You are on page 1of 9

1.

2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
Persekitaran Perniagaan Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran. 1.3.1 Persekitaran Tugas (Pihak-pihak Yang Berkepentingan) Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pem,bentukan polisi, prosedur-prosedur dan system sesebuag organisasi perniagaan. 1.3.1.1 Pemilik Perniagaan

Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya atau towkay perniagaan. Pemilik perniagaan terdiri daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal dan memiliki organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali dan menjalankan operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung dalam operasi harian pasti akan mempengaruhi perjalanan perniagaan. 1.3.1.2 Pelabur

Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Setengah-setengah pelabur menyuntikkan modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan. Pelabur demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik. Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi perniagaan melalui pembelian saham atau syer . Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah dan menjual apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi perniagaan yang pasif. Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankan perniagaan. Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur nescaya mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaan perlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek dan juga pelabur jangka masa panjang.

1.3.1.3

Pekerja

Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga kerajaan. Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan. 1.3.1.4 Pengguna

Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada golongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaian objektif / matlamat organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan. Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna, maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti merugikannya. Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi, berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini. 1.3.1.5 Pembekal

Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai runcit, pasaraya. Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus berkembang. 1.3.1.6 Sistem dan Prosedur

Selain factor-faktor persekitaran perniagaan dalaman yang telah dibincangkan tadi, semua prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan turut mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat oleh

pihak pengurusan. Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan mengarah organisasi perniagaan itu ke arah pencapaian matlamatnya. 1.3.2 Persekitaran Umum Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan persekitaran global / antarabangsa. 1.3.2.1 Persaingan

Dalam system ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing dengan pengeluarpengeluar kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan. 1.3.2.2 Ekonomi

Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah organisasi perniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman asas (Base Lending Rate [BLR]) bank meningkat, tanggungan pembiayaan pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah. Begitu juga dengan peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan meningkat apabila kadar inflasi meningkat. Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga bahan mentah yang diperlukabn daripada pembekal turut naik. Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksa bertindak sama ada menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi bahan-bahan mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran. Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara langsung serta merumitkan lagi pihak peniaga untuk menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya. 1.3.2.3 Teknologi

Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan

menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui perdagangan elektronik atau e-commerce dapat mengurangkan belanja dan masa. Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan seperti peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisa toksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dan sebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan daripada penggunaan teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan sampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu diminimumkan. 1.3.2.4 Institusi Kewangan

Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan institusi kewangan. Institusi kewangan merupakan salah satu elemen persekitaran luaran perniagaan yang juga mempengaruhi organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak mempunyai modal yang cukup boleh mendapatkan kemudahan pinjaman seperti pinjaman jangka masa pendek, kemudahan overdraft dan sebagainya daripada institusi kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis, saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan. Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti mengurangkan jumlah pemberian kredit, menghadkan pemberian kredit kepada jenis-jenis perniagaan tertentu, meningkatkan kadar faedah pinjaman asas (BLR) dan sebagainya, organisasi perniagaan yang membuat pinjaman terpaksa menanggung peningkatan liabiliti yang signifikan. Misalnya, kenaikan kadar faedah pinjaman asas secara mendadak semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 menyebabkan banyak organisasi perniagaan mengalami kemerosotan. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua institusi kewangan di Malaysia menurunkan kadar faedah pinjaman untuk menyelamatkan ekonomi negara Malaysia. Langkah penurunan kadar faedah pinjaman asas daripada institusi kewangan dapat memberi nafas baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi masalah kewangan serta pemulihan semula ekonomi Malaysia. 1.3.2.5 Sosial dan Budaya

Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran social dan budaya tidak dapat diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama. Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo halal daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-

nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa. 1.3.2.6 Persekitaran Politik dan Undang-undang

Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan. Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang. 1.3.2.7 Global / Persekitaran Antarabangsa

Pada era globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya benarbenar berdaya saing dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi dan perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan memberi kesan yang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan. Misalnya, kegawatan ekonomi yang berlaku di Malaysia pada tahun 1997 telah menjejaskan sedikit sebanyak negara-negara barat yang mengeksport industri pendidikan mereka. Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk membekukan penghantaran pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian secara tidak langsung memaksa banyak institusi pengajian tinggi luar negara untuk menawarkan biasiswa atau mengurangkan yuran pengajian kepada pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Ringkasan Tajuk sumber : cikgu azly

PERSEKITARAN TUGAS (PIHAK YG BERKEPENTINGAN) BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI?

PIHAK

DEFINISI

TANGGUNGJA WAB PERNIAGAAN?

Pelanggan

Pembeli produk

Perubahan citarasapengaruhi jenis keluaran/harga/kualiti

produk Ikut citarasa/kehendak pelang gan Jaga kualiti/harga/mutu Beri maklumat benar/lengkap Bekalan yg berterusan& cekap pengaruhi kejayaan sykt Bayar hutang ikut tempoh Ikut perjanjian jual beli Persaingan harga/kualiti perlu buat inovasi terhdp produk Amalkan persaingan sihat Tdk cemarkan nama pesaing Sumbanganmodal/pinjam an tinggi-bolehkan pembesaran perniagaan Bayar hutang ikut syarat Beri pulangan/dividenyg baik Bekalkan maklumat yg diperlukan Pekerja ygberkemahiran/baikdpt tingkatkan produktiviti Semangatkerjasama/moti vasi- bantu perniagaan capai matlamat Sediakan suasana tempat kerja yg baik Jagakebajikan/adil/horma tiidea pekerja Cukai yg tinggi-untung akan kurang Pewujudan tanggjwb sosial- aktiviti perniagaan akan terjejas/terbatas

Pembekal

Bekalkan INPUT/Bhn Mentah

Pesaing

Penjual produk serupa & di tempat sama

Pembiaya/Pemodal

Pemberi pinjaman & modal

Pekerja

Tenaga buruh (mental/fizi kal)

Kerajaan

Penguatkua sa undang2

Jalankan perniagaan ikut peraturan Daftar perniagaan- ada lesen Bayar cukai kpd kerajaan

PERSEKITARAN UMUM PERSEKITARAN DEFINISI BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI?


Ekonomi

Keadaan/Sistem EkonomiKuasa beli/harga brgDinamik Pasaran/Risiko

Prestasi ekonomibaik/buruk.. Sistem ekonomi yg diamalkan..kapitalis/sosi alis Harga brg-mahal/murah Kadar tukaran wangmenarik/tdk Sistem kewangan/bankefisyen/lembab Budaya unik..pelbagai agama/adat resam/perayaan Sikap/minat, golongan muda/tuabeza citarasa Taraf hidupkaya/miskin/ban dar/luar bandar Bergantung kpd sistem politik yg diamalkankomunis/kapitalis Undang2 yg ketatperlindungan hak cipta Kestabilan politik Galakan kerajaan Bergantung kpd jenis persaingan-jika tulenharga akan rendah tapi perlu jaga kualiti Memudahkan & percepatkan capaian maklumat Prosedur kerja lebih mudah/cepat

Sosiobudaya

Nilai budaya sosial/etikaPerubahan populasiTanggungjawab sosial

Politik & Perundangan

Keadaaan politik, polisi awam, peraturan dan kawalan kerajaan, sokongan atau galakan kerajaan serta sistem percukaian

Persaingan & Jaringan

Persaingan, jenis struktur pasaran, dan persaingan harga, produktiviti dan persaingan antarabangsa

Teknologi

Sebarang perubahan penggunaan sains

Jimat kos penggunaan buruh Pengangkutan yg cekap akan cepatkan penghantaran brg Kemudahan perhubungan yg baik akan percepatkan proses perniagaan Kemudahan pergudangan Kemudahan Air dan letrik Kekayaan sumber semulajadi Kepentingan

Fizikal

Kemudahan fizikal (bangunan, jalanraya, perhubungan), tenaga (minyak, elektrik, dll), sumber semulajadi, pencemaran alam, dan ekologi. Fakta Huraian fakta

Pengangkutan

Keretapi, jalan raya, pelabuhan

Pengangkutan yang cekap mengekal kesegaran barangan Kos yang murah Untuk memesan/menjual Untuk komunikasi Bekalan air dan elektrik yang berterusan Voltage yang stabil untuk industri mikrocip Kandungan klorin dalam bekalan air menjejaskan perwarnaan produk seperti kain

Perhubungan

Telefon, internet

Utiliti KEPENTINGAN PERSEKITARANFIZIKAL TE RHADAP PEMBANGUNAN PERNIAGAAN.

Air, elektrik,

Zon Perdagangan

Segala infrastruktur yang disediakan

Binaan kilang Kawasan perdagangan bebas cukai Berhampiran dengan pelabuhan Pengecualian cukai insensif pengeluaran/jual an pemberian taraf perintis inland port pihak kastam mengenakan cukai tanpa perlu pemunggahan barang kemudahan infrastruktur Kawasan perumahan yang selesa Wujud kedaikedai (perniagaan) Balai bomba, balai polis, kuil, masjid, hospital dan sekolah Memudahkan pengguna

Pembangunan setempat/ciriciri budaya fizikal

You might also like