You are on page 1of 3

KAJIAN KES 2 BAHAGIAN B Arahan: Bahagian ini mengandungi satu soalan kajian Kes. Soalan ini wajib dijawab.

Encik Lim adalah seorang peniaga yang memiliki kedai menjual pelbagai jenis pakaian berfesyen. Kedainya terletak di kawasan bandar. Kebanyakan stok pakaiannya diperolehi daripada pelbagai ejen dan pemborong. Untuk mengelakkan daripada membuat tempahan yang kerap, Encik Lim biasanya membuat tempahan yang banyak setiap kali beliau membuat pembelian. Kebanyakan stok lebihannya disimpan dalam bilik stor di belakang kedainya. Perniagaan Encik Lim sangat maju dan jualannya selalu mencecah angka ribuan ringgit setiap hari. Beliau menggaji seramai lima orang pembantu. Selain melayan pelanggan, pembantu-pembantu Encik Lim juga diberi kebebasan untuk menerima wang daripada pelanggan. Hal ini bertujuan untuk melicinkan lagi urusan perniagaannya. Pada bulan yang lepas, Encik Lim telah membeli premis perniagaannya yang disewa daripada seorang rakannya. Beliau mendapatkan pinjaman bank untuk tujuan tersebut. Kedai tersebut dibeli atas namanya dan digadaikan dengan baik.

1. Nyatakan dan terangkan lima jenis insuran yang harus diambil oleh Encik
Lim. (5Fx4H=20 markah)

2. Terangkan mengapakah Encik Lim tidak boleh mengambil insurans terhadap


risiko kerugian akibat perubahan fesyen. markah) KAJIAN KES 2 BAHAGIAN B Arahan: Bahagian ini mengandungi satu soalan kajian Kes. Soalan ini wajib dijawab. Encik Lim adalah seorang peniaga yang memiliki kedai menjual pelbagai jenis pakaian berfesyen. Kedainya terletak di kawasan bandar. Kebanyakan stok pakaiannya diperolehi daripada pelbagai ejen dan pemborong. Untuk mengelakkan daripada membuat tempahan yang kerap, Encik Lim biasanya membuat tempahan yang banyak setiap kali beliau membuat pembelian. Kebanyakan stok lebihannya disimpan dalam bilik stor di belakang kedainya. Perniagaan Encik Lim sangat maju dan jualannya selalu mencecah angka ribuan ringgit setiap hari. Beliau menggaji seramai lima orang pembantu. Selain melayan pelanggan, pembantu-pembantu Encik Lim juga diberi kebebasan untuk menerima wang daripada pelanggan. Hal ini bertujuan untuk melicinkan lagi urusan perniagaannya. Pada bulan yang lepas, Encik Lim telah membeli premis perniagaannya yang disewa daripada seorang rakannya. Beliau mendapatkan pinjaman bank untuk tujuan tersebut. Kedai tersebut dibeli atas namanya dan digadaikan dengan baik. (5

1. Nyatakan dan terangkan lima jenis insuran yang harus diambil oleh Encik
Lim. (5FX4H=20 markah)

2. Terangkan mengapakah Encik Lim tidak boleh mengambil insurans terhadap


risiko kerugian akibat perubahan fesyen. markah) KAJIAN KES 2 1. Lima jenis insurans yang harus diambil oleh Encik Lim ialah: i. Insurans Kebakaran (1m) -Memberi perlindungan terhadap stok pakaian dan premis (1m) -gantirugi akan dibayar oleh insurer untuk memulihkan insured ke kedudukan asal (1m) -Peniaga dapat mengelakkan kerugian dan dapat meneruskan perniagaan (1m) ii. Insuran liabiliti majikan / PERKESO (1m) melindungi pihak majikan terhadap tuntutan pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja (1m) undang-undang mewajibkan caruman bulanan kepada PERKESO (1m) PERKESO akan membayar ganti rugi kepada pekerja jika berlaku kemalangan (1m) iii. Insurans liabiliti am (1m) melindungi pemilik perniagaan daripada tuntutan orang awam yang ditimpa kemalangan semasa membeli belah di dalam premis (1m) Kemalangan tersebut akibat kecuaian pekerja/pemilik premis. (1m) insurer akan membayar ganti rugi kepada orang awam yang tercedera dan pemilik dapat mengelakkan daripada menanggung kerugian (1m) iv. Insurans jaminan setia (1m) memberi perlindungan kepada majikan terhadap kerugian akibat ketidakjujuran pekerja (1m) jika pekerja pecah amanah, insurer akan membayar ganti rugi (1m) peniaga dapat mengelakkan kerugian akibat penyelewengan pekerja (1m) v. Insurans gadaian (1m) sejenis insurans hayat sementara (1m) jika insured meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan segala hutang pinjaman, maka insurer akan menjelaskan baki hutang bagi pihaknya (1m) dapat melindungi harta insured daripada dirampas oleh bank (1m) 2. Tidak boleh mengambil insurans terhadap risiko kerugian akibat perubahan fesyen kerana: (5

risiko perubahan fesyen merupakan risiko tidak boleh insurans (1m) kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara perangkaan (1m) insurer tidak mempunyai sebarang rekod perangkaan (1m) Tiada ramalan tentang kemungkinan berlakunya risiko (1m). Tidak dapat mengira premium untuk memberi perlindungan terhadap risiko (1m)

You might also like