You are on page 1of 5

1

Laporan Minit Mesyuarat Disiplin SMK Kabogan II Kali Kedua 2011

Tarikh Masa Tempat

: 27/7/2011 (Rabu) : 12.00 Tengahari : Bilik Gerakan SMK Kabogan II

1. Kehadiran Mesyuarat

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nama En. Abdul Samad Sulaiman En. Mahathir Hj. Kabolani Pn. Rudiah Muhadar En. Redwan Mokhtar En. Muhammad Ishak Zaini Pn. Maznah Hj. Abd. Rashid Pn. Norhayati Ramli Abd Rahman Jamuan Haslinda @ Anita Mohd Buang Abdul Rasid Surubaya

Jawatan Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Petang Ketua Bidang Bahasa Ketua Unit Disiplin Setiausaha Unit Disiplin Unit Pengawas Sekolah Unit Akhlak dan Sahsiah Unit Spot Check Unit Spot Check Ketua Unit Disiplin Petang

Tidak hadir:

1. En. Noralam Ahmad 2. Pn. Rugayah 3. En. Ali Nanjala

2. Untuk rujukan: Senarai Unit Disiplin yang diputuskan pada Mesyuarat Unit Disiplin kali pertama (1/2/2011):

Unit 1. Unit Pengawas 2. Unit Spot Check

Sidang Pagi Cikgu Maznah Cikgu Haslinda Cikgu Abd Rahman

Sidang Petang Cikgu Abd Rashid Cikgu Noralam Cikgu Rugayah

3. Unit Kes dan Siasatan 4. Unit Bimbingan dan Kaunseling 5. Unit Data 6. Unit Akhlak dan Sahsiah 7. Unit Kebersihan

Cikgu Redwan Kaunselor Cikgu Redwan Ustazah Norhayati Cikgu Ali Cikgu Ramsa Ustaz Ishak Cikgu Rahim

3. Agenda Mesyuarat Unit Disiplin Kali Kedua:

Bil

Agenda/ Perkara

Tindakan

1.

Perutusan Pengerusi

Penolong Kanan HEM

1.1 En. Abd Samad Sulaiman selaku Penolong Kanan HEM SMK Kabogan II dengan dukacita mengumumkan bahawa ini adalah kali terakhir beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Disiplin kerana akan bertukar ke SMK Abdullah II.

1.2 Pengerusi mendoakan agar Unit Disiplin SMK Kabogan II terus berjaya dalam menangani masaah disiplin dan membentuk peribadi palajar.

2.1 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

2.2 Minit dicadang oleh En. Abd Rahman dan disokong oleh Pn. Haslinda

3.1 Laporan Setiap Unit

3.2 Ketua Unit Disiplin: 1. Kursus kepimpinan ditangguhkan ke tahun hadapan kerana Ketua Unit Disiplin kekangan keewangan dan masa.

3.3

Unit Pengawas Sekolah: 1. Ada segelintir pengawas yang melakukan kesalahan disiplin, akibatnya kreadibiliti pengawas dipandang rendah oleh pelajar yang lain. 2. Terdapat pengawas sekolah yang tidak jujur dengan guru, mereka berada di kelas sewaktu perhimpunan rasmi sekolah sedang berlangsung. 4. Terdapat pelajar yang bukan pengawas tetapi mengaku dilantik menjadi pengawas oleh cikgu Redwan iaitu Zaidani di kelas 5B. 5. Terdapat pengawas yang berambut panjang.

Unit Pengawas

Cikgu Rudiah

3.4

Unit Spot Check: 1. Pemeriksaan ke atas pelajar diadakan sebulan sekali. 2. Cikgu Samad meminta agar pemeriksaan dijalankan seminggu sekali. Unit Kes dan Siasatan Unit Spot Check

3.5

Unit Kes dan Siasatan: 1. Beberapa kes penting berjaya diselesaikan. 2. Tulisan berconteng di kelas 3A hampir kepada suspek tetapi

setelah disiasat didapati masa kejadian tidak sama, saspek digugurkan. 4 saspek baru dipanggil termasuk salah seorang darinya adalah pengawas. Unit Data

3.6

Unit Data: Unit disiplin pagi telah ambil tindakan, namun unit disiplin petang masih belum ambil tindakan.

3.7

Unit Akhlak dan Sahsiah: 1. Tindakan dan nasihat diberikan kepada pelajar yang Unit Akhlak dan Sahsiah bermasalah dari segi akhlak dan sahsiah. 2. Pelajar dikerah untuk solat di surau pada waktu Zohor dan Asar.

4.1 Hal-hal lain: 1. Cikgu Haslinda meminta Cikgu Redwan membantu Cikgu Rasid melakukan pemotongan rambut pelajar sidang petang kerana Cikgu Rasid ada banyak kelas.

2. Cikgu Rasid menyatakan bahawa tugas beliau di kelas agak banyak justeru komitmen yang beliau dapat berikan untuk Unit disiplin menjadi berkurangan.

3. Ustaz Ishak meminta agar guru disiplin yang baru dilantik bagi menggantikan Cikgu Rahim dan Cikgu Ramsa yang bertukar.

4. Perlu keselarasan surat pergantungan pelajar

5. Banyak masalah disiplin sidang petang timbul dari pelajar kelas 2B, jadi mereka perlu diberi perhatian lebih.

6. Cikgu Mahathir menekankan bahawa tugas-tugas disiplin tidak boleh kendur dari awal tahun sehingga akhir tahun. Justeru tindakan tegas mesti diambil serta merta bagi pelajar yang didapati bersalah.

7. Isu pemakaian pelajar, tindakan tegas perlu diambil bagi pelajar yang menyalahi etika pemakaian sekolah.

8. Cikgu Samad menekankan tentang keperibadian pengawas: perlu mencari pengawas yang benar-benar boleh bekerja sahaja.

9. Ustaz Ishak mencadangkan agar para pengawas dikumpulkan dan diberikan motivasi dan nasihat sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengekalkan semangat dan jati diri mereka di tahap yang tinggi.

10. Cikgu Redwan menyatakan bahawa pengawas dikumpulkan sebulan dua kali.

Minit Disediakan Oleh: Ustaz Muhammad Ishak Zaini (S/U Disiplin SMK Kabogan II 2011)

Minit Disemak Oleh: En. Redwan Mokhtar (Ketua Unit Disiplin, SMK Kabogan II)

You might also like