You are on page 1of 7

LAPORAN PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA BLOK KEDIAMAN

PIALA HEP

1.0 PENDAHULUAN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dibawah Exco Blok Kediaman telah
menganjurkan Pertandingan Futsal antara Blok Kediaman Piala HEP terbuka
kepada guru pelatih lelaki dan perempuan IPGKTB. Tujuan pertandingan ini
diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara pelajar. Di samping itu, pertandingan ini adalah bagi mengisi
masa lapang guru pelatih pada waktu petang. Pertandingan ini telah diadakan
seperti yang terdapat pada butiran di bawah :
Tarikh : 28 Mei 30 Mei 2014
Masa : 5.00 petang - 7.00 petang (lelaki)
9.00 malam - 11.00 malam (wanita)
Tempat : Gelanggang Futsal IPG Kampus Tuanku Bainun
2.0 MATLAMAT
Melahirkan seorang bakal guru yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk
sifat kepimpinan berpasukan di samping tidak mengabaikan pelajaran dan
akademik.

3.0 RASIONAL
Rasional pertandingan ini diadakan adalah supaya dapat menggalakkan gaya
hidup sihat dalam kalangan guru pelatih. Selain itu, program ini dilihat dapat
memupuk semangat kerjasama antara ahli jawatankuasa Exco Kolej Kediaman
berganding bahu untuk memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mempraktikkan kemahiran
pengurusan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah yang perlu ada dalam
kalangan guru pelatih.

4.0 OBJEKTIF
i. Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara pelajar blok kediaman
ii. Melahirkan pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti futsal
iii. Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri
iv. Mengisi masa lapang guru pelatih

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Sebelum Pertandingan

Sebelum pertandingan bermula, J/K pelaksana yang terdiri daripada ahli Exco
Kolej Kediaman telah merancang beberapa perkara yang perlu di ambil kira
bagi memastikan pertandingan ini berjalan lancar. Antaranya ialah telah
bermesyuarat terlebih dahulu untuk melantik ahli jawatankuasa bagi mengelola
pertandingan ini. Kemudian, pembahagian tugas dijalankan dan kolaborasi
antara para pelajar dan pensyarah penasihat program dijalankan secara
berterusan.
Ketua Exco Kolej Kediaman iaitu Muhammad Syafiq b. Hussin telah
mengetuai mesyuarat. Beliau dibantu oleh Naib Pengerusi Exco Kolej
Kediaman iaitu Siti Azwin bt Mazidel. Setiausaha pula disandang oleh Nurul
Huda bt Faudzi dan Cindy Lee sebagai Bendahari.
Selain itu, ahli jawatankuasa yang terlibat seperti AJK Minuman, AJK
Peralatan, AJK Cenderahati dan Hadiah, AJK Pendaftaran, dan AJK Publisiti
dan Dokumentasi telah dijelaskan mengenai tugas masing-masing. AJK
Peralatan diminta untuk meminjam peralatan yang diperlukan, manakala AJK
Minuman perlu menyediakan minuman untuk setiap kali sesi pertandingan
dijalankan. AJK cenderahati pula perlu menyiapkan hadiah untuk peserta dan
AJK Publisiti dan Dokumentasi diminta menghasilkan poster untuk hebahan
dan mengambil gambar semasa pertandingan berlangsung. AJK Perndaftaran
pula diminta untuk bertugas pada hari pertandingan. Setiap ahli perlu berusaha
dan memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan program ini.

5.2 Semasa Pertandingan

Pertandingan ini telah berlangsung mengikut masa yang telah ditetapkan.
Pertandingan ini menggunakan system liga. Terdapat tujuh pasukan daripada
blok kediaman lelaki dan lima pasukan daripada blok kediaman wanita.
Pertandingan futsal bagi pasukan wanita telah tamat pada hari kedua
pertandingan. Semua yang terlibat telah menunjukkan komitmen yang jitu bagi
memastikan pertandingan ini berjalan lancar.
5.3 Selepas Pertandingan

Tepat jam 6.30 petang (30 Mei 2014), pertandingan ini telah melabuhkan
tirainya.. Kerjasama yang erat antara AJK yang bertugas telah menjadikan
pertandingan/aktiviti pertama Exco Kolej Kediaman ini mencapai objektifnya.

6.0 SENARAI JAWATANKUASA

6.1 Carta Organisasi Jawantakuasa Pertandingan
Penasihat : Encik Shahidan b. Hashim
Pengerusi : Muhammad Syafiq b. Hussin
Naib Pengerusi : Siti Azwin bt Mazidel
Setiausaha : Nurul Huda bt Mohd Faudzi
Bendahari : Cindy Lee

6.2 Senarai Ahli Jawatankuasa
AJK Minuman
Suhana bt Sabudin
AJK Peralatan / Persiapan Tempat
Muhammad Faiz bin Rosli
AJK Pendaftaran
Oliver Oscar Chong
AJK Publisiti dan Dokumentasi
Muhd Nur Ariff
AJK Cenderahati dan Hadiah
Nur Nabila Afiqah






7.0 SENARAI PASUKAN BERTANDING
Sebanyak 7 pasukan dari blok kediaman lelaki dan 5 pasukan daripada blok
kediaman wanita yang telah mengambil bahagian.
BLOK KEDIAMAN LELAKI
AMAN BUDIMAN
BAINUN OLE SELIPAR GAJAH
JUNIOR SEM 3 JUNIOR SEM 1
RUTRENZ

BLOK KEDIAMAN WANITA
CERIA DAMAI GEMILANG
AKAK-AKAK GODZILLA KING KONG
VASELIN PERFECT 10 TENANG AJE

8.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN
BLOK KEDIAMAN LELAKI
Tempat Pertama : Kumpulan Bainun Ole
Tempat Kedua : Kumpulan Rutrenz
Tempat Ketiga : Kumpulan Selipar Gajah

BLOK KEDIAMAN WANITA
Tempat Pertama : Kumpulan Akak-akak
Tempat Kedua : Kumpulan Godzilla
Tempat Ketiga : Kumpulan Vaselin Perfect 10

9.0 PENUTUP
Alhamdulillah, kami selaku AJK yang bertugas amat bersyukur kerana
penganjuran Pertandingan Futsal Antara Blok Kediaman Piala HEP yang telah
dirancangkan ini telah mencapai objektif dan berjalan dengan lancar. Semoga
Allah s.w.t memberkati kami dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung sepanjang menjayakan program ini.

LAMPIRAN
Pertandingan Futsal Blok Kediaman Wanita

















Pertandingan Futsal Blok Kediamann Lelaki


















Disediakan oleh, Disemak oleh,



..

(Nurul Huda Binti Mohd Faudzi) (Muhamad Syafiq Bin Hussin)
Setiausaha, Pengerusi
Kolej Kediaman Pelajar, Kolej Kediaman Pelajar
Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun, Institut Pendidikan Guru Tuanku
Bainun, Pulau Pinang. Pulau Pinang.




Diluluskan oleh:


...........

(En Shahidan Bin Hashim)
Penasihat,
Kolej Kediaman Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun,
Pulau Pinang.

You might also like