You are on page 1of 4

JENIS-JENIS SEMEN Penghasilan semasa semen di United Kingdom yang kadangkala untuk memenuhi tempahan khas sehaja, boleh

dibahagikan kepada empat ketegori: >Simen Portland >Adunan simen Portland >Simen Portland dengan bahan tambah >Simen beralumina Dua ketegori pertama ialah yang paling banyak digunakan, dua yang akhir hanya diperlukan untuk tujuan tertentu sehaja. Simen beralumina tinggi sangat berbeza dengan simen biasa baik dari segi kandungan dan kaedah pengeluaran. Teknik penggunaannya juga sangat jelas berbeza pada sudut tertentu daripada apa yang bersesuaian dengan simen Portland. Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kekeliruan, maka teks seterusya hanya merujuk kepada simen dalam tiga ketegori yang pertama kecuali dinyatakan sebaliknya. Panduan penggunaan simen beralimina tinggi perlu diperolehi daripada pengeluar bahan tersebut.

SIMEN PORTLAND Unsur yang aktif didalam semua simen Portland ialah kalsium silikat, dibuat dengan membakar bahan yang kaya dengan kalsium dan silicon, biasanya menggunakan tanur berekabentuk khas.

Simen Portland biasa Keluaran U.K. menuruti piawan British (BS) 12* dan mempunyai kadar pengerasan yang sederhana. Ia bersesuaian untuk semua jenis kerja maka ia merupakan yang paling meluas digunakan daripada jenis simen hidrolik. 1- Simen Portland mengeras cepat Apa yang diperlukan oleh simen ini juga digariskan di dalam BS 12. Dari segi kandungan, ianya serupa dengan simen Portland biasa tetapi dikisar lebih halus. Ini tidak akan menyebabkan berlakunya set cepat dan konkrit yang dihasilkan mempunyai ketahanan jangkamasa kerja sama dengan konkrit yang diperbuat daripada simen Portland biasa. Walaubagaimanapun kisaran halus meningkatkan kadar penyejatan kadar pengerasan awal sebagaimana mengambarkan gambarnya. Sifat ini amat berguna, khususnya apabila konkrit diperlukan untuk mengwujudkan lebih kekuatan pada peringkat awal, sebagai contoh apabila ia dikehendaki untuk mengurangkan masa acuan berada ditempatnya. Peningkatan kadar pelepasan haba yang dikaitkan dengan simen ini juga membuatkan ia berguna apabila bekerja didalam cuaca dingin.

2- Simen Portland cepat mengeras ultra Buat masa ini tidak ada piawain British untuk simen ini, walaupun ia termaksuk dalam Agreement Certificate No.69/32. Kandungan kimianya sama dengan simen biasa dan cepat mengeras, tetapi ia lebih halus daripada kedua-dua simen ini. Kehalusan ini membawa kepada peningkatan kadar kekuatan awal yang luarbiasa. Pengeluaran digantung pada masa penulisan. 3- Simen Portland penahan sulfat BS 4027 menghadkan paras kebenaran kandungan trikalsium aluminat (C A) simen ini. Hasil penghidratan , sebatian ini mudah terkena serangan sulfat yang terdapat di dalam tanah. Simen Portland penahan sulfat cenderung untuk menjadi lebih gelap daripada simen Portland biasa, tetapi yang lainnya mempunyai banyak persamaan sifat dengan simen Portland biasa. Konkrit mesti mengandungi simen Portland penahan sulfat tidak kurang daripada syarat yang diperlukan jika ingin menahan sulfat dengan memuaskan. Rintangan konkrit ini terhadap asid tidaklah lebih baik daripada simen Portland biasa, sebagaimana kadangkala ianya diangap. BS 4027 juga membenarkan pemilihan untuk menentukan simen Portland penahan sulfat beralkali rendah mempunyai kandungan setar sodium oksida 0.6% atau kurang, yang dianggap perlu untuk mengurangkan bahaya tindakbalas alkali-silika. 4- Simen Portland berhaba rendah Simen ini dibuat mengikut BS 1370, ia mengandungi kurang trikalsium silikat dan banyak dikalsium silikat daripada simen Portland biasa. Oleh itu ia menghidrat lebih lambat dan melepaskan haba lebih lambat daripada simen Portland biasa. Piawaian menghadkan pelepasan haba yang dibenarkan pada dua puluh lapan hari kepada jangka masa yang sebanding dengan simen Portland biasa iaitu tujuh hari. Penggunaan simen ini ditujukan terutamanya dalam pembinaan besaran apabila kadar pelepasan haba yang dikaitkan dengan simen Portland biasa pada jangkamasa awal mungkin menyebabkan tegasan haba yang tidak dikehendaki dalam konkrit tak matang. Simen Portland berhaba rendah pada masa ini hanya dibuat untuk tempahan yang khusus sehaja. 5- Simen Portland putih Simen ini digunakan terutamanya pada kerja dimana konkrit putih diperlukan untuk kesan pemandangan. Ia menuruti ketetapan BS 12, oleh itu ia sesuai untuk semua penggunaan dimana simen Portland biasa boleh digunakan. Ia dibuat daripada bahan semulajadi seperti tanah liat cina dan kapur bergred tinggi, yang dipilih khusus berdasarkan bersihnya daripada bahan kotoran yang berwarna seperti iron oksida. Kaedah pengeluaran juga diubahsuai untuk mengurangka n kemasukkan perwarnaan semasa proses pembakaran dan kisaran. Menambahkan pigmen yang sesuai kedalam konkrit simen putih boleh menghasilkan deretan warna yang cantik.

AIR Air perlu sentiasa perlu berada di dalam konkrit baru, bukan sehaja untuk menghidrat simen tetapi juga untuk menukar seterusnya membuat konkrit berfungsi. Jelaslah, air ini tidak seharusnya mengandungi kuantiti kotoran ketera dan boleh member kesan yang besar yerhadap pengerasan serta ketahanlasakan konkrit. Kotoran mungkin merbahaya jika wujud dalam kuantiti yang cukup termaksuk asid organik, gula, sulfat dan klorida. Di samping itu, air laut boleh digunakan dengan jayanya untuk sesetengah penggunaan di mana pembekalan air biasa tidak mencukupi. Akan jelas, yang penyataan tidak memadai, seperti lazimnya dinyatakan, iaitu air untuk konkrit seharusnya layak untuk di minum : air yang mengandungi gula yang larut sepatutnya boleh di minum, tetapi kemungkinan tidak sesuai untuk konkrit. Adalah tidak mungkin bagi menunjukkan paras tepat pelbagai kotoran yang boleh menyebabkan air tidak bersesuaian untuk tujuan kerja pengkonkritan. Air yang diambil terus daripada saliran utama adalah sesuai, tetapi di mana pembekalan sedenikian tidak ada, ianya mungkin perlu bagi menguji air daripada punca yang dicadangkan untuk menentu samada ianya memberikan kesan yang tidak boleh diterima ke atas konkrit. Air yang didapati sesuai untuk kerja konkrit sepatutnya tidak dibiarkan tercemar ditapak bina, sebagai contoh dengan menyimpanya di dalam bekas yang kotor atau membiarkan bekas terdedah kepada pencemaran. BS 3148 menerangkan dua kaedah ujian air untuk kesesuain konkrit. Ianya tidak menunjukkan batas untuk kotoran, tetapi mempunyai appendik untuk membantu menjelaskan hasil ujian. Kaedah yang pertama melibatkan pembuatan ujian masa set menggunakn prosedur seperti dinyatakan di dalam BS 4550 dan membandingkan hasil keputusan air yang telah digunakan sebagai ujian dengan keputusan yang didapati menggunakan air suling. Cara yang kedua memerlukan ujian kiub konkrit dilakukan dengan kaedah BS 4550, perbandingan ialah antara kumpulan kiub yang dibuat dengan menggunakan air yang diuji dengan kumpulan kiub yang dibuat dengan menggunakan air suling. Ujian mampatan kiub yang dilakukan terhadap kiub-kiub tersebut akan menunjukkan sama ada kiub daripda campuran air yang diuji mamberikan kesan yang serius terhadap pengerasan.

NISBAH AIR /SIMEN Sebenarya hanya sebahagian daripada air yang diperlukan untuk membuat simen menjadi adunan seterusnya membuat konrit bekerja bergabung secara kimia dengan agregat lain di dalam bancuhan semasa proses penghidratan. Bakinya teragih diantara adunan dan ada tiga sebab utama untuk menyimpan lebihan ini ke paras minima bagi meningkatkan tahap bersesuaian dengan kebolehkerjaan yang mencukupi untuk kerja dalam tangan. Pertamanya, adunan simen yang ditambah air sehingga menjadi terlalu cair, cenderung untuk tidak melekat kepada permukaan agregat di dalam bancuhan. Bergantung kepada faktor lain, ini akan mengakibatkan kerosakkan kepada konkrit baru umpama pengerasan semasa dikerjakan, hilang kejelekitan atau kemungkinan komponen campuran terpisah. Kedua, lebih kadar lebihan air wujud, lebih besar kemungkinan baginya untuk naik ke permukaan konkrit baru. Fenomena ini dikenali sebagai jujuhan , ia membentuk saluran halus yang tetap terbuka selepas konkrit mengeras dan boleh mengurangkan ketahanlasakan konkrit jika terdedah kepada fros atau larutan agresif. Ketiga, penyejatan lebihan air meninggalkan liang dalam struktur adunan yang tidak akan dipenuhi dengan pepejal terhidrat. Lebih rendah kadar liang ini, lebih baik perkembangan sifat umpama kekuatan, rintangan calar, ketidaktelapan dan ketahanlasakan. Pengecutan kering juga akan berkurangan, sebab ia hanyalah kehilangan air daripada liang yang menyebabkan badan berongga mengecut menjadi kering. Kadar air ke simen mengikut jisim, disebut sebagai nisbah air/simen, merupakan faktor utama yang penting di dalam semua aspek teknologi konkrit. Rajah 2 menunjukkan kesan nisbah air simen terhadap kekuatan. Bagaimanapun dalam menentukan jisim air yang terdapat di dalam campuran, pertimbangan perlu dibuat untuk air bergabung dengan batu baur. Air ini boleh dibiarkan sama ada pada permukaan zarah batu baur dan di dalam liang roma dalaman. Oleh itu simen jumlah dan bebas . Untuk mengira jumlah nisbah air/simen, jumlah jisim air yang bergabung dengan batu baur di dalam kelompak konkrit dicampurkan ke dalam jisim air bancuhan yang dimasukkan semasa penggaulan. Jumlah ini ialah jumlah besar jisim air di dalam kelompak dan di bahagikan dengan jisim simen di dalam kelompok untuk memberi jumlah besar nisbah air/simen.

You might also like