You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI PELAJAR ASRAMA

ASRAMA BLOK D
KOLEJ UNIKOP


Program: Perjumpaan Penghuni Asrama Blok D
Lokasi: Student Center
Tarikh: 16 Jun 2014
Masa: 8:00 malam sehingga 9:00 malam

KEHADIRAN
Ketua Warden Puan Hajah Jamilah binti Yahaya
Warden Encik Mohd Kamil bin Abd Rahman
Warden Encik Sharolzaman Shariff
Penghuni Asrama Blok D

Ucapan daripada Warden

Encik Mohd Kamil bin Abd Rahman membuka bicara dengan membaca doa selamat
dan seterusnya memberi ucapan bagi mengalukan kedatangan semua pelajar-pelajar baru
serta pelajar lama bagi sesi baru, Jun 2014 sementara menunggu ketibaan ketua warden
iaitu Puan Hajah Jamilah binti Yahaya
Aktiviti

1. Ketua warden mengingatkan penghuni asrama tentang peraturan-peraturan
semasa menetap di asrama.
2. Warden memberi borang kehadiran kepada setiap unit serta borang Senarai
Nama Penghuni Asrama untuk setiap unit.
3. Ketua warden mengingatkan penghuni asrama supaya menjaga keselamatan diri
ketika berjalan di luar asrama kerana banyak kes ragut berlaku di sekitar asrama.
4. Ketua warden memberi penerangan tentang aktiviti asrama yang boleh dibuat.
5. Ketua warden meminta para penghuni setiap unit supaya menjaga kebersihan
unit serta etika berpakaian semasa berada di kawasan asrama blok D.
6. Ketua warden memberi cadangan bahawa ketua-ketua unit Blok D boleh
memberi idea tentang aktiviti apa yang hendak di buat untuk blok D.
Penutup

Ketua Warden memperkenalkan ketua-ketua unit dan ketua blok bagi asrama blok D.
Semua penghuni telah diperkenalkan dengan barisan warden dan ketua blok serta ketua-
ketua unit bagi sesi Jun 2014. Perjumpaan pada malam ini berakhir ada jam 9:00 malam.
Ketua warden berjumpa dengan semua ketua unit, ketua blok serta Majlis Perwakilan
Pelajar (M.P.P) untuk berbicara tentang kes keluar malam selepas jam 12:00 tengah malam
di dalam kalangan penghuni asrama untuk menonton perlawanan piala dunia bola sepak
dan cara penyelesaiannya.












Disediakan oleh,


______________________
Muhammad Bin Abdullah
Ketua Asrama Blok D
Kolej Unikop

You might also like