You are on page 1of 15

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 E FORUM
JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013


KBK 3073 : MURID- MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK ESEI ILMIAH

a. Ciri- ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang
tumpuan hiperaktif (ADHD)
b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan ( Medical
Model) dan Model Sosial terhadap kanak- kanak masalah kurang tumpuan
hiperaktif
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu
kanak- kanak masalah kurang tumpuan hiperaktif

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORHAFIZAN BINTI MAT JIDIN D20112053537 012-6335449

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR NOOR AINI BINTI AHMAD

TARIKH SERAH : 23 APRIL 2013


ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0 Pengenalan 3

2.0 Ciri- ciri Dan Penyebab Kepada Gangguan Hiperaktif 4


Atau Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktif
3.0 Intervensi Awal 8
4.0 Model Perubatan 7
5.0 Model Sosial 10

6.0 Pendekatan Mengajar Bagi Kanak- Kanak Hiperaktif Atau Masalah 11


Kurang Tumpuan Hiperaktif
7.0 Penutup 14

Rujukan 15

KBK3073 2
1.0 Pengenalan
Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak- kanak di
dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan
persekitaran, kanak- kanak berkembang pada tahap dan kadar berbeza. Oleh yang demikian di
dalam sebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada juga terdapat
murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikuti pengajaran. Murid- murid mungkin
berbeza daripada rakan- rakannya yang lain. Berbeza dari segi kemampuan mereka
menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan
atau menjalani kegiatan fizikal.
Namun demikian, kadang kala kita akan berjumpa dengan kanak- kanak yang
perbezaannya agak ketara dan tidak mengikuti norma- norma perkembangan seperti kanak-
kanak yang biasa. Perbezaan ini juga mungkin akan menyebabkan kanak- kanak ini tidak
dapat mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakannya yang lain dan akhirnya
mereka akan terpinggir dan ketinggalan dalam pelajarannya. Kanak- kanak ini menunjukkan
ciri- ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak- kanak yang biasa. Misalnya, keupayaan
kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan juga cara berkomunikasi.
Kanak- kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal,
masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat
akal dan pintar cerdas. Kanak – kanak ini dikategorikan sebagai kanak- kanak berkeperluan
khas. Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-
kanak ini agar mereka dapat mengharungi kehidupan seperti kanak- kanak lain. Untuk tugasan
ini, lebih berfokuskan kepada kanak- kanak berkeperluan khas hiperaktif dan kurang tumpuan
atau ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hiperaktif merupakan sifat kanak- kanak yang
terlampau cergas pergerakannya dan menyebabkan kanak- kanak tersebut sukar dikawal.
Kanak- kanak mengalami suatu perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan,
pergerakan dan manipulasi. Dr. Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai pola
perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya
mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi
tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif. Di sini kita akan
melihat ciri- ciri kanak- kanak hiperaktif dan penyebab daripada masalah kanak- kanak
hiperaktif ini.

KBK3073 3
2.0 Ciri- Ciri Dan Penyebab Kepada Gangguan Hiperaktif Atau Masalah Kurang
Tumpuan Hiperaktif.
Kanak- kanak yang mengalami masalah hiperaktif boleh dikategorikan dalam tiga
aspek penting. Seseorang guru yang mengajar anak muridnya dapat mengenalpasti tentang
masalah yang dihadapi anak muridnya dan masalah hiperktif seorang murid dapat dikenalpasti
melalui tingkah lakunya. Aspek pertama yang boleh dikenalpasti kanak- kanak yang
mempunyai ciri- ciri hiperaktif ini adalah mereka ini tidak akan dapat duduk diam. Mereka
akan sentiasa kelihatan tampak gelisah pada tangan dan kaki serta akan menggeliat di tempat
duduknya. Kanak- kanak ini tidak akan duduk di kerusi mereka sewaktu di dalam kelas
walaupun mereka sepatutnya duduk di situ walaupun ketika itu ada guru yang sedang
mengajar di dalam kelas.
Selain daripada itu, kanak- kanak hiperaktif ini juga akan bertindak lebih agresif
dengan berlari- lari dan memanjat- manjat dengan berlebihan daripada kanak- kanak normal
dan juga banyak bercakap. Masalah ini boleh menyebabkan kanak- kanak hiperaktif menjadi
lebih cergas dalam bidang sukan dan permainan berbanding murid lain. Ini kerana, mereka
mengalami satu masalah jika hanya duduk belajar secara diam di dalam kelas sebaliknya apa
yang diperlukan oleh mereka ini ialah aktiviti yang lebih cergas seperti sukan dan permainan.

Aspek kedua yang berkaitan dengan masalah hiperaktif ini ialah, kanak- kanak yang
mempunyai masalah ini akan mempunyai masalah kurang tumpuan. Ketika di dalam kelas,
mereka tidak akan memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengan mereka
walaupun orang yang bercakap itu adalah guru mereka sendiri. Kanak- kanak ini akan
melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah mereka dan akan mengalami kesukaran
untuk mengatur aktiviti seharian mereka. Menurut para penyelidik, kanak- kanak yang
mempunyai masalah hiperaktif ini juga tergolong dalam golongan mudah lupa.

Aspek yang ketiga ialah kanak- kanak hiperaktif ini hanya menurut kata hati mereka
sahaja ( Impulsivit). Kanak- kanak ini akan menjawab soalan denga spontan sebelum soalan
yang diajukan habis. Mereka juga akan tidak sabar menunggu giliran serta sering
mengganggu rakan- rakan yang lain semasa mereka bercakap atau sedang bermain. Gejala
hiperaktif ini boleh dikesan sebelum kanak- kanak itu berumur 7 tahun. Perubahan yang
berlaku pada kanak- kanak ini bermula dari suatu tempat atau keadaan seperti di rumah
ataupun di sekolah dan di tempat awam. Walaubagaimanapun, perubahan perlakuan boleh
mendatangkan masalah kepada kanak- kanak yang lain samada di sekolah mahupun di
persekitarannya.
KBK3073 4
Terdapat beberapa faktor atau penyebab yang mempengaruhi masalah hiperaktif ini di
kalangan kanak- kanak sama ada faktor semulajadi atau faktor sekeliling. Perilaku hiperaktif
dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak- kanak tersebut. Oleh
kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa disifatkan sebagai kanak-
kanak nakal bagi sesetengah individu.

1. Faktor genetik
faktor genetik adalah merupakan faktor semulajadi yang memainkan peranan yang
besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif ini. Jika kita melihat pada faktor
genetik, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama
ada ibu bapa ataupun saudara mara. Ibu bapa atau saudara mara yang mengalami
masalah hiperaktif pada usia kecilnya berkemungkinan akan diwarisi oleh anak- anak
mereka juga. Terdapat sesetengah hiperaktif adalah dipengaruhi oleh faktor genetik.
Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. Oleh yang
demikian, kebanyakan kanak- kanak yang mengalami sindrom ini adalah kanak- kanak
lelaki berbanding kanak- kanak perempuan ( Zuhayati Yazid, 2009). Selain itu,
kembar yang lahir juga berkemungkinan akan mengalami masalah hiperaktif ini juga.
2. Faktor Neurologik
Faktor Neurologik merupakan faktor sekeliling yang telah mengganggu ibu semasa
hamil. Dalam hal ini, ibu yang mengalami pelbagai masalah ketika sedang hamil
seperti gangguan otak akibat kesusahan ketika proses kelahiran, penyakit berat, cedera
otak dan sebagainya secara tidak langsung turut mengganggu perkembangan bayi di
dalam kandungan. Akibat daripada masalah di atas, akan menyebabkan anak yang
lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif ini.
Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan di alami oleh bayi yang lahir
dengan masalah- masalah prenatal seperti lamanya proses bersalin, distress fetal dan
sebagainya jika dibandingkan dengan kehamilan dan cara bersalin yang normal. Selain
itu juga, masalah ini boleh berlaku ekoran daripada masalah- masalah seperti berat
bayi yang tidak normal ( terlalu ringan), ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan
minum alkohol yang akhirnya akan mempengaruhi bayi di dalam kandungan dan amat
berpotensi bayi tersebut mengalami masalah hiperaktif ( Norman Supadma, 2009).
Menurut Raihanah Abdullah (2004), tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa
hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan risiko anak yang dikandung
kepada masalah hiperaktif ini. Menurut beliau lagi, jika seseorang wanita merasa

KBK3073 5
tertekan sama ada di rumah ataupun di pejabat secara tidak langsung bayi yang
dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakkan di dalam jiwa,
kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan
anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif ini. Di dalam konteks ini, faktor
neurologik adalah masalah- masalah yang dihadapi oleh ibu semasa proses kehamilan
dan ekoran daripada itu masalah tersebut menjadi faktor penyebab kepada terjadinya
kanak- kanak yang mengalami penyakit hiperaktif ini.
3. Faktor Kultural dan Psikologi
Di bawah faktor ini, terdapat tiga jenis faktor mengikut pecahan iaitu:
i. Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim ( 2007), pemanjaan adalah merupakan
perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan,
membiarkan sahaja dan sebagainya. Menurut beliau lagi, anak yang sering
diperlakukan manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka
untuk memperoleh apa yang diinginkan olehnya. Cara ibu bapa yang salah
dalam mendidik anak- anak dengan terlalu manja menjadikan mereka sering
melakukan sesuatu kehendak mengikut hati mereka sahaja. Dalam hal ini,
anak- anak yang terlalu dimanjakan akan menyebabkan mereka selalu memilih
cara sendiri supaya apa yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa
mereka. Keadaan seperti ini telah mendorong anak- anak menjadi seorang
hiperaktif dengan bertindak diluar batasan. Natijahnya, perilaku kanak- kanak
seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau
perilaku itu terbawa- bawa oleh mereka di dalam kelas.
ii. Faktor kurang disiplin dan pengawasan
Faktor ini juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif
pada anak- anak. Pada teorinya, faktor ini merupakan masalah di mana kanak-
kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeaza
dengan kanak- kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daripada
kedua- dua faktor ini telah menyebabkan kanak- kanak mengalami hiperaktif.
Keadaan seperti ini akan menyebabkan anak- anak melakukan sesuka hati
mereka dan sewenang- wenangnya tanpa dijaga dan dibataskan perbuatan
tersebut. Jika anak- anak diberikan kebebasan tanpa batasan mengikut sesuka
hati mereka, tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di
tempat lain dan mejadi masalah jika dilakukan di sekolah. Pada hakikatnya
KBK3073 6
kanak- kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal
dan di disiplinkan. Namun, jika tidak dipedulikan mereka akan menjadi anak
yang tidak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah,
tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi samada di sekolah, klinik dan
di rumah dan sebagainya serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada
pembelajaran ( Hamid Bin Arshat, 2010).
iii. Orientasi kesenangan
Kanak- kanak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan
umumnya akan memiliki ciri- ciri hiperaktif secara sosio- psikologi dan harus
dididik agak berbeza agar mereka mahu mendengar dan menyesuaikan diri
( Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Kanak- kanak ini akan sering menginginkan
kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Misalnya, kanak-
kanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka
jiga tidak akan mempedulikan akan aturan ataupun juga hukuman yang akan
diterima sekiranya bersikap diluar kawalan ibu bapa ataupun jua sesiapa sahaja
yang berada berdekatan dengan mereka.
iv. Pengaruh sekolah
Persekitaran sekolah juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
masalah hiperaktif yang dihadapi oleh kanak- kanak. Pada hakikatnya, kanak-
kanak yang mengalami masalah hiperaktif di dalam kelas kadang- kala adalah
disebabkan masalah persekitaran seperti proses pembelajaran yang
membosankan. Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti
mengganggu rakan belajar, membuat bising, tidak dapat duduk dengan diam di
kerusinya dan memusatkan perhatian ketika belajar adalah singkat sekali
sehingga mereka dilabel sebagai nakal dan mengganggu rakan lain sewaktu
guru mengajar. Secara sedar mereka tahu untuk mematuhi peraturan namun
mereka tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak
dapat dikawal oleh orang lain ( Mohd Faldz Ibrahim,2007)

KBK3073 7
3.0 Intervensi Awal
Intervensi awal perlu dimulakan seawal usia kanak- kanak lagi dan intervensi yang
efektif bergantung kepada ketepatan mengenal pasti masalah yang dihadapi serta perancangan
Individual Care Plan atau Rancangan Pembelajaran Individu yang teliti. Oleh kerana
perancangan ini adalah bersifat individu, serta tatacara intervensi bagi setiap kanak- kanak
dan remaja adalah berlainan, mereka perlu menjalani penilaian perkembangan untuk
mengenalpasti penyebab kelewatan serta kekuatan dan kekurangan keupayaan mereka.
Kanak- kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkay awal lagi bagi
membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi
mengembangkan potensi diri mereka sendiri. Setiap kanak- kanak perlu diberi intervensi awal
iaitu suatu program yang tersusun, berstruktur dan berperingkat.
Intervensi awal mendidik kanak- kanak berkeperluan khas dari masa lahir hinggalah di
alam persekolahan. Selain itu juga, program ini melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin
( Zarin, Safani & Soon, 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada
perkembangan kanak- kanak berkeperluan khas. Antaranya, ia dapat memberi pendekatan
penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah
komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu juga, dalam sesetengah kes, individu
tersebut tidak boleh bertutur disebabkan masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu,
kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan
untuknya.
Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan
pelbagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya
adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat- alat latihan komunikasi yang dicipta khas,
penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi kanak- kanak yang autistik
pula, menggunakan rawatan perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan
hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu
meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak- kanak tersebut. Selain itu,
intervensi awal ini dapat memberi perhatian ibu bapa, latar belakang dan persekitaran.
Individu yang terlibat dalam intervensi ini seperti ibu bapa, guru atau ahli terapi yang
menggunakan kaedah ini untuk digunakan sebagai dorongan semula jadi kanak- kanak untuk
bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan
yang disukai.

KBK3073 8
4.0 Model Perubatan
Perubatan untuk kanak- kanak ADHD biasa dilakukan dengan kombinasi dua cara
iaitu perubatan dan terapi tingkah laku. Dari segi perubatan, ubat biasanya hanya diberikan
jika perlu bertujuan meningkatkan tahap tumpuan, mengurangkan tahap aktiviti motor yang
tinggi dan mengurangkan tingkahlaku impulsif. Antara ubat yang dapat memberi kesan ialah
ubat perangsang seperti Methylphenidate. Rawatan Biobrain mempunyai kandungan
utamanya iaitu Asid Dokosaheknoik yang mampu membantu kanak- kanak degil dan
hyperaktif dalam mewujudkan daya tumpuan yang lebih peka terhadap sesuatu aktiviti.
Ia turut membantu merembeskan neurotransmitter serotonim yang bertanggungjawab
memberikan perasaan ceria kepada kanak- kanak ini dan membolehkan mereka bergaul
dengan kanak- kanak lain seperti biasa. Bantuan dan pendidikan kepada ibu bapa dan
keluarga tentang cara pengendalian dan psikologi untuk kanak- kanak hiperaktif kerana
mereka mempunyai perilaku yang berbeza jika dibandingkan dengan kanak- kanak normal.
Pendidikan pemulihan bagi kanak- kanak hiperaktif yang juga menghadapi masalah dengan
kerja rumah dan pembelajaran yang terjejas akibat sifat kanak- kanak hiperaktif tersebut.
Pihak sekolah harus timbulkan kesedaran di kalangan guru- guru dan membantu para
guru untuk mengurus kanak- kanak hiperaktif di dalam kelas dengan cara yang betul dan
bukannya memberi tekanan seperti menganggap mereka kurang cerdik dan lembab. Masalah
kanak- kanak yang menghidapi ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi
dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian. Ini termasuklah
memberi makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun
kanak- kanak hiperaktif diberi makan makanan serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam
proses merawat ADHD. Tidak banyak kajian mengesahkannya.
Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan gejala
ADHD. Bagaimanapun ADHD akan lenyap secara beransur- ansur apabila mereka memasuki
usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil kanak- kanak
berkenaan menunjukkan prestasi baik di dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di
kalangan kanak- kanak berusia antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur
baik apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-
kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal.
Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti
meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.

KBK3073 9
5.0 Model Sosial
Melalui model sosial, kanak- kanak hiperaktif ini perlu perhatian yang lebih
khususnya sebelum hendak bercakap dengan mereka. Pastikan kanak- kanak ini bertentang
mata dengan orang yang bercakap dengan mereka dan berikan arahan yang jelas dan tepat
kepada mereka. Sediakan satu jadual kepada kanak- kanak hiperaktif ini dan pastikan mereka
mengikuti setiap aturan yang terdapat di dalam jadual tersebut dan ingatkan mereka bahawa
jadual itu merupakan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh mereka. Kanak- kanak
hiperaktif ini boleh dibimbing dengan menyuruh mereka mengulangi bahagian yang kita pilih
untuk mereka ingati.
Kanak- kanak hiperaktif ini perlu diberikan ganjaran terhadap tingkah laku yang baik
dan bersesuaian dengan apa yang kita kehendaki. Benarkan mereka untuk berehat agar tubuh
mereka merasa segar setelah melakukan aktiviti yang dirancang semasa belajar atau membuat
kerja sekolah atau tugasan lain. Selalunya kanak- kanak hiperaktif ini jika diberikan ruang dan
rehat yang cukup, mereka akan dapat bekerja dengan lebih baik lagi selepas berehat antara 5
minit sehingga 10 minit. Beri peluang kepada mereka untuk menghabiskan tenaganya dengan
cara berlari di padang atau bermain permainan yang memerlukan gerakan fizikal. Tidak
digalakkan permainan yang kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.
Bagi kanak- kanak hiperaktif yang bersekolah, guru- guru hendaklah selalu
berkomunikasi dengan mereka. Jika perlu, guru- guru boleh mendapatkan bimbingan atau
pertolongan daripada guru- guru yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak ini. Latih kanak- kanak hiperaktif ini dengan disiplin agar mereka dapat mengatur diri
mereka sendiri dengan baik. Jangan menghukum mereka kerana perilaku mereka kerana
perilaku hiperaktif tersebut bukanlah kesalahan mereka sepenuhnya. Jika hendak menghukum
tidak boleh dengan memukul mereka kerana kanak- kanak hiperaktif telah dilahirkan
sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak- kanak normal yang lain.
Jangan sesekali melabel kanak- kanak hiperaktif ini sebagai nakal, malas taupun
bodoh kerana akhirnya kanak- kanak tersebut akan bersikap seperti yang dilabelkan oleh kita.
Ketika usaha para guru untuk melatih kanak- kanak hiperaktif ini seharusnya janganlah cepat
merasa bosan dan patah semangat. Ini kerana lama- kelamaan kanak- kanak ini akan dapat apa
yang guru ajarkan kepada mereka. Jika kanak- kanak ini meminati sesuatu perkara itu mereka
akan lebih memahami berbanding dengan kanak- kanak biasa yang lain. Bagi ibu bapa pula,
berikan kasih sayang pada kanak- kanak hiperaktif ini melebihi adik- beradiknya yang lain
kerana mereka memerlukan rawatan atau menjalani kehidupan yang berbeza dengan kanak-
kanak normal.
KBK3073 10
6.0 Pendekatan Mengajar Bagi Kanak- Kanak Hiperaktif Atau Masalah Kurang
Tumpuan Hiperaktif
Murid- murid yang menghadapi masalah hiperaktif ini memerlukan perhatian yang
lebih dari pihak guru dan juga dari pihak ibu bapa mereka sendiri agar masalah yang murid-
murid hiperaktif ini hadapi dapat diatasi dengan sebaiknya. Masalah dalam aktiviti
pembelajaran di dalam kelas perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang
hendak disampaikan oleh guru dapat disampaikan dan dapat diterima oleh pelajar lain yang
berada di dalam bilik darjah yang sama.
Pendekatan pertama yang boleh diambil oleh guru adalah menggunakan pendekatan
yang dipanggil sebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis memerlukan seseorang
guru itu mengenalpasti corak tingkah laku muridnya dari masa ke semasa dengan cara
membuat pemerhatian serta mendapatkan laporan tingkah laku murid tersebut sama ada di
rumah melalui ibu bapa mereka dan juga pihak sekolah iaitu melalui gurulain yang mengajar
mereka di dalam kelas. Dalam membuat diagnosis yang lengkap, ia memerlukan penilaian
daripada seorang pakar kerana terdapat punca lain yang menyebabkan seseorang murid
hiperaktif itu mengalami keresahan sehingga tidak dapat menumpukan perhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam pendekatan diagnosis ini juga,
terdapat tiga pecahan lain yang boleh dijalankan oleh guru dalam mengenalpasti tingkah laku
murid yang mengalami masalah hiperaktif ini.
Pecahan yang pertama adalah guru perlu memberikan perhatian yang lebih kerap
kepada murid yang hiperaktif ini. Caranya adalah dengan meletakkan mereka berdekatan
dengan meja guru sebaiknya di barisan hadapan kelas dan di kalangan rakan- rakan yang lain.
Pendekatan ini membolehkan guru untuk memerhati dan mengawasi murid berkenaan
walaupun pada waktu yang sama guru sedang mengajar murid- murid yang lain. Melalui
pemerhatian dan pengawasan yang kerap, guru tersebut dapat melihat murid hiperaktif ini
dengan lebih jelas dan dapat mengurangkan pengawalan yang menyeluruh terhadap murid
yang lain serta proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi.
Pecahan kedua seterusnya, adalah tentang kedudukan murid hiperaktif ini di dalam
bilik darjah. Bagi murid hiperaktif, guru perlu mengelakkan dari meletakkan mereka
bersebelahan atau berhampiran dengan tingkap atau pintu atau lukisan yang berwarna. Kesan
daripada jika guru meletakkan mereka pada kedudukan tersebut boleh mengundang beberapa
akibat iaitu memeudahkan murid menyelinap keluat tanpa disedari oleh guru. Jika tempat
duduk mereka berdekatan dengan tingkap, berkemungkinan mereka akan mudah tercedera
dan akan mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana sifat semulajadi kanak-
KBK3073 11
kanak hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana dorongan sifat ingin
mencubanya yang sangat menebal ( Jas Laile Jaafar,1996). Situasi ini akan merangsang
pergerakan mereka untuk mendekati sesuatu yang berada di sekitarnya sekaligus akan
menyebabkan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Dalam pendekatan diagnosis, pecahan ketiga seterusnya ialah semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memastikan bahawa hanya peralatan
yang diperlukan sahaja berada di atas meja murid terbabit. Peralatan- peralatan yang lain yang
tidak diperlukan perlu disimpan bagi mempastikan objek- objek yang tidak diperlukan ini
tidak mengganggu proses pembelajaran mereka nanti. Guru juga digalakkan untuk memberi
pujian terutamanya apabila murid tersebut mampu mengawal diri menjadi lebih tenang dan
tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ( Kementerian Kesihatan Malaysia,
2008). Pujian tersebut adalah bertujuan supaya mereka mengekalkan sikap yang positif
sekaligus akan meningkatkan semangat mereka untuk berubah.
Pendekatan lain yang sesuai bagi murid- murid hiperaktif adalah pendekatan
multidisiplin yang memerlukan kerjasama dengan ibu bapa murid- murid terbabit. Ibu bapa
perlulah membawa anak- anak mereka berjumpa dengan pakar berkaitan masalah hiperaktif
ini. Pakar yang merawat mereka akan menggunakan kaedah yang sesuai dengan cara
perubatan, psikologi, sosial dan seterusnya pendedahan tentang pendidikan yang sesuai bagi
merangsang minda mereka dalam bentuk yang normal. Pendekatan ini juga dapat
mengurangkan risiko menjadi bertambah buruk dengan bantuan dari pakar yang bertauliah.
Menurut Jas Laile Jaafar ( 1996), ibu bapa harus sedar jika mereka melakukan hukuman yang
terlalu berat ianya mungkin akan meninggalkan kesan- kesan negatif dalam hidup anak- anak
hiperaktif ini.
Justeru itu bagi mengelakkan sesuatuperkara negatif akibat kesalahan ibu bapa, guru-
guru boleh menyarankan kepada ibu bapa mereka agar membawa anak- anak mereka
menjalani rawatan dan berjumpa dengan pakar merupakan jalan yang terbaik. Ini kerana
semasa di dalam perhatian pakar, mereka akan diajar bagaimana untuk menjalinkan hubungan
sosial dengan keluarga, rakan- rakan dan juga masyarakat.
Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu di
dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat
mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara murid
dengan murid itu sendiri. Dengan cara ini murid berpeluang untuk membina hubungan sosial,
belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di
samping itu juga, murid- murid hiperaktif ini akan mempunyai peluang lebih banyak untuk
KBK3073 12
berinteraksi dengan rakan- rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu
kepada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk
belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka ketika
berada di dalam kelas.
Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme adalah seperti
pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus
kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran
murid- murid hiperaktif ini melalui permainan dalam pembelajaran. Selain itu juga, minda
para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea- idea yang baru.
Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi,
interpersonal, kinestetik dan pelbagai kemahiran yang lain lagi yang dapat mengurangkan
masalah kurang tumpuan mereka.
Guru juga mampu menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para murid di dalam
bilik darjah melalui pendekatan ini secara langsung. Oleh sebab guru dapat memahami apa
yang murid- muird hiperaktif ini kehendaki dari segi aspirasi, cita rasa, perasaan dan
pemikiran mereka maka secara langsung dapat menarik minat mereka mengikuti
pembelajaran guru mereka sendiri. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses
pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi
proses pengajaran yang lebih efektif yang juga memberi guru lebih ruang berdasarkan
perbezaan setiap daripada mereka ini.

KBK3073 13
7.0 Penutup
Anak- anak adalah anugerah dari yang Maha Esa. Setiap ibu bapa menginginkan anak-
anak mereka sihat dan boleh melakukan aktiviti kehidupan seperti kanak- kanak biasa. Tiada
ibu bapa yang mahukan anak- anak mereka mempunyai masalah dari segi kesihatan mahupun
fizikal. Kanak- kanak yang tergolong di dalam kanak- kanak berkeperluankhas ini patutlah
diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang agar mereka tidak akan berasa terpinggir dan
disisihkan. Mereka juga berhak untuk meneruskan penghidupan dan mempunyai hak untuk
belajar seperti kanak- kanak normal yang lain. Pada zaman yang serba canggih dan moden ini,
terdapat banyak teknologi dari segi perubatan mahupun rawatan alternatif yang boleh
diberikan kepada kanak- kanak ini sebagai satu usaha untuk memulihkan mereka. Tiada
penyakit yang tidak dapat diubati, tiada ubat yang tidak boleh untuk merawat segala
penyakit. Ibu bapa dan juga guru haruslah mempunyai sikap sabar yang tinggi dalam
melayani karenah dan tingkah laku kanak- kanak hiperaktif ini. Berilah mereka ruang dan
peluang untuk di bimbing dan janganlah menghukum mereka di atas kekurangan mereka.
Semangat yang tinggi haruslah ditunjukkan oleh ibu bapa dan juga guru dalam membentuk
mereka supaya boleh berada bersama dengan kanak- kanak normal yang lain. Layanilah
mereka seperti anak- anak biasa yang lain. Kasihanilah mereka, berikanlah tunjuk ajar yang
sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh mereka, didik dan pandulah kanak- kanak khas ini
agar mereka juga bisa menjadi seseorang apabila mereka dewasa kelak.

KBK3073 14
RUJUKAN

Siri Pendidikan Guru, Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, Haliza Hamzah,
Joy Nesamalar Samuel, Oxford Fajar Sdn Bhd (2009)

Siri Pendidikan Guru, Perkembangan Kanak- Kanak, Untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan, Edisi Kedua, Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel, Kumpulan
Budiman Sdn Bhd (2009)

KBK3073, Murid- murid Berkeperluan Khas, Pusat Pendidikan Luar,(2011), Abdul Rahim
Razali Haniz Ibrahim, Kamaliah Muhammad, Mohd Fawzi Yusuf, Universiti
Pendidikan Sultan Idris

http://www.slideshare.net/wanizandenot/savedfiles?s_title=pelajar-
hiperaktif&user_login=Ukhuwah_90

http://www.scribd.com/doc/39106800/ganguan-hiperaktif-dalam-kelas

http://www.scribd.com/doc/16051322/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Gardner-dan-Teori-Kecerdasan-
Emosi-Goleman

http://myais.fsktm.um.edu.my/4954/1/1.pdf#page=1&zoom=auto,0,842

http://www.slideshare.net/wanizandenot/savedfiles?s_title=tugasan-1-
final&user_login=nurhafizahajlan

KBK3073 15

You might also like