You are on page 1of 20

Kontrak

ditadbir dan dikuatkuasa oleh Akta Kontrak 1950

Seksyen 2(h) Akta Kontrak mendefinisikan kontrak sbg suatu perjanjian yg boleh dikuatkuasakan oleh U2.

Wbpun tidak semua perjanjian itu kontrak contohnya perjanjian bersifat kekeluargaan dan sosial

Pembentukan kontrak

Boleh dibuat secara lisan atau disiratkan dpd perlakuan pihak-pihak yang terlibat Contoh; beli barang di pasaraya

Utk wujudkan satu pjanjian yg boleh dikuatkuasa oleh U2, elemen berikut mestilah wujud
a. tawaran b. penerimaan c. balasan yg sah dan bernilai

d. Niat utk saling mengikat disisi U2

e. Keupayaan pihak2 untuk memasuki kontrak


f. ketentuan

Kesemua elemen ini mestilah dipenuhi secara serentak dan bukan altenatif.
Seksyen 10 Akta Kontrak: semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sst balasan yang sah dgn satu tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dgn nyata di bawah Akta bahawa iainya batal.

a. Tawaran Seksyen 2(a) Akta Kontrak menyebut tawaran adalah kesediaan pembuatnya utk menjalin sst hubungan yang sah dan mengikat di sisi undangundang apb terma-termanya, sama ada secara nyata ataupun termaklum dipersetujui oleh pihak penerima. Tawaran boleh ditujukan kpd ssorang tertentu atau umum. Kes Carlill lwn Carbolic Smoke Call Co Ltd (1892)

Sebelum sebarang tawaran di buat, pelawaan tawaran biasanya akan berlaku. Pelawaan tawaran adalah rundingan awal sebelum sesuatu aktiviti terlibat. Pameran barangan di pasaraya merupakan satu pelawaan tawaran. Penerimaan akan wujud sekiranya penjual menerima bayaran daripada pembeli iaitu kontrak hanya akan wujud di kaunter pembayaran.

Kes: Pharmaceutical Society of Great Britain lawan Boots Cash Chemist (Southern) Ltd (1953)

Tawaran mestilah jelas. Tawaran akan berakhir apabila terbentuknya satu kontrak yg mengikat keduanya sekali. Selain drp itu, tawaran akan berakhir apabila tamat tempoh, pihak yg kedua menolak tawaran tersebut , pihak pencadang membatalkan tawaran dan pencadang mati atau sakit otak.

b. Penerimaan

Merupakan satu persetujuan atas pernyataan yang dibuat. Penerimaan mestilah selaras dgn terma dan syarat. Seksyen 4(2)(b) Akta Kontrak : pihak penerima hanya akan terikat untuk menunaikan obligasinya dibawah penerimaan apabila surat penerimaan itu benar-benar sampai kpd pencadang dan pencadang mengetahuinya. Seksyen 5(2) Akta Kontrak: Sst penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan lengkap terhadap penerima ttp tidak selepasnya.

c. Balasan
Satu perbuatan menahan diri oleh satu pihak atau janji untuk berbuat demikian. Ia adalah merupakan harga yg dibayar untuk membeli janji atau perbuatan yg satu lagi. Mesti ada unsur tibal balik. Bentuk balasan ada 3 i. balasan eksekutori balasan/janji yg belum dilaksanakan tapi AKAN laksanakan. ii. Balasan tersempurna janji/balasan yg perlu disempurnakan terlebih dahulu iii. Balasan lepas/lampau balasan/janji yg sudahpun dilakukan sblm janji pihak satu lagi dibuat

d. Niat
Sesuatu perjanjian yang dicapai antara pencadang dan penerima hanya akan menjadi satu kontrak yang mengikat sekiranya kedua pihak meniatkan perjanjian itu harus mempunyai kuatkuasa undang-undang. Elemen niat ini merupakan sesuatu yg tidak zahir. Biasanya wujud dalam perjanjian domestik, keluarga dan sosial.

e. Keupayaan
Seksyen 11, Akta Kontrak : hanya mereka yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan di bawah mana-mana undang-undang

KERELAAN BERKONTRAK Seksyen 10 Akta Kontrak: kontrak adalah sah jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yg berkontrak Seksyen 14 Akta Kontrak: fakta-fakta seperti paksaan, pengaruh tak berpatutan, tipuan, salah nyata dan khilaf boleh mencacatkan kerelaan pihak yg berkontrak

Undang-undang Jualan Barang-barang

Ditadbir di bawah Akta Jualan Barangan 1957 di semenanjung. Manakala Sabah & Sarawak melalui penguatkuasaan Seksyen 5(2) Akta Undangundang Sivil 1956
Seksyen 4(1) Akta Jualan Barangan mentakrifkannya sbg kontrak yang mana penjual memindah milik, atau bersetuju untuk memindah milik hak terhadap barangan itu kpd pembeli dengan balasan yg disebutharga.

Jika balasan yg diberi adalah sst selain dpd wang (harga), maka kontrak berkenaan BUKAN dianggap sbg kontrak jualan barang. Berikut adalah BUKAN kontrak jualan barang a. Kontrak pertukaran barang dgn barang
b. Kontrak sewaan c. Kontrak sewa-beli d. Kontrak upah e. cagaran

Takrifan barang ` setiap jenis harta alih selain dpd tuntutan boleh dakwa dan wang; dan termasuklah stok dan saham, tanaman yg hidup, rumput dan benda-benda yg bercantum kpd tanah atau membentuk sebahagian dpd tanah yg diakui keras sebelum jualan atau di bawah kontrak jualan. Terma/syarat kontrak Jualan Barang a. syarat b. waranti

Syarat ~ suatu janji yg penting kpd maksud utama kontrak. Jika langgar, ia memberi hak kpd pihak yg terkilan utk menolak kontrak tersebut. Waranti ~ suatu janji kolateral kpd maksud kontrak.Pelanggaran waranti akan memberi hak kepada pihak yg terkilan utk menuntut ganti rugi ttp tiada hak utk menolak barang-barang atau menganggap kontrak sbg ditamatkan

Undang-undang sewa beli

Seksyen 2(1) Akta Sewa beli termasuklah penyewaan barangan dgn opsyen utk membeli dan perjanjian utk pembelian barangan melalui ansuran (sama ada perjanjian itu memperihalkan ansuranansuran itu sbg sewa atau penyewaan atau sebaliknya), tetapi tidak termasuk mana-mana perjanjian.

Pihak yg terlibat dalam perjanjian sewa-beli

a. Syarikat kewangan
b. Peniaga/pengedar c. Penyewa
Pembentukan perjanjian sewa-beli

Seksyen 4(1)(a) Akta Sewa Beli ~ sblm perjanjian sewa-beli dimasuki berkenaan apa-apa barang, jika perundingan yg membawa kpd memasuki perjanjian sewa-beli itu dilakukan oleh seseorang yg akan menjadi pemilik dibawah sewa-beli atau wakilnya, selain peniaga, org tersebut hendaklah menyampaikan kpd bakal penyewa penyataan bertulis yang lengkapi dan ditandatangani olehnya mengenai obligasi kewangan bakal penyewa di bawah perjanjian sewa beli yg bakal dimasuki

Setiap perjanjian sewa beli mestilah mengandungi perkara berikut; a. tarikh bermula sewaan

b. bilangan ansuran yg dipersetujui


c. amaun setiap ansuran

d. tempat dan masa bayaran


e. perihal barangan f. alamat di mana barangan berada

Selain dpd itu, dalam perjanjian sewa beli perlu ada mengandungi satu jadual yg menyatakan butiran berikut; a. harga tunai barangan
b. Deposit c. Kos penghantaran barang d. Bayaran pendaftaran kenderaan (jika berkaitan)

e. Insurans
f. Amaun keseluruhan dan ditolak dgn deposit g. Caj-caj terma

h. Kadar peratusan bayaran tahunan


I. Jumlah amaun baki j. Jumlah keseluruhan yg perlu dibayar

Akujanji khusus dalam perjanjian sewa beli


a. syarat-syarat tersirat

syarat tersirat mengenai hakmilik Syarat tersirat mengenai kualiti boleh dagang Syarat tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud.

b. Waranti-waranti tersirat Waranti tersirat mengenai milikan aman barangan

Waranti tersirat mengenai gadaian atau bebanan

c. Gerenti gerenti tersirat

Hak dan tanggungjawab penyewa

Hak untuk mendapat maklumat dan dokumen


Hak untuk mengagih pembayaran Hak untuk memohon perintah mengubah tempat simpanan barangan

Hak utk menyerah hak, hak milik dan kepentingan di bawah perjanjian sewa beli
Hah penguasaan U2

Hak utk menyelesaikan perjanjian lebih awal


Hak utk menamatkan perjanjian

You might also like