You are on page 1of 3

3/11/2014

myMetro | UMHSB perkenal potongan gaji e-Umrah

Harian Metro
Menu

Bisnes

UMHSB perkenal potongan gaji e-Umrah


Alor Setar: Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB), anak syarikat milik penuh Universiti Utara Malaysia (UUM) memperkenalkan simpanan menerusi potongan gaji melalui Skim Simpanan Khas e-Umrah kepada kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menunaikan umrah. Skim berkenaan adalah yang pertama di negara ini dibuat menerusi sistem atas talian (online) kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMHSB Datuk Dr Affifudin Omar berkata, sistem berkenaan dilaksanakan secara usaha sama dengan Koperasi Kakitangan Uniutama Holdings Kedah Berhad (KKUHKB). Menurutnya, simpanan akan dibuat menerusi potongan gaji secara bulanan dan konsisten melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA).

Katanya, pihaknya mensasarkan satu peratus daripada kira-kira 1.8 juta kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seluruh negara yang membolehkan gaji mereka dipotong melalui ANGKASA sebagai peserta e-Umrah dalam tempoh setahun.

Ianya adalah kaedah terkini dan efisien yang memberi kemudahan kepada peserta bagi merealisasikan impian mereka untuk menunaikan umrah di tanah suci Makkah selepas didapati layak untuk mendapatkan khidmat itu. Peserta boleh membuat potongan gaji secara bulanan untuk tempoh ditetapkan mengikut skim ditawarkan iaitu potongan RM150 sebulan bagi tempoh 40 bulan, potongan RM250 sebulan bagi tempoh 24 bulan atau potongan RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan.

Selain itu, peserta juga boleh membuat potongan gaji untuk individu lain yang dinamakan seperti isteri atau ibu bapa untuk menunaikan umrah, katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran e-Umrah, di sini, semalam. Antara perkhidmatan yang ditawarkan turut membabitkan pelbagai sub sektor lain seperti akses pendaftar ahli dan video panduan umrah secara percuma yang boleh dilayari melalui medium elektronik.

http://www.hmetro.com.my/articles/UMHSBperkenalpotongangajie-Umrah/Article

1/3

3/11/2014

myMetro | UMHSB perkenal potongan gaji e-Umrah

Menurutnya, menerusi potongan gaji berkenaan, ia secara tidak langsung dapat membantu mereka yang menghadapi kesulitan dalam menguruskan kewangan untuk menunaikan umrah.

Katanya, lebih menarik apabila peserta boleh memilih tarikh penerbangan sendiri untuk menunaikan umrah selepas jumlah simpanan mencukupi.

UMHSB dan KKUHKB sentiasa berhasrat memberi perkhidmatan serta peluang terbaik kepada pelanggan yang menyimpan impian untuk mengerjakan ibadah umrah tetapi mengalami kesulitan dalam menguruskan kewangan mereka atau menabung, katanya.

Justeru, kakitangan kerajaan dan GLC yang berminat boleh melayari laman sesawang www.e-umrah.my atau www.umhsb.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/10

ARTIKEL LAIN

Bantu syarikat Bumiputera


Tambah firma peringkat pertengahan Peruntuk RM4 juta Seri Malaysia intai Indonesia SC Corporate bina hotel bajet di Balik Pulau

Hubungi Kami

Team myMetro

HM ePaper

Versi Mobile

Versi Tablet

HM Twitter

HM Facebook

RSS Feed

2012 Harian Metro . New Straits Times Press (M) Bhd. | Disclaimer | Notis Perlindungan Data Peribadi

`
http://www.hmetro.com.my/articles/UMHSBperkenalpotongangajie-Umrah/Article 2/3

3/11/2014

myMetro | UMHSB perkenal potongan gaji e-Umrah

http://www.hmetro.com.my/articles/UMHSBperkenalpotongangajie-Umrah/Article

3/3

You might also like