You are on page 1of 23

KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM TAJUK PEMBEZAAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA

NURUL EMAZAH BINTI RAMLI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2010

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat keluargaku

Ayah~ Ramli bin Musa

Mak~ Anisah binti Ismail

Along~ Nurul Ernie

Achik~ Nurul Iffah Wadiah

Ateh~ Nurul Syamimi

Ade~Nurul Afina

Abang~ Ahmad Fathu Rahman

Adik~ Nurul Alleya Irdina

Terima kasih kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan. Doa kalian sentiasa mengiringi kejayaan Angah.

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahhim

Segala puji bagi Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dilimpahi taufiq nur hidayah-Nya, penulisan ini berjaya disiapkan. Penulis ingin

mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah pembimbing bagi projek ini, Prof. Madya Md. Nor Bakar di atas kesudian memberi tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan menyumbang idea sepanjang projek ini disiapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pengetua, guru dan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam projek ini. Alhamdulillah, Projek Sarjana Muda ini disiapkan juga akhirnya dengan kerjasama anda semua. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan membalas segala jasa baik anda.

ABSTRAK

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen yang penting dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh itu, penguasaan kemahiran berfikir ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pemikiran pelajar kepada lebih bersifat kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif. Maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti komponen-komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang telah diterapkan dalam tajuk Pembezaan serta penguasaannya dalam kalangan pelajar. Terdapat tiga instrumen yang digunakan dalam kajian iaitu instrumen Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) yang dijalankan dalam aspek soalan latihan, set soal selidik yang diedarkan kepada 67 orang pelajar tingkatan lima dan temubual yang dilakukan kepada 6 orang pelajar dalam kalangannya. Data dianalisis menggunakan perisisan SPSS untuk mencari kekerapan, peratus dan nilai purata. Hasil kajian mendapati komponen menilai paling kerap diterapkan dalam aspek soalan latihan dalam tajuk Pembezaan. Manakala terdapat lima komponen yang tidak langsung diterapkan iaitu menyusun mengikut keutamaan, membuat inferens, meramal, membuat hipotesis dan mengitlak. Kajian juga mendapati pelajar paling menguasai komponen mengumpul dan mengelas manakala pelajar paling tidak menguasai komponen mereka cipta. Secara keseluruhannya didapati penguasaan KBKK pelajar dalam tajuk Pembezaan berada pada tahap lemah. Bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap KBKK, satu contoh rancangan pengajaran bagi tajuk Pembezaan dikemukakan sebagai panduan kepada guru Matematik Tambahan.

vi

ABSTRACT

Critical and Creative Thinking Skill (CCTS) is an important element in our educational system. Hence the mastery in Critical and Creative Thinking is expected to enhance students abilities to be more innovative, imaginative and creative. Therefore, this study was conducted to identify CCTSs components that had been infused in Differentiation topic and it mastery levels among students. The research instruments used in this study are Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) in question and exercises aspect, questionnaires that had been distributed to 67 form five students and the interview towards 6 students among them. Raw data were analyzed using SPSS software to obtain frequencies, percentages and means. The result shows that the

evaluating component is most often used in Differentiation topic. While there are five components that were never used such as prioritizing, making inferences, predicting, making hypotheses and making genaralisations. The result also shows that students master excellently in grouping and classifying while the least mastery in modifying component. In general, the result of this research shows that the mastery level in CCTS among students is at a very low level. In order to enhance the mastery level among students towards CCTS, a lesson plan which incorporates the thinking skills is introduced as a reference to Additional Mathematics teachers.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA JUDUL PERAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii xii xiii xiv xv

PENGENALAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah/Operasi 1.7.1 1.7.2 1.7.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Mengumpul Dan Mengelas

1-11 1 2 4 5 6 6 7

7 8 8

viii 1.7.4 1.7.5 1.7.6 1.7.7 1.7.8 1.7.9 Menganalisis Menilai Membuat Kesimpulan Menghubung Kaitkan Mensintesis Mengitlak 8 9 9 9 9 10 10 10 10 11 11 11

1.7.10 Membuat Gambaran Mental 1.7.11 Mereka Cipta 1.7.12 Membuat urutan 1.7.13 Menjana idea 1.7.14 Pelajar 1.8 Penutup

SOROTAN LITERATUR 2.0 2.1 2.2 2.3 Pendahuluan Kerangka Kajian Pendidikan Matematik Masa Kini Matematik Tambahan, Kalkulus Dan Pembezaan 2.4 Kesukaran Pelajar Dalam Bidang Kalkulus Dan Pembezaan 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan Berfikir Definisi Berfikir Jenis-jenis Pemikiran Model Kemahiran Berfikir 2.9.1 2.9.2 Model CoRT 1 Dan CoRT 4 Model KWHL

12-29 12 13 14

16

17 20 21 21 22 23 24 24

ix 2.9.2. Model R. Swarts Dan Sandra Parks 25 2.9.3 2.9.4 Model PILTS Model Kemahiran Berfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) 2.10 2.11 Kepentingan Kemahiran Berfikir Penutup 27 28 29 26

METODOLOGI 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 Pendahuluan Rekabentuk Tempat/Lokasi Kajian Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.4.1 Instrumen Analisis Penggunaan Komponen KB 3.4.2 Set Soal Selidik Ujian Bertulis 3.4.2.1 Bahagian A 3.4.2.2 Bahagian B 3.4.3 3.4.4 3.4.5 3.5 3.6 3.7

30-47 30 30 31 32 32

33 33 33 34

Petunjuk Kemahiran Berfikir Kritis 36 Petunjuk Kemahiran Berfikir Kreatif 38 Temu bual 40 42 43 44 44 45 46

Prosedur Kajian Kajian Rintis Analisis Data 3.7.1 3.7.2 Kuantitatif Kualitatif

3.8

Jangkamasa

x 3.9 Penutup 47

ANALISIS DATA 4.0 4.1 Pendahuluan Analisis Data 4.1.1 Analisis Buku Teks 4.1.1.1 Komponen Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif 4.1.1.2 Komponen Kemahiran Berfikir Kritis 4.1.1.3 Komponen Kemahiran Berfikir Kreatif 4.1.2 4.1.3 Kajian Rintis Analisis Penguasaan Kemahiran Berfikir 4.1.3.1 Latar Belakang Responden 4.1.3.2 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Keseluruhan Item 4.1.3.3 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 1 4.1.3.4 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 2 4.1.3.5 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 3 4.1.3.6 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 4 4.1.3.7 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 5 4.1.3.8 Tahap Penguasaan KBKK

48-82 48 48 48

49

54

55 56

58 58

59

62

64

65

66

67

xi Untuk Item 6 4.1.3.9 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 7 4.1.3.10Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 8 4.1.3.11Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 9 4.1.3.12Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 10 4.1.3.13Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 11 4.1.3.14Purata Markah Pencapaian 4.14 4.2 Analisis Temu bual 75 76 78 82 74 73 72 70 68

Penutup

RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Pendahuluan Rumusan Implikasi Kajian Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

83-87 83 83 85 85 86 87

RUJUKAN LAMPIRAN

88-95 96-131

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 3.2

Bilangan sampel yang digunakan dalam kajian Taburan item soal selidik mengikut objektif huraian Sukatan pelajaran

32

34 35 36 38 41

3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

Taburan item soal selidik mengikut KBKK Petunjuk KB kritis yang terlibat dalam kajian Petunjuk KB kreatif yang terlibat dalam kajian Taburan item temu bual mengikut aspek Jadual spesifikasi tahap penguasaan pelajar dalam Komponen KB

45 46 50 57 58

3.8 4.1 4.2 4.3 4.4

Jangka masa pelaksanaan kajian Instrumen analisis penggunaan KB bagi setiap sub-topik Jadual analisis kajian rintis Latar belakang responden Peratus tahap penguasaan KBKK untuk keseluruhan item

60

4.18

Markah pencapaian responden dalam set soal selidik ujian bertulis 77

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 2.1 2.2 3.1 4.1

TAJUK Kerangka kajian Model Kemahiran Berfikir Prosedur-prosedur kajian Bilangan komponen KB yang diterapkan dalam soalan latihan

MUKA SURAT 13 27 42

51

4.2

Peratus kekerapan komponen KB yang diterapkan dalam soalan latihan mengikut kritis dan kreatif 52

4.3

Peratus kekerapan komponen KB kritis yang diterapkan dalam soalan latihan 54

4.4

Peratus kekerapan komponen KB kreatif yang diterapkan dalam soalan latihan 55

4.5

Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Keseluruhan Item 61 62 64 65 66 67 68 70 72 73 74 75

4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17

Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 1 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 2 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 3 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 4 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 5 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 6 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 7 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 8 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 9 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 10 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 11 Peratus tahap penguasaan dari aspek markah pencapaian

77

xiv

SENARAI SINGKATAN

AK CATSS F KB KBKK KBSR KBSM P PMR R S SPM

Analisis Kandungan Content Analysis of Thinking Skills Stella Kemahiran Berfikir Kreatif Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pengkaji Penilaian Menengah Rendah Responden Kemahiran Berfikir Kritis Siil Pelajaran Malaysia

xv

LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C D E F G H

Instrumen analisis penggunaan KBKK Rancangan pengajaran Set soalan ujian bertulis Skema jawapan Surat Kebenaran Kementerian Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengesahan Kajian Rintis

96 105 110 116 126 127 128 129

BAB 1

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. John Dewey (1977) dalam Sabri Ahamad et all (2006) menjelaskan bahawa pendidikan ialah satu proses pertumbuhan atau perkembangan yang merupakan daya usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada pada seseorang individu. Pendidikan dan pengetahuan mempunyai impak yang besar dalam kehidupan seseorang manusia serta menjadi kayu ukur kepada kekuatan dan pertahanan sesebuah negara. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada

masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2009).

Pembangunan negara juga bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan. Rakyat mestilah berintelek, berpengetahuan tinggi dan sentiasa berfikir bagi menjamin perkembangan negara ke arah menjadi sebuah negara maju. Asas pembentukan intelek adalah kemahiran berfikir yang meliputi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Unsur ini mampu mengembangkan daya pemikiran agar kita mampu membuat huraian, menganalisa, menaakul, merumus dan seterusnya menghasilkan idea-idea yang baru dan bernas (Nazlina, 2006). Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga diberi

penekanan dalam matlamat dan objektif pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Tahap penggunaan kemahiran ini mampu mendorang seseorang untuk menguji kebenaran keputusan yang dibuat dan mengelakkan penyelesaian masalah yang salah. Unsur-unsurnya perlu disepadukan dalam semua matapelajaran agar pelajar

2 dapat meningkatkan daya intelek mereka selari dengan pembentukan jasmani, emosi, rohani dan sahsiah mereka (Som dan Mohd Dahalan, 2003).

Perkembangan negara yang sedang pesat membangun sekarang mendorong kerajaan menyemak semula serta mengubahsuai kurikulum supaya sejajar dengan kehendak semasa. Kurikulum adalah rancangan operasi yang menghuraikan idea

matematik yang harus diberikan kepada pelajar dan bagaimana pelajar memperoleh dan menggunakan idea tersebut (Romberg, 1975). Kurikulum Matematik sekolah di

Malaysia sentiasa mengalami perubahan sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu, penyemakan semula kurikulum dilakukan dengan

tujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada alaf 21(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan, adalah penting semua peringkat sistem pendidikan kita mendidik dan menghasilkan rakyat yang berpengetahuan, berketrampilan, dan boleh berfikir secara kritis dan kreatif, serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak. Oleh itu, institusi pengajian tinggi memainkan

peranan yang penting dari segi memastikan adanya kesinambungan program peningkatan kemahiran berfikir yang sedang diusahakan di sekolah rendah dan menengah kita (Hanafi, 1995). Pelbagai kajian tentang pemikiran serta kemahiran

berfikir telah dilakukan oleh para cendikiawan untuk memperkasakan minda ke arah berfikir secara berintelek tinggi. Ini jelas menunjukkan kepentingan berfikir dalam kehidupan seseorang demi memastikan pembangunan negara.

1.1

Latar Belakang Masalah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Menurut Mohd Fathi (2004)

3 salah satu objektif KBSM adalah menjurus kepada perkembangan intelek serta pemikiran yang rasional. Penggubalan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) kepada KBSM merupakan salah satu cara untuk mencapai atau merealisasikan kehendak negara terutamanya dalam kemajuan negara seperti dalam bidang sains dan teknologi. Misalnya kurikulum matematik sekolah di Malaysia mengalami beberapa perubahan yang signifikan. Kurikulum ini telah melalui tiga peringkat iaitu matematik tradisi, matematik moden dan matematik seperti dalam KBSM yang ada sekarang. Sebelum ini dikenali sebagai KLSM (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). KBSM juga menekankan kepada penerapan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam setiap mata pelajaran yang diperkenalkan seperti Matematik Tambahan. Kepelbagaian aliran juga diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi kemajuan negara dalam pelbagai aspek seperti dengan memperkenalkan aliran sains tulen, aliran teknik dan vokasional dan aliran sastera pada peringkat sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, pelajar yang berada dalam aliran sains tulen di seluruh sekolah di Malaysia diwajibkan mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan tetapi ia hanyalah subjek elektif kepada pelajar lain.

Pelajar akan menjadi seorang pemikir yang baik melalui penerapan kemahiran berfikir semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru adalah individu yang

berperanan penting dalam merancang aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar mereka boleh menjana minda pelajar untuk terus berfikir. Guru perlulah mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam setiap soalan-soalan yang dikemukakan dan menerapkan teknik-teknik menggunakan kemahiran berfikir. Maka pelajar akan terus berfikir dalam menjawab semua soalan bukan sekadar mengingati langkah-langkah untuk memperolehi jawapan tanpa mengetahui dan memahami soalan tersebut. Menurut Fattima Zahara (2007) kefahaman dan kemahiran matematik tidak hanya terhad kepada kebolehan menjalankan algorithma seperti operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi sebagaimana yang terkandung dalam tradisi tetapi juga peringkat kefahaman yang jauh lebih tinggi. Pelajar pada masa kini juga membudayakan budaya menghafal lebih berbanding budaya memahami sesuatu kandungan pelajaran itu sendiri. Dengan menghafal, pelajar sememangnya

4 dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik tetapi pelajar telah mengabaikan suatu aspek penting iaitu melatih minda untuk berfikir sedangkan untuk mencapai kemajuan dalam diri sendiri (Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli dalam Fattima Zahara, 2007) memerlukan pemikiran yang beraras tinggi yang dapat dipupuk melalui pendidikan KBKK. Sehubungan dengan itu, penyebatian dan penyepaduan unsur-unsur KBKK dalam semua aktiviti adalah perlu agar pelajar dapat meningkatkan daya intelek mereka seiring dengan perkembangan sahsiah pelajar.

1.2

Pernyataan Masalah

Pembezaan merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran Matematik Tambahan tingkatan empat. Pembezaan merupakan satu cabang Kalkulus yang

diperkenalkan kepada pelajar. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan kesukaran tajuk ini untuk dikuasai oleh pelajar. Antara faktor yang menyumbang kepada

kesukaran pelajar untuk menguasai tajuk ini adalah kerana kurang atau tidak menguasai sepenuhnya komponen kemahiran berfikir dengan baik.

Menurut Mohd Fauzi Said (2000) diperingkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah, rungutan daripada guru-guru tentang kelemahan muridmuridnya dalam Matematik memang sering kedengaran. Kelemahan murid-murid

didapati lebih ketara apabila menghadapi topik-topik yang lebih sukar, contohnya dalam tajuk pembezaan. Mengikut Faridah (1996) kebanyakan pelajar lemah dalam tajuk Pembezaan, walaupun mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kesulitan lain yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran matematik ialah kesulitan bahasa matematik. Menurut Orton (1983) dalam Wan Norliza Wan Bakar (2004) pelajar kalkulus tidak berupaya untuk memahami kalkulus kerana mereka lemah

5 dalam konsep fungsi disiplin tersebut. Menurut Orton (1983) lagi, kajian yang

dijalankan olehnya mengenai kefahaman pelajar kalkulus tentang konsep pembezaan dalam kadar perubahan menunjukkan mereka menganggapnya sebagai nombor nisbah. Menurut White (1996) dalam Wan Norliza Wan Bakar (2004) pula, pelajar-pelajar kalkulus hanya menggunakan simbol untuk dimanipulasikan dan bukan mencari perkaitan antaranya.

Selain menghadapi kesukaran untuk memahami istilah matematik, pelajar kalkulus juga menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah kalkulus kerana tidak mempunyai kemahiran berfikir yang baik. Menurut Sabri Ahmad et all (2006) majoriti pelajar di sekolah tidak dapat menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi membantu mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dengan yakin dan berkesan dalam mata pelajaran lain dalam bidang sains tulen. Masalah ini dapat diatasi dengan penerapan kemahiran berfikir dengan baik bermula dari pihak guru-guru dan seterusnya disampaikan kepada pelajar-pelajar. Maka disini wujudlah

kesinambungan antara guru-guru dan pelajar-pelajar, di mana asas yang betul telah diterapkan kepada guru untuk disalurkan kepada pelajar dalam melahirkan insan yang berdaya intelektual yang tinggi pada masa hadapan. Saraswathi (2004), turut

mencadangkan kemahiran berfikir disebatikan dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar dapat berfikir apa yang mereka telah pelajari dan seterusnya meminimumkan kesilapan berfikir.

1.3

Objektif Kajian

1.3.1

Mengkaji komponen kemahiran berfikir yang paling kerap diterapkan dalam tajuk Pembezaan dalam aspek soalan latihan.

6 1.3.2 Mengkaji tahap penguasaan pelajar menggunakan kemahiran berfikir semasa menjawab soalan berkaitan tajuk Pembezaan.

1.3.3

Mencadangkan rancangan pengajaran (lesson plan) yang menerapkan kemahiran berfikir bagi tajuk Pembezaan.

1.4

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif di atas, pengkaji berharap dapat menjawab persoalanpersoalan berikut:

1.4.1

Apakah komponen kemahiran berfikir yang paling kerap diterapkan dalam tajuk Pembezaan dalam aspek soalan latihan?

1.4.2

Apakah tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan aspek kemahiran berfikir semasa menjawab soalan bagi tajuk Pembezaan?

1.5

Kepentingan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti komponen-komponen kemahiran berfikir yang diterapkan dalam buku teks bagi tajuk Pembezaan dalam elektif mata pelajaran Matematik Tambahan bagi tingkatan empat. Setelah mengenal pasti

komponen yang tidak dan kurang diterapkan dalam buku teks serta berdasarkan soal selidik ke atas responden, pengkaji akan mengutarakan rancangan, satu modul ringkas

You might also like