You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA FOTOGRAFI KURSUS BINA INSAN GURU FASA 1 PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2013

Pada pemilihan ahli jawatankuasa yang lalu, saya telah dilantik menjadi Ketua Jawatankuasa Fotografi di mana berperanan dalam merekodkan segala perjalanan dan setiap aktiviti yang dijalankan sebelum kursus iaitu daripada pemilihan Ahli Jawatankuasa, semasa kursus dan selepas kursus Bina Insan Guru yang dijalankan pada 24 Jun 2013 hingga 27 Jun 2013. Jawatankuasa ini amat penting bagi merakamkan setiap saat dan detik sepanjang proses kursus ini berlangsung dan ia sangat berperanan dalam membantu peserta kursus ini dalam menyiapkan laporan mereka. Bagi melancarkan proses mengambil gambar dan memastikan tiada ketinggalan walaupun satu aksi dalam setiap aktiviti tersebut, maka saya telah membentuk ahli jawatankuasa kecil fotografi sebagai wakil setiap kumpulan yang telah dibentuk untuk menjalankan aktiviti - aktiviti semasa di Nusa Camp, Taman Negara. Berikut adalah senarai ahli fotografi bagi setiap kumpulan: a. b. c. d. e. f. Kumpulan 1 : Nurfadila Hamzah (Ketua) Kumpulan 2 : Hong Sheau Fen Kumpulan 3 : Zaihasra Binti Hasan Kumpulan 4 : Chu Poh Fong Kumpulan 5 : Tee Mei Juan Kumpulan 6 : Moo Yee Ping

Pengagihan tugas telah diberikan kepada semua ahli fotografi iaitu mereka bertanggungjawab mengambil gambar terutama semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya semasa LDK, berkayak, kembara dan aktiviti lain seperti memasak, membuat gajet, memasang khemah dapur serta membuat persembahan pada malam kebudayaan. Bagi selepas kursus pula, selain mengambil gambar semasa mencuci dan mengemas peralatan seperti khemah, peralatan memasak dan lain-lain, saya dan rakan ahli lain turut bekerjasama dalam pengumpulan keseluruhan gambar untuk tujuan dokumentasi oleh Jawatankuasa Dokumentasi. Selain itu semua gambar telah diberi dan diedarkan kepada semua unit melalui Ketua Unit masing-masing untuk membantu

mempercepatkan proses penyediaan dan melengkapkan laporan serta refleksi setiap individu peserta kursus ini. Dengan itu mereka dapat memilih gambar mengikut kesesuaian dan kehendak mereka untuk dimuatkan dalam laporan tersebut. Setinggi ucapan terima kasih atas kerjasama setiap ahli fotografi ini kerana telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas ini walaupun dalam kesibukan menjalankan aktiviti lain semasa kursus berlangsung.

Disediakan oleh, ..................................... (Nurfadila binti Hamzah) Ketua Jawatankuasa Fotografi Bina Insan Guru PISMP Semester 1 / Jun 2013

You might also like