You are on page 1of 11

MODEL ASSURE

Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE. Saya memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu A - analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan objektif), S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber), U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian).

A - analyze learners (menganalisis pelajar) Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciriciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan.

Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab. Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

S - state objectives (menyatakan objektif) Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Sebagai contoh :
i. ii. iii.

Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut? Apa objektif yang hendak dicapai? Bagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai.

S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber) Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkahlangkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) Bagi langkah kelima iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran, sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri,

video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar. Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian, perbincangan serta komen. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat pelajar.

E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian) Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti : i.
ii. iii. iv.

Adakah objektif akan tercapai? Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?

Menghuraikan enam langkah model ASSURE untuk membina pakej pembelajaran bagi satu sub topik pelajaran :

Mata Pelajaran: Pendidikan Kesihatan Tunjang : Kesihatan Diri Dan Keluarga Tajuk : Kesihatan Diri

Menganalisis Pelajar Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi tajuk Kesihatan Diri ialah jantina, taraf sosio ekonomi dan petempatan / daerah / kawasan. Guru bolehlah menganalisis tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri pelajar lelaki dan perempuan melalui rupa dan pakaian mereka. Seandainya rupa dan pakaian mereka kotor, maka dapat ditafsirkan bahawa tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri juga boleh dilihat melalui taraf sosio ekonomi keluarga murid-murid. Jika taraf sosio ekonomi keluarga murid-murid adalah rendah, maka dapat diandaikan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan diri murid-murid adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Seandainya murid tinggal di kawasan pedalaman, dapat diandaikan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan diri mereka adalah rendah. Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Kesihatan Diri boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya diadakan sesi soal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai tajuk Kesihatan Diri bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru menanya dan berbincang dengan murid mengenai cara penjagaan kebersihan gigi. Seandainya ujian pra bertulis diadakan, guru bolehlah

memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid. Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran pelajar tentang tajuk Kesihatan Diri melalui penggunaan media bercetak seperti poster penyakit akibat tidak menjaga kebersihan diri. Melalui penggunaan poster tersebut, murid-murid akan dapat menanggap, berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi apabila melihat poster tersebut. Contohnya, dapat dilihat murid-murid akan menanggap bahawa sakit gigi atau gigi berlubang dalah disebabkan tidak menggosok gigi. Mereka juga akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka mengenai poster tersebut selain menunjukkan reaksi muka dan emosi yang takut akibat melihat penyakit disebabkan tidak menjaga kebersihan diri.

Menyatakan Objektif Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Kesihatan Diri, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan objektif afektif. Contoh bagi objektif kognitif, murid-murid dapat menyatakan cara-cara penjagaan kebersihan gigi, rambut dan badan dengan cara dan kaedah yang betul. Contoh bagi objektif afektif ialah muridmurid dapat menerapkan nilai penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam diri mereka.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber Bagi tajuk Kesihatan Diri, contoh kaedah yang dapat dijalankan adalah kaedah main peranan.Guru bolehlah memanggil beberapa orang murid ke depan bagi membuat demonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan menyabun badan dengan cara dan kaedah yang betul.

Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri adalah seperti video mengenai cara-cara penjagaan kebersihan gigi serta cara-cara memberus gigi yang betul. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebih memahami dan nampak dengan jelas cara perlakuan memberus gigi yang betul. Bahan sumber yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri adalah bahan maujud seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandi dan model syampu rambut. Model-model ini boleh digunakan semasa sesi main peranan di mana beberapa orang murid dipanggil ke depan untuk membuat demonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan menyabun badan dengan betul.

Menggunakan Media dan Bahan Bagi pengajaran tajuk Kesihatan Diri, guru perlulah mengkaji bahan sumber seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandi dan model syampu rambut sama ada masih berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum digunakan. Selepas itu, guru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang penggunaan model-model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalam sesi main peranan. Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun model tersebut agar mudah dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaan model-model tersebut perlulah secara optimum dalam sesi main peranan.

Memerlukan Penglibatan Pelajar Dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri, penggunaan bahan sumber seperti model-model berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan syampu rambut dalam sesi main peranan akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar dalam pembelajran. Hal ini seterusnya dapat menigkatkan perubahan tingkah laku yang diharapkan iaitu murid-murid dapat mempraktikkan cara memberus gigi serta penggunaan sabun mandi dan sympu badan dengan cara yang betul.

Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk Kesihatan Diri adalah sangat sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid-murid nampak dengan jelas sesuatu pembejaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang mahu serta dapat menjana idea murid-murid. Dalam tajuk Kesihatan Diri, guru boleh menayangkan pelbagai video berkenaan dengan tajuk seperti video budak menggosok gigi, video masalah gigi berlubang atau video cara menjaga kebersihan rambut. Media bercetak seperti poster juga sesuai digunakan semasa sesi induksi tajuk Kesihatan Diri dengan menayangkan poster berkenaan masalah-masalah yang timbul akibat pengabaian kesihatan diri. Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk Kesihatan Diri adalah seperti sesi main peranan iaitu demonstrasi cara-cara menggosok gigi dan lakonan budak berjumpa doctor akibat gigi berlubang. Selain itu, boleh diadakan sesi pemerhatian video berkenaan kesihatan diri serta sesi perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat muridmurid berasa bosan.

Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan yang bertajuk Kesihatan Diri, guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran dan pembelajran yang telah dijalankan. Sesi refelsi ini juga dapat membantu guru menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya.

REFLEKSI

Daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru disekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu. Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan. Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya di dalam kelas. Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Diharapkan agar apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya dapat mempraktikkan penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah. Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas.

BIBLIOGRAFI

Buku : Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005.

Internet : http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhakcipta.php

LAMPIRAN

Screen shot tayangan video berkenaan cara memberus gigi.

You might also like