You are on page 1of 26

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MeSTI 2012
GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN
MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB
INDUSTRI (MeSTI)
OKTOBER 2012
PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
MeSTI 2012
Isi Kandungan
Mukasurat
Perutusan Yang Berhormat Menteri Kesihatan i
Perutusan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM ii
Perutusan Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iii
Pengenalan 1
Objektif 1
Skop 1
Kelebihan 1
Kriteria Permohonan 2
Cara Memohon 2
Bayaran 3
Proses Kelulusan 3
Tempoh Sah Laku 6
Pemantauan 6
Pembaharuan 6
Pembatalan Sijil 6
Rayuan 7
Pertanyaan 7
Rujukan 8
Penghargaan 9
Lampiran 1 : Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Baru) 10
Lampiran 2 : Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Pembaharuan) 11
Lampiran 3 : Borang Permohonan, MeSTI-1/12 12
Lampiran 4 : Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12 13
Lampiran 5 : Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 14
Lampiran 6 : Senarai Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, 20
J abatan Kesihatan Negeri
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
MeSTI 2012
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM), di atas penjenamaan semula Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
(SK1M) kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Ini
adalah sebagai salah satu usaha berterusan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan yang
disampaikan kepada pihak industri makanan terutamanya Enterpris Kecil dan Sederhana
(EKS). Saya juga merasa bangga atas usaha BKKM, yang telah menjalinkan kerjasama
dengan beberapa Kementerian dan agensi Kerajaan serta swasta bagi mendapat sokongan
padu dalam mempromosi dan memasarkan produk makanan yang telah mendapat pensijilan
ini sebagai manfaat tambahan kepada pihak EKS yang memohon skim ini. Saya percaya
penglibatan pihak-pihak tersebut akan dapat menyumbang ke arah peningkatan tahap
keselamatan dan kualiti makanan negara.
Di Malaysia, BKKM merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan
keselamatan makanan bagi pasaran domestik dan luar negara adalah terjamin. Saya
percaya skim ini boleh menjadi satu landasan yang dapat melonjakkan pembangunan
industri makanan kepada satu tahap yang lebih berdaya saing dan berpotensi untuk
menembusi pasaran antarabangsa sekaligus meningkatkan pendapatan pihak EKS dan
menyumbang kepada transformasi ekonomi dalam negara. Skim ini merupakan satu bentuk
pengiktirafan kepada industri makanan yang melaksanakan sistem jaminan keselamatan
makanan, bagi memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap keselamatan dan kualiti
produk makanan tempatan.
Sejajar dengan slogan KKM Kami Sedia Membantu, skim ini akan diberikan secara
PERCUMA kepada industri makanan dan pihak BKKM akan membantu industri dengan
memberi bimbingan teknikal untuk memantapkan pengetahuan mereka dalam melaksanakan
sistem jaminan keselamatan makanan, berdasarkan keperluan di bawah Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan 2009.
Akhir kata, saya menyeru supaya pihak industri makanan merebut peluang keemasan ini
sepenuhnya supaya tahap keselamatan makanan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang
lebih tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menjamin rakyat akan dapat menikmati
makanan yang selamat dan berkualiti.
Sekian, terima kasih.
YB DATO SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Kesihatan Malaysia
Kata-Kata Aluan
YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
i
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
MeSTI 2012
Kata-Kata Aluan
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, di atas usaha
yang berterusan ke arah meningkatkan tahap jaminan keselamatan makanan bagi industri
makanan. Sejajar dengan itu, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang sedia
ada telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat
Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Skim Pensijilan MeSTI ini bertujuan untuk membantu Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)
bagi membangunkan program jaminan keselamatan makanan supaya meningkatkan tahap
keselamatan makanan, dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan sumber pendapatan
mereka. Usaha ini juga selari dengan aspirasi negara untuk melihat perubahan dalam kualiti
kehidupan penduduk luar bandar di bawah Program Tranformasi Penduduk Luar Bandar
(Rural Transformation Programme).
Saya amat berharap agar buku panduan ini dapat digunakan oleh industri makanan dalam
menghasilkan produk makanan yang selamat dengan mematuhi piawaian di bawah Akta
Makanan 1983 dan memperolehi bantuan teknikal yang disediakan di bawah skim ini. Selain
itu, tahniah diucapkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain yang telah membantu dalam
memberikan bimbingan ke arah skim pensijilan MeSTI. Kerjasama pihak pasaraya-pasaraya
besar dalam menyokong usaha kerajaan memasarkan produk dari enterpris yang telah
mendapat pensijilan MeSTI juga adalah sangat dihargai.
Akhir kata, saya menyeru pihak industri makanan supaya mengambil peluang yang ditawarkan
di bawah skim ini untuk meningkatkan tahap keselamatan ke atas makanan yang dihasilkan.
Saranan ini juga adalah selari dengan aspirasi negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi
melalui impak positif penghasilan makanan yang selamat dan berkualiti yang tentunya menjadi
keutamaan bagi pengguna yang bijak.
Sekian, terima kasih.
DATO SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
ii
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
MeSTI 2012
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Saya ingin mengucapkan rasa syukur dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat di
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kerana telah menambahbaik Skim Keselamatan
Makanan 1Malaysia (SK1M) dan menjenamakannya semula kepada Skim Pensijilan Makanan
Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang bertujuan untuk memudahkan pihak industri
makanan melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan selaras dengan kehendak
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Di bawah skim ini, elemen-elemen seperti
kawalan premis, kawalan operasi dan juga kebolehkesanan (traceability) digabungkan sebagai
elemen-elemen utama bagi mendapat pensijilan MeSTI.
Pelaksanaan skim ini juga melibatkan jalinan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi
kerajaan dan swasta dari aspek akses kewangan dan pemasaran. Antara agensi-agensi yang
terlibat adalah Small and Medium Enterprise Cooperation Malaysia (SME Corp. Malaysia),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan pasaraya-pasaraya besar. Tujuan utama
kerjasama pintar ini adalah untuk menarik pihak industri makanan untuk melaksanakan MeSTI
melalui keperluan pemasaran yang ditetapkan oleh pihak pasaraya.
J usteru, skim ini adalah satu usaha murni pihak BKKM untuk terus berusaha ke arah
meningkatkan tahap keselamatan makanan yang dihasilkan oleh pihak industri sebagai
suatu keutamaan. Saya berharap pihak industri makanan tempatan yang telah memperolehi
pengiktirafan pensijilan MeSTI perlu sentiasa mematuhi kehendak pengiktirafan yang telah
diberikan untuk mengekalkan penghasilan makanan yang selamat, bersih dan berkualiti dan
dapat bersaing di peringkat antarabangsa tanpa kompromi ke atas keselamatan makanan.
Sekian, terima kasih.
NORAINI BINTI DATO MOHD OTHMAN
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kata-Kata Aluan
PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
iii
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
1 MeSTI 2012
GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN
MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)
1. PENGENALAN
Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) adalah satu
skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan
1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan
dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil
dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan di
bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi
membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan
sebelum pensijilan diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini,
pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan
didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Antara elemen-elemen utama di
dalam program jaminan keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis,
kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).
Nilai tambah lain yang terdapat di bawah Skim Pensijilan MeSTI ialah penilaian SME
Competetive Rating Evaluation (SCORE) oleh SME Corp dan juga program bimbingan.
Ia juga menjadi keperluan kepada pemasaran produk-produk makanan di Kedai
Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasaraya-pasaraya besar. Skim
ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan kepada
Penjenamaan 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia oleh J abatan Kemajuan Islam Malaysia (J AKIM)
dan J abatan Agama Islam Negeri.
2. OBJEKTIF

Garispanduan ini disediakan bagi membantu industri makanan di Malaysia terutamanya
EKS mematuhi keperluan-keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009 dan seterusnya mendapat pensijilan MeSTI.
3. SKOP
Garis panduan ini boleh digunakan oleh enterpris makanan yang terlibat dalam bidang
pemprosesan makanan di Malaysia, pegawai-pegawai pembimbing dari agensi-agensi
kerajaan, pihak swasta dan pegawai di Ibu Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM), KKM, di J abatan Kesihatan Negeri (J KN) dan Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD) untuk mengetahui panduan dan prosedur pensijilan MeSTI.
4. KELEBIHAN
4.1 Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009.
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
2 MeSTI 2012
4.2 Mendapat kemudahan pengeluaran Sijil Penjualan Bebas dalam tempoh satu
(1) hari TANPA dokumen tambahan.
4.3 Bimbingan pelabelan secara PERCUMA oleh KKM kepada EKS.
4.4 Membantu pihak EKS menyertai Program Pembangunan di bawah SME Corp
dan bimbingan dari segi akses kewangan.
4.5 Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar, KR1M, COOP1M dan
sebagainya.
4.6 Mendapat manfaat melalui aktiviti promosi.
4.7 Pelekat logo MeSTI akan diberikan secara PERCUMA kepada setiap enterpris
yang mendapat pensijilan kali pertama.
4.8 Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan pengguna terhadap
keselamatan makanan produk tersebut.
5. KRITERIA PERMOHONAN
5.1 Premis makanan yang memohon MeSTI perlu mematuhi kriteria-kriteria
berikut:
5.1.1 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
5.1.2 Berdaftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan dan
borang (Borang KKM-PPKM-1/09) boleh diperolehi secara online
melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my.
5.1.3 Premis mempunyai lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi
kerajaan.
6. CARA MEMOHON
6.1 Permohonan MeSTI hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang
Permohonan, MeSTI-1/12 (Lampiran 3) dan boleh diperolehi daripada:
6.1.1 Ibu Pejabat BKKM, KKM.
6.1.2 J abatan Kesihatan Negeri (J KN).
6.1.3 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
6.1.4 Laman web http://fsq.moh.gov.my
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
3 MeSTI 2012
6.2 Semua borang permohonan MeSTI yang lengkap hendaklah dikemukakan ke
J KN atau PKD di mana lokasi premis berada.
6.2.1 Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :
a. Borang Permohonan, MeSTI-1/12 - Lampiran 3.
b. Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12 - Lampiran 4.
c. Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 (jika ada) - Lampiran 5.
d. Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM.
e. Salinan lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan
daripada mana-mana agensi kerajaan.
f. Salinan sijil pendaftaran daripada SSM.
g. Salinan pensijilan sistem jaminan keselamatan makanan (jika ada).
h. Carta alir pemprosesan (jika ada).
7. BAYARAN
Skim ini diberikan secara PERCUMA kepada enterpris makanan bagi tujuan
pengiktirafan.
8. PROSES KELULUSAN
(sila rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI - Lampiran 1)
8.1 Semakan permohonan
8.1.1 Dokumen permohonan yang diterima akan disemak, disahkan dan
direkodkan.
8.1.2 Bagi pemohon yang mempunyai pensijilan sistem jaminan keselamatan
makanan oleh badan pensijilan yang diakreditasi oleh Standards
Malaysia atau pensijilan oleh KKM, pensijilan MeSTI akan diberikan
TANPA audit lapangan.
8.2 Pra Penilaian
8.2.1 Pra Penilaian melibatkan aktiviti audit lapangan dalam tempoh lima
(5) hari dari permohonan lengkap diterima. Audit lapangan dibuat
berdasarkan kepatuhan kepada elemen-elemen seperti yang terdapat
di dalam Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 Lampiran 5.
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
4 MeSTI 2012
8.2.2 J ika pemohon didapati telah bersedia bagi tujuan pensijilan, pihak
juruaudit perlu mengemukakan sokongan kepada J awatankuasa
Pensijilan MeSTI peringkat negeri dan menyediakan laporan akhir bagi
tujuan pensijilan tanpa memerlukan audit susulan.
8.2.3 Sekiranya pemohon didapati belum bersedia, pihak juruaudit perlu
meminta pemohon mengambil tindakan pembetulan bagi setiap
ketidakpatuhan yang didokumenkan berdasarkan laporan awal. Hasil
pra penilaian ini juga akan menentukan samada pemohon perlu
menjalani audit susulan ataupun bimbingan mengikut tempoh yang
ditetapkan.
8.2.4 Pihak juruaudit akan menyerahkan salinan laporan awal kepada
pemohon tidak lewat dari dua (2) hari selepas tarikh audit dijalankan.
8.3 Bimbingan
8.3.1 Status bimbingan akan dibuat berdasarkan penilaian juruaudit semasa
laporan awal pra penilaian bagi membantu pemohon menyediakan
premis mengikut keperluan elemen-elemen MeSTI.
8.3.2 Bimbingan yang akan diberikan berbentuk bimbingan teknikal dari KKM
atau bimbingan Program Pembangunan oleh pihak SME Corp atau
agensi pembimbing yang lain.
8.3.3 Pemohon perlu memberikan komitmen sepenuhnya semasa proses
bimbingan dengan pihak pembimbing dan diberikan masa sehingga
enam (6) bulan untuk melaksanakan tindakan pembetulan serta
membangunkan program jaminan keselamatan makanan.
8.3.4 Audit susulan akan dijalankan sebaik sahaja sesi bimbingan telah
selesai dilaksanakan. Tarikh audit susulan akan ditentukan oleh juruaudit
apabila pihak pemohon memaklumkan kesediaan untuk diaudit.
8.3.5 Sekiranya pemohon memerlukan lanjutan tempoh bimbingan, surat
rayuan lanjutan tempoh bimbingan perlu dikemukakan oleh pemohon
ke J KN. Rayuan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya satu (1) bulan
sebelum tamat tempoh enam (6) bulan tersebut.
8.4 Audit Susulan
8.4.1 Sebelum audit susulan dijalankan, pihak pemohon perlu mengambil
tindakan pembetulan bagi semua ketidakpatuhan yang didokumenkan
oleh pihak juruaudit dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh audit pra
penilaian dijalankan.
8.4.2 Tindakan pembetulan yang dibuat oleh pihak pemohon perlu disertakan
bersama bukti bergambar atau dokumen sokongan yang berkaitan.
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
5 MeSTI 2012
8.4.3 Pemohon perlu memaklumkan kepada pihak juruaudit sekiranya
memerlukan lanjutan tempoh untuk melaksanakan tindakan pembetulan
dengan mengemukakan justifkasi kelewatan melalui surat kepada JKN
dalam masa dua (2) minggu sebelum tamat tarikh akhir tempoh tiga (3)
bulan tersebut.
8.4.4 J ika tiada maklumbalas diterima dari pemohon, permohonan dianggap
terbatal dengan sendirinya.
8.4.5 Audit susulan dijalankan oleh juruaudit bagi mengesahkan kesemua
ketidakpatuhan telah diambil tindakan pembetulan yang memuaskan
oleh pemohon dalam tempoh yang diberikan.
8.4.6 Pihak pemohon yang telah selesai menjalani tempoh bimbingan
selama enam (6) bulan serta mengambil tindakan pembetulan yang
memuaskan perlu membuat permohonan semula.
8.6 Laporan Akhir
8.6.1 Laporan akhir audit akan dikeluarkan oleh pihak juruaudit dalam tempoh
dua (2) hari dari tarikh audit susulan dilaksanakan, walaupun terdapat
ketidakpatuhan yang tidak ditutup.
8.6.2 Laporan akhir adalah merangkumi laporan awal, bukti bergambar dan
dokumen sokongan yang berkaitan.
8.6.3 Pihak juruaudit akan memberikan sokongan pensijilan sekiranya
didapati pemohon telah mematuhi sepenuhnya keperluan elemen-
elemen MeSTI. Salinan laporan akhir tersebut akan diserahkan kepada
pemohon untuk tujuan rekod.
8.7 Kelulusan
8.7.1 Laporan akhir audit akan dibentangkan di dalam Mesyuarat
J awatankuasa MeSTI di J KN untuk tujuan sokongan kelulusan. J ika
terdapat ketidakpatuhan yang masih belum ditutup dan tidak mendapat
sokongan J KN, pihak J KN perlu memaklumkan terus kepada pihak
pemohon beserta salinan laporan akhir dan satu salinan ke Ibu Pejabat
BKKM, KKM.
8.7.2 Laporan audit yang disokong oleh pihak J KN akan dibentangkan di
dalam Mesyuarat J awatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM
untuk tujuan kelulusan.
8.7.3 Permohonan yang lulus akan diberikan sijil pengiktirafan, pelekat logo
MeSTI dan surat iringan dalam tempoh lima (5) hari selepas Ibu Pejabat
BKKM, KKM menerima laporan akhir yang lengkap dari pihak J KN.
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
6 MeSTI 2012
9. TEMPOH SAH LAKU
9.1 Tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah tiga (3) tahun.
9.2 Bagi permohonan yang diluluskan berdasarkan sistem jaminan keselamatan
makanan sedia ada yang telah diiktiraf oleh Standards Malaysia atau KKM,
tempoh permulaan sah pensijilan MeSTI akan mengikut tempoh sah sedia ada
pada sijil sistem jaminan keselamatan makanan tersebut.
10. PEMANTAUAN
10.1 Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali
oleh pihak J KN.
10.2 Pensampelan produk makanan (sampel pemantauan) boleh dilakukan semasa
audit di lapangan sekiranya perlu.
11. PEMBAHARUAN
11.1 Bagi tujuan pembaharuan, pemohon perlu mengemukakan Borang
Permohonan, MeSTI-1/12 yang telah lengkap diisi. (sila rujuk Carta Alir
Kelulusan Pensijilan MeSTI (Pembaharuan)- Lampiran 2)
11.2 Pembaharuan pensijilan perlu dibuat setiap tiga (3) tahun sekali dan
permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat
tarikh sah laku.
12. PEMBATALAN SIJIL
12.1 Pengiktirafan MeSTI boleh ditarik balik atas sebab-sebab seperti berikut:
12.1.1 Terdapat bukti produk yang dikeluarkan menjadi penyebab kepada
kejadian keracunan makanan.
12.1.2 Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.
12.1.3 Sijil GMP atau HACCP KKM atau HACCP dari mana-mana badan
pensijilan yang diiktiraf oleh KKM telah dibatalkan atau pun
digantung.
12.1.4 Pengiktirafan akreditasi badan pensijilan bagi mana-mana sistem
jaminan keselamatan makanan telah ditarikbalik atau digantung
oleh Standards Malaysia.
12.1.5 Terdapat ketidakpatuhan yang belum ditutup melepasi tempoh tiga
(3) bulan yang diberikan semasa audit pemantauan.
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
7 MeSTI 2012
12.1.6 Sekiranya didapati produk yang dihasilkan oleh pemohon terbukti
melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di
bawahnya.
12.2 Tindakan pembatalan sijil yang diputuskan oleh Mesyuarat J awatankuasa
Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM adalah muktamad dan tidak boleh diambil
sebarang tindakan perundangan oleh pihak pemohon.
12.3 Pihak pemohon yang telah dikenakan tindakan pembatalan sijil boleh
mengemukakan rayuan kepada Ibu Pejabat BKKM, KKM.
12.4 Pemohon perlu memaklumkan J KN perkara perkara berikut bagi mengekalkan
pengiktirafan.
12.4.1 Pertukaran alamat premis / nama syarikat.
12.4.2 Menjalankan pengubahsuaian major pada struktur atau rekabentuk
bangunan.
12.4.3 Menerima aduan berkaitan keselamatan produk makanan yang
dikeluarkan.
12.4.4 Terdapat pengeluaran produk makanan baru (melibatkan aliran
proses yang berbeza dari produk makanan yang sedia ada).
13. RAYUAN
13.1 J awatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM berhak untuk
membincangkan status rayuan yang dikemukakan oleh pihak pemohon bagi
tujuan pembaharuan sijil MeSTI.
14. PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pihak pemohon boleh
menghubungi:
Bil. Bahagian / Jabatan / Pejabat /Alamat No.Telefon / Laman Web
14.1 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 3,
Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
No. Tel : 03-8883 3558
No. Faks : 03-8889 3815
Laman web : http://fsq.moh.gov.my
14.2 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri.
Lampiran 6
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
8 MeSTI 2012
15. RUJUKAN
15.1 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Malaysia
15.2 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
15.3 Good Manufacturing Practice (GMP), Malaysian Standard
MS1514:2009
15.4 Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik, BKKM, KKM
15.5 Garis Panduan dan Senarai Semak Pengusaha Industri Makanan - Kebersihan
Makanan
15.6 Garis Panduan Program J aminan Keselamatan Makanan (PJ KM Am) -Bahagian I
15.7 Contoh Manual Program J aminan Keselamatan Makanan (PJ KM Am) -
Bahagian II
15.8 Garis Panduan Sistem Kebolehkesanan Makanan Bagi Pengusaha
15.9 Defnasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) www.smecorp.gov.my
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
9 MeSTI 2012
16. PENGHARGAAN
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai berikut yang
bertanggungjawab dalam menjayakan garispanduan ini.
Penaung
Noraini Binti Dato Mohd Othman
Penasihat
Wee Bee Wah
Ketua Editor
Mohd Salim Bin Hj Dulatti
Editor
Chin Cheow Keat
Nor Kamilah Binti Mohamad Alwi
Abdul Hadi Bin Ismail
Turut Membantu
Amran Bin Hasan
Hasniza Binti Hassan
Shanmugam A/L Supramaniam
Muhammad Muhayudeen Bin Musa
Zainatul Emelia Binti Zainal Abidin
Kamal Bin Karim
Ong Hooi Theng
Siti Irfah Binti Md Ishak
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
10 MeSTI 2012
Lampiran 1
CARTA ALIR KELULUSAN PENSIJILAN MeSTI (BARU)
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
11 MeSTI 2012
Lampiran 2
CARTA ALIR KELULUSAN PENSIJILAN MeSTI (PEMBAHARUAN)
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
12 MeSTI 2012
MeSTI-1/12
BORANG PERMOHONAN
BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERMOHONAN
PEMBAHARUAN
1. NAMA SYARIKAT 8. NO. TELEFON BIMBIT
9. NO. TELEFON / NO. FAKS
2. ALAMAT SYARIKAT 10. PENSIJ ILAN SISTEM J AMINAN KESELAMATAN MAKANAN
SEDIA ADA
Ada Tiada
(jika ada, sila lampirkan salinan sijil)
3. NAMA PEMOHON
(seperti di dalam kad
pengenalan)
11. PEMBEKAL BAGI SYARIKAT:
a. PASARAYA BESAR
Sila Nyatakan (Contoh: TESCO, MYDIN):
b. KEDAI RUNCIT
c. LAIN-LAIN Sila Nyatakan :
4. NO KAD PENGENALAN
5. EMEL PEMOHON 12. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:
a. LAMPIRAN PENDAFTARAN SURUHANJ AYA SYARIKAT
MALAYSIA (SSM)
b. LAMPIRAN SLIP PENDAFTARAN PREMIS KKM
c. LAMPIRAN LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN /
SURAT PENGESAHAN DARI AGENSI KERAJ AAN
d. CARTA ALIR PEMPROSESAN (JIKA ADA)
e. SENARAI SEMAK ELEMEN MeSTI-3/12 (JIKA ADA)
6. NAMA PREMIS
7. ALAMAT PREMIS
BAHAGIAN B : MAKLUMAT PREMIS
(sila tandakan pada yang berkaitan)
1. PASARAN
Domestik Eksport
2. KATEGORI INDUSTRI
Mikro Enterprise = Bil. Pekerja < 5 Orang, Jualan
Pulangan Tahunan < RM250,000
3.BILANGAN PEKERJ A
Sila nyatakan :
Enterprise Kecil = Bil. Pekerja antara 5 hingga 50
orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM250,000
dan < RM10 juta
Enterprise Sederhana = Bil. Pekerja antara 51 hingga
150 orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM10
juta dan RM25 juta
4. ANGGARAN PULANGAN
TAHUNAN (RM)
Sila nyatakan:
Industri Besar = Bil. Pekerja= 150 pekerja, Jualan
Pulangan Tahunan > RM25 juta
BAHAGIAN C : MAKLUMAT PRODUK
KATEGORI PRODUK 1. 2. J ENIS PRODUK
3. CARTA ALIR
PEMPROSESAN
(sila lampirkan salinan carta alir jika ada)
BAHAGIAN D : PENGESAHAN PERMOHONAN
TANDATANGAN PEMOHON :
.................................................................
COP RASMI SYARIKAT
J AWATAN : TARIKH:
BARU
Lampiran 3
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
13 MeSTI 2012
Lampiran 4
PEMOHON
KEGUNAAN
PEJABAT
(PKD/JKN)
No. Perkara ( / X)

( / X)

1 Borang Permohonan MeSTI-1/12


2 Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia
3 Slip Pendaftaran Premis KKM
4
Salinan Lesen/Dokumen Sokongan Dari PBT/Agensi Kerajaan
(jika berkaitan)
5
Salinan Pensijilan / Pensijilan Sistem J aminan Keselamatan Makanan
(jika ada)
6 Carta Alir Pemprosesan (jika ada)
7 Senarai Semak Elemen MeSTI-3/12 (jika ada)
Pengesahan Maklumat/Dokumen
(tanda tangan dan cop)






Untuk Kegunaan JKN/PKD
Tarikh Terima :
Tarikh Proses :
Status Permohonan
Lengkap Tidak Lengkap
Tindakan :

Disahkan Oleh :

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SENARAI SEMAK PERMOHONAN
Nama Premis :
Alamat Premis :
MeSTI-2/12
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
14 MeSTI 2012
SENARAI SEMAK ELEMEN
BAHAGIAN A : KAWALAN PREMIS
ELEMEN 1 - REKABENTUK DAN KEMUDAHAN
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
1.1 Lokasi 1.1.1 Adakah lokasi premis sesuai bagi
aktiviti pemprosesan dan terhindar dari punca
pencemaran?Jika tidak, adakah terdapat kawalan
yang sesuai?
1.2 Susun Atur
Manual PJKM Am Pelan Susun
Atur Kilang (m/s 14)
1.2.1 Adakah terdapat pelan susun atur premis?
1.2.2 Susun atur dapat mengelakkan pencemaran
silang
1.2.3 Adakah susun atur memudahkan aktiviti
pembersihan?
1.3 Peralatan &
Perkakasan
Manual PJKM Am Prosedur 6.0:
Penyelenggaraan dan Sanitasi
(m/s 15/17)
1.3.1 Peralatan dan perkakasan berkeadaan baik
dan sesuai
1.3.2 Peralatan dan perkakasan yang tidak
digunakan dikeluarkan dari premis
1.3.3 Peralatan dan perkakasan mudah
dibersihkan
1.3.4 Papan pemotong secara berasingan bagi
bahan mentah dan bahan makanan bermasak
(jika berkenaan)
1.3.5 Kesemua alat pengukur termasuk pengukur
masa, suhu dan berat perlu disukat (dikalibrasi)
mengikut keperluan
1.3.6 Mempunyai prosedur pembersihan dan
penyelenggaraan bagi peralatan
1.4 Bekalan Air/Ais/
Stim
Manual PJKM Am Prosedur 11.0:
Kawalan Bahan Mentah (m/s 31/33)
1.4.1 Bekalan air yang selamat
1.4.2 Bekalan air yang mencukupi dan terlindung
dari pencemaran: bekas yang bertutup
1.4.3 Ais yang digunakan dari sumber air yang
selamat serta diisimpan dalam bekas serta
terlindung dari pencemaran
1.4.4 Stim dari sumber air yang selamat dan tidak
mencemar makanan
1.4.5 Adakah terdapat laporan analisis bagi
penentuan kualiti air yang digunakan? (jika
sumber air bukan dari JBA)
1.5 Sinki Mencuci
Tangan
Manual PJKM Am Prosedur 6.0:
Penyelenggaraan dan Sanitasi
(m/s 15-17)
1.5.1 Sinki beroperasi secara bebas tangan
(hands free operated)
1.5.2 Sinki mencuci tangan disediakan dengan
kemudahan sabun atau bahan cuci cecair dan
air mengalir secukupnya termasuk tisu/pengering
tangan dan tong sampah berpenutup
1.5.3 Mempunyai prosedur 7 langkah cuci tangan
dalam bentuk poster dan sebagainya?
1.6 Tandas
Manual PJKM Am Prosedur 6.0:
Penyelenggaraan dan Sanitasi
(m/s 15-17)
1.6.1 Berkeadaan bersih, tidak berbau dan tidak
rosak
1.6.2 Mempunyai sumber air yang bersih
MeSTI-3/12
Lampiran 5
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
15 MeSTI 2012
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
1.6.3 Mempunyai kemudahan mencuci tangan
selepas keluar dari tandas beserta tisu/pengering
tangan, sabun atau cecair pencuci yang sesuai
dalam dispenser dengan air yang bersih
1.6.4 Tidak terbuka secara terus kepada bilik atau
bahagian penyediaan / pemprosesan makanan /
penyimpanan makanan
1.6.5 Mempunyai prosedur pembersihan bagi
tandas
1.7 Bilik/ Ruang
Persalinan
1.7.1 Mempunyai bilik/ruang persalinan
1.8 Setor
Penyimpanan
Manual PJKM Am Prosedur 9.0:
Penyimpanan Makanan (m/s 27-28)
1.8.1 Sentiasa berkeadaan baik dan bersih
1.8.2 Mempunyai sistem pengudaraan yang baik
1.8.3 Mempunyai suhu yang sesuai dengan produk
yang disimpan
1.8.4 Barang disusun bagi memudahkan aktiviti
pembersihan
1.8.5 Bahan kimia bukan makanan disimpan
secara berasingan dengan bahan makanan/
bahan pembungkusan makanan
1.8.6 Prosedur dan rekod yang lengkap bagi
setiap bahan kering/bahan mentah/bahan
pembungkusan/bahan kimia bukan makanan
yang disimpan di setor
1.8.7 Mempunyai semua rekod bahan kering/
bahan mentah/bahan kimia termasuk sumber dari
mana ia di perolehi
ELEMEN 2 - PENGENDALI MAKANAN
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
2.1 Pemeriksaan
Kesihatan
Manual PJKM Am Prosedur
2.0:(ms 7-8)
2.1.1 Menjalani pemeriksaan kesihatan dan
mempunyai rekod yang sah
2.2 Suntikan Vaksin
Anti Tifoid
Manual PJKM Am Prosedur 3.0:
Kawalan Penyakit Berjangkit
(m/s 9-10)
2.2.1 Telah mendapat vaksinasi anti tifoid dan
mempunyai rekod yang sah
2.2.2 Prosedur untuk melaporkan pekerja
berpenyakit berjangkit
2.3 Amalan
Pengendali
Manual PJKM Am Prosedur 4.0:
Kebersihan Pengendali/Pekerja
(m/s 12-13)
2.3.1 Tidak merokok/meludah/ batuk/ bersin dan
melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan
pencemaran kepada makanan
2.3.2 Apron / pakaian pelindung tidak dibawa ke
dalam tandas
2.3.3 Makanan tidak boleh diletakkan bersentuhan
secara langsung dengan bahan yang boleh
mencemarkan makanan
2.3.4 Prosedur berkaitan amalan pengendalian
makanan
2.4 Kebersihan Diri
Pengendali &
Pelawat
Manual PJKM Am Prosedur 3.0:
Kawalan Penyakit Berjangkit
(m/s 9-11)
Manual PJKM Am Prosedur 4.0:
Kebersihan Pengendali/Pekerja
(m/s 12-13)
2.4.1 Pakaian bersih yang sesuai dan memakai
pakaian pelindung luar/apron yang sesuai warna
cerah
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
16 MeSTI 2012
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
2.4.2 Memakai penutup kepala/penutup rambut
2.4.3 Memakai penutup mulut (jika perlu)
2.4.4 Memakai sarung tangan (jika perlu)
2.4.5 Tidak memakai barang kemas dan aksesori
2.4.6 Memakai kasut bertutup (jika perlu)
2.4.7 Kuku pendek dan bersih
2.4.8Tiada luka /kudis terbuka dan dirawat dengan
baik
2.4.9 Rekod pemeriksaan amalan dan kebersihan
diri pengendali makanan
2.4.10 Rekod pengistiharan kesihatan diri
pelawat
2.4.11 Prosedur pakaian yang seragam dan
mematuhi keperluan
ELEMEN 3- LATIHAN
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
3.1Kursus Latihan
Pengendali
Makanan (LPM)
Manual PJKM Am Prosedur 1.0:
Latihan (m/s 1-6)
3.1.1Semua pengendali makanan telah menjalani
Kursus Latihan Pengendali Makanan di sekolah
(SLPM) yang diiktiraf oleh KKM.
3.1.2 Mempunyai prosedur program latihan
pengendali makanan untuk pekerja
3.2 Rekod Latihan 3.2.1Mempunyai rekod latihan dan sijil latihan
disimpan ditempat yang sesuai dan mudah
diperiksa
ELEMEN 4 PENYELENGGARAAN DAN SANITASI
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
4.1 Keadaan Lantai
Manual PJKM Am Prosedur 6.0:
Penyelenggaraan dan Sanitasi
(m/s 15-20)
4.1.1Permukaan lantai bersih dan berkeadaan
baik dan air tidak bertakung
4.1.2 Mempunyai prosedur pembersihan lantai
4.2 Keadaan Dinding,
Siling, Kipas,
Tingkap Dan Pintu
4.2.1Dinding, siling, kipas, tingkap dan pintu
mesti bersih dan tidak menyumbang kepada
pencemaran
4.2.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
4.3 Keadaan Lampu 4.3.1Lampu bersih dan berkeadaan baik*
(berpenutup di kawasan pemprosesan)
4.3.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
4.4 Saliran 4.4.1Saliran bersih meliputi longkang dan parit
4.4.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
4.5 Longgokan
Sampah
Manual PJKM Am Prosedur 14.0:
Kawalan Bahan Buangan dan
Pelupusan Sisa (m/s 38-39)
4.5.1 Tiada longgokan sampah di kawasan luar
dan dalam premis
4.5.2 Mempunyai prosedur pembuangan sampah
beserta jadual dan rekod pembersihan
4.6 Persekitaran
Premis
Manual PJKM Am Prosedur
14:(m/s 38-39)
4.6.1 Persekitaran premis berkeadaan bersih
4.6.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
17 MeSTI 2012
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
4.7 Aktiviti
Pembersihan
Manual PJKM Am Prosedur 6.0:
Penyelenggaraan dan Sanitasi (m/s
15-20)
4.7.1 Pembersihan dijalankan sekurang-
kurangnya sekali sehari berdasarkan jadual
kebersihan yang disediakan
4.7.2 Pembersihan tidak dilakukan ketika
penyediaan/ pemprosesan makanan
4.7.3 Agen pencuci dan penyahjangkitan yang
sesuai dan disimpan di tempat yang berasingan
daripada kawasan pemprosesan makanan
4.7.4 Peralatan dan perkakasan dicuci dengan
bersih sebelum dan sesudah digunakan
4.7.5 Prosedur pembersihan peralatan yang
betul dan mencukupi beserta jadual dan
rekod (cth:cucian/biasa/CIP:kepekatan/masa/
pemeriksaan/ujian)
4.8 Kawalan Makhluk
Perosak
Manual PJKM Am Prosedur 12.0:
Kawalan Makhluk Perosak (m/s
34-35)
4.8.1 Tiada penggunaan racun di dalam kawasan
pemprosesan bagi mengawal makhluk perosak
4.8.2 Terdapat kaedah kawalan makhluk perosak
4.8.3 Kawalan makhluk perosak dijalankan
dengan berkesan
4.8.4 Tiada tanda kehadiran makhluk perosak
4.8.5 Mempunyai prosedur kawalan makhluk
perosak dan rekod pemeriksaan
4.9 Pengurusan Sisa
Buangan (Pepejal
& Cecair)
Manual PJKM Am Prosedur 14.0:
Kawalan Bahan Buangan dan
Pelupusan Sisa (m/s 38-39)
4.9.1 Bahan buangan tidak dibiarkan terlalu lama
dalam premis makanan
4.9.2 Tong sampah dibasuh dan berkeadaan baik
4.9.3 Bilangan tong sampah mencukupi dan
berpenutup
4.9.4 Tempat pengumpulan/pelupusan sampah
adalah berkeadaan bersih dan diselenggara
4.9.5 Mempunyai prosedur pembuangan bahan
dan pelupusan sisa
BAHAGIAN B : KAWALAN OPERASI
ELEMEN 5 KAWALAN BAHAN MENTAH
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
5.1 Kawalan
Penerimaan Bahan
Mentah
Manual PJKM Am Prosedur 11.0:
(m/s 31-32)
5.1.1 Terdapat kawalan semasa penerimaan
bahan mentah dan rekod mengenainya
5.1.2 Prosedur yang lengkap bagi setiap bahan
mentah
5.2 Kawasan
Penerimaan
5.2.1 Bahan mentah diterima di kawasan yang
sesuai
5.3 Kemudahan
Mencuci Bahan
Mentah
5.3.1 Mempunyai kemudahan mencuci bahan
mentah yang berasingan
5.3.2 Mempunyai prosedur pencucian bahan
mentah
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
18 MeSTI 2012
ELEMEN 6 KAWALAN PROSES
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
6.1 Kawalan Ke
Atas Bahaya
Mikrobiologi
Manual PJKM Am Prosedur 7.0:
Kawalan Pemprosesan Makanan
(m/s 21-24)
6.1.1 Terdapat kawalan mikrobiologi bagi setiap
langkah pemprosesan yang berkaitan suhu, masa,
aw, kelembapan, kepekatan atau keasidan
6.1.2 Mempunyai prosedur kawalan mikrobiologi
disepanjang rantaian pemprosesan
6.1.3 Amalan pencegahan pencemaran silang
yang berkesan
6.1.4 Rekod yang berkaitan adalah lengkap
6.2 Kawalan Ke Atas
Bahaya Kimia
Manual PJKM Am Prosedur 13.0:
Prosedur Kawalan Bahan Kimia
(m/s 36-37)
6.2.1 Terdapat kawalan kimia bagi setiap langkah
pemprosesan yang berkaitan penggunaan bahan
aditif makanan yang dibenarkan mengikut kepekatan,
suhu, paras minimal/maksimal atau masa.
6.2.2 Tiada bahan aditif yang tidak dibenarkan atau
bahan kimia bukan makanan diguna sepanjang
rantaian pemprosesan
6.2.3 Mempunyai prosedur kawalan bahan kimia
disepanjang rantaian pemprosesan
6.2.4 Rekod yang berkaitan
adalah lengkap
6.3 Kawalan Ke Atas
Bahaya Fizikal
6.3.1 Terdapat kawalan zikal yang sesuai bagi
setiap langkah pemprosesan yang berkaitan
pencemaran benda asing seperti penapisan,
ayakan atau penggunaan alat pengesan logam
6.3.2 Mempunyai prosedur kawalan pencemaran
zikal di sepanjang rantaian pemprosesan
6.3.3 Rekod yang berkaitan adalah lengkap
ELEMEN 7 KAWALAN PEMBUNGKUSAN
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
7.1 Bahan
Pembungkus
7.1.1 Menggunakan bahan pembungkus yang
tidak mencemar produk makanan
7.2 Kawasan
Pembungkusan
7.2.1 Proses pembungkusan dijalankan di
kawasan yang sesuai
7.3 Aktiviti
Pembungkusan
Manual PJKM Am Prosedur 8.0:
Pembungkusan Makanan
(m/s 25-26)
7.3.1 Mempunyai prosedur kawalan proses
pembungkusan yang didokumenkan
7.3.2 Aktiviti pembungkusan tidak dilakukan di
atas lantai
ELEMEN 8 KAWALAN PENYIMPANAN
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
8.1 Pengasingan
Penyimpanan
8.1.1 Makanan dan bukan makanan disimpan
secara berasingan
8.1.2 Prosedur penyimpanan bahan mentah /
produk siap yang didokumenkan dan direkodkan
mengikut keperluan produk tersebut
8.2 Sistem
Penyimpanan
8.2.1Menggunakan sistem FIFO/FEFO (First In
First Out / First Expiry First Out)
8.3 Kaedah
Penyimpanan
8.3.1 Tiada makanan diletakkan di atas lantai
(jarak dari lantai 20cm dan dari dinding 15cm
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
19 MeSTI 2012
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
8.3.2 Tidak mencampur makanan mentah dengan
makanan terproses dalam bekas yang sama
8.3.3 Makanan berisiko tinggi dan bahan mentah
yang mudah rosak disimpan pada suhu yang
sesuai di dalam bekas yang bertutup/berbungkus
8.3.4 Tidak menyimpan makanan sejuk beku/
dingin melebihi muatan di dalam peti sejukbeku
/ petisejuk
8.3.5 Rantaian sejuk (cold chain) makanan dingin/
sejuk beku tidak terganggu
8.3.6 Menyimpan makanan pada suhu sesuai
dengan sifat semulajadi makanan tersebut
8.3.7 Tidak meletakkan dan menyimpan
bahan kimia bukan makanan dalam kawasan
pemprosesan makanan
8.3.8 Rekod berkaitan dan lain-lain kawalan
8.4 Pelabelan Bahan
Mentah
8.4.1 Bahan mentah/ ramuan makanan dilabel
ELEMEN 9 KAWALAN PENGANGKUTAN & PENGEDARAN
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
9.1 Kenderaan
Pengangkut
Manual PJKM Am Prosedur 10.0:
Pengedaran Makanan (m/s 29-30)
9.1.1 Kenderaan pengangkut yang digunakan sesuai
9.1.2 Prosedur pengedaran dan pengangkutan
makanan yang didokumenkan dan direkodkan
mengikut keperluan
9.2 Kebersihan
Kenderaan
Pengangkut Untuk
Tujuan Pengedaran
9.2.1 Kenderaan pengangkut berkeadaan
bersih, dikawal dan diverikasi
9.2.2 Rekod yang menunjukkan jadual dan kaedah
pencucian /kekerapan dan tanggungjawab bagi
kenderaan pengangkutan
9.3 Suhu Kenderaan
Pengangkut
9.3.1 Jika menggunakan kenderaan pengangkut
sejuk atau sejukbeku, adakah suhunya
bersesuaian
9.3.2 Rekod kawalan suhu
ELEMEN 10 KAWALAN KEBOLEHKESANAN
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan
(Sub sub elemen)
MEMATUHI ( / )
(diisi oleh pemohon)
Penemuan Hasil Audit
Kendiri
Ya Tidak
TINDAKAN PEMBETULAN
YANG DIAMBIL
10.1 Kebolehkesanan
Manual PJKM Am Prosedur 7.0:
Kawalan Pemprosesan Makanan
(m/s 21-24)
Manual PJKM Am Prosedur 10.0:
Pengedaran Makanan (m/s 29-30)
10.1.1 Terdapat kaedah mengenalpasti atau
mengesan semula produk yang diedarkan
sekiranya berlaku aktiviti pelanggaran
10.1.2 Mempunyai prosedur kebolehkesanan
yang didokumenkan
10.1.3 Boleh mengenalpasti semua sumber bahan
mentah/bahan pembungkus
10.1.4 Boleh mengenalpasti semua produk siap
dihantar keluar kilang
10.1.5. Rekod yang lengkap
Nota - Setiap elemen yang memerlukan prosedur perlu dilengkapkan dengan skop, objektif, kaedah, jadual / kekerapan, rekod,
tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas.
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
20 MeSTI 2012
Lampiran 6
SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,
JABATAN KESIHATAN NEGERI
1. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Perlis,
Km 1, J alan Abi Tok Hashim,
01000 Kangar,
Perlis Indera Kayangan.
Tel: 04-9766989/9768114
Faks: 04-9767419/9776369
http://jknperlis.moh.gov.my
3. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 35 & 37, KOMTAR,
10590 Pulau Pinang.
Tel: 04-2625533
Faks: 04-2613508
http://jknpenang.moh.gov.my
5. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Selangor,
Tingkat 27, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-55182121
Faks: 03-55185195/55185196
http://jknselangor.moh.gov.my
7. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Sembilan,
J alan Rasah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-7664800
Faks: 06-7675506
http://jknns.moh.gov.my
2. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Kedah,
J alan Kuala Kedah,
05400 Simpang Kuala Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-7741000
Faks: 04-7741022
http://jknkedah.moh.gov.my
4. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan
J abatan Kesihatan Negeri Perak
J alan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30590 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-2490200
Faks: 05-2550740
http://jknperak.moh.gov.my
6. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan WP Kuala Lumpur,
J alan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.
Tel: 03-26940701
Faks: 03-26940702/26910263
http://jknkl.moh.gov.my
8. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Melaka,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan,
J alan Business City, Bandar MITC,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06-2345959
Faks: 06-2345951
http://jknmelaka.moh.gov.my
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)
21 MeSTI 2012
SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,
JABATAN KESIHATAN NEGERI
9. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri J ohor,
Tingkat 15, Menara MSC Cyberport
No.5 J alan Bukit Meldrum
80300 J ohor Bharu,
J ohor Darul Takzim.
Tel: 07-2231110
Faks: 07-2217278
http://jknjohor.moh.gov.my
11. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Terengganu,
Cawangan Kuala Terengganu Business
Centre (KTBC),
Lot 28.01-28.05, PT.1247K,
J alan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-6226028
Faks: 09-6221385
http://jknterengganu.moh.gov.my
13. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Sarawak
J alan Tun Abang Haji Openg,
93590 Kuching,
Sarawak.
Tel: 082-237835/237837/237853
Faks: 082-258849/237837
http://jknsarawak.moh.gov.my
15. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan WP Labuan,
Peti surat 81736,
87018 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 087-596000
Faks: 087-419011
087-419011(Kesihatan Awam)
http://jknlabuan.moh.gov.my
10. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Pahang,
Tingkat 2, Bangunan KWSP,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-5734289/5734281
Faks:09-5739158
http://jknpahang.moh.gov.my
12. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Kelantan ,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan,
15590 Kota Baharu,
Kelantan Darul Naim.
Tel: 09-7413300 /7123405
Faks:09-7472818/7126781
http://jknkelantan.moh.gov.my
14. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
J abatan Kesihatan Negeri Sabah ,
Tingkat 5, Wisma BSN Sabah,
J alan Kemajuan, Karamunsing,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah.
Tel: 088-248201
Faks: 088-248215
http://jknsabah.moh.gov.my

You might also like