You are on page 1of 11

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO MATRIK TAJUK TUGASAN : RAHIMAH BINTI ABDULLAH @ ISMAIL : D20102043387 : DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) : EL- C04 : KRT 3033- PENGHANTAR BAHASA MELAYU

NO. KUMPULAN KOD TUGASAN

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SITI SANIAH ABU BAKAR

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan salah satu dasar pendidikan di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2003 oleh wantan perdana menteri kita iaitu Tun Mahathir bin Mohamad. Tunggak utama dasar ini ialah menggantikan penggunaan bahasa ibunda atau bahasa Melayu kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara untuk proses pembelajaran dan pembelajaran di bilik darjah di semua peringkat pendidikan. Akhirnya, dasar PPSMI ini telah dimansuhkan pada 8 Julai 2009 setelah menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak diperkenalkan dan juga berikutan kegagalan perlaksanaan secara menyeluruh terutamanya kepada pelajar luar Bandar. Pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai menggantikan dasar PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI (Wikipedia, 2011). Secara umumnya, frasa memartabatkan bahasa Melayu didefinisikan sebagai memberi kedudukan tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global. Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama dunia khususnya bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menjadi bahasa yang mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi, korporat dan pasaran saham, kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang penting dan utama yang menunjangi kemajuan bangsa serta negara di pentas global (ITNM, 2010). Menurut Mohd Ayob (2010), memartabatkan bahasa Melayu bermaksud

mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Manakala memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud usaha mempertingkat penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pelajar benar-benar dapat menguasainya dengan baik. Melalui dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia, guru merupakan medium terpenting bagi menggerakkan dan melaksanakan dasar ini selaras dengan peranan guru di dalam mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutamanya.

Rasional pengenalan dasar MBMMBI ini merangkumi aspek atau justifikasi seperti yang dinyatakan di bawah: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Apabila para pelajar mula menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi, ini akan menyebabkan mereka alpa untuk bertutur di dalam bahasa ibunda terutamanya kepada anak-anak kecil yang masih di peringkat awal pendidikan. Oleh itu, kepentingan bahasa ibunda secara perlahan-lahan akan terhakis dan tidak lagi menjadi bahasa utama untuk para pelajar berkomunikasi samaada di sekolah mahupun di rumah. PPSMI telah melebarkan jurang pencapain Sains dan Matematik antara pelajar di Bandar dan juga di luar Bandar. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. Tambahan pula. Pelajar- pelajar di luar Bandar juga tidak begitu mahir dalam menguasai pertuturan dan juga penulisan menerusi medium bahasa Inggeris. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran dan menyebabkan mereka ketinggalan di dalam banyak aspek. Sebagai kesan, pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik khususnya akan merosot dan hal ini juga dapat menghakis minat untuk belajar akibat kehilangan fokus. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankan tentang perlunya penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolahsekolah dan dijadikan panduan. Seperti kata pepatah Melayu, Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sejak 1956 lagi dasar pendidikan Negara telah menekankan kepentingan terhadap penggunaan bahasa Melayu dan sehingga kini, bahasa ibunda masih dituturkan di bibir-bibir rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara. Ini membawa maksud bahasa Melayu tidak pernah lupus ditelan arus kemajuan dan global yang semakin pesat.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Peribahasa Melayu ada menyebut Yang lama dikelek, yang baru didukung yang membawa maksud adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru. Bahasa Melayu telah lama menjadi tunggak di dalam dasar pendidikan Negara tidak seharusnya dilupakan atau digantikan dengan pengunaan bahasa yang baru, tetapi seharusnya dimantapkan dan dimartabatkan lagi di samping memperkukuhkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan juga di dalam proses pembelajaran dan pendidikan. Langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai strategi Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) barubaru ini. Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilahistilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris (Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, 2011). Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan contacttime antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik (MudahBelajar, 2009).

Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini tetapi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Antara strategi yang digunakan untuk memartabatkan bahasa Melayu ialah: P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT ` Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris Di samping itu juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membentangkan

beberapa program di dalam Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) yang berlangsung pada 27 April 2010 di Hotel JW Marriot, Putrajaya. Dalam perbincangan ini, KPM telah membentangkan program yang dilaksanakan bermula tahun 2010 sehingga 2012 dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu.

Secara dasarnya, program memartabatkan bahasa Melayu di KPM terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Program Kurikulum, Program Kokurikulum, Program Kajian, serta Program Latihan dan Pembangunan. Berikut adalah ringkasan program dan aktiviti yang telah dibentangkan (ITNM, 2010). Kempat- empat program yang telah dipersetujui ialah: Program Kurikulum 1. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, pihak BPK telah melaksanakan transformasi Kurikulum Bahasa Melayu bagi Sekolah Rendah dengan meningkatkan waktu belajar bahasa Melayu. Bagi pelajar Tahap I, waktu belajar ditingkatkan dari 270 minit seminggu kepada 300 minit seminggu; manakala bagi Tahap II, dari 150 minit kepada 240 minit seminggu. 2. Untuk transformasi Kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah Menengah, ia masih dalam proses penggubalan dan akan dilaksanakan pada tahun 2012 dengan menumpukan kepada Dokumen Standard Bahasa Melayu. 3. Bagi Kurikulum Tingkatan 6 (STPM), menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, transformasi untuk pembelajaran bahasa Melayu akan bermula pada 2011, dan berbentuk Sistem Modular. 4. Pelajar sekolah menengah (pelajar Tingkatan 1 hingga 5) berpeluang memanfaatkan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) yang mana teks KOMSAS baru Tingkatan 1 dan 4 telah digunakan mulai Januari 2010. Teks Kesusasteraan Melayu Elektif baru juga telah digunakan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 bermula Januari 2010. 5. Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bertujuan untuk memastikan semua murid dapat membaca, mengira dan mengenal huruf selepas tiga tahun persekolahan. 6. Program PROTIM (Membaca dan Menulis) membolehkan murid Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) yang masih lemah dapat menguasai kemahiran berbahasa sebelum mengikuti pembelajaran di peringkat menengah. 7. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana MBM bagi memastikan program bahasa Melayu lebih terancang dan hasrat dasar Memartabatkan Bahasa Melayu akan tercapai. Program Kokurikulum 1. Pemantapan program memartabatkan bahasa Melayu oleh Bahagian Teknologi Pendidikan diadakan melalui penganjuran aktiviti seperti Mari Membaca, Kem

Penulis

Muda, program Nilai

Ilmu

Amalan

Membaca(NILAM), Minggu

Bahasa dan Klinik Bahasa. 2. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional menganjurkan program Membaca 1 Buku Bahasa Melayu setiap bulan dalam kalangan pegawainya sebagai menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu selain mengadakan KOMSAS Mentoring untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5. 3. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pula menganjurkan aktiviti Pelestarian Kebudayaan Melayu kepada guru pelatih, guru sekolah menengah dan rendah sebagai program penataran pendidikan kebudayaan, pelestarian aktiviti berkaitan budaya dan penyelidikan aspek kebudayaan setempat. Program Kajian 1. Institut Aminuddin Baki (IAB) menjalankan penyelidikan tahap kompetensi pemimpin sekolah dalam bahasa Melayu untuk guru besar dan pengetua. 2. Jemaah Nazir telah mengadakan kajian tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru berbangsa Cina dan India yang mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Ini bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu dalam kalangan guru bukan Melayu yang mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah bukan Melayu. 3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan juga telah mengadakan kajian penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah. 4. Jemaah Nazir turut mengadakan pemeriksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang berfokus kepada penguasaan kemahiran lisan dan menulis di peringkat sekolah menengah, terutamanya pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Program Latihan dan Pembangunan 1. IPGM telah menganjurkan Wacana Epistemologi dan Pemikiran Alam

Melayu, khususnya untuk pensyarah-pensyarah IPG. Selain itu, IPGM turut mengadakan program pengantarabangsaan bahasa Melayu,Kursus Ketepatan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Dokumen Rasmi dan Kursus dalam Perkhidmatan. Bagi aktiviti peningkatan kepakaran guru bahasa Melayu, IPGM telah mengadakan pelbagai kursus berkaitan untuk meningkatkan prestasi guru. 2. Program-program lain yang turut dianjurkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah Kempen Kecintaan Terhadap Bahasa Kebangsaan, Kursus

Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan dalam Kalangan Pelajar dan Guru, Pemilihan

Munsyi Dewan,

Konvensyen Munsyi Dewan,

Kursus Pengukuhan Bahasa

Melayu dan taklimat sukatan pelajaran bahasa Melayu kepada Jurulatih Utama Bahasa Melayu seluruh negara. 3. Bahagian Teknologi Pendidikan kini dalam usaha pembinaan e-Bahan Bahasa Malaysia untuk memeriksa kesalahan umum tatabahasa dan apresiasi puisi. Selain itu, bahagian ini juga membuat pembelian dan pengedaran bahan off the shelf CD Kancil, memuat turun perisian kursus e-Bahan Bahasa Melayu pada LMS dan menambah baik prasarana yang disediakan. 4. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional turut mewujudkan Pusat Kecemerlangan Mata Pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang memberi penumpuan kepada mata pelajaran teknik, tetapi dalam masa sama tetap memartabatkan bahasa Melayu. Berdasarkan kepada empat program yang tertera seperti di atas, ianya bertujuan untuk membina asas yang kukuh, menetapkan sasaran, menumpukan kepada kepentingan dan tidak takut melakukan kesilapan serta yang paling penting, keseronokan mempelajari bahasa Melayu. Oleh itu, output-output yang diterima oleh para pelajar melalui usaha kerajaan, dasar MBMMBI, dan juga program-program di atas ini dapat mendukung objektif untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan memperkukuhkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Tidak ketinggalan juga, kerajaan telah menggalakan perluasan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan computer netbook, projektor LCD, menambah baik fungsi makmal computer kepada makmal bahasa, dan juga menerusi perisian di dalam mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Kerajaan Malaysia khususnya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran dan penyampaian maklumat dalam proses pengajaran dan pengajaran lebih efektif sekiranya menggunakan peralatan terkini iaitu teknologi maklumat atau teknologi komputer. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ialah melalui penggunaan komputer. Tambahan pula, dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi

memindahkan ia kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Di negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006). Manakala CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P. penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan. Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dengan dibawa. Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan. Penggunaan ICTdibantu dengan kelengkapan dan peralatan yang disediakan oleh kerajaan dapat membantu para pelajar dan juga guru- guru dalam meningkatkan kualiti pencapaian akademik mahupun juga proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam satu kajian terhadap peranan ICT di dalam meningkatkan kualiti P&P (Noor Mazlan dan Noraziah, 2003), penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik. Penggunaan ICT telah memudahkan proses P&P kerana responden tidak perlu untuk menulis pada papan hitam dan hanya perlu klik pada sahaja. Kajian ini juga membuktikan para pelajar lebih berminat untuk belajar dan kecenderungan untuk bertindak aktif di dalam bilik darjah juga meningkat. Oleh itu, penggunaan ICT mampu mendukung hasrat dasar pendidikan Negara kita untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan memperkukuhkan penggunaan bahasa Inggeris selaras dengan cabaran global di dalam bidang pendidikan. Konklusinya, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sebagai satu usaha positif dalam meningkatkan martabat sektor pendidikan Negara dan juga menerusi dasar baru yang diperkenalkan ini, kerajaan terbukti peka dengan keadaan semasa, masalah yang timbul, dan juga kehendak dan keperluan para pelajar, guru- guru dan juga ibu bapa secara amnya. Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan mengakui bahawa Bahasa Melayu itu mempunyai roh, jiwa dan nilai budaya yang tersendiri tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu menguasai Bahasa Inggeris sebagai ilmu yang bersifat global. Sebagai pendidik, kita perlu sentiasa melihat, menghayati dan meneliti apa yang terkandung di dalam Wawasan dan Cabaran 2020 serta Wawasan Pendidikan 2020. Dalam Sembilan cabaran wawasan yang digariskan mengikut hierarki, perpaduan adalah cabaran yang pertama. Sudah pasti kita optimis mengatakan bahawa Bahasa Melayu

adalah perantara terbaik untuk mencapai cabaran tersebut. Secara tidak langsung, semua guru di semua peringkat dari tadika sehinggalah ke institusi pengajian tinggi samada awam mahupun swasta adalah merupakan pemain utama. Justeru itu kita perlu mendaulat dan memartabatkan Dasar MBMMBI secara tegas dan konsisten kerana kalau tidak kita siapa lagi.

RUJUKAN Institut Terjemahan Negara Malaysia (2010). Siaran Akhbar Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Diterima pada 28 Oktober, 2011 dari http://www.itnm.com.my/news/detail/siaran_akhbar_perbincangan_meja_bulat_memar tabatkan_bahasa_melayu_mbm/

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Asas multimedia dan aplikasinya dalam Pendidikan.Bentong: PTS Publication

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (2011). Diterima pada 28 Oktober, 2011 dari http://www.kpkk.gov.my/

Mohd Ayob Abd Razid (2010). ISU BAHASA: Memartabatkan bahasa Melayu sebagai saluran penguasaan ilmu. Diterima pada 28 Oktober, 2011 dari http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isubahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagai-saluran-penguasaan-ilmu.html

MudahBelajar (2009). Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Diterima pada 28 Oktober, 2011 dari http://www.mudahbelajar.com/?p=325

Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim (2003). Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih Utm. Diambil dari http://eprints.utm.my

Wikipedia (2011). Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Diterima pada 28 Oktober, 2011 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_da lam_Bahasa_Inggeris

You might also like