You are on page 1of 18

Topik

5 X Pengenalan Beberapa
Kitab Tafsir

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menjelaskan tiga kitab yang dikarang mengikut tafsir bi al-Mathur; Menerangkan tiga kitab Tafsir yang dikarang mengikut tafsir bi alRayi ; dan Menjelaskan tiga kitab Tafsir moden serta pengarangnya.

X PENGENALAN
Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan beberapa kitab Tafsir yang terkenal dalam bidang ini. Kitab-kitab ini akan dibahagikan mengikut cara yang digunakan oleh tokoh berkenaan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Cara yang dimaksudkan ialah pentafsiran al-Quran bi al-Mathur dan tafsir bi al-Rayi. Anda akan diperkenalkan dengan tiga buah kitab yang diolah mengikut tafsir bi al-Mathur, dan tiga buah kitab tafsir yang diolah mengikut tafsir bi al-Rayi. Selain daripada dua jenis tafsir di atas, anda akan diperkenalkan juga dengan beberapa kitab Tafsir moden.

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

85

5.1

KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-MATHUR

Dalam bahagian ini anda akan pelajari tentang tiga kitab Tafsir bi al-Mathur iaitu: (a) (b) (c) Tafsir Ibn Abbas Tafsir al-Tabari Tafsir Ibn Kathir

5.1.1

Tafsir Ibn Abbas

Tafsir Ibn Abbas ialah kitab tafsir yang dikaitkan dengan Ibn Abbas r.a. dalam sebahagian besar daripada kandungan yang terdapat di dalam kitab ini. Kitab ini telah dicetak berkali-kali di Mesir dengan nama Tanwir al-Qanus min tafsir Ibn Abbas. Ia dikumpulkan oleh Abu Tahir Muhammad bin Yakub al-Fairuz Abadi al-Syafei iaitu pengarang al-Qamus al-Muhit.

Rajah 5.1: Tafsir Ibn Abbas

Ibn Abbas seperti juga sahabat-sahabat yang lain tidak pernah bertanyakan ulama Yahudi yang memeluk Islam berkaitan perkara akidah atau perkara yang bersangkutan dengan asas agama atau cabang-cabangnya. Malah, beliau menerima sesuatu kebenaran yang tidak diragui kesahihannya terhadap kisahkisah atau cerita-cerita lampau.

86

X TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR

Keistimewaan Ibn Abbas ialah beliau merujuk kepada puisi Arab sebagai rujukan untuk memahami lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana beliau seorang yang mahir dalam ilmu bahasa Arab dan mendalami himpunan puisi Arab.

5.1.2

Tafsir al-Tabari

Ibn Jarir al-Tabari dianggap ulama Tafsir yang ulung. Beliau bukan saja berilmu dalam bidang Tafsir, malah dalam ilmu yang lain juga. Beliau telah meninggalkan warisan yang amat berguna bagi umat Islam yang dimanfaatkan oleh generasi turun temurun. Antara bukunya yang amat terkenal ialah dalam bidang sejarah iaitu Tarikh al-Umam wa al-Muluk dan dalam ilmu Tafsir iaitu Jamiu al-bayan fi tafsir al-Quran. Kedua-duanya merupakan rujukan yang penting, bahkan buku Tafsirnya merupakan rujukan utama bagi ulama Tafsir yang menekankan tafsir bi al-Mathur.

Rajah 5.2: Tafsir al-tabari

Tafsir al-tabari dikarang dalam 30 juzuk, sebenarnya telah hilang. Tetapi dengan izin Allah naskhah asal dijumpai di samping Gabenor pada masa itu iaitu Hamud bin Abdul Rasyid iaitu antara pemimpin Najd. Sejak itu, buku ini dicetak berulang kali menjadikan buku Tafsir bil mathur yang digunakan secara meluas dalam bidang ini. Tafsir ini merupakan kitab Tafsir yang mempunyai nilai yang amat tinggi, yang mesti dipelajari dan dijadikan rujukan yang terpenting dalam ilmu Tafsir. AlSuyuti pernah perkata bahawa Tafsir ini merupakan kitab yang paling agung dalam ilmu Tafsir. Ini adalah kerana ia membawa pendapat yang pelbagai di kalangan ulama Tafsir, kemudian ditarjihkan pendapat itu mengikut dalil-dalil yang lebih kuat. Ibn Jarir juga membuat kesimpulan daripada pendapat-pendapat ulama yang diutarakan itu. Al-Nawawi pula berkata bahawa umat telah bersepakat mengatakan tidak ada kitab Tafsir yang dikarang seumpama ini.

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

87

Tafsir al-Tabari merupakan kitab tertua yang sampai ke tangan kita dengan sempurna. Percubaan menafsirkan ayat-ayat al-Quran sebelumnya tidak sampai ke tangan kita. Metode yang digunakan oleh Ibn Jarir ialah apabila beliau ingin menafsirkan sesuatu ayat beliau akan berkata: Perkataan bagi mentakwilkan firman Allah ini adalah sekian. Kemudian beliau akan menafsirkan ayat ini dengan membawa dalil-dalil yang diriwayatkan daripada sahabat atau tabiin dengan cara tafsir bi al-Mathur. Beliau mengutarakan setiap riwayat berkenaan dalam setiap ayat yang ditafsirkan. Bukan itu sahaja, bahkan beliau cuba membuat kesimpulan manakah pendapat yang paling kuat di antara pendapat-pendapat ini di samping mengeluarkan hukum-hukum yang berkaitan. Ibn Jarir juga mengambil berat tentang cara bacaan. Dikatakan beliau pernah mengarang buku yang khas berkaitan ilmu ini. Ibn Jarir bergantung kepada penggunaan bahasa yang diriwayatkan secara lisan. Beliau juga menggunakan puisi Arab lama sebagai panduan, mengambil berat tentang mazhab-mazhab nahu dan merujuk kepada bahasa Arab yang masyhur, menyelesaikan masalah-masalah hukum fiqh dengan bersungguh dengan menyebut pendapat-pendapat ulama dan mazhab mereka, serta membuat kesimpulan dengan mengambil kira pendapat yang lebih kuat berdasarkan dalildalil dan hujah mereka. Beliau juga mengupas persoalan akidah dengan mendalam di dalam kitabnya ini. Beliau cuba menolak pendapat-pendapat kumpulan-kumpulan mazhab ahli al-kalam dan menegakkan pendapat ahli al-sunnah wa al-jamaah. Kitab Tafsir al-Tabari telah dicetak dan diterbitkan oleh percetakan Dar alMaarif di Mesir dengan cetakan yang menarik. Hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab ini telah ditakhrijkan oleh Profesor Ahmad Muhammad Syakir. Sememangnya kitab ini merupakan kitab Tafsir yang banyak memberi faedah dan ilmu yang amat tinggi nilainya dalam perkembangan Islam sejagat. Semoga Allah merahmati usaha gigih yang dilakukan oleh Ibn Jarir al-Tabari ini.

5.1.3

Tafsir Ibn Kathir

Imad al-Din Abu al-Fida Ismail bin Amru bin Kathir adalah seorang Imam yang hebat. Beliau berguru dengan Ibn Taimiyah dan menerima pendapatnya dalam banyak perkara. Ulama yang tersohor mengiktiraf keilmuannya yang tinggi bukan sahaja dalam bidang Tafsir, malah dalam bidang Hadis dan Sejarah. Ini terbukti apabila beliau telah mengarang sebuah kitab Sejarah yang agung iaitu al-bidayah wa al-nihayah. Bukunya dalam tafsir iaitu Tafsir al-Quran al-Azim antara buku Tafsir yang paling menonjol dalam pentafsiran bi al-Mathur. Buku

88

X TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR

ini dianggap sebagai buku Tafsir yang kedua pentingnya selepas buku Tafsir karangan Ibn Jarir al-Tabari. Beliau telah mentafsirkan ayat al-Quran dengan menggunakan hadis-hadis Nabi s.a.w serta kata-kata yang disandarkan kepada sahabat dan juga tabiin. Beliau juga menyentuh dalam karangannya ini berkaitan kesahihan atau tidak hadis-hadis yang diriwayatkan serta mentarjihkan sesetengah pendapat ke atas pendapat yang lain. Beliau juga mengkategorikan sesetengah hadis sebagai dhaif berbanding hadis yang lain dalam kesimpulannya terhadap pendapat yang berbeza-beza itu.

Rajah 5.2: Tafsir Ibn Kathir boleh didapati di pasaran

Keistimewaan Ibn Kathir dalam karangannya ini ialah beliau sentiasa mengingatkan tentang bahaya kisah-kisah Israiliyat yang diriwayatkan oleh sesetengah perawi dalam tafsir bi al-Mathur. Kelebihan buku ini juga terserlah melalui penampilan Ibn Kathir yang menyebut pendapat-pendapat ulama dalam hukum hakam Fiqh serta membincangkannya bersama dengan dalil-dalilnya sekali. Dari aspek penggunaan bahasa pula, Tafsir Ibn Kathir dianggap sebagai tafsir yang mudah difahami apabila beliau menggunakan lafaz yang ringkas tetapi memberi makna yang menyeluruh. Keistimewaan ini menyebabkan buku ini diterima umum, sama ada golongan ilmuan yang pakar dalam bidang Tafsir atau orang awam yang cuba membuat rujukan. Ibn Kathir juga tidak mengabaikan cara qiraat dalam tafsirnya sebagaimana beliau juga tidak melupakan asbab al-nuzul bagi sesesuatu ayat. Asbab al-nuzul akan dihuraikan secara terperinci mengikut riwayat-riwayat hadis yang menyebut tentang ayat yang berkenaan. Oleh itu, jika anda ingin mencari asbab al-nuzul bagi sesuatu ayat, cukup bagi anda dengan merujuk kepada Tafsir Ibn Kathir.

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

89

Rajah 5.4: Tafsir Ibn kathir terbitan Dar al-Salam

AKTIVITI 5.1
Bincangkan dengan rakan apa yang anda tahu mengenai tafsir-tafsir yang anda baru sahaja pelajari.

5.2

KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-RAYI

Di samping Tafsir bi al-Mathur, terdapat juga banyak buah buku Tafsir yang dikarang dengan menggunakan Tafsir bi al-Rayi. Antara buku itu ialah tafsir karangan Fakhruddin al-Razi, al-Zamakhsyari dan tafsir Abu Hayyan al-Tauhid.

5.2.1

Tafsir al-Razi

Fakhruddin al-Razi ialah seorang ulama yang berpengetahuan luas dalam ilmuilmu al-naqliyyah dan ilmu al-aqliyah. Ilmu naqliyah ialah ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan hadis umpama ilmu Tafsir, Fiqh dan seumpamanya. Sementara ilmu aqliyah pula ialah seperti ilmu logik, ilmu falak, sains, kimia dan sebagainya. Beliau telah mencapai tahap kemasyhuran yang amat membanggakan dalam bidang keilmuannya. Beliau telah mengarang banyak

90

X TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR

buku sebagai sumbangan ilmunya terhadap masyarakat. Antara karangannya yang terkenal ialah tafsirnya yang dinamakan dengan Mafatih al-Ghaib. Tafsir ini telah dikarang dalam lapan jilid yang besar. Mengikut setengah pendapat mengatakan bahawa al-Razi tidak sempat menyempurnakannya. Ada pendapat yang mengatakan tafsirnya ini telah disempurnakan selepas kematiannya. Syeikh Muhammad al-Zahabi berpendapat bahawa Imam al-Razi hanya menulis tafsirnya sehingga surah al-Anbiya, kemudian diteruskan oleh Syihabuddin al-Khubi yang cuba menyempurnakannya; namun dia juga gagal menyudahkannya. Selepas itu penulisan ini disempurnakan oleh Najmuddin alQamuli.

Rajah 5.5: Tafsir al-Razi

Walaupun begitu, pembaca buku tafsir ini tidak akan mendapati sebarang kejanggalan dari segi metode dan penyampaiannya. Pembaca juga tidak dapat membezakan mana yang asal ditulis oleh al-Razi dan mana pula yang diteruskan oleh ulama selepasnya. Dalam karangannya, al-Razi cuba menjelaskan kesesuaian antara ayat-ayat alQuran dengan surahnya. Ulasan ini cuba dikaitkan dengan ilmu hisab, ilmu falak, falsafah dan ilmu lain yang memerlukan pemikiran akal dan logik. Di samping itu, beliau juga menyebut tentang perselisihan mazhab-mazhab Fiqh. Buku Tafsir al-Razi ini merupakan ensiklopedia dalam ilmu al-kalam, astronomi dan ilmu tabii. Oleh itu seakan-akan telah hilang kepentingannya dalam bidang penafsiran al-Quran.

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

91

Rajah 5.6: Tafsir al-Razi

5.2.2

Tafsir al-Zamakhsyari

Al-Zamakhsyari merupakan seorang yang alim dan bijaksana dalam ilmu Nahu, bahasa Arab, sastera dan tafsir. Pandangannya dalam ilmu bahasa Arab seringkali dijadikan hujah oleh pakar bahasa Arab kerana keasliannya dan kecermatannya. Al-Zamakhsyari merupakan seorang yang berfahaman mutazilah dan bermazhab Hanafi. Beliau mengarang bukunya dalam ilmu Tafsir iaitu alKasysyaf bertujuan untuk menyokong pegangan dan kepercayaannya dalam akidah mazhabnya. Pembawaan al-Zamakhsyari melalui pegangan mutazilahnya dalam buku Tafsir ini menunjukkan kebijaksanaan dan kepakarannya. Dia cuba membawa isyarat yang jauh untuk menafsirkan makna ayat bagi memenangkan mutazilah dan sekali gus menolak dan menempelak pendapat lawannya. Tetapi dalam aspek bahasa, karangan al-Zamakhsyari menyerlahkan lagi keindahan al-Quran dan keajaiban retoriknya. Semuanya ini adalah hasil daripada kebolehannya yang agak luar biasa menguasai ilmu-ilmu Balaghah, al-Bayan, sastera Arab, ilmu Nahu dan Tasrif. Tidak mustahillah, buku ini menjadi rujukan penting dalam bidang bahasa.

92

X TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR

Rajah 5.7: Tafsir al-Kasysyaf

5.2.3

Tafsir Abu Hayyan

Abu Hayyan al-Andalusi al-Gharnati adalah seorang yang alim dalam ilmu bahasa. Beliau juga seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu Tafsir dan Hadis. Beliau mempunyai karangan yang banyak. Antara yang paling terkenal ialah dalam ilmu Tafsir iaitu al-Bahr al-Muhit. Buku tafsir ini dikarang dalam lapan jilid yang besar. Buku ini telah dicetak berulang kali. Abu Hayyan mengambil berat tentang Irab dan masalah tatabahasa dalam karangannya ini. Beliau membincangkan dan mengulasnya secara panjang lebar, sehinggalah buku ini hampir dikatakan sebagai buku nahu.

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

93

Rajah 5.8: Al-Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan al-Tauhidi

Abu Hayyan banyak memasukkan pendapat al-Zamakhsyari dan Ibn Atiyyah ke dalam tafsirnya. Lebih-lebih lagi apa yang berkaitan dengan masalah nahu dan cara-cara irab lafaz al-Quran. Kadang-kadang beliau juga menolak pendapat al-Zamakhsyari sekalipun dia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menaikkan keajaiban al-Quran. Walaupun begitu, Abu Hayyan tidak menerima fahaman yang dibawa oleh alZamakhsyari. Beliau pernah mengkritik pendapat al-Zamakhsyari dan menolak hujah-hujahnya.

AKTIVITI 5.2
Bincangkan kedudukan tafsir al-Zamakhsyari dari aspek bahasa dan akidah.

94

X TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR

5.3

KITAB-KITAB TAFSIR MODEN

Dalam bahagian ini, anda akan pelajari tentang tiga kitab tafsir moden.

5.3.1

Tafsir fi Zilal al-Quran

Rajah 5.9: Tafsir fi zilal al-Quran karangan Syed Qutb

Kitab Tafsir yang terkenal ini dikarang oleh Syed Qutb. Ia dibahagikan kepada 30 juzuk mengikut pembahagian susunan juzuk-juzuk al-Quran. Kitab ini telah dicetak berulang kali. Syed Qutb menggunakan kaedah tafsir bil mathur dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran di samping beliau menghimpunkan aspek retorik, sastera dan kemasyarakatan dalam tafsir ini. Buku ini juga dikarang dengan mengambil kira topik-topik tertentu dalam sesuatu surah. Penampilan ini dilakukan dengan mengutarakan topik surah secara menyeluruh. Perbincangan menyentuh tentang tujuan secara umum dan khusus dalam surah berkenaan. Beliau cuba mengaitkan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain bagi memperlihatkan kesinambungan makna al-Quran itu. Syed Qutb dianggap sebagai pengarang kitab tafsir yang unik kerana menampilkan perbincangan tafsir ayat-ayat al-Quran dalam bentuk ini. Tafsir Fi Zilal al-Quran merupakan sebuah tafsir yang bersandarkan kepada unsur-unsur naqliyyah atau riwayat-riwayat yang mathur. Oleh yang demikian, pengarangnya iaitu Syed Qutb Rahimahullah menjauhi perbahasan-perbahasan ilmu bahasa dan tatabahasa, perbahasan ilmu kalam, ilmu fiqh dan tidak memasukkan cerita-cerita israiliyyat dan menjauhi penemuan-penemuan sains yang asasnya sentiasa berubah-ubah .

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

95

Rajah 5.10: Pengajian kitab fi zilal al-Quran terus mendapat sambutan masyarakat dunia

Kitab ini mempunyai keistimewaan tersendiri ia mempunyai gaya bahasa yang mudah difahami. Ia merupakan salah sebuah tafsir yang diklasifikasikan sebagai sebuah tafsir al-Adabi al-IjtimaI, dimana aliran ini timbul kesan daripada kebangkitan moden yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ianya memerhatikan keindahan uslub, kemukjizatan al-Quran, kehalusan ungkapan serta menitikberatkan aspek-aspek sosial, pemikiran kontemporari dan aliran-aliran moden. Ia juga turut dikenali dengan tafsir haraki kerana metodologi yang digunakan oleh Syed Qutb terhadap juz-juz terakhir Tafsir Fi Zilal al-Quran. Kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran yang pertama diterbitkan dalam tulisan jawi ialah Juz Amma dalam empat jilid. Kitab ini telah diterbitkan pada tahun 1953. Kitab tafsir edisi Jawi ini mengguna pakai tajuk Tafsir Fi Zilal al-Quran Di dalam Bayangan al-Quran oleh al-Syahid Syed Qutb dan telah dialih bahasa oleh Yusoff Zaky Haji Yacob. Edisi ini telah dicetak dan diterbitkan oleh Dian Darul Naim Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan dengan cetakan pertama pada tahun 1986.

5.3.2

Tafsir al-Manar

Tafsir ini bersumber daripada perkuliahan Muhammad Abduh tentang tafsir alQuran yang disampaikan di Universiti al-Azhar, yang disusun setelah ia wafat (tahun 1905) oleh Muhammad Rashid Ridha dengan judul Tafsir al-Quran alHakim. Namun kemudian, kitab ini lebih popular dengan sebutan Tafsir alManar yang pernah diterbitkan secara serial dan berkala. Al-Manar terbit pertama kali pada 22 Syawal 1315 H, dilatarbelakangi oleh keinginan Rasyid Ridha untuk menerbitkan sebuah surat khabar yang mengolah masalah-masalah sosial-budaya dan agama, sebulan setelah pertemuannya yang

96

X TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR

ketiga dengan Muhammad Abduh. Awalnya berupa mingguan sebanyak lapan halaman dan ternyata mendapat sambutan hangat, bukan hanya di Mesir atau negara-negara Arab sekitarnya, juga sampai ke Eropah dan Indonesia. Kitab ini terdiri daripada 12 juz pertama daripada al-Quran, iaitu surah alFatihah sampai surah Yusuf ayat 53. Penafsiran dari awal sampai ayat 126 surah An-Nisa diambil daripada pemikiran tafsir Muhammad Abduh, selebihnya dilakukan oleh Rasyid Ridha dengan mengikuti metode yang digunakan oleh Muhammad Abduh. Dalam pentafsirannya, Abduh cenderung menggabungkan antara riwayat yang sahih dan nalar yang rasional, yang diharapkan menjelaskan hikmah-hikmah syariat sunnatullah, serta eksistensi al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Selain itu, ia juga merujuk penafsirannya pada Tafsir Jalalain. Sedangkan yang khas daripada penafsiran Rasyid Ridha yang tidak terdapat pada Muhammad Abduh -- iaitu: Pertama, tergantung pada riwayat daripada Nabi s.a.w; dan Kedua, banyak menukil pemikiran para mufassir lain. Hal ini dilakukan Ridha, kerana ia menilai bahawa Syeikh Muhammad Abduh setiap kali dihadapkan dengan masalah selalu mengikuti kata fikiran dan hatinya saja, serta sesuai dengan apa yang beliau baca dan renungkan di dalam al-Quran. Tafsir ini menjelaskan ayat-ayat al-Quran dengan gaya menakjubkan dan mengesankan, yang mengungkap makna ayat dengan mudah, juga mengilustrasikan banyak masalah sosial dan menuntaskannya dengan perspektif al-Quran. Al-Manar adalah salah satu kitab tafsir yang banyak membincangkan tentang sastera-budaya dan kemasyarakatan. Suatu corak penafsiran yang menitikberatkan penjelasan ayat al-Quran pada segi-segi ketelitian redaksinya, kemudian menyusun kandungan ayat-ayatnya dalam suatu redaksi yang indah dengan penekanan pada tujuan utama turunnya al-Quran, yakni memberikan petunjuk bagi kehidupan manusia, dan mengaitkan pengertian ayat tersebut dengan hukum-hukum alam yang berlaku dalam masyarakat dan kemajuan peradaban manusia.

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

97

Rajah 5.11: Tafsir al-Manar karangan Mohammad Rashid Ridha

Rajah 5.12: Ringkasan Tafsir al-Manar

98

X TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR

5.3.3

Tafsir Hamka

Tafsir Al-Azhar ditulis oleh seorang tokoh Islam Indonesia iaitu Hamka. Kitab tafsir ini merupakan karya agung beliau, mulai disusun ketika beliau masih aktif memberikan kuliah subuh di Masjid Al-Azhar sejak tahun 1958. Kemudian Hamka menulis tafsirnya ini sewaktu beliau dipenjarakan pada tahun 60-an. Beliau dipenjarakan kerana dikatakan menyokong Malaysia dalam persengketaan antara Malaysia dan Indonesia. Hamka, yang merupakan singkatan daripada Haji Abdul Malik Karim Amrullah, adalah ulama dan penulis Islam-Indonesia moden yang produktif. Ulama kelahiran Sungai Batang, Sumatera Barat, 16 Februari 1908 itu, pernah memasuki dunia jurnalistik dan pada 1926 mendirikan jurnal Muhammadiyah pertama, "Khatibul Ummah". Sepuluh tahun kemudian, Hamka mendapat tawaran menjadi editor kepada jurnal Islam yang baru terbit di Makasar, "Pedoman Masyarakat". Hamka juga terkenal sebagai seorang sasterawan atau pujangga. Karya-karyanya antara lain, novel "Di Bawah Lindungan Ka`bah" dan "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck". Dalam bidang ilmu keagamaan, ulama yang ke Makkah pada tahun 1927 itu membuat kitab tafsir yang dikenal sebagai "Tafsir Al-Azhar".

Rajah 5.13: Tafsir al-Azhar karangan Hamka

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

99

Tafsir Hamka adalah sebuah tafsir yang baik sekali dan mula ditulis sebaik saja beliau dipenjara oleh Sukarno pada tahun 1964. Tahun yang sama juga Syed Qutb sedang menyiapkan tafsir Fi Zilal di penjara Mesir, Hamka juga menulis tafsirnya di penjara Jakarta. Ia sama manhaj dengan Syed Qutb, iaitu tafsir haraki-ijtimai'iy (tafsir untuk realiti gerakan Islam dan kemasyarakatan kerana suasana umat Islam yang lemah dan dijajah). Ia tafsir yang bebas daripada kisahkisah israiliyyat dan banyak menggunakan metode tafsir bi riwayat atau tafsir bil mathur seperti Ibn Kathir. Walaupun begitu, oleh kerana rujukan yang terhad di dalam penjara, maka ia tidak sehebat tafsir Ibn Kathir. Dalam karangannya, Hamka meneruskan manhaj atau metode tafsir tokoh semasa yang dikaguminya: tafsir al-Manar (Muhammad Abduh dan Rashid Ridha), dan tafsir al-Maraghi, murid Rashid Ridha dan Syeikhul Azhar.

Rajah 5.14: Hamka dalam diskusi kitab tafsirnya

AKTIVITI 5.3
Jelaskan apa yang tahu tentang tafsir Syed Qutb dan apakah persamaannya dengan tafsir Hamka?

100

X TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR

SEMAK KENDIRI 5.1


1. 2. 3. 4. 5. Sebutkan beberapa kitab tafsir bi al-Mathur yang anda ketahui. Jelaskan keistimewaan Tafsir Ibn Kathir. Sebutkan beberapa kitab Tafsir Moden. Huraikan dengan ringkas karangan Hamka dalam ilmu Tafsir. Apakah metodologi yang digunakan oleh Syed Qutb dalam karangannya Fi Zilal al-Quran?

x x x x

Dalam topik ini anda telah mengetahui beberapa contoh buku tafsir yang terkenal. Buku-buku ini terus menjadi rujukan kepada sarjana-sarjana dalam bidang ini dan pencinta ilmu yang berkaitan dengan tafsir al-Quran. Buku ini senang didapati di mana-mana perpustakaan atau kedai buku di Malaysia. Kita sepatutnya tidak ketinggalan untuk menatapi hasil karya ulama yang bersusah payah memerah tenaga dan pemikiran demi kesinambungan ilmuilmu al-Quran. Semoga Allah merahmati mereka di atas jasa mereka yang amat besar ini.

TOPIK 5 PENGENALAN BEBERAPA KITAB TAFSIR W

101

Tafsir bi al-Mathur Tafsir Ibn Abbas Tafsir al-Tabari Tafsir Ibn Kathir Tafsir bi al-Rayi Tafsir al-Razi

Tafsir Al-Zamakhsyari Tafsir Abu Haiyyan Tafsir Moden Tafsir fi Zilal al-Quran Tafsir al-Manar Tafsir Hamka

Syed Qutb. (2000). Tafsir Fi Zilal al-Quran Di Bawah Bayangan al-Quran, (Terj) Yusoff Zaky Yacob, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, Cet.1, hal. xxiv. Al-Suyouti, Jalaluddin. (1980M). Al-Itqan fi ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zahabi, Muhammad Husein. (1946M). Al-tafsir wa al-mufassirun. Qaherah: Maktabah al-Majlis.

You might also like