You are on page 1of 4

1)

Definisi obesiti
Secara amnya,
obesiti
merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badanseseorang.
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak
menjadiketerlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan
organ-organ badan danseterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Selain daripada mengehadkan kegiatanfizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya
juga semakin pendek.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti


Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuranideal;

Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badansepatutnya;

indeks Jisim Badan (BMI)
melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimanamengira BMI)

Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis)

Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikutdiet yang
disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
















2)
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku
apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap
kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada
tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5.Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara-
negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap
insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di
dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity


















3)
Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak.
Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti
selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu
kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti?
Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan
BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter)
seseorang.
Contoh:
Ali beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm
BMI = 80kg / 1.7X1.7
= 80/ 2.89
= 27.7
Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang
berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk
Kelas BMI
Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2
Normal 18.5-24.9
Berat berlebihan 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 30 - 34.9
2. Obesiti kelas 2 35 - 39.9
3. Obesiti keterlaluan Lebih 40
Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat
mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu
tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

You might also like