You are on page 1of 15

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106) Tugasan kerja kursus ini merangkumi 3 bahagian iaitu : A) TEMU BUAL B) LAPORAN

KAJIAN C) CADANGAN-CADANGAN DAN RUMUSAN

A) TEMU BUAL Bagi mengumpul maklumat untuk melengkapkan kerja kursus Budaya dan

Pembelajaran (EDU 3106), satu temu bual telah dijalankan di kelas SMK Subang, Kg. Melayu Subang, Shah Alam, Selangor. Pemerhatian yang dilakukan meliputi dua aspek pengurusan bilik darjah yang mesra budaya iaitu pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan persekitaran sosioemosi. Persoalannya di sini ialah mengkaji sejauh manakah dua aspek ini mempengaruhi sikap murid ke atas kelas tersebut. Maka persoalan ini telah dikemukakan kepada guru kelas berkenaan. Sebelum saya memilih guru kelas untuk ditemu ramah, saya telah mengambil kira kriteria-kriteria berikut : a) Kelas tersebut terdiri dari pelajar yang pelbagai kaum. b) Kelas tersebut mempunyai persekitaran fizikal yang optimum. c) Kelas tersebut mempunyai masalah kerosakan perabut yang paling minimum. d) Kelas tersebut merupakan salah satu kelas standard yang agak ceria.

Temubual ini telah dijalankan pada pukul 3.00 petang 26 Ogos 2012 di antara saya dan guru kelas 2 Bakti, Puan Azira bt. Abdul Rahim.

Berikut adalah soalan-soalan dan jawapan-jawapan temu bual itu.

Saya

: Assalamualaikum, saya cikgu Nur Azura nak menjalankan temu bual dengan cikgu tentang ciri-ciri bilik darjah yang mesra budaya. Saya memilih cikgu dan kelas cikgu kerana saya berpendapat kelas cikgu antara kelas yang menarik perhatian saya untuk dijadikan bahan kajian. Diharap cikgu tidak keberatan.

Cikgu Azira : Waalaikumusalam. Saya akan cuba membantu Pn. Azura. 1

Saya

: Pada pendapat cikgu, apakah faktor yang menyumbang kepada persekitaran bilik darjah yang mesra budaya atau kondusif?

Cikgu Azira : Pada pendapat saya, keadaan fizikal kelas mestilah dalam keadaan baik dan sempurna dan faktor kesediaan murid untuk belajar.

Saya

: Boleh cikgu senaraikan, apakah yang cikgu maksudkan tentang keadaan fizikal kelas?

Cikgu Azira :Kerusi meja yang selesa, pencahayaan yang cukup, aliran udara yang menyeluruh, suasana yang tidak bising.

Saya

: Bagaimanakah susunan kerusi meja di dalam kelas boleh membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

Cikgu Azira : Susunan yang memudahkan guru bergerak ke seluruh kelas untuk mendekati semua murid.

Saya

: Pada pandangan cikgu, pelan kedudukan kelas yang bagaimanakah yang paling sesuai? Mengapa?

Cikgu Azira : Seperti pelan kelas yang sedia wujud sekarang. Ini memudahkan semua pelajar fokus ke arah guru.

Saya

: Apakah peralatan asas lain yang boleh ditambah untuk menjadikan bilik darjah lebih berfungsi atau efektif?

Cikgu Azira :Projektor LCD yang terkini dan mudah untuk digunakan ataupun projektor OHP.

Saya

: Bagaimanakah bilangan pelajar di dalam kelas? Berapakah yang paling sesuai?

Cikgu Azira : Bilangan pelajar memainkan peranan yang besar, paling sesuai 30 35 orang manakala untuk kelas aliran sains, 25 -30 murid sahaja. Mudah berinteraksi 2 hala dan guru dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid serta mengatasinya. 2

Saya

: Bagaimanakah dengan peranan guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya?

Cikgu Azira : Guru berperanan merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal bilik darjah.

Saya

: Boleh cikgu terangkan tentang faktor kesediaan murid untuk belajar?

Cikgu Azira : Ia melibatkan emosi murid di mana murid dapat melihat kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu dibantu untuk membuatkan mereka berasa selesa dan tiada tekanan untuk belajar.

Saya

: Pada pendapat cikgu, mengapakah persekitaran sosioemosi ini penting kepada murid?

Cikgu Azira :Pengurusan sosioemosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat, sikap dan tingkah laku murid ke arah mencapai matlamat pembelajaran mereka.

Saya

: Apakah peranan cikgu untuk memastikan sosioemosi murid berada dalam keadaan yang mesra budaya?

Cikgu Azira : Guru boleh memberikan pujian dan galakan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti di bilik darjah.

Saya

: Bagaimanakah cikgu memupuk intergrasi kaum di antara murid-murid di dalam kelas ini?

Cikgu Azira : Cara memupuk intergrasi kaum di dalam kelas ini ialah dengan mewujudkan perbincangan kumpulan yang melibatkan semua kaum, contohnya bagi saya yang mengajar sivik dan kewarganegaraan, saya akan meminta kaum yang berbeza mengeluarkan pendapat tentang budaya mereka supaya masing-masing saling memahami.

Saya

: Pada pendapat cikgu, apakah halangan atau cabaran untuk menghasilkan bilik darjah yang mesra budaya?

Cikgu Azira : Selalunya peralatan kerusi meja, peralatan kebersihan yang perlu ditukarganti, masalah hiasan kelas yang telah rosak, kerjasama yang tidak baik antara sesi pagi dan petang, kekangan kewangan dan masalah disiplin serta untuk memberi tumpuan pada setiap pelajar. Maklumlah bilangan pelajar seramai 40 orang.

Saya

: Soalan terakhir, apakah perkara-perkara yang perlu kita tambah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Cikgu Azira : Perkara-perkara yang perlu ditambah adalah dengan meningkatkan profesionalisme dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, mencorak iklim dalam kelas dan perkembangan murid.

Saya

: Terima kasih banyak-banyak cikgu Azira di atas kerjasama anda.

Cikgu Azira: Sama-sama.

B) LAPORAN KAJIAN PENGENALAN Aspek pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan sosioemosi murid menentukan keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kedua-dua aspek ini dapat menggalakkan atau menghalang pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi corak dan suasana interaksi dalam bilik darjah lazimnya diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh dilihat dari aspek emosi dan social dan faktor teknikal. Walau bagaimanapun, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dan kawalan emosi murid-murid tetapi juga bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan. Dalam hubungan tersebut, nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan lalu terbina persefahaman, tolenransi dan hormatmenghormati. Manakala budaya dapat difahami sebagai suatu nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut. Maka mesra budaya membawa maksud perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan yang positif sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa jua yang dipelajari betul-betul bermakna kepada mereka dan menjadikan mereka manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Aspek Pengurusan Persekitaran Fizikal Lambert (1994) menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang linguistik dan kebudayaan yang berbeza. Daripada pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan, aspek fizikal bilik darjah yang dapat dilaporkan di sini adalah : Meja dan kerusi bagi murid-murid dan guru hendaklah berkeadaan baik, selesa dan mencukupi. Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik dan mencukupi. Suasana kelas yang tidak bising. Mempunyai peralatan alat bantu mengajar yang terkini dan mudah dikendalikan seperti projector LCD dan projector OHP.

Daripada temu bual itu, banyak lagi prasarana-prasarana bilik darjah yang tidak disentuh dan dinyatakan. Menurut Lemlekh (1998) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai masalah-masalah yang mungkin timbul. Menurut Woolfolk (2001:437), pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif. Pengurusan fizikal memaparkan sejauh mana guru memiliki sikap prihatin dan professional terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik darjah. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda bernyawa, iaitu guru dan murid. Setiap satu daripadanya saling mempengaruhi dan saling bertindak. Sehubungan dengan itu, pengurusan persekitaran fizikal akan mempengaruhi murid dan suasana pengajaran dan pembelajaran mereka. Bagi mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan bermakna kepada murid, maka seseorang guru perlu memberikan perhatian pada perkara-perkara yang berikut : a) Pelan lantai Pelan lantai merangkumi keluasan bilik darjah, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap kelas sama ada untuk sekolah peringkat rendah atau menengah. Ruang yang disediakan perlu mengambil kira unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum. Woolfolk (2001) berpendapat, persekitaran bilik darjah yang 6

melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah.

b) Susunan Kerusi dan Meja Murid serta Guru. Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983), penyusunan kerusi dan meja murid

bergantung kepada umur dan keperluan murid. Kerusi meja yang diatur berbarisbaris akan memberi keselesaan dan keadaan tersendiri yang tidak diganggu dan sesuai dengan tugasan individu. Sebagai contoh, empat atau enam buah meja yang disatukan untuk dijadikan satu kumpulan adalah sesuai untuk murid-murid berumur lapan tahun untuk bekerjasama dalam satu kumpulan tetapi dipastikan kerusi-kerusi yang membelakangi guru dihadapkan ke depan. Menurut beliau lagi, penyusunan kerusi meja murid dalam berbeza kebolehan dan jantina hendaklah dikawal dan ditentukan oleh guru. Ini dapat mengawal disiplin dan guru juga harus memisahkan murid-murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu

berseorangan. Meja guru pula adalah sesuai di sudut tepi di depan bilik darjah berhampiran dengan papan tulis supaya guru dapat mengawasi semua murid ketika ia sedang menolong muridnya di meja.

c) Pencahayaan, Pengudaraan dan Kebersihan Guru-guru perlu memastikan sistem pencahayaan yang sesuai untuk menyediakan suasana yang selesa kepada murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan yang terlalu terang atau terlalu suram akan menimbulkan ketidakselesaan dan melemahkan minat murid untuk belajar. Sistem pengudaraan juga perlu dititikberatkan. Persekitaran bilik darjah perlu mendapat bekalan udara yang bersih dan segar.Tingkap-tingkap di bilik darjah hendaklah dibuka bagi memastikan udara dari luar dapat memasuki bilik darjah. Keadaan ini dapat mengelakkan sebarang jangkitan penyakit dan menjadikan murid berada dalam keadaan yang sihat dan selesa untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran

d) Susunan Perabot dan Peralatan Guru perlu memastikan perabot yang terdapat di bilik darjah tidak menyempitkan ruang dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983), tempat-tempat penyimpanan barang biasanya

terletak di belakang bilik darjah atau di satu sudut depan yang dikhaskan dalam satu almari tertentu. Bahan-bahan lukisan, alat-alat pengajaran atau buku teks untuk kegunaan bilik darjah disimpan di situ. Guru dan murid harus menggunakan 7

kelengkapan yang sedia ada dengan sempurna. Kemudahan peralatan TMK (ICT) yang disediakan di dalam bilik darjah perlu diletakkan di sudut yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

e) Hiasan Bilik Darjah Murid perlu diberi kebebasan menghias bilik darjah dengan nasihat dan pandangan dari guru. Dengan memberi kebebasan kepada murid untuk memilih dan menentukan hiasan di bilik darjah dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid manakala kebebasan tersebut menyebabkan murid berasa mereka dihargai dan dipercayai. Hiasan bilik darjah yang boleh dijalankan oleh murid ialah seperti Menyediakan sendiri jadual bertugas, carta organisasi kelas Mengecat bilik darjah dengan warna-warna yang ceria Mengalas meja kumpulan atau meja semua murid Menghias meja guru dengan alas meja dan jambangan bunga Menggantung langsir yang sesuai dengan suasana bilik darjah sebagai ruang pembelajaran Menghias dinding dan papan kenyataan dengan mural, poster, keratan majalah dan sebagainya.

f)

Ruang dan Sudut Multimedia Kemudahan penggunaan laman web, computer dan cd serta projector LCD dapat melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana

yang harmonis,ceria dan semangat kepada murid-murid dan guru untuk berada lebih lama di sekolah kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri., Ini akan mewujudkan perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. (Haji Samsudin Mohd Noor, http ://www.google.com.my).

g) Sudut dan Ruang Bacaan Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein(1982) yang menyatakan bahawa guru perlu menyediakan pusat literasi di dalam bilik darjah bagi membolehkan murid mencari maklumat dan menambah pengetahuan melalui aktiviti membaca. Antara tindakan yang boleh menggalakkan aktiviti membaca ialah melalui tampalan nota, formula-formula, peta, gambar serta 8

menggantung kad-kad bacaan yang tertera perkataan dan nota-nota ringkas di sudut bacaan. Guru harus menyediakan sudut-sudut seperti sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adab resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di Malaysia. Perpustakaan mini juga amat sesuai diwujudkan untuk menggalakkan tabiat membaca.

Aspek Pengurusan Pesekitaran Sosioemosi Murid Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Muridmurid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri dari latar belakang dan sifat-sifat yang berbeza-beza.Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sifat yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang, 2008). Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, adil,

bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang,2008). Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui dapatan dari pemerhatian dan temu bual dengan seorang guru di SMK Subang dapatlah dibuat rumusan berikut iaitu guru berperanan untuk : mengurus emosi murid supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu belajar menerima diri, orang lain dan semula jadi seadanya. Memberikan kata-kata perangsang, pujian dan galakan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktivitiaktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan seperti ganjaran dalam bentuk hadiah dan sebagainya. Menstabilkan emosi pelajar supaya mereka mengekalkan minat ke arah mencapai matlamat pembelajaran mereka.

Merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal bilik darjah. Memupuk hubungan positif dan intergrasi kaum sesama rakan sekelas terutama bagi kelas yang mempunyai pelbagai kaum supaya mereka saling memahami.

Halangan-halangan dan cabaran-cabaran menangani pengurusan persekitaran fizikal adalah peralatan asas yang tidak mencukupi seperti kerusi meja yang tidak cukup, kerosakan perhiasan di dalam kelas kerana kelas adalah berkongsi antara sesi pagi dan petang dan kekangan wang untuk menyediakan alat bantu mengajar yang baik dan terkini. Manakala dari segi pengurusan persekitaran sosioemosi, cabaran-cabaran yang dihadapi ialah untuk mengawal disiplin dan memberi perhatian ke atas setiap pelajar bagi kelas yang mempunyai jumlah murid yang ramai iaitu 40 orang dan guru perlu menambah gaya pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik perhatian murid.

10

C) CADANGAN-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN RUMUSAN Kelas 2 Bakti mempunyai murid seramai 40 orang. Kelas ini terdiri dari 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Secara keseluruhan, aspek-aspek yang boleh diperhatikan ialah : Pelan kedudukan kelas adalah baik di mana kerusi-meja disusun secara berpasangpasangan dan terdapat ruang di antara meja-meja bersebelahan supaya memudahkan guru menghampiri pelajar untuk memberi bimbingan. Fokus pelajar juga boleh ditumpukan ke hadapan kerana papan putih berada di bahagian hadapan di tengah kelas. Cadangan : guru perlu memastikan kelemahan dan kekuatan pelajar sebelum menempatkan mereka di kedudukan tertentu, ini kerana mungkin ada pelajar yang mempunyai masalah penglihatan maka wajar mereka di tempatkan di barisan hadapan.

Susunan perabot dan peralatan adalah baik di mana papan kenyataan di bahagian belakang dipenuhi dengan nota-nota dan papan kenyataan di hadapan kelas mengandungi carta organisasi, jadual bertugas dan jadual waktu. Kipas dan lampu juga berfungsi dengan baik. Cadangan : Perlu ditambah perabot seperti almari dan alat bantu mengajar yang inovatif.

11

Pengudaraan, pencahayaan dan kebersihan kelas adalah baik. Ini kerana kelas mempunyai banyak tingkap untuk memudahkan pengaliran udara segar ke dalam kelas dan menyamankan kelas. Pencahayaan kelas adalah baik kerana langsir yang dipasang dapat menapis kemasukan cahaya yang berlebihan dan terik. Kebersihan kelas dapat dijaga kerana mempunyai peralatan membersih yang cukup. Cadangan: Rutin jadual bertugas perlu dipatuhi sepenuhnya kerana cermin tingkap masih lagi berdebu.

Hiasan bilik darjah perlu dipertingkatkan lagi. Cadangan : Perbanyakkan bendabenda maujud yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran seperti meletakkan pasu-pasu bunga, artifak-artifak budaya dan mengecat kelas dengan mural dan kata-kata semangat.

12

Sudut dan Ruang Bacaan. Tiada sudut dan ruang bacaan yang efektif. Ia tidak diselenggara dengan baik. Cadangan : Wujudkan sudut bacaan yang mengandungi kerusi dan meja yang dihias cantik. Buku-buku, majalah-majalah dan nota-nota ringkas bolehlah disusun dan dipamerkan di sini.

Ruang dan Sudut Multimedia. Tiada ruang dan sudut multimedia. Cadangan : Inisiatif pihak sekolah ataupun kelas sendiri untuk menyediakan peralatan multimedia seperti komputer dan perisian-perisian multimedia.

Guru perlu memainkan peranan menjadi guru penyayang dan berempati dengan murid. Ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Guru sebagai model contoh kepada pelajar. Guru perlu memaparkan amalannya yang santun dalam percakapannya, rajin dan komited terhadap tugas dan tanggungjawabnya, bijak, bersih, kemas dan berperikemanusiaan.

Guru sebagai fasilitator yang membimbing pelajar memahami dan menghormati budaya rakan-rakan yang berbeza etnik. Guru perlu tegas terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Guru membuat pengukuhan terhadap kelakuan murid sama ada perlakuan yang betul diberi ganjaran atau perlakuan yang salah diberi teguran atau dendaan.

Guru perlu menggalakkan murid berkomunikasi dengan cemerlang dan bermakna sama ada dengan guru, rakan sebaya dan dengan orang yang lebih dewasa. Ini memastikan murid mampu membezakan komunikasi yang disenangi oleh orang lain

13

terhadap dirinya. Kemahiran dalam berkomunikasi mendorong ke arah terbinanya satu hubungan sosial yang harmoni.

RUMUSAN Pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan persekitaran sosioemosi sangat perlu dititikberatkan dalam mengambil kira kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aspek fizikal kelas perlulah lengkap dan kondusif supaya hasrat untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berkeyakinan tinggi dapat dicapai. Bilik darjah yang mesra budaya juga perlu mengambil kira kepelbagaian latar belakang dan fahaman etnik murid masingmasing. Guru memainkan peranan yang amat besar kerana di tangan gurulah terletaknya pengerak motivasi pelajar di sekolah. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pengurus di bilik darjah yang dinilai dari aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada muridmurid. Akhir sekali gabungan guru yang berkualiti, aspek fizikal dan sosioemosi yang kondusif serta teknikal yang betul bakal melahirkan murid yang menepati aspirasi Falsafah Pendidikan Negara yakni melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

RUJUKAN : 1. Noriati A. Rashid, Boo Pong Ying, Sharifah Fakhriah S.A, Zuraidah A. Majid 2011. Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd., Shah Alam. 2. Sharifah Alwiah Alsagoff. 1983.Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Heinemann Asia, Kuala Lumpur. 3. Mok Soon Sang. 2008. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sek. Rendah : Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya. 4. Permatapemulihan.blogspot.com/2009/06/pengurusan-bilik yang mempengaruhi.html 5. Kheru2006.i8.com/EDU3106/5 Pembinaan Bilik Darjah.html 6. Jmnnasira.blogspot.com/2009/11/pgsr-sm3-modul-edu-3106.html 7. Berryviolet-miszaza.blogspot.com/2012/04/pengurusan kondusif.html 14 bilik darjah yang darjah dan faktor

15

You might also like