You are on page 1of 9

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

Tuliskan sebuah esei pendek yang menjelaskan maksud ilmu psikologi pendidikan dan kepentingannya kepada guru. Esei tersebut harus merangkumi a) Konsep Psikologi Pendidikan b) Kepentingan ilmu Psikologi Pendidikan kepada guru dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkataan psikologi berasal dari dua perkataan Greek, iaitu pyche (jiwa) dan logos (kajian terhadap sesuatu). Terdapat ramai ahli psikologi yang menghuraikan pengertian psikologi mengikut pemahaman masing-masing. Antaranya ialah William (1960), mengatakan bahawa psikologi ialah cabang kajian saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. Selain itu, Whittaber (1970) dalam bukunya, Introduction to Psychology, menghuraikan psikologi sebagai sains tingkah laku.Fantino (1974) pula menjelaskan psikologi sebagai penyelidikan saitifik terhadap mimpi, fantasi, ingatan, pemikiran kebimbangan dan sensasi manusia. Menurut Murphy (1975), psikologi merupakan sebagai ilmu yang mengkaji tindak balas yang diberi oleh manusia terhadap rangsangan persekitaran. Kalish (1977) menyatakan psikologi ialah sains yang digunakan untuk memahami, meramal, dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Baron (1989) pula mengertikan psikologi ialah sains yang mengkaji tingkah laku dan proses-proses mental manusia. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberikan kesan kepada jiwa seseorang. Terdapat empat konsep asas dalam psikologi iaitu naluri, keperluan, desakan dan motivasi. Naluri ialah tenaga atau kuasa semulajadi yang mendorongkan seseorang individu bertindak balas dengan cara tertentu. Ia merupakan tingkah laku yang diwarisi sejak lahir dan bukan diperolehi daripada pengalaman ataupun pelajaran. Keperluan ialah keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi. Desakan ialah tindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi. Ia merupakan kecenderungan untuk mengekalkan keseimbangan sesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga. Motivasi merupakan perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

arah mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuklah mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul. Pendidikan mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang

berkaitan dangan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya, pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu serta berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. Usaha utama pendidikan ialah menyediakan seseorang individu memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini, pendidikan menjadi suatu agen untuk menyebarkan dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting untuk mennyediakan masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaruan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat itu. Perkataaan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Di dalam buku A Philosophy of Education , John Macdonald menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan masyarakat moden. Menurut beliau, pengertian pendidikan didalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan dalam masyarakat moden merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar. Seorang pakar pendidikan yang

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

lain, T.H.Huxley, di dalam bukunya, Science of Education, menegaskan orang yang benar-benar dikatakan berpendidikan sempurna akan bersedia berkhidmat untuk kemajuan diri dan masyarakatnya serta rela melaksanakan kerjanya dengan ikhlas dan patuh kepada undang-undang alam, penuh bertenaga, bersemangat, berseni dan bermasyarakat. Mengikut pandangan tokoh-tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di dalam Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Mengikut mereka, pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia. Dari pandangan tokoh-tokoh pendidikan Timur, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada perintah dan negara. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff, dalam bukunya Falsafah Pendidikan, menghuraikan pengertian pendidikan sebagai suatu proses persekolahan formal, proses latihan, proses perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu. Selain itu, pengertian pendidikan dikenali sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar mempercayakan apa yang disampaikan. Selain itu, ia juga sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti memperoleh kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara intergrasi selain suatu disiplin, seni dan sains. Ramai ahli pendidikan pada umumnya mentafsirkan pendidikan sebagai proses penyediaan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan masa depan mereka dan membina sahsiah dengan harmonis dan seimbang. Berdasarkan tafsiran pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli pendidikan, kita boleh rumuskan pengertian pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu. Selain itu, ia dapat menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu serta mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

Psikologi

pendidikan

ialah

gabungan

bidangAtan

Long

(1976),

menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan, termasuklah prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan proses pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah serta aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran. Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topik yang boleh diaplikasikan dalam berbagai-bagai bidang, khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkah laku manusia terhadap pembelajaran. Psikologi pendidikan yang berasaskan teori pembelajaran merangkumi teknik kajian psikologi ke atas cara bagaimana manusia belajar dan keberkesanan proses pembelajaran mereka. Maka teori pembelajaran dan teknik yang digunakan untuk kajian psikologi merupakan elemen yang penting dalam bidang psikologi pendidikan. Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan huraian tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji selidik atau pemerhatian. Terdapat pula sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik berasaskan falsafah. Kebanyakan teori adalah berlandaskan hiposesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada pemerhatian ataupun pengalaman yang serupa. Hipotesis merupakan andaian yang belum dapat dibuktikan manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripada kajian saintifik. Oleh kerana teori dihasilkan di bawah sesuatu keadaan dan tempoh masa yang tertentu, maka teori itu bukan statik dan kekal seperti hukum atau teorem yang dibentuk secara empirical. Misalnya, teori-teori pembelajaran yang

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

dibentuk berasaskan falsafah dan logik pada zaman gemilang di Yunani telah digantikan oleh teori-teori pembelajaran berasaskan kajian saintifik dalam abad ke-20. Teori pelaziman klasik dibaiki dengan saranan teori pelaziman operan, dan oleh kerana kekurangan teori behaviorisme dalam bidang kajian pembelajaran konsep, maka muncullah kajian teori pembelajaran kognitif. Huraian ini menunjukkan teori yang dibentuk mengandungi kekurangan dan boleh berubah apabila teori baru yang berkaitan dihasilkan dengan kajian yang lebih canggih, saintifik dan sitematik. Untuk membentuk teori pembelajaran, pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji dan digunakan. Secara keseluruhannya, jenis-jenis penyelidikan ini digolongkan dalam dua kategori yang utama iaitu penyelidikan kuantitif dan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kuantitatif yang menggunakan data untuk menjelaskan fenomena pembelajaran. Ia merangkumi kajian pembolehubah yang dikawal atau tidak. Penyelidikan kualitatif yang menggunakan bahan untuk menjelaskan fenomena pembelajaran yang mempunyai cirri-ciri khusus yang kompleks. Ia merangkumi teknik pemerhatian, kajian kes dan interviu. Kesimpulannya, psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru-guru untuk tujuan memahami tingkah laku pelajar-pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam memertabatkan ilmu psikologi pendidikan kepada golongan pendidik ini, pelbagai pendekatan telah disusun dan diatur demi kepentingan pendidik itu sendiri. Ini adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah. Penekanan ini bertujuan agar pendidik dapat mengenalpasti tingkah laku pelajar mereka sendiri. Ini membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri, membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya. Ini dapat merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkannya.

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

Setiap pelajar mempunyai nilai tingkah laku yang berbeza. Jika ini diterapkan, maka keharmonian kelas itu dapat dibina dan dipupuk sepenuhnya. Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan. Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami, memerihal dan menerangkan tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut. Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian untuk masalah pelajar, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku yang negatif boleh digantikan dengan tingkah laku positif dengan cara menggalakkan pelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Matlamat ahli psikologi tertumpu kepada bidang (Abd. Majid Isa & Rahil Mahyuddin,1997), iaitu memerihalkan ( describe), menerangkan (explain), mengawal (control) dan meramalkan (predict) sesuatu perlakuan. Apabila menemui sesuatu masalah tingkah laku, seperti merokok dikalangan awal remaja (14-15 tahun), ahli psikologi akan cuba memerihalkan perlakuan itu, iaitu kebiasaannya mereka mencuri untuk merokok. Mereka akan merokok dalam tandas, dalam semak, di kompleks pasaraya atau rumah kosong. Selepas itu, ahli psikologi akan cuba menerangkan sebab remaja berkelakuan begitu. Setelah menerangkan sebab terjadinya tingkah laku, ahli psikologi akan mencadangkan cara untuk mengawal tingkah laku dan meramalkan tingkah laku gantian untuk menggantikan tingkah laku buruk remaja itu. Contohnya, melalui aktiviti yang sihat, seperti bermain badminton atau berjoging pada waktu petang diramalkan akan dapat memberhentikan tabiat merokok tersebut. Selain itu, ia dapat menyedarkan guru-guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal dan minat demi membolehkannya mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan. Tidak kesemua murid-murid ini golongan yang mudah faham. Namun, jika penerapan konsep berkumpulan ini dijalankan, secara tidak langsung mereka dapat menguasai ilmu yang dipelajari melalui aktiviti yang sedemikian. Kaedah ini telah pun dijalankan

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

di sekolah-sekolah dimana keputusan mereka lebih baik jika dibandingkan sebelum ini. Guru-guru juga dibekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid agar membolehkan guru mencegah masalah disiplin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu dalam bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, masalah ponteng sekolah, masalah merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperolehi akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, guru-guru dilengkapkan dengan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya agar dapat membantu guru membentuk personlaiti mereka yang sihat serta konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar. Dengan melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi, ia akan membantunya meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik darjah. Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar-pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan pelajar-pelajarnya. Dengan memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid, ia akan membantu para guru menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik di antara guru dan muridnya. Guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Pengetahuan ini dapat membantu guru merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku pelajar dan dalam motivasi pelajar supaya rajin belajar. Kewujudan hubungan ini akan memberikan impak yang lebih sempurna terhadap murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

Guru juga dapat mereka cipta soal selidik yang mudah dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah. Setelah guru mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah seseorang guru tersebut menyediakan program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya. Ini kerana sebahagian besar mereka ini adalah golongan minoriti kelas dan agak senyap serta lebih suka mengasingkan diri daripada aktiviti. Psikologi pendidikan akan dapat membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif. Oleh yang demikian, subjek psikologi pendidikan ini perlu dibekalkan kepada guru sebab tugasnya bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga untuk melahirkan seorang manusia yang kamil dan baik budi pekertinya serta bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agama.

Banyak teori pembelajaran adalah dibentuk berasaskan kaji selidik secara saintifik, samada penyelidikan kuantitatif ataupun penyelidikan kualitatif. Misalnya, teori pembelajaran yang dibentuk oleh ahli psikologi mahzab behavioris dan mazhab kognitif adalah berasaskan kajian kawalan, iaitu penyelidikan kuantitatif, dibawah suatu situasi yang dimanipulasikan. Sedangkan teori-teori pembelajaran yang dibentuk oleh ahli psikologi mazhab sosial dan humanis, kebanyakknya menggunakan penyelidikan kualitatif, iaitu pemerhatian, kajian kes dan interviu mendalam. Terdapat lima perspektif utama dalam psikologi pendidikan. Di antaranya ialah perspektif behaviourisme kognitif, humanistis, psikodynamik dan psikobiologi (Medcof dan Roth, 1979). Dengan memahami dan mengkaji teori-teori pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli psikologi, adalah penting bagi guru-guru yang ditugaskan untuk mendidik murid-murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Keberkesanan teori ini dapat membantu mengurangkan tekanan mengajar selain dapat memberikan mereka tumpuan lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerapan motivasi, galakan serta dorongan dapat

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

membantu murid-murid atau pelajar-pelajar meningkatkan daya usaha dan mutu pembelajaran serta semangat untuk mereka memperoleh kejayaan.

Bibliografi 1) Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2) Pencetakan Season Sdn.Bhd. 2) Open University Malaysia (OUM)(2006). HBET 2103 Psikologi Pendidikan. Meteor Doc Sdn. Bhd. 3) Open University Malaysia (OUM)(2006). http://www.unitem.edu.my. 13 Mac 2007.

You might also like