You are on page 1of 17

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

SENARAI TUGAS PENGERUSI

Mempengerusikan semua mesyuarat. Mewakili Kawasan Rukun Tetangga di dalam Jawatankuasa luar Kawasan Rukun Tetangga. Mewakili Kawasan Rukun Tetangga di dalam mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga Peringkat Daerah. Mengemukakan kemahuan / usul-usul komuniti kepada pihak yang berkenaan. Berusaha meningkatkan aktiviti-aktiviti Kawasan Rukun Tetangga.

Menjadi ketua yang boleh dirundingi dan berkesan. Memberi arahan yang jelas dalam melaksanakan tugas atau pun aktiviti. Mengawal keselamatan Kawasan Rukun Tetangga. Menyelesaikan masalah dalam Kawasan Rukun Tetangga. Sentiasa memelihara perhubungan yang baik di kalangan dan di antara komuniti. Memberikan kerjasama kepada ahli-ahli Rukun Tetangga . Mengwujudkan semangat dan dinamika kumpulan dikalangan jawatankuasa.

Berkebolehan untuk memujuk komuniti / ahli Rukun Tetangga. Mengetahui politik berpetubuhan dan mengamalkannya secara sihat. Mempunyai sifat-sifat bersih,cekap dan amanah. Mengemukakan pandangan-pandangan yang dapat meningkatkan kemajuan Kawasan Rukun Tetangga. Sentiasa menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan. Berani menyuarakan pandangan-pandangan yang benar. Wujud semangat pertandingan untuk mempertingkatkan kemampuan Kawasan Rukun Tetangga. Bersifat tidak mudah menyerah tetapi berusaha cuba menyelesaikan masalah

Sentiasa dalam keimanan serta mengamalkan suruhan agama. Menandatangani surat-surat resmi Kawasan Rukun Tetangga. Bersedia menerima teguran dan kritikan yang membina. Bertanggungjawab ke atas kewangan Kawasan Rukun Tetangga serta menandatangani urusan kewangan seperti cek dan sebagainya. Bertanggungjawab merancang dan juga melaksanakan program untuk Kawasan Rukun Tetangga.

SENARAI TUGAS TIMBALAN PENGERUSI

Mempengerusikan mesyuarat jika diperlukan. Mewakili Pengerusi / Kawasan Rukun Tetangga dalam mesyuarat-meyuarat di luar. Mewakili Kawasan rukun Tetangga di dalam jawatankuasa luar persatuan. Memberikan kerjasama dan pertolongan kepada Pengerusi di dalam menyelesaikan masalah. Bersedia mengambil alih sebahagian dari beban kerja Pengerusi / jawatankuasa jika diperlukan.

Berani mengemukakan pandangan dan pendapat untuk memeaju dan meningkatkan lagi prestasi Kawasan Rukun Tetangga. Bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang wujud di dalam Kawasan Rukun Tetangga. Sentiasa bersama memelihara perhubungan yang baik di kalangan dan di antara ahli komuniti Kawasan Rukun Tetangga dan masyarakat setempat. Berusaha mengwujudkan semangat kekitaan dan dinamika kumpulan di kalangan ahli-ahli jawatankuasa. Sentiasa memelihara imej Kawasan Rukun Tetangga. Berusaha menambah bilangan ahli.

Mempunyai sifat-sifat bersih, cekap dan amanah. Bersama-sama merancang kegiatan Kawasan Rukun Tetangga masa kini dan akan datang Berani menyuarakan pandangan-pandangan yang sihat dan benar. Sentiasa dalam keimanan serta mengamalkan suruhan agama. Sanggup menerima teguran dan kritikan yang membina. Bertanggungjawab menantangani surat-surat resmi kawasan Rukun Tetangga jika Pengerusi tiada. Bersama-sama merancang dan melaksanakan program untuk Kawasan Rukun Tetangga.

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA

Bertanggungjawab kepada semua rekod-rekod ( fail ) Kawasan Rukun Tetangga dan sentiasa mengemaskinikannya. Bertanggungjawab terhadap pengurusan harian Kawasan Rukun Tetangga termasuklah pengurusan pejabat ( jika ada ) Bertanggungjawab untuk menghadiri setiap mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga dan atau mewakili Kawasan Rukun Tetangga dalam lain-lain mesyuarat. Bertanggungjawab mencatat,menyediakan dan mengedarkan minit-minit mesyuarat. Menguruskan hal surat menyurat Kawasan Rukun Tetangga

Menyimpan rekod-rekod ahli / komuniti yang sentiasa dikemaskini. Menyediakan minit mesyuarat dan juga laporan-laporan tertentu / laporan tahunan pada masa yang ditetapkan selaras Akta Peraturan-Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga ) Membuat perhubungan langsung dengan lain-lain badan,persatuan dan agensi yang ada kaitan dengan kegiatan serta pengurusan Kawasan Rukun Tetangga. Menyediakan kertas-kertas kerja yang diperlukan oleh Kawasan Rukun Tetangga. Mengwujudkan perhubungan yang formal/vbaik dengan ahli-ahli. Bertanggungjawab mengadakan Pusat Sebaran maklumat.

Bertanggungjawab melatih Penolong/pembantu dengan memberikan tunjuk ajar cara perlaksanaan kerja. Bertanggungjawab menandatangani cek-cek Kawasan Rukun Tetangga Menyediakan tempat dan kemudahan bermesyuarat. Berani mengemukakan pendapat dan pandangan di dalam mesyuaratmesyuarat resmi. Berusaha menambah bilangan ahli dalam aktiviti/program. Berusaha mengwujudkan semangat kekitaan dan dinamika kelompok dengan semua ahli-ahli jawatankuasa. Sentiasa memelihara imej Kawasan Rukun Tetangga. Memiliki sifat bersih,cekap,amanah dan sanggup menerima kritikan membina

SENARAI TUGAS BENDAHARI

Bertanggungjawab menguruskan kewangan Kawasan Rukun Tetangga yang diamanahkan berpandukan pekeliling akaun dan Kawasan Rukun Tetangga oleh Jabatan. Mengurus dan menyimpan buku akaun Kawasan Rukun Tetangga yang dikemaskinikan. Bertanggungjawab menyimpan selamat cek dan wang tunai milik kawasan Rukun Tetangga. Beretanggungjawab terhadap harta / alatan /loji Kawasan Rukun Tetangga dan sentiasa menyimpan buku rekod yang dikemaskinikan. Bertanggungjawab menyimpan selamat semua resit-resit,baucerbaucer dan sebagainya.

Menyediakan laporan kedudukan wang masuk dan wang keluar pada setiap kali mesyuarat ahli jawatankuasa. Menyediakan laporan kewangan tahunan pada mesyuarat jawatankuasa dan hantar laporan tersebut kepada Jabatan pada setiap bulan. Menerima ,merekodkan dan mengeluarkan resit terima bagi semua transaksi kewangan Rukun Tetangga. Menyelesaikan masalah kewangan Rukun Tetangga. Bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan aktiviti. Bertanggungjawab menandatangani cek-cek Kawasan Rukun Tetangga. Bertanggungjawab menghantar kenyataan kewangan pada bila-bila masa pun jika dikehendaki oleh odit dalaman / jabatan. Berusaha untuk menambah kewangan Kawasan Rukun Tetangga melalui punca-punca lain selain dari peruntukan Jabatan.

SENARAI TUGAS AHLIJAWATANKUASA


Bertanggungjawab menghadiri setiap mesyuarat ahli jawatankuasa. Bertanggungjawab kepada portfolio ( Pengerusi Jawatankuasa tetap /kecil sementara ) yang diamanahkan oleh jawatankuasa kecil yang diamanahkan. Bertanggungjawab untuk memimpin / mempengerusikan setiap jawatankuasa kecil yang diamanahkan. Bertanggungjawab di atas kelicinan perjalanan Kawasan Rukun Tetangga dengan memberikan pandangan-pandangan yang membina dan bekerjasama. Bertanggungjawab kepada penyediaan program,belanjawan program,perlaksanaan program dan penilaian serta laporan program yang dilaksanakan.

Membuat laporan lisan / tulisan mengenai perkembangan tahap program / projek yang dilaksanakan. Menyediakan laporan lengkap pada setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa kecil yang dipimpin untuk mesyuarat Jawatankuasa Utama/mesyuarat bulanan atau post mortem Membentuk ahli jawatankuasa di kalangan ahli-ahli yang dikenal pasti dapat memberikan sumbangan mereka di bidang tertentu. Berusaha menambahkan bilangan ahli kominiti dalam setiap program / aktiviti. Sentiasa meninggikan imej Kawasan rukun Tetangga sama ada melalui perlakuan mahupun pengucapan. Memberikan kerjasama kepada semua ahli-ahli Jawatankuasa.

Sentiasa mengekalkan semangat kelompok dan dinamika kumpulan. Sanggup menerima teguran dan kritikan yang membina di samping mengemukakan pandangan dan juga pendapat yang berfaedah. Memiliki sifat bersih,cekap dan amanah di dalam setiap tugas dan tanggungjawab. Sentiasa di dalam keimanan dan sentiasa menjalankan suruhan agama. Mengikut portfolio biro yang ditetapkan.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like