You are on page 1of 1

Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang.

Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan bernsur pendidikan menyebabkan pantun terus digemari. Pantunpantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup sederhana, yang dijalinkan dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka, pastinya pantun ialah pemerian latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu.

Kebaikan Aktiviti Berpantun dalam P n P Bahasa Melayu

i) Melatih murid supaya peka terhadap keindahan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun empat kerat. Kesedaran murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan. ii) Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran bahasa mereka. iii) Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka. iv) Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka. v) Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat. vi) Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan. vii) Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokan kerana terdapat unsur berhibur. viii) Menyuburkan minat serta menhidupkan lagi imaginasi murid-murid

You might also like