You are on page 1of 4

1

Sinopsis Cerpen Tempang


Sinopsis Hafizi yang cacat masuk ke dalam Kelas Sains 1 sambil memerhatikan kawan-kawannya yang sedang berbual di luar kelas. Loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula. Hafizi duduk di dalam kelas manakala rakan-rakan sekelasnya beratur di hadapan muka pintu kelas kerana dia tidak boleh berdiri lama disebabkan kaki kirinya pendek sebelah. Ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani, kami dan kumpulannya yang benci akan Hafizi telah menempelak Hafizi dan mengejeknya sebagai budak tempang. Raja masuk campur dan menyebelahi Hafizi. Cikgu Ridzuan menghampiri mereka apabila terdengar kekecohan yang berlaku lalu meminta mereka masuk ke dalam kelas. Hafizi tidak memberitahu Cikgu Ridzuan bahawa dia diganggu oleh Kamil dan kumpulannya. Kamil menolak Hafizi sebaik-baik Hafizi masuk ke dalam kelas sehingga Hafizi terjatuh tetapi Hafizi tetap bersabar dengan perbuatannya. Melihat Hafizi tersungkur ke lantai, kawan-kawan Kamil ketawa riang. Mei Ling yang tidak takut akan gertakan Kamil masuk campur dan menasihati Kamil supaya tidak menghina Hafizi. Cikgu Lee, iaitu guru mata pelajaran Sains memberi motivasi dan kesedaran kepada semua murid tentang rahsia kejayaan seseorang murid yang tidak bergantung kepada darjat, kesempurnaan dan kekayaan, sebaliknya bergantung kepada usaha seseorang murid itu. Cikgu Lee turut memuji Hafizi yang pintar dalam pelajaran walaupun cacat dan tidak boleh bersukan serta bergerak cergas seperti murid-murid yang lain. Pujian itu tidak disenangi oleh Kamil, Cikgu Lee juga memberi peringatan kepada murid-muridnya agar tidak menghina orang lain kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan ajaran agama. Hafizi yang dijemput oleh Pak Mat, iaitu pemandu keluarganya mengajak Raja pulang bersama dengannya. Menurut Raja, Hafizi tetap bertuah kerana dilahirkan sebagai anak orang berada walaupun dia cacat. Hafizi dan murid-murid Kelas 4 Sains 1 berkelah di suatu tempat, Mereka diawasi oleh Cikgu Lee dan Cikgu Ridzuan. Hafizi hanya memerhatikan kawankawannya yang sedang mandi-manda di dalam kolam sebelum dikejutkan dengan jeritan Raja yang meminta tolong kerana Kamil lemas. Tanpa membuang masa, Hafizi terjun ke dalam kolam dan mencapai Kamil di dasar kolam. Dia berjaya menyelamatkan kamil daripada lemas lalu mengheretnya ke tebing kolam. Kamil berjaya diselamatkan setelah Raja memberi pertolongan cemas dengan memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Kamil meminta maaf daripada Hafizi dan menyesali perbuatannya terhadap Hafizi selama ini. Menurut Hafizi, walaupun sering diejek dan dipermain-mainkan oleh Kamil, dia tidak oernah menyimpan dendam atas perbuatannya itu. Pertolongan yang diberikannya kepada Kamil didorong oleh perasaan tanggungjawab untuk menolongnya yang sedang berada dalam kecemasan. Huluran tangan Kamil sebagai tanda meminta maaf dibalas oleh Hafizi dengan menggenggam erat tangan Kamil.

Watak Sampingan / Perwatakan


Raja.
Raja ialah murid Kelas 4 Sains 1. Dia yang berbangsa India ialah kawan baik Hafizi dan sentiasa mempertahankan Hafizi daripada menjadi mangsa Kamil dan kumpulannya.

Perwatakan Baik hati.


Dia sentiasa membela Hafizi yang selalu dihina oleh Kamil. Dia turut membantu Kamil selepas Kamil dinaikkan dari kolam akibat terjatuh.

Merendah diri
Raja mengakui kekurangan dirinya berbanding dengan Hafizi. Dia berasa malu untuk menumpang kereta Hafizi ketika pulang dari sekolah.

Mudah marah
Apabila Hafizi dihina oleh Kamil, dia ingin bertindak ke atas Kamil.

Kamil
Kamil juga muridn Kelas 4 Sains 1

Perwatakan Nakal
Kamil sering mengejek dan membuli Hafizi kerana kecacatannya. Dia turut menolak Hafizi sehingga terjatuh.

Insaf akan kesalahannya.


Kamil memohon maaf daripada Hafizi setelah Hafizi menyelamatkannya daripada lemas di dalam kolam.

Dengki akan kerjayaan orang lain


Kamil tidak suka akan Hafizi kerana Hafizi pandai dalam semua mata pelajaran di dalam kelas. Dia selalu merendah-rendahkan Hafizi.

Latar
Latar Tempat Sekolah
Tempat Hafizi, Raja dan rakan-rakannya bersekolah

Kelas.
Peristiwa di dalam cerpen ini juga berlaku di dalam kelas dan di luar. Hafizi yang dilahirkan cacat tidak beratur ketika rakan-rakannya beratur di hadapan muka pintu kelas kerana dia tidak boleh berdiri lama.

Padang sekolah
Ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Hafizi hanya melakukan senaman ringan sedangkan rakan-rakannya rancak bermain bola sepak di padang.

Kawasan perkelahan
Tempat Hafizi dan murid-murid kelas 4 Sains 1 berkelah, Hafizi hanyak melihat kawankawannya mandi manda di kolam. Kamil yang lemas ketika mandi di kolam telah diselamatkan oleh Hafizi. Di sini juga, Kamil meminta maaf daripada Hafizi kerana sering menghina dan mempermainmainkannya ekoran kecacatannya itu.

Latar Masa
Waktu Pagi Waktu persekolahan sesi pagi. Hafizi dan murid-murid Kelas 4 Sains 1 bersenam di padang ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Peristiwa perbualan antara Hafizi dengan Raja tentang sikap Kamil terhadap Hafizi. Peristiwa Hafizi ditolak oleh Kamil ketika dia hendak masuk ke dalam kelas sehingga dia terseungkur di lantai juga berlaku pada waktu pagi. Jarak Masa Berlaku dalam masa dua hari.

3
Bermula dengan keadaan di sekolah, iaitu Hafizi masuk ke dalam kelas sebelum kelas bermula. Kejadian dia dicemuh oleh Kamil dan Hafizi ditolak oleh Kamil ketika hendak masuk ke dalam kelas Pada hari berikutnya, Pelajar kelas berkelah. Kamil yang lemas ketika mandi di kolam telah diselamatkan oleh Hafizi yang selama ini sering dihina dan dipermain-mainkannya. Latar Masyarakat Golongan Masyarakat Terdapat golongan yang sudah dewasa seperti guru sekolah dan golongan murid seperti Hafizi, Kamil, Raja dan Mei Ling Kategori Masyarakat Masyarakat di kawasan bandar, Hafizi dan rakan-rakannya bersekolah dim kawasan bandar. Pekerjaan masyarakat Pelbagai jenis pekerjaan seperti guru, pemandu dan murid. Bangsa / agama Masyarakat yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, dan India. Masyarakat yang berkerjasama Hafizi dan Raja bekerjasama menyelamatkan kamil yang lemas ketika mandi-manda di dalam kolam. Hasil daripada amalan sikap bekerjasama tersebut, Kamil berjaya diselamatkan. Masyarakat bandar yang agak mewah Hafizi dianggap sebagai anak orang berada kerana dia dihantar ke sekolah oleh pemandu dan dijemput oleh pemandu ketika pulang ke sekolah.

Binaan Plot
Permulaan
Kamil dan kumpulannya sentiasa mengejek Hafizi yang cacat. Kamil juga dengki akan Hafizi yang pandai dalam semua mata pelajaran dan dianggapnya berlagak.

Perkembangan dan perumitan.


Hafizi ditolak sehingga terjatuh oleh Kamil ketika dia masuk ke dalam kelas. Raja yang sentiasa membela Hafizi daripada menjadi hinaan. Kamil dan kumpulannya ingin membalas perbuatan Kamil itu tetapi dihalang oleh Hafizi agar tidak mengikuti perangai Kamil. Mei Ling turut tidak menyukai perbuatan Kamil terhadap Hafizi. Walaupun cacat, murid-murid kelas 4 sains1 menyertai program perkelahan yang diawasi oleh Cikgu Ridzuan dan Cikgu Lee. Kamil lemas ketika sedang mandi di dalam kolam.

Klimaks
Hafizi terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Raja pula memberi bantuan pernafasan kepada Kamil yang telah kelemasan.

Peleraian
Kamil insaf akan perbuatannya yang sering mengejek dan mempermain-mainkan Hafizi lalu memohon maaf daripada Hafizi. Hafizi yang tidak pernah menyimpan perasaan dendam atas perbuatan Kamil dan sedia untuk memaafkannya.

Teknik Plot
Dialog

4
Mei Ling menegur perbuatan Kamil terhadap Hafizi manakala Kamil menerima Mei Ling agar tidak campur tangan.
Jangan tunjuk baiklah, Si Tempang. Kamil terus menghina Hafizi.

Monolog Dalaman
Hati Hafizi berbisik tentang orang lain yang bersusah hati apabila melihat kepincangan dirinya sedangkan dia tidak menyesal dilahirkan begitu.
Aku tidak pernah menyesal dilahirkan begini, mengapa orang lain pula yang bersusah hati melihat ke pincangan diriku,: bisik hati Hafizi.

Gaya Bahasa
Simpulan Bahasa
tetapi dia tidak busuk hati seperti kau, Kamil sampuk Mei Ling.

Sinkope
Aku tak takutlah, kau tu kuat sangat ! raja menyahut cabaran itu.

Metafora
Kamil sudah pun menunggu mereka berdua di muka pintu.

Pengajaran
1. Kita tidak sepatutnya menghina orang lain dengan sewenan-wenangnya. 2. Kita mesti membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa berbelah bahagi. 3 Semua manusia adalah sama di sisi Tuhan tanpa mengira kedudukan dan pangkat 4 Kita tidak sewajarnya bersikap bongkak akan kelebihan dan kemewahan yang dikecapi 5 Kita mestilah memaafkan kesalahan seseorang yang telah menginsafi kesalahannya dengan hati yang ikhlas.

Nilai
Baik Hati
Walaupun Hafizi selalu diejek oleh Kamil dan rakan-rakannya. Dia tidak pernah bertindak atau berdendam terhadap Kamil. Sebaliknya dia memaafkan Kamil setelah Kamil menyedari kesilapannya dan meminta maaf daripadanya.

Merendah diri.
Walaupun Hafizi seorang murid yang pandai dan berasal dari kalangan orang berada, dia selalu merendah diri. Bagi Hafizi, kaya atau miskin, cacat atau sempurna seseorang itu, mereka tetap sama.

Keadilan.
Semua manusia adalah sama sahaja di sisi Tuhan. Oleh itu, keadilan dalam melayani setiap orang adalah penting tidak kira sama ada seseorang itu cacat atau tidak, selain itu, setiap orang juga mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

You might also like