You are on page 1of 23

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW Abraham Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York dan meninggal

pada tahun1970 di usia 62 tahun kerana sakit jantung. Abraham Maslow dibesarkan dalam sebuah keluarga Yahudi dari Rusia dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adikberadik. Hubungan Maslow dengan kedua orang tuanya tidak rapat sewaktu mudanya. Semasa kanak-kanak dan remaja Maslow menderita dengan perlakuan kedua orang tuanya terutama ibunya. Beliau hidup miskin dan mempunyai pendidikan yang rendah. Sewaktu kecil kehidupan Maslow amat susah. Pengalaman kehidupannya tidak menyeronokan, penuh dengan

kekecewaan dan rasa kesunyian. Beliau kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sering disingkirkan oleh kawan-kawannya. Masalah persekitaran di luar rumah dan faktor keluarga banyak mempengaruhi kehidupannya. Keluarganya amat berharap Maslow berjaya dalam bidang pelajaran terutamanya dalam jurusan undang-undang tetapi beliau tidak meneruskannya malah beralih ke bidang psaikologi. Apabila meningkat dewasa beliau telah melanjutkan pelajarannya di City College of New York(CCNY) dalam jurusan undang-undang. Namun beberapa tahun kemudian, beliau telah bertukar ke Universiti of Wisconsis kerana lebih berminat dalam jurusan psaikologi. Hasil daripada kelulusan itu beliau telah mendapat MA pada tahun 1931 dan phD pada tahun 1934 dalam bidang psaikologi di Universiti of Wisconsis. Beliau juga telah menjadi The chair of psychology Department di Brandeis dari tahun 1951 hingga 1969. Sepanjang menjadi ahli psaikologi beliau telah berjaya menulis buku The Organism. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Psaikologi Amerika pada tahun 1969. Maslow adalah merupakan pelopor di bidang Psaikologi Humanistik. Teorinya amat terkenal sehingga ke hari ini tentang kaedah heiraki. Abraham Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusunan keseluruhan. Contohnya seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada individu tersebut sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu

bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Pendekatan Humanistik melibatkan teoriteori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam perkembangan potensi individu. Pendekatan Humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi individu. Konsep

Humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Pendekatan Humanistik berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan

kendiri. Dalam Teori Hieraki Keperluan Maslow menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan. memandang manusia dengan penuh optimistik. Abraham Maslow

Teori ini dikenali sebagai Teori Hieraki

Keperluan. Beliau berpendapat bahawa perkembangan personaliti atau sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya. Pada tahun 1954 Teori Hieraki Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Mativation and Personality. Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks di mana tingkah laku luaran yang diperlihat oleh manusia. Beliau juga menganggap individu akan terus

bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai satu keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Abraham Maslow melihat manusia dengan pandangan optimistik. Kajian Maslow adalah terhadap kesihatan psaikologi berbanding penyakit, tentang perkembangan manusia berbanding kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. Setiap individu memiliki kebebasan dan dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencapai kesempurnaan serta dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar. Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan mana yang buruk bagi memenuhi keperluan serta memperkembangkan potensinya. Keperluan adalah diwarisi tetapi tingkah laku untuk mencapainya adalah dipelajari. Personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam dan kehidupan serta asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran, faktor personal dan persekitarannya. Personaliti manusia adalah unik dan Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku dipelajari. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama. Zaman di awal kanak-kanak adalah penting dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang tetapi beliau percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupannya. Manusia akan lebih

produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi ini. Beliau tidak menafikan akan kewujudan kejahatan walaupun pada dasarnya warisan manusia adalah baik. Maslow berpendapat kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi

disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna. Berdasarkan teori Abraham Maslow ini manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti agresif atau egoistik itu menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Dalam had-had tertentu manusia juga bersifat bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai. Personaliti yang dibincangkan oleh Abraham Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Motivasi lahir dari

Maslow berpendapat sebilangan keperluan

dalaman yang menggerak dan mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Motivasi intrinsik mendorong manusia mencapai kejayaan dengan cemerlang dan biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar. Abraham Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang bermakna kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkah laku. Segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya, ketakutan dan tidak menyetujuinya. Segala keperluan ini diwarisi sejak lahir tetapi tingkah laku untuk

memenuhi segala keinginan adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang lain. Keperluan-keperluan ini mengikut urutan dari keperluan paling utama kepada keperluan yang lemah. Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan di peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan. Bukan kesemua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa sama. Hanya satu keperluan yang akan mendominasikan personaliti kita. Keperluan ini adalah bergantung kepada keperluankeperluan lain yang telah dipenuhi. Pada pendapat Maslow keutamaan keperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi.

Ciri-ciri keperluan dan fungsi keperluan menurut Maslow adalah keperluan yang terletak paling bawah dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang paling lemah. Keperluan yang terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Pada zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat diperlukan. Semasa remaja keperluan kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan. Sewaktu pertengahan umur keperluan kesempurnaan kendiri hanya akan wujud. Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hieraki akan menimbulkan pelbagai masalah. Maslow menamakan keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs. Keperluan peringkat atasan dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambah kecekapan biologi. Maslow menamakan keperluan peringkat atasan sebagai keperluan growth atau being of needs. Kepuasan memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana Dengan memenuhi

luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan harmoni.

kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran. Menurut kajian Maslow sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi. Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10% keperluan kesempurnaan kendiri. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah ialah keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan tahap kedua tidak akan wujud jika keperluan di peringkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Keperluan ini bersifat biologikal dan jika keperluan ini tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting. Keperluan ini merupakan keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman, tempat tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain. Keperluan keselamatan termasuk keperluan kepada

kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Pada pendapat Maslow keperluan keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan. Sewaktu zaman kanak-kanak rasa ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya. Kanak-kanak memerlukan

rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman. Orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan kewujudan undang-undang dalam masyarakat. Ia amat menolong memenuhi keperluan ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah serta boleh mengancam nyawa, fizikal dan emosi. Keadaan yang membahayakan manusia akan timbul jika gagal memenuhi keperluan ini. Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Kanak-kanak telah merasa selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain iaitu memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa atau ahli keluarganya. Pada peringkat remaja keinginan kasih sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada sahabat dan rakan sebaya. Keadaan masyarakat yang sentiasa berubah keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai. Individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara jika berlaku perubahan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya. Menurut

Maslow keperluan memenuhi keinginan seks juga adalah salah satu cara bagi menyatakan kasih sayang. Sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi manusia akan rasa gelisah, kecewa dan tidak tenteram. Ia juga menyebabkan gangguan emosi. Keperluan kasih sayang ini juga akan menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembangan emosi. Keperluan penghargaan kendiri merupakan keperluan untuk

mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan daripada orang lain, rasadikenali dan mendapat kejayaan sosial. Keperluan penghargaan kendiri dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain. Jika keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif. Bagi mendapatkan penghargaan daripada orang lain diperlihatkan daripada keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengiktirafan, penghormatan dan sebagainya. Jika keperluan ini tidak tercapai ia akan menimbulkan masalah seperti tidak

bermotivasi, berserah, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut, tidak bermaya, takut dikritik oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri. Maslow juga menyebut terdapat perbezaan di antara keperluan di peringkat tinggi. Antaranya keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih

kewujudannya secara beransur-ansur.

istimewa kepada individu tersebut. Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir ke

dunia. Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur. Kepuasan memenuhi

keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi iaitu keperluan kesempurnaan kendiri Keperluan-keperluan di peringkat rendah adalah

dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.

keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan. Abraham Harold Maslow (1908-1970) menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi keperluan-keperluan masing-masing. Peringkat keperluan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan. Di dalam keperluan kekurangan terdapat beberapa keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar manusia terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan tercapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan cuba merealisaikan kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna. Dalam heiraki Maslow implikasi terhadap guru adalah guru sebagai model peniruan. Guru menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang relevan. Di samping itu guru perlu menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan dan menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Oleh itu ia dapat mengekalkan ingatan murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara lebih sistematik. Guru perlu memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi. Abraham Maslow ialah seorang tokoh humanistik yang mengaitkan motivasi instriktik dengan pembelajaran individu dalam teori keperluan beliau. Keperluan adalah kehendak

manusia bagi menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam dirinya. Keperluan manusia dapat diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psaikologi ialah keperluan sekunder. Abraham Maslow (1970) berpendapat individu akan

memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Maslow menjelaskan keperluan-keperluan manusia itu secara berperingkat-peringkat. Peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sekiranya keperluan yang lebih rendah tidak dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat paling asas terdapat keperluan hayat atau keperluan fisiologi. Selepas keperluan ini dipenuhi barulah keperluan keselamatan, kasih

sayang, penghargaan kendiri, penghormatan kendiri dan penyempurnaan kendiri dapat dikecapi.

Peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Model Maslow berbentuk peringkat itu adalah perkembangan ontologi individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu. Contohnya sewaktu bayi

memerlukan perlindungan keselamatan, diikuti dengan kasih sayang dan penghormatan diri. Keperluan ini terus bertambah sehingga ke peringkat penyempurnaan kendiri. Kajian Maslow mendapati semakin tinggi keperluan individu, semakin berkurangan pergantungan pada persekitaran sosial. Ini kerana individu menggunakan pengalaman lampau bagi menentukan tingkah lakunya. Pada masa ini, motivasi bergantung kepada kemahuan

dalaman, kemampuan, potensi, bakat dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial adalah faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Sebab itulah Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai peringkat perkembangan.

Teori heiraki keperluan Maslow (1970)

menurutnya keperluan kesempuraan kendiri

mempunyai ciri-ciri manusia seperti berkemampuan melihat diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling, mempunyai kecekapan yang tinggi, mempunyai perasaan yang sentiasa dihargai, kreatif, mempunyai ciri-ciri orang yang demokratik, mempunyai hubungan interpersonal, bersikap sopan santun, bersikap spontan, mempunyai sikap kasih-mengasihi dan pergaulan ramah. Individu yang sempurna tidak semestinya mencapai ciri-ciri kesempurnaan kendiri sekali gus. Jika individu mencapai kesemua ciri-cirinya ia dikenali individu unggul. Keperluan

kesempurnaan kendiri berada di peringkat paling atas. Setiap individu berbeza dalam mengisi keperluan ini. Keperluan ini merangkumi kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi yang dimiliki, bakat dan kebolehan. Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri akan menyebabkan individu rasa kehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya. Insan yang berjaya mencapai peringkat ini memiliki keyakinan diri yang tinggi, kepuasan dalam kehidupan, ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Ciri-ciri yang

menunjukkan bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan

persekitaran, suka mempermudahkan dan berkecuali, berdedikasi terhadap sesuatu sebab, memerlukan kepada hak diri, menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas, minat untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang lain, kreativiti dan keaslian serta penolakan terhadap tekanan sosial. Oleh yang demikian tingkah laku manusia berubah apabila terdapat kekurangan keperluan terhadap dirinya. Keperluan kesempurnaan kendiri di kalangan murid-murid adalah amat penting untuk mengelakkan berlakunya kemerosotan disiplin. Teori pembelajaran psaikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza dan berkongsi pengajaran manusia berbeza dengan haiwan, bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik, mempunyai potensi yang unggul dan mereka sedaya upaya mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. Pendekatan Humanistik menekankan keseluruhan murid dengan kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Pendekatan ini juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teori ini juga berpendapat pembelajaran hanya bergantung kepada emosi dan perasaan. Ia menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-murid sendiri. Mengikut Psaikologi

Humanistik mempunyai keinginan mencapai kecemerlangan kendiri, maka guru memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan lagi ke tahap optimum. Teori

Humanistik mengiktiraf murid-murid adalah manusia biasa mempunyai sikap, perasaan, emosi, kepercayaan dan harapan yang tertentu. kendiri yang unik. Justeru itu, Teori Humanistik

menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya. Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya. Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak

. Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya. Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Maslow menerangkan keperluan manusia secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Sekiranya keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka

terjadilah masalah psaikologi pada individu tersebut. Ciri-ciri yang berbeza di antara individu menyebabkannya sebagai kendiri yang unik. Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan

kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya. Humanisme mementingkan keunikan murid dan

kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya. Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak . Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya. Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Maslow menerangkan keperluan manusia secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Sekiranya keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka

terjadilah masalah psaikologi pada individu tersebut.

Teori Maslow 1.0 PENGENALAN

Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.. Dalam satu-satu kelompok kumpulan, motivasi menjadi penggerak kepada kejayaan kumpulan. Dengan adanya motivasi, maka wujudlah

kerjasama, sifat suka tolong-menolong antara satu sama lain. Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik. Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagi kebimbangan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi motivasi, maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi . Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diri seseorang. Pada masa yang sama guru juga menjadi motivator kepada pelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya. Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada

pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat dalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup keseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi. Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan motivasinya Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan. diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi Maslow. Jadi teori yang akan

2.0 Teori Motivasi Maslow Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluankeperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.

Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di bawah.

1. Keperluan Estetik

2. Keperluan Mengetahui

3. Penyempurnaan Diri

4. Penghargaan Kendiri

5. Kasih Sayang

6. Keselamatan

7. Fisiologi

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ontological individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat

penyempurnaan kendiri.

Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka

semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai

kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.

2.1

Keperluan Fisiologi

Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini

merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran. Selain itu, salah satu lagi yang termasuk dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks. Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh. Melalui keperluan ini, setiap individu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing. Mereka perlu berkahwin untuk memenuhi keperluan seks. Bagi remaja yang cuba memenuhi keperluan seks melalui hubungan seks yang tidak selamat, boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada mereka. Kekurangan keperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapat melakukan tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

2.5

Keperluan Keselamatan

Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbezabeza.. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak. Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanakkanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau mood guru itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

2.3

Keperluan Kasih-sayang

Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadangkadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap. Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik,

harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya.

2.4

Keperluan Penghargaan Kendiri

Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan

masalah pembelajaran dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi murid yang lain. Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi

memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain. Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan penghargaan diri. Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 : 13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, Orang yang mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri seseorang pelajar itu. Rasa ingin tahu

mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi kehendak ini. Rasa ingin tahu ini juga akan menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang menarik perhatian mereka. Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari pengetahuan dengan membaca buku, mentelaah, menjalani proses pembelajaran atau mencuba berbagai-bagai perkara yang belum dialaminya. Oleh itu menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan, yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang guru juga perlu berusaha dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan penghargaan dirinya amat rendah.

2.5

Keperluan Penyempurnaan Kendiri

Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ).Ia membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya.Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya

dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas, gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain. Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak menghargai dirinya.Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengaan persekitarannya. Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. Demikian pula mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada Maslow (1970), keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi. Menurutnya lagi, keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia. Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira tentang nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya. Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sikiranya individu itu diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan diri boleh mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi cabaran hidup ini.Manakal perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap dirinya.Individu yang tinggi penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan mengatasi kegawatan persenoliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya. Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik perlu memberi dorongaan, bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu

dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu

menyediakan segala jenis

pengalaman hidup untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi bimbingan kaunseling. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat memilih jenis pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga bebas menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu Apabila pelajar berusaha untuk mencapai peringkat

penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin. Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka. Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu memainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses pengajaran serta

pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

2.6

Keperluan Mengetahui Ia

Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara.

berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru mestilah

sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.

2.7

Keperluan Estetik

Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami keindahan dan kecantikan dalam dirinya. Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang indah . Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya.

3.0

APLIKASI

Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai pendidik dewasa ini.Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru merupakan penggerak kepada muridnya supaya berjaya dalam pembelajaran. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. Guru mesti menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik,

menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh

menyebabkan murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai unsur aktiviti seperti proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran.Ini adalah berguna

untuk pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan sebagainya. Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak boleh mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang

mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.

4. 0

KRITIKAN Terdapat dua kelemahan teori

Teori Maslow tentang keperluan telah menerima kritikan.

motivasi Maslow. Pertamanya tentang keperluan individu. Keperluan individu tidak selalunya mengikut susunan hierarki sepertimana yang telah dinyatakan di atas tadi. Keduanya, keperluan seseorang murid berbeza kerana menjadi ketara mengikut tempoh atau masa sesuatu tugas dijalankan. Walau bagaimanapun strategi Maslow membuat kategori keperluan, menentukan hierarki yang mustahak amat bermanfaat dalam meninggikan motivasi kerja.

4.1) Teori kognitif Tentang Motivasi. Penganut teori-teori kognitif berpendapat bahawa individu bermotivasi apabila mereka atau satu keinginan mencari penyelesaian

mengalami keadaan ketidakseimbangan kognitif

kepada sesuatu masalah. Guru perlu menentukan muridnya mengalami keinginan mencari maklumat atau penyelesaian. Guru juga perlu memastikan pembelajaran berlaku.

4.2) Teori Motivasi Pencapaian. Menurut teori ini, pencapaian seseorang individu cenderung untuk berjaya atau mencapai kejayaan ke aras yang paling tinggi.Pada masa yang sama, mereka akan mengelakan kemungkinan mengalami kegagalan.Apabila murid berjaya, mereka membina matlamat yang realistik bagi diri mereka dan kejayaan tersebut telah menguatkan keperluan untuk pencapaian selanjutnya.

5.0 PENUTUP Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai

seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya. Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang pelajar yang memerlukannya. Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan. Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran juga pembelajaran

di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

BIBLIOGRAFI

1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina Aksara.

3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition, New York. American Book Company.

5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill Book Company.

7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur,

8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..

9. Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pus

You might also like