You are on page 1of 20

Dr.

Muhammad Raini Bin Mat Rahim Kuliah 1 (19/6/2013)

Perbincangan 1
1. Keluarkan sebatang pen
2. Tuliskan kenyataan tentang pen tersebut.

1. pen ini berdakwat merah


2. pen ini selesa digunakan Pen ini diperbuat oleh Jepun Pen ini menjimatkan. Hanya perlu beli isi semula 5. pen ini diperolehi secara percuma 6. Saya suka pen saya 7. pen saya sangat comel 8. Pen ini banyak berjasa

Pernyataan
1. Normatif
Merujuk kepada

2. Diskriptif (bukan normatif


Merujuk fakta dan tidak

pertimbangan nilai, estetika Baik/jahat, benar/salah,diterima/ditolak Penilaian berasaskan perbuatan/perlakuan dan ciri perwatakan/motif/peribadi Mempunyai implikasi/kesan langsung Berbentuk arahan/perintah

melibatkan pertimbangan nilai

Tajuk 1 : Nilai, Moral dan Etika


Konsep Nilai Definisi Nilai Fungsi Nilai Jenis-Jenis Nilai

Definisi Nilai

Nilai merupakan prinsip dan standard kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku, dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara dua pola ini iaitu sederhana (Koo K.P., 1970).

William A. Scott (1965) menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan. Raths, Harmin dan Simon (1980) mendefinisi nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Kamus Dewan (Edisi Baru, 1995) antara entri nilai termasuklah harga, darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian nilai ialah sesuatu benda yang boleh dilihat dari segi harga (dikira dengan arithmatik) atau kualiti yang intrinsik (dirasai atau yang ada dalam pemikiran manusia).

Menurut Djahiri (1999), nilai ialah harga, makna, isi dan pesan, semangat atau jiwa yang tersurat dan tersirat dalam fakta, konsep dan teori sehingga bermakna sepenuhnya.

Menurut Winataputra (1989) pula, nilai ialah harga atau kualiti sesuatu. Maksudnya, sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku, dan situasi) dianggap memiliki nilai apabila benda tersebut secara intrinsik memang berharga. Oleh itu, nilai dari konteks moraliti dan fungsi ialah satu set asas untuk mengukur sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk dan benar atau salah. Selain itu, ia ialah satu kriteria untuk kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan masalah. Dari konteks benda pula, nilai merujuk kepada nombor, bilangan, dan kuantiti. Sebagai contoh, nilai mata wang dan konsep masa yang berharga.

Perbezaan Klasifikasi nilai : berasaskan domain tertentu


1. Kategori Kumpulan
a. nilai peribadi/individu ( berani,rajin) b. nilai kumpulan kecil atau komuniti ( keluarga mesra, profesion

yang dihormati) 2. kegunaan kepada manusia a. agama atau rohani ( contoh: kesucian, kesyukuran) b. ekonomi (Contoh: produktiviti, kejayaan) c. estetika ( Contoh: keindahan, keselesaan) d. intelek ( Contoh: cerdik, kreatif) e. kebendaan atau fizikal ( Contoh: kesihatan, keselamatan) f. moral ( Contoh: kejujuran, pemurah) g. politik ( Contoh: hak mengundi, patriotisme) h. sosial ( Contoh: kerajinan, kepercayaan) 3. Hubungan antara nilai

Nilai dari pelbagai aspek


aspek logik/rasional baik/buruk
aspek kognitif dan afektif pemikiran dan perasaan aspek preskriptif dan evaluatif nilai yang ditetapkan

oleh sumber agama, perlembagaan atau norma masyarakat

Definisi Nilai
Pelbagai makna

aspek ekonomi (nilai wang)


aspek bahasa ( erti sebenar sesuatu perkataan) aspek matematik ( kuantiti)

aspek muzik (nota muzik)


seni lukis (warna, ton, garis) nilai moral ( betul/salah, baik/buruk)

Perbincangan 2
Anda melihat rakan baik anda sedang bertengkar

tentang pemilihan tajuk tugasan. Pada pandangan anda, pertengkaran tersebut hampir pasti akan berakhir dengan perkelahian.
Apakah tindakan tindakan yang akan anda ambil? Apakah keutamaan anda?

Tindakan
Menasihat, kesan, Kuasa veto, matlamat

Ciri Nilai
Nilai ditonjolkan secara lisan atau perbuatan individu

atau kumpulan. Nilai boleh berubah tetapi masih stabil dalam kehidupan perseorangan atau masyarakat Nilai merupakan suatu kepercayaan yang preskriftif sama ada diharapkan atau tidak diharapkan. Nilai berdasarkan keutamaan

Fungsi Nilai
Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu

individu mengenalpasti kedudukannya dalam sesuatu isu moral/sosial (sebagai pedoman hidup) Nilai menyediakan satu piawai yang asas dan tekal (konsisten) supaya dapat membantu individu/ kumpulan dalam pemikiran dan perlakuan (standard kehidupan bermasyarakat) Panduan menyelesaikan konflik dan membuat keputusan Meransang/mengehadkan perlakuan seseorang

Perbincangan 3

Jenis-jenis Nilai
1) Nilai Instrumental (Ekstrinsik) berbanding Nilai

Intrinsik
Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.
Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.

Nilai Intrinsik Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya.

Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.

Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.


Nilai peringkat kedua, misalnya berani, rajin dan hormat-menghormati.

Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir.

Contoh: Dia berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati ibunya. Nilai di atas (mengambil hati) bergantung pada nilai lain (rajin) untuk mencapai matlamatnya.

Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan.

Contoh: Hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada perogol setimpal dengan jenayah yang dilakukan (keadilan).Nilai-nilai di atas tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai matlamat.

2) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif


Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai.
Nilai Subjektif Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan.

Nilai Objektif Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi.

Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.

Contoh: Britain menyatakan bahawa Amerika perlu menyerang Iraq demi keamanan. Manakala, Perancis menyatakan serangan itu akan menyebabkan banyak nyawa tidak berdosa terkorban.

Contoh: Peperangan ialah suatu tragedi yang dahsyat.

3) Nilai Relatif berbanding dengan Nilai Mutlak (Absolute)


Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai.

Nilai Relatif

Nilai Mutlak (Absolute)

Nilai yang diterima atau ditolak oleh Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat. sesuatu matlamat masyarakat. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti Nilai relatif ialah arbitrari (tidaktertentu), sebagai baik atau buruk. tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma Boleh berubah mengikut masa. masyarakat. Contoh: Di Malaysia, keluarga dibentuk melalui perkahwinan rasmi. Manakala, di California, keluarga boleh dibentuk tanpa melalui perkahwinan rasmi. Contoh: Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik dan bahagia.

Kesimpulan
Jenis Nilai Nilai Instrumental Nilai Intrinsik Penerangan Kualiti sama ada diingini (dikehendaki atau patut dimiliki) atau tidak sebagai alat mencapai matlamat atau nilai. Kualiti sama ada diingini atau tidak sebagai sesuatu yang muktamad

Nilai Subjektif
Nilai Objektif

Kualiti diingini dan lebih disukai atau yang didapati tidak diingini penutur
Kualiti berharga atau bernilai sama ada lebih disukai atau tidak dan bebas daripada kecenderungan atau keutamaan penutur

Nilai Relatif

Nilai diingini atau tidak diingini sebagai alat peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat yang muktamad
Nilai yang kebaikannya tidak bergantung kepada situasi atau peraturan khusus sesebuah masyarakat

Nilai Mutlak

You might also like