You are on page 1of 9

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD ASRI MUHAMMAD NIZAR SYAZWAN BIN MOHD NOOR NURUL HUDA

BINTI MOHD FAUDZI SITI NORZAIDAH BINTI KAMARUDDIN

PENGENALAN
Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca paling tua. Dalam kaedah ini, pengajaran dimulakan dengan pengenalan huruf atau abjad diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut.

KELEBIHAN KAEDAH ABJAD


Penggunaannya amat sesuai dengan sistem bahasa Melayu kerana terdiri daripada suku kata yang hampir sama. Murid boleh membaca perkataan baharu, walaupun belum pernah mempelajari kerana mereka dapat mengenal huruf dan membunyikan konsonan dengan baik.

Memberikan kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca. Membantu murid-murid untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca serta memberikan keyakinan kepada mereka untuk terus membaca.

KELEMAHAN KAEDAH ABJAD


Murid-murid boleh membaca dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran semata-mata menerusi hafalan sahaja. Terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja. Menyebabkan mereka baca merangkakrangkak.

Tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. Membosankan terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Menyebut Nama Huruf Abjad a hingga z, Huruf Besar dan Huruf Kecil
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajar. Rahimah Sabran dan Rahim Syam (1985) kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar boleh didedahkan kepada murid secara serentak. Pendapat ini dipertikaikan dalam konteks masa kini. Rasionalnya huruf kecil perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf besar kerana huruf kecil lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian berbanding huruf besar.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like