbanding dengan Qari dan Qariah Negara. Beribu-ribu peminat yang sanggup

7
menghabiskan masa dan wang demi artis yang mereka sayangi. Kita dapat lihat hampir
beribu-ribu rakyat Malaysia yang telah menjadi ahli kelab artis mee segera ini di dalam
facebook. Contohnya, seperti Shahir AF8 yang sekarang ini sedang meniti bibir setiap
1
peminatnya di Malaysia. Dia mempunyai hampir 95,991 peminat dalam facebook. Saban
hari kita dapat melihat para remaja ini berlumba-lumba untuk menyertai program realiti tv ,
padahal yang berazam untuk pergi ke masjid mahupun surau amatlah rendah bilangannya.
Mereka ini lebih rela berpeluh dan bersusah payah ke tempat temuduga untuk menyertai
sesuatu program realiti tv berbanding untuk bersusah payah untuk menyertai program ilmu
,atau ceramah dan forum yang diadakan di surau mahupun masjid. Ini merupakan
perkembangan yang tidak sihat akibat pengaruh rancangan realiti tv. Ada juga kes para
ibubapa yang sanggup untuk tidak menghadiri majlis seperti kenduri dan hanya mahu duduk
di rumah untuk melihat rancanngan realiti. Ini akan menjejaskan hubungan dan ukhwah serta
silaturahim di antara umat islam umumnaya dan diantara rakan-rakan dan yang paling
penting saudara-mara khasnya. Jika sesuatu komuniti itu tidak bersatu padu maka untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berkerjasama amatlah susah. Semua ini disebabkan oleh
rancangan realiti tv. Pepatah melayu ada menyebut bersatu kita teguh bercerai kiat roboh.
Allah juga berfirman supaya umatnya bersatu-padu dan tidak berpecah-belah dan Surah Al-
Imran ayat103 ada menjelaskan:

ۚ
َ ‫ُوانِ ۡع َمتَٱللَّ ِه َعلَ ۡي ُكمۡ إِ ۡذ ُكنتُمۡ أ َ ۡع َدٓا ۬ ًءفَأَلَّفَبَ ۡينَقُلُوبِ ُكمۡ فَأ‬
ْ ‫وا َو ۡٱذ ُكر‬ َ ‫وابِ َح ۡبٱِلللَّ ِه َج ِمي ۬ ًع‬
‌ْ ُ‫اواَل تَفَ َّرق‬ ْ ‫ص ُم‬ ِ َ‫ٱعت‬ ۡ ‫َو‬
ۡ‫ارفَأَنقَ َذ ُكم ِّم ۡنہَ ۗا‌ َك َذٲلِ َكيُبَيِّنُٱللَّهُلَ ُكمۡ َءايَ ٰـتِِۦهلَ َعلَّ ُكمۡ تَہ‬ ۡ ۬
ِ َّ‫او ُكنتُمۡ َعلَ ٰى َشفَاحُف َر ۬ ٍة ِّمنَٱلن‬ َ ً‫صبَ ۡحتُمبِنِ ۡع َمتِ ِۤۦهإِ ۡخ َوٲن‬ۡ
َ ‫تَ ُد‬
)١٠٣(‫ون‬
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan
janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu
bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu
(sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat
Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang
Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari
Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)”

Lebih 4.9 juta masyarakat melayu yang layak mengundi tidak daftar mengundi dalam
pilihanraya umum yang baru lepas ini. Walhal apabila disebut untuk mengundi peserta

8
kegemaran mereka dalam program realiti tv, berlumba-lumba mereka ini menghabiskan masa
dan wang unuk mengundi artis mee segera ini. Ini mampu juga meruntuhkan sesebuah
institusi kenegaraan.

Hedonisme merupakan budaya kuning yang cuba diterapkan masyarakat barat kepada
umat islam untuk melihat keruntuhan umat islam di dunia. Budaya seperti ini kebanyakannya
didalangi oleh rejim zionis Israel laknatullah. Hedonism bermaksud pegangan atau
pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. 1Mutakhir ini,
pelbagai rancangan realiti tv berunsur pergaulan mula diperkenalkan. Di Amerika Syarikat ,
kita dapat lihat pelbagai rancangan seperti Beauty and the Geek, American idol dan
American’s Next Top Model yang dengan selambanya memaparkan pergaulan bebas antara
pesertannya yang terdiri daripada kedua-dua jantina. Terdapat adegan-adegan panas juga
seperti berdua-duaan dan bercium. Pakaian yang dikenakan juga mencolok mata dan mampu
menaikkan nafsu. Mungkin ini dianngap sesuatu yang biasa bagi masyarakat di barat
terutamanya di Amerika Syarikat, tetapi bagaimana dengan masyarakat Malaysia yang
majoritinya umat islam. Mungkin jika penyiaran rancangan realiti tv yang datangnya dari
barat ini patut dihentikan kerena memberi impak yang negatif kepada umat islam di Negara
kita. Kegilaan para remaja kepada rancangan-rancangan seperti ini mampu meningkat
pergaulan-pergaulan bebas dan seterusnya mampu memesongkan akidah remaja tersebut.
Hari ini kita dapat lihat beratus-ratus kes buang bayi berlaku di seluruh Negara. Tambah
mengejutkan kebanyakan mereka yang terlibat adalah remaja-remaja islam belasan tahun
sahaja dan ibubapa mereka juga seorang muslim dan muslimah yang tidak pernah mengajar
anak-anak mereka tentang perkara tersebut. Apa yang mereka lihat dalam rancangan realiti tv
dari barat merupakan antara sebab utama. Malaysia juga berjinak-jinak dalam
memperkenalkan rancangan realiti tv seperti ini. Contohnya, Mencari Cinta dan Cornetto
Love’ Perhaps.

1)http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hedonisme

KebaikanProgram Realiti Tv

9
Sebenarnya di samping keburukan yang boleh kita dapat dalm rancangan realiti tv,
terdapat juga kebaikan atau kesan positif yang dapat kita cari dalam rancangan realiti tv ini.
Dewasa ini, syarikat-syarikat televisyen mula memperkenalkan rancangan yang bercirikan
islam. Rancangan Akademi Quran yang dianjurkan Stesyen TV9 merupakan rancangan yang
mampu memberikan impak yang baik terhadap masyarakat. Melalui rancangan ini para
penonoton dapat belajar tentang cara-cara untuk membaca Al-Quran dengan betul mengikut
hukum tajwid dan juga belajar bagaimana untuk bertaranum dengan baik dan betul.

Syarikat Astro menerusi Astro Oasis juga telah memperkenalkan satu rancangan
untuk mencari golongan belia yang mempunyai nilai peribadi islam yang kukuh serta
mempunyai pakej yang lengkap untuk diketengahkan kepada masyarakat islam di Malaysia.
Imam muda merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda di luar sana untuk mencari
idola mereka. Rancangan ini yang mula ditayangkan pada tahun 2010 mampu memberi
pelbagai impak positif serta ilmu yang bermanfaat kepada umat islam tidak kiralah yang
fardhu ain mahupun fardhu kifayah. Antara ilmu farfhu kifayah yang cuba ditunjukkan ialah
ilmu untuk menguruskan jenazah. Selain itu, rancangan Imam Muda dan Akademi Quran ini
juga mampu dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh umat
islam di Malaysia. Mudah-mudahan dengan dakwah yang tersebar ini mampu membetulkan
akhlak-akhlak masyarakat terutamanya remja pascamerdeka ini yang sudah jauh terpesong
daripada islam itu sendiri dek pengaruh rancangan realiti tv serta pengaruh-pengaruh lain
yang memudaratkan.

Pendidikan teras kejayaan ummah. Selain dari memudaratkan, terdapat juaga program
realiti tv yang dapat melahirkan masyarakat yang berilmu. Misalnya, Rancangan dari barat
iaitu The Apperiantice yang mampu mengajar penontonnya tentang selok-belok perniagaan
dan realiti dunia bisnes. Perniagaan juga merupakan antara ilmu fardhu kifayah yang perlu
dipeljari oleh umat Islam. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 275.

‫اٱلبَ ۡي‬ ۚ ‫ڪلُونَٱلرِّ بَ ٰو ْااَل يَقُو ُمونَإِاَّل َكمايَقُو ُمٱلَّ ِذىيَتَ َخبَّطُهُٱل َّش ۡيطَ ٰـنُ ِمنَ ۡٱلم‬
ۡ ‫سِّ‌ َذٲلِ َكبِأَنَّهُمۡ قَالُ ٓو ْاإِنَّ َم‬ َ َ ُ ‫ٱلَّ ِذينَيَ ۡأ‬
ۚ ۗ
‫نجٓا َءهۥُ َم ۡو ِعظَ ۬ةٌ ِّمن َّربِِّۦهفَٱنتَهَ ٰىفَلَهۥُ َما َسلَفَ َوأَمۡ ُر ۥۤهُإِلَىٱهَّلل ۖ‌ِ َو‬
َ ‫ُع ِم ۡثٱُللرِّ بَ ٰوْ‌ا َوأَ َحٱَّلللَّه ُۡٱلبَ ۡي َع َو َح َّر َمٱلرِّ بَ ٰوْ‌افَ َم‬
َ ‫اخ ٰـلِ ُد‬
)٢٧٥(‫ون‬ َ َ‫ارهُمۡ فِيہ‬ ۡ َ ‫َم ۡن َعا َدفَأ ُ ْولَ ٰـٓ ِٕٕٮِـ َكأ‬
‌ِۖ َّ‫ص َح ٰـبُٱلن‬
Maksudnya : “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana

10
sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan
berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka
apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan
perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.(275)”

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menghalalkan umat islam untuk berniaga
dan bukan riba. Justeru rancangan realiti seperti The Apperiantice mampu mengajar tentang
selok-belok dalam ilmu perniagaan tetapi para penonton haruslah bijak berfikir agar dapat
membezakan perniagaan menurut barat mahupun perniagaan menurut islam.

Rancangan Explorace juga ada menerapkan nilai murni dalam masyarakat seperti erti
kesabaran dan dalam semnagt bekerjasama dalam kumpulan. Tambahan pula, rancangan
realiti yang berbentuk nyayian juga dikatakan ada kebaikannya walaupun sedikit. Antaranya
ialah rancangan tersebut mampu mencungkil bakat-bakat dalam industri seni tanah air. Nama
negara juga dapat diharumkan menerusi artis-artis keluaran rancangan realiti tv tersebut.
Datuk Siti Nurhaliza yang merupakan bekas juara Bintang RTM telah mengukir nama
Malaysia di persada dunia apbila beliau telah mengadakan satu persembahan di Robert Albert
Hall, London , United Kingdom. Ini sedikit sebanyak memperkenalkan Malaysia kepada
dunia. Kesemua rancangan realiti juga boleh dijadikan platform untuk kita mengcungkil
bakat baru tidak mengira apa bidang yang diceburi. Perkara ini mungkin mampu
menyelesaikan masalah sosial remaja di Malaysia yang semakin menjadi-jadi seperti lumba
haram (rempit) dan juga menghisap dadah.

Kesimpulan

11
Program ataupun rancangan realiti tv merupakan sesuatu yang menjadi fenomena
sejak munculnya abad ke-21. Kepentingan program seperti sememangnya msih diragui.
Adakah tanpa program ini manusia tidak mampu untuk mencapai ketamadunan?.
Kebenarannya program yamg bercorakkan hiburan kotemperori ini sememangnya mendatang
lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Kesan-kesan tersebut bolehlah kita lihat
kepada masyarakat moden sekarang tertutamanya remaja pascamerdeka. Kemungkaran yang
terdapat dalam program-program seperti haruslah dicegah. Sesunggah Sabda Rasullullah
SAW yang bermaksud :

“Dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran,
hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak
sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan
hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah-lemah
iman”.(HR. Muslim)”1

Walaupun terdapat rancangan yang dikatakan mampu menyebarkan dakwah serta mencegah
kemungkaran tetapi rancangan seperti masih sedikit bilangannya jika hendak dibandingkan
dengan rancangan yang berunsurkan hiburan. Mungkin rancangan seperti Akademi Quran
dan Imam Muda sedang cuba mencari reputasinya agar bersemadi di hati para
penontonnya .Akan tetapi, Rancangan ini masih lagi belum mendapat tempat di hati
masyarakat Islam di Malaysia. Ini dibuktikan dengan ratingnya yang masih lagi rendah jika
hendak dibandingkan dengan rancangan lain.

Natijahnya, menonton rancangan realiti tv bukanlah sesuatu yang salah.


Walaubagaimanapun, janganlah kita terlalu obses menonton sehinggakan kita melupakan
tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan muslimah yang soleh dan solehah. Justeru
masyarakat terutamanya golongan muda dan mudi haruslah bijak dalam menonton dan
memilih rancangan yang hanya mampu memberikan kita jalan yang lurus untuk menghadap
Illahi di akhirat kelak.

1)http://www.kaunee.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1743:kewajiban-
memberantas-kemungkaran&catid=92:habiburrahim-lc&Itemid=129

Rujukan

12
Internet

1) http://www.scribd.com/doc/22059246/Kesan-Rancangan-Realiti-Televisyen
2) http://zapafly.net/kebaikan+dan+keburukan+realiti+televisyen.html
3) http://alyadina.blogspot.com/2009/06/televisyen-kebaikan-dan-keburukan_12.html
4) http://www.assalaam.or.id/forum-santri/muamalah/250-batasan-hubungan-laki-laki-
dan-perempuan.html
5) Semua ayat Quran dan Hadis diambil dari http://www.quranexplorer.com/quran/
6) http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/05/18/tranformasi-rancangan-realiti-tv/
7) http://anuarzain.forumco.com/post~method~TopicQuote~TOPIC_ID~266~FORUM_
ID~13.asp
8) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hedonisme
9) http://www.kaunee.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=1743:kewajiban-memberantas-
kemungkaran&catid=92:habiburrahim-lc&Itemid=129

Majalah

1) Sharunizam Abd. Mutalib (2006,Ogos), Sindrom Hiburan Murahan, Dewan


Masyarakat, muka surat 9
2) Muhamadiyah (2006,Ogos), Ketaksuban yang Membinasakan, Dewan Masyarakat,
muka surat 4
3) Jaliey-M, Hentikan Program Realiti Tv-Mufti, Edisi Nasional, 2007/04/24 daripada
http://www.perakan.net.my

13
Lampiran

Rancangan TV Realiti telah banyak merealisasikan cita-cita rakyat Malaysia yang mempunyai bakat
dalam seni terutama bidang nyanyian. Stesen-stesen TV telah berlumba-lumba mengadakan rancangan
realiti TV kerana ingin mengaut keutungan yang besar setelah melihat semakin ramai rakyat Malaysia
meminati rancangan berbentuk sedemikian.

Fenomena itu juga telah membuat Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak
mengingatkan stesen-stesen TV tempatan supaya tidak terlalu didorongi pertimbangan komersial dan
pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat.

Sikap telalu mencedok rancangan daripada luar telah menyebabkan rakyat Malaysia hilang kreativiti
untuk melahirkan rancangan TV mengikut acuan budaya Malaysia. Tidak dinafikan rancangan realiti TV
seperti Akademi Fantasia (AF) telah menarik jutaan penonton untuk berada di hadapan TV bagi
mengikut setiap program yang disiarkan.

Kegilaan rakyat terhadap program Akademi Fantasia dibuktikan apabila tiket di setiap konsert yang
diadakan habis terjual malah ketika pihak Astro mengadakan konsert tersebut secara terbuka di
Putrajaya telah menarik lebih 30 ribu penonton.

AF3 kali ini juga telah berjaya mewujudkan fenomena yang luar biasa dengan kehadiran Mawi sebagai
pelajar.

Ternyata rancangan Realiti TV mampu memikat hati penonton kerana ia mempunyai pelbagai elemen
seperti drama, emosi, hiburan dan kejutan.

Hakikat ini perlu disambut oleh stesen TV yang lain untuk menerbitkan lebih banyak lagi rancangan
Realiti TV yang bercorak amal seperti Misi Suara Hati terbitan Astro dan Bersamamu terbitan TV3 kerana
ia mampu mengusik emosi jiwa penonton dengan sikap penyayang dan prihatin untuk membantu insan-
insan yang malang.

Begitu juga rancangan Realiti TV seperti Famili Penyayang adalah di antara yang berkisar mengenai
nilai-nilai positif mulia yang menjadi asas sesebuah keluarga bahagia.

Untuk itu, stesen-stesen TV seharusnya membuat penyelidikan dengan lebih bertanggungjawab agar
tidak mencedok rancangan realiti TV daripada luar secara bulat-bulat kerana ia mungkin mengandungi
elemen-elemen yang tidak bersesuaian dengan jati diri dan Wawasan 2020.

Fenomena keberkesanan program realiti tidak dapat dinafikan, ianya menjurus terus kepada naluri serta
perasaan dan jiwa penonton.

Malah ketika ini tidak boleh tidak untuk mengatakan betapa program realiti TV ini menjadi ‘pelaris’
kepada sesebuah stesen TV untuk mendapatkan ‘rating’ yang tinggi di kalangan penonton . Apatah lagi
syarikat-syarikat iklan turut berlumba-lumba untuk menaja program realiti kerana di situ merupakan
lubuk pelaburan dan promosi mereka.

Kejayaan dan keberkesanan program realiti TV ini seharusnya dijadikan sempadan buat penerbit untuk
menghasilkan rancangan yang berobjektifkan pembinaan jati diri rakyat Malaysia yang lebih kreatif.

Kita tidak mampu membendung minat para penonton terhadap program realiti TV kerana ia telah
berjaya menambat hati penonton. Fenomena keberkesanan program realiti telah memenuhi citarasa
penonton di mana sahaja bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Impak penyiaran sebagai ‘ alat’ atau perantara berkesan untuk mengimbangi kemajuan, pembangunan
insan untuk mempengaruhi pemikiran penonton tidak boleh diketepikan lagi.

Walaupun terdapat kesan-kesan negatif yang dibawa oleh program realiti ini namun kita juga tidak
boleh menafikan wujudnya kesan-kesan positif kepada rakyat.

14
Untuk itu para penonton perlu bijak menilai sesuatu program realiti TV dengan cara yang memberi
manfaat kepada mereka kerana program realiti mengandungi elemen ‘inspirational”.

Ibu bapa juga bertanggungjawab mengawasi anak-anak mereka agar tidak terlalu taksub dengan
sesuatu program realiti kerana ia akan menyebabkan anak-anak mereka mengabaikan pelajaran.

Sebagai peminat rancangan realiti TV, kita amat berharap agar format rancangan realiti TV disesuaikan
dengan budaya dan adat resam masyarakat timur.

Tarikan program realiti TV ternyata memberi kesan luar biasa kepada masyarakat Malaysia khususnya
program AF3 yang menampilkan pelajar bernama Mawi. Mawi yang bakal bergelar artis popular dijangka
akan memberi kegilaan kepada peminat fanatiknya dan rakyat Malaysia.

Inilah dikatakan bahawa program realiti TV akan memberi kesan psikologi kepada sesiapa jua tanpa
mengira batasan kaum, umur, darjat dan jantina. Program realiti TV telah mewujudkan budaya baru
kepada masyarakat di negara ini.

Oleh itu semua stesen-stesen TV perlu memikirkan kaedah-kaedah yang boleh mengunakan program
realiti TV untuk kepentingan pembinaan bangsa Malaysia tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.

Program realiti TV mampu menjana ‘towering personality” kepada rakyat Malaysia seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan.

SEJAK dari konsert sulung Akademi Fantasia 7 (AF7), saya mengikuti dan menunggu
apakah tranformasi yang bakal merobah paradigma rakyat terhadap dunia hiburan; terutama
rancangan ‘realiti tv’.

Selalu kita dengar bahawa rancangan ‘realiti tv’ mementingkan populariti, elitis, gempaq
yang akhirnya flip flop selepas berakhirnya satu-satu musim.

Sehingga AF7 ini, kita semua boleh mencongak, siapakah selebriti-selebriti yang mampu
bertahan dan terus berstamina dalam arena hiburan yang sedang menguncup; dan siapakah
rebah di perjalanan apabila tidak lagi bergelar ikon selebriti ‘realiti tv’.

Saya tidak suka mengambil sikap bermusuh dengan penganjur-penganjur program ‘realiti tv’
kerana rancangannya plural; dan perlu diklasifikasikan – yang mana baik dan yang mana
tidak.

Di Malaysia, kalau boleh disenaraikan rancangan-rancangan ‘realiti tv’, kita ada banyak dan
semuanya gempaq belaka. Selain AF7, kita ada One in A Million (OiAM), Gengstarz, Sehati
Berdansa, Mentor dan banyak lagi.

Ambillah sikap prakmatis-budiman-rasional

Kalau kita mengambil sikap ‘asyik mengkritik’ sahaja, akhirnya kita juga mungkin akan
dikritik – “Apa yang Bro. boleh ubah, kalau program-program realiti di Malaysia ini
semuanya tidak baik belaka…”

Dunia Malaysia yang demokrasi liberal relatif sekarang ini menuntut pada
pandangan/tindakan yang pragmatis, budiman dan rasional. Kita semua perlu ke arah itu jika
mahu kepercayaan kita diwar-warkan dan dipegang oleh semua pihak.

15
Gambar Artis-Artis Akademi Fantasia yang menjadi kegilaan masyarakat.

Peserta-peserta imam muda yang kurang dikenali berbanding peserta AF

16

You might also like