You are on page 1of 11

KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH

(KUANTITATIF DAN KUALITATIF)


KUMPULAN:B


1.0 PENGENALAN
Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah
penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif
penyelidikan(Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Selepas menetapkan masalah yang hendak
dikaji, barulah difikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan.
Adalah salah sekiranya penyelidik menentukan kaedah sebelum ada persoalan. Secara
umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan
menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Penyelidik boleh memilih salah
satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Dihubungkan dengan teori-teori
sosiologi, teori yang berbentuk makro selalunya akan menggunakan pendekatan kuantitatif
sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan kualitatif.
Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif .
Pendekatan kuantitatif mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-
angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min,
median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya.
Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang
minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan
menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar.
Pendekatan kualitatif pula berasaskan kualiti.
Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang
dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan
lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil.


2.0 KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH

2.1.1 PENDEKATAN KUALITATIF
Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran
yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara
fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait
dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).
Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu penyelidikan yang
dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian
yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005).
Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh
pemahaman daripada suatu kes. Proses pengumpulan data berdasarkan Cresswell (1998) iaitu
mengenalpasti tapak atau individu, mendapatkan akses dan membina rekod, persampelan
bertujuan, mengumpul data, merekod maklumat, menyelesaikan isu-isu lapangan dan
menyimpan data.


2.1.2 PENDEKATAN KUANTITATIF
Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena
objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel,
2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan
menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian
adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara
pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.
Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru
terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi
digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang
diserahkan kepada sampel kajian.
Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan
komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda. Ujian ini untuk
memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi secara
bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja
dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor data yang diperoleh
telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala selang, sehingga analisis
regresi linear berganda ialah alat ujian yang sesuai.
Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu dilakukan ujian
andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti,multikolineariti, autokorelasi,
heteroskedastisiti, dan lineariti. Sedangkan untuk menguji hubungan antara kepuasan kerja
dengan komitmen organisasi yang datanya berupa skala selang, maka digunakan ujian korelasi
Pearson.

3.0 KEPENTINGAN KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH

KAEDAH KUANTITATIF : penyelidikan tinjauan, persampelan, & eksperimen
KAEDAH KUALITATIF : soal selidik, kaedah pemerhatian, & temubual
i.
i)Kaedah Kuantitatif

a) Penyelidikan Tinjauan
Penyelidikan tinjauan adalah untuk mengumpul maklumat dengan bertanya satu set
soalan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji. Persoalan
dalam kajian tinjauan sering kali mengenai kepercayaan, kegemaran, kesihatan, dan lain lain
tingkah laku individu yang hendak diperhatikan. Topik yang diutarakan mungkin memerlukan
pendapat atau sesuatu yang sensitif.
Ia juga sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan, personaliti,
tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu kelompok yang besar. Ia melibatkan
pengumpulan maklumat dari responden yang ramai. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik
secara langsung atau pos, bantuan elektronik, temubual langsung, temubual melalui telefon dan
lain lain untuk mengumpul data. Ia digunakan untuk mendapatkan satu penjelasan yang tepat
terhadap ciri yang terdapat pada individu dalam kumpulan.
Dengan yang demikian, strategi penyelidikan tinjauan adalah lebih sesuai apabila kajian
bertujuan sebanyak maklumat yang diperolehi mengenai satu populasi, satu sampel atau tinjauan
yang melibatkan sekumpulan elemen yang kecil. Sampel ini mestilah mempunyai ciri ciri atau
sifat sifat populasi berkenaan. Ini penting supaya maklumat yang dihasilkan melalui satu sampel
yang kecil boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang populasi yang dikaji.

b) Persampelan
Kaedah persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau
juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger,1973). Sampel dalam kaedah
persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili keseluruhan
populasi. Sampel atau responden-responden yang terpilih dalam soal selidik haruslah mengikut
beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan berkebarangkalian
dan persampelan tidak berkebarangkalian.Persampelan berkebarangkalian pula dibahagikan
kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik, sampel berserta dan sampel
berkelompok. Persampelan tidak berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel "bola
salji" dan sampel pertimbangan. Persampelan berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi
boleh dibahagikan kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri populasi. Selepas
beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam unit ini akan dipilih secara rawak
untuk membentuk sampel berkelompok.

c) Eksperimen
Dalam eksperimen saintifik, subjek yang akan dikaji secara rawak ditetapkan sebagai satu uji
kaji. Kelompok uji kaji itu menerima rawatan' dan keputusan yang diperolehi dibandingkan
dengan kumpulan kawalan yang tidak mendapat rawatan.
Dalam dunia sebenar, sering kali mungkin tidak menjalankan penyelidikan uji kaji yang
sebenar kerana kesukaran untuk mencari kumpulan kawalan yang mudah dipadankan dengan
syarat-syarat kunci pembolehubah (seperti umur, jantina, pendapatan, gred kerja, dan
sebagainya).
Sebaliknya, rekabentuk separa-eksperimen digunakan oleh penyelidik. Contohnya, terpaksa
mengesan kewujudan kumpulan-kumpulan daripada mengesan lukisan pada sampel-sampel yang
rawak.




ii. ii)Kaedah Kualitatif

a) Soal Selidik
Seterusnya, menerusi kaedah kualitatif tersebut dapat menyokong lagi dapatan kajian melalui
pengagihan borang soal selidik (questionnaire designing) iaitu merupakan kaedah kuantitatif.
Pendekatan kuantitatif merupakan kajian yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang valid
dan reliable. Hal ini kerana, penggunaan kaedah kuantitatif ini dapat membuktikan kesahihan
yang kukuh dengan menggunakan angka iaitu hasil daripada analisis. Dalam pembentukan
borang soal selidik, teknik open ended, close-ended dan cotigency question akan digunakan.
Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan profil responden.
Manakala bahagian kedua, mengandungi soalan berskala likert bertujuan untuk
mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada. Soal selidik juga
membenarkan pengkaji untuk mendapat lebih informasi tentang sesuatu dalam masa yang
singkat. Selain itu, hasil penyelidikan juga akan dapat diguna semula atau diulangi di kawasan-
kawasan lain yang mempunyai ciri-ciri persekitaran yang sama dalam menyelesaikan sesuatu
permasalahan atau untuk mencadangkan sesuatu perubahan.

b)Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct observation)
dan Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation). Kaedah pemerhatian secara
terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah
sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia. Kaedah pemerhatian
melalui penglibatan pula berasal dari bidang antropologi (kajian tentang kehidupan masyarakat).
Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami
dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut.

c)Temu Bual
Disamping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan menggunakan kaedah
temubual secara terus dengan pihak yang telah dipilih. Berdasarkan kaedah temu bual, kita dapat
memperolehi maklumat berkaitan latar belakang, ciri-ciri serta maklumat-maklumat lain yang
diperlukan. Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham
untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Temu bual
bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang lebih mahal kerana ia
mengambil masa yang lama, serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan
responden. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan
mendapatkan maklumat responden secara terperinci.

4.0 PERBINCANGAN
Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari sudut
kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis, eksperimental,
data numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula menggunakan kaedah
interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes, data verbal dan triangulasi
data.
Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif mengamalkan
konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan. Sebaliknya
kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman, pembentukan fenomena,
konteks dan triangulasi.Seterusnya ialah perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik.
Kaedah kuantitatif lebih menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains
politik, kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.
Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi, kemasyarakatan,
linguistic, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah kuantitatif melihat
kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan, menunjukkan
hubungan, meramal tingkah laku dan menerangkan kejadian secara statistik. Berbeza pula
dengan kaedah kualitatif iaitu membina tujuan untuk melengkapkan teori, meningkatkan
kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan
kejadian secara verbal.
Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk
eksperimental, kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan tinjauan.
Kaedah kualitatif pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual tidak berstruktur,
rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, kaedah kuantitatif
mengambil sampel bersaiz besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan sampel secara
rawak, kumpulan sampel kawalan dan sampel berlapis.
Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil, persampelan bukan
kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan berdasarkan penyelidikan yang
dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang digeneralisasikan adalah tinggi dengan
menggunakan kaedah kuantitatif berbanding kaedah kualitatif.
Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data secara kuantiti,
bilangan, pengukuran dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menjurus kearah
penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau temubual dan
maklumat dari bahan dokumentasi.
Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara deduktif dan
statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup, dalam jangka masa yang
panjang dan secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari segi format instrument untuk
membentuk data pula, kaedah kuantitatif adalah lebih formal, spesifik, struktur, telah ditetapkan
dan menggunakan skala. Manakala kaedah kualitatif adalah sebaliknya.


5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, penyelidikan ilmiah penting dalam membantu manusia untuk
mengetahui, mengetahui dirinya, alam sekelilingnya, masyarakatnya, negaranya dan segala-
galanya yang terfikir olehnya. Keinginan mengetahui sesuatu perkara ini telah mendesak
manusia untuk melakukan penyelidikan yang kemudiannya membantu memperluaskan ilmu
pengetahuan sedia ada.
Tambahan pula, kaedah penyelidikan ilmiah merupakan kaedah pengkajian menerusi
penyiasatan yang tuntas dan teliti terhadap semua bukti yang diperoleh berkaitan dengan masalah
yang dinyatakan, sehinggalah kita sampai kepada penyelesaian masalah tersebut. Sebelum
sesuatu penyelesaian masalah itu diperolehi, pelbagai perkara yang diambil kira dalam
penyelidikan ilmiah ini iaitu antaranya teori, masalah, rangka kerja, hipotesis, data, alat bantu
dan kebebasan. Mengambil kira atas semua faktor-faktor ini akan membawa kepada
keberkesanan penyelidikan dengan penemuan penyelesaian masalah berkaitan dengan fenomena
yang diselidiki. Bagi memudahkan penyelidikan ini dilakukan, maka wujudnya pelbagai kaedah
seperti kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.
Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya
merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai
persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat
perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab dan akibat dan
membuat analisa kritikal. penyelidik boleh memilih salah satu daripada pendekatan terutamanya
berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan dilaksanakan. Sekiranya kajian
penyelidik melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat puluh orang,
pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya penyelidik cuma memilih bilangan responden
yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih.
Dalam kajian sekularisasi, sekiranya penyelidik ingin menyelidik seluruh komuniti
sekolah, penyelidik mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar
diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah
yang mempunyai tiga puluh orang murid, penyelidik mungkin lebih sesuai memilih pendekatan
kualitatif. Penyelidik juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif
dalam satu kajian yang sama. Penyelidik harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas
kepada kaedah penyelidikan adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan.
Dengan kata lain setiap penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada
permasalahan barulah data-data dicari melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan sesuai.






6.0 BIBLIOGRAFI
1. Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung
Malim.
2. Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang Mendasari
Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN 0126-5024
3. Alex Inkeles, 1982, Apa Itu Sosiologi ? Suatu Pengenalan Mengenai Disiplin dan
Profesion, Universiti Harvard, DBP, Kuala Lumpur.
4. Creswell, J. W. (2003). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods
5. Kenneth D. Bailey, 1992, Kaedah Penyelidikan Sosial, DBP, Kuala Lumpur.
6. Lim Chong Hin, 1998, Penyelidikan Pendidikan Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif.Mc
Graw Hill Education.
7. Mohd. Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Thinkers
Library Sdn.Bhd., Selangor.
8. Sulaiman Masri ,2005,Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan, Utusan Publishing &
Distributors, Kuala Lumpur .
9. Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash.
10. http://deitaz.blogspot.com/2010/08/kajian-kualitatif-kuantitatif-dan.html
11. http://karyawanluarnegara.com/?p=781
- See more at: http://www.ruzend.com/2012/03/kaedh-kaedah-penyelidikan-
ilmiah.html#sthash.fFz3aYgZ.dpuf



Related Searches:


?
Link Popularity

Link Exchange Program
Page Rank Checker
Web Ranking
Link Exchange
Backlink Builder
First Page Rankings
Link Text
Alexa Rating


Related Searches:


?
Google PageRank

DMOZ Listing
Link Exchange Program
Link Text
Page Rank Checker
Link Exchange
First Page Rankings
Link Popularity
Alexa Rank

You might also like