You are on page 1of 20

X PENGENALAN

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung di


dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan
yang dimainkan oleh seseorang guru di dalam sesebuah sekolah amat penting,
terutama daripada segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Coopes
(1988), berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai ilmu
pengetahuan, khususnya kemahiran mengajar seperti:
(a) Menguasai ilmu pengetahuan di dalam teori pembelajaran dan psikologi
manusia.
(b) Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta
mewujudkan interaksi yang positif di dalam pelbagai hala.
(c) Mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap di dalam mata pelajaran yang
diajar.
(d) Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang membolehkan pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah dan teknik yang
betul.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1

X
Konsep Asas
Psikologi
Pendidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Memberi definisi psikologi;
2. Menjelaskan sejarah perkembangan psikologi;
3. Menjelaskan pengertian psikologi pendidikan; dan
4. Menghuraikan kepentingan psikologi pendidikan kepada guru.
X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
2
Oleh kerana guru mendidik generasi baru, guru mestilah juga menguasai aspek
psikologi terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan manusia. Dengan
pengetahuan ini guru dapat merancang, menyampai dan menilai pengajarannya
dengan lebih berkesan lagi. Di samping itu juga, guru dapat menjalankan
tugasnya sebagai pengganti ibu bapa, iaitu boleh memberi pandangan, nasihat
dan tunjuk ajar dalam aspek tingkah laku dan hal-hal peribadi pelajar.
DEFINISI PSIKOLOGI
Psikologi adalah perkataan yang berasal daripada tamadun Greek purba, iaitu
daripada perkataan psyche dan logos. 'Psyche bermaksud jiwa dan 'logos'
bermaksud kajian mengenai sesuatu.

Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang
memberi kesan kepada jiwa seseorang. Merujuk kepada Kamus Dewan,
psikologi didefinisikan sebagai:


Daripada definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa kajian mengenai sesuatu
yang dimaksud oleh perkataan logos ialah kajian mengenai pemikiran yang
dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.

Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian
psikologi ini. Antaranya ialah:
(a) The scientific study of the way the human mind works and how it
influences behaviour, or the influence of a particular persons character on
their behaviour. (Cambridge International Dictionary of English, p.383).
(b) Henry L. Roediger dan rakan (1984) mendefinisikan psikologi seperti
berikut: Psychology may be defined as the systematic study of behavior
and mental life.
(c) Kalat (1999), mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang
tingkah laku manusia dan pengalaman. Williams (1960), pula telah
mendefinisikan psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk
tingkah laku dan aktiviti.
1.1
Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung
dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan
seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami
sifat manusia.
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
3
(d) Wittaker (1970), di dalam bukunya Introduction to Psychology mengatakan
psikologi ialah sains tingkah laku. Oleh itu dapat dikatakan bahawa
psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara
saintifik.

Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang
penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
Daripada perkataan psikologi yang berasal daripada tamadun Greek purba, kita
boleh merumuskan yang bidang ini mempunyai sejarah yang lama yang telah
bermula daripada zaman Greek purba lagi.

Kajian atau ilmu psikologi telah bermula semasa zaman awal Greek lagi, iaitu
pada tahun 384 hingga 322 Sebelum Masehi oleh tokoh-tokoh seperti Socrates,
Plato dan Aristotle. Pada masa ini, psikologi adalah sebahagian daripada ilmu
falsafah dan bukan lagi satu kajian saintifik tersendiri.

Selepas zaman awal Greek ini, sejarah psikologi dapat dibahagikan kepada
peloporan beberapa fahaman dan aliran yang dikemukakan oleh beberapa tokoh
psikologi seperti:

(a) Aliran Interaksionisme
Konsep interaksionisme mula diperkatakan oleh Rene Descartes (1595
1650), seorang ahli falsafah dan pakar matematik Perancis yang
memperkatakan tentang manusia terdiri daripada gabungan pemikiran
dan badan atau jasad dan roh. Konsep ini menentang pendapat dualisme,
iaitu manusia terdiri daripada jasad yang terpisah daripada roh.

1.2
AKTIVITI 1.1
1. Psikologi dikatakan berkaitan dengan proses mental dan tingkah
laku manusia. Apakah proses mental dan tingkah laku yang
dikaji oleh ahli psikologi? Berikan contoh.

2. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda mengatasi masalah
disiplin pelajar di dalam bilik darjah?
X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
4
(b) Aliran Empirisme
Pada abad ke 17 dan 18 di England, timbul pula aliran falsafah empirisme.
Antara tokoh falsafah psikologi yang terkenal pada masa itu adalah John
Locke (1632 1704) dan George Berkeley (1685 1753). John Locke telah
mengemukakan konsep tabula rasa, iaitu jiwa manusia kosong semasa
dilahirkan.

(c) Aliran Strukturalisme
Seterusnya, aliran strukturalisme muncul di Jerman. Tokohnya ialah
Wilhelm Wundt (1832 1920). Fahaman ini dikenali sebagai strukturalisme
sebab ahli-ahlinya menumpukan kajian kepada pengalaman sedar, iaitu
mengkaji apa yang boleh dinyatakan oleh seseorang di dalam pengalaman
sedarnya. Wundt telah mengkaji perasaan, sikap, persepsi dan tanggapan
individu terhadap sesuatu keadaan.
Wundt boleh dianggap sebagai ahli psikologi moden yang pertama dan
beliau telah menulis tentang kajiannya yang mengandungi 50,000
perkataan. Pada tahun 1879, Wilhelm Wundt telah membina makmal
psikologi yang pertama di Leipzig, Jerman. Oleh kerana itu, beliau telah
digelar sebagai Bapa Psikologi.

Rajah 1.1: Wilhelm Wundt: Bapa psikologi

Ahli psikologi strukturalis telah mengenal pasti tiga komponen utama
pengalaman sedar, iaitu sensasi, imej dan afeksi. Sensasi meliputi
penglihatan, bunyi, bau, rasa dan pemerasaan. Imej pula merupakan
pengalaman yang tidak wujud, seperti ingatan mengenai seseorang atau
peristiwa. Manakala afeksi meliputi reaksi emosional seperti cinta, kasih
sayang, bahagia dan cemburu.

Elemen pengalaman ini dipercayai akan bergabung di dalam pengalaman
seseorang dalam proses perkaitan (process of association). Ahli psikologi
strukturalis telah membahagikan pengalaman seseorang kepada elemen
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
5
yang tertentu melalui teknik analytic introspection. Salah seorang pelajar
Wundt, iaitu Edward Bradford Titchener (1867-1927) telah mendirikan
makmal psikologi di Universiti Cornell dan mengasaskan kajian
strukturalisme di Amerika.

(d) Aliran Fungsionalisme
Di Amerika pula timbul aliran functionalisme yang diasaskan oleh John
Dewey (1859-1952) dan William James (1842- 1910). Aliran ini dinamakan
functionalisme sebab ia menekankan pengalaman sedar dan tingkah laku.
Fahaman ini mengkaji bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk
berfikir dan menghasilkan tingkah laku. Mereka juga berpendapat proses
mental adalah sentiasa aktif dan berterusan. Fahaman ini dipengaruhi oleh
teori evolusi manusia yang dikemukakan oleh Darwin dan falsafah
pragmatisme (pemikiran yang berdasarkan praktikal bukan teori).
William James telah dianggap sebagai ahli psikologi Amerika yang
pertama. Beliau merupakan orang Amerika pertama yang menubuhkan
makmal psikologi di Amerika Syarikat, memperkenalkan kursus psikologi
dan menerbitkan dua jilid buku yang dinamakan The Principles of
Psychology.

(e) Aliran Behaviourisme
Aliran behaviorisme muncul di Amerika Utara dan diasaskan oleh J.B.
Watson (1878 1958) yang popular dengan Teori Pelaziman Klasik di mana
beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak, Albert dan
seekor tikus putih. Pada tahun 1913, Watson telah menerbitkan
pendapatnya yang bertajuk, Psychology as the Behaviorist Views It. Di
dalam artikel tersebut, beliau dengan jelas mengatakan psikologi ialah ilmu
yang mengkaji tingkah laku yang nyata (overt behaviour).
Tokoh lain ialah Pavlov, Thorndike, Skinner, Hull. Aliran ini juga dikenali
sebagai Associationism, iaitu mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa
atau antara dua idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran.
Ahli psikologi aliran ini menjalankan kajian ke atas haiwan seperti tikus,
kucing dan anjing. Prinsip pembelajaran atau tingkah laku yang diperoleh
melalui kajian ini akan cuba diaplikasi kepada pembelajaran atau tingkah
laku manusia. Aliran ini juga memfokus kajian kepada tingkah laku
manusia dan menolak aspek kerohanian. Aliran behaviorisme dipengaruhi
kuat oleh aliran falsafah logik positif (logical positivism). Aliran falsafah
logik mengemukakan pendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan
perlu disahkan melalui cara yang empirikal atau pemerhatian yang
sistematik. Konsep kritikal yang dikemukakan oleh aliran ini ke dalam
ilmu psikologi ialah definisi operasional (operational definition).
X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
6
Definisi operasional ialah konsep saintifik yang merujuk kepada proses
pengukuran kepada sesuatu yang dikaji. Contohnya lapar, boleh
didefinisikan sebagai sesuatu yang dialami oleh manusia atau haiwan
setelah tidak makan pada masa yang sepatutnya mereka makan. Definisi
ini masih tidak dapat diterima oleh aliran logik positif kerana di dalam
definisi operasional perlu wujud pengukuran yang tepat tentang masa
tidak mendapat makanan dan keadaan seseorang yang berasa lapar itu.
Untuk mengesahkan hal ini perlu ada satu cara pengukuran. Ahli psikologi
behaviorisme juga menegaskan tujuan ilmu psikologi ialah untuk
menghurai, menerang, meramal dan mengawal tingkah laku.

(f) Aliran Psikologi Gestalt
Di Jerman, pada masa yang sama, timbul pula fahaman psikologi gestalt.
Fahaman ini timbul sebagai reaksi kepada pendapat ahli strukturalisme.
Ahli psikologi gestalt berpendapat manusia mempersepsi dunia di dalam
bentuk satu keseluruhan (unitary whole), atau gestalt (gestalt ialah
daripada perkataan Jerman gestalten, yang boleh diterjemahkan sebagai
keseluruhan, pola atau terorganisasi). Tiga tokoh yang telah
mengasaskan fahaman ini ialah Max Wertheimer (1880-1943), Wolfgang
Kohler (1887-1967) dan Kurt Koffka (1886-1941).

(g) Aliran Humanistik
Aliran humanistik diasaskan oleh Abraham Maslow (1908-1970) dan Carl
Rogers (1902-1987). Pendekatan humanis menekankan cara fikiran,
pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa
atau kejadian. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang
individu bertanggungjawab ke atas tindakannya. Contohnya, kalau
seseorang ingin mencapai kecemerlangan di dalam hidup, dia hendaklah
bertindak atau berusaha ke arah pencapaian matlamat hidupnya. Menurut
pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu ialah
kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai pemenuhan kendiri
(self-actualisation). Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan
untuk mengembangkan potensinya ke tahap yang maksimum. Walaupun
terdapat halangan, kecenderungan semula jadi ialah untuk mencapai
pemenuhan kendiri atau mengembangkan potensi ke tahap maksimum.
Konsep pemenuhan kendiri ini dipelopori oleh Maslow.

(h) Aliran Kognitivisme
Aliran kognitivisme (cognitivism) dipelopori oleh tokoh-tokoh psikologi
gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Ahli-ahli psikologi
daripada aliran ini berminat mengkaji pemikiran manusia, persepsi dan
penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif,
kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain.

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
7
(i) Aliran Konstruktivisme
Daripada ahli-ahli psikologi kognitif timbul pula ahli psikologi
konstruktivisme atau faham binaan. Aliran ini diasaskan oleh tokoh-tokoh
seperti Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confrey dan Seymour Peppert.
Konstruktivisme mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman
terhadap bahan yang mereka pelajari. Konstruktivisme menekankan
peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pembelajaran ini sangat digemari sebagai kaedah mengajar
matematik dan subjek sains (fizik, kimia, biologi).

Jadual 1.1 menunjukkan secara ringkas sejarah perkembangan psikologi.

Jadual 1.1: Sejarah Perkembangan Psikologi
Jangka Masa Penerangan
384-322
Sebelum Masihi
Kajian psikologi bermula di Greek purba
1595-1690 Konsep interaksionisme dan dualisme diperkatakan.
1685-1753 Wujudnya aliran empirisme.
1832-1920 Timbul aliran strukturisme di Jerman.
1867-1927 Bermulanya kajian strukturisme di Amerika Utara.
1859-1952 Timbul aliran functionalisme di Amerika Utara.
1878-1958 Aliran behaviorisme muncul di Amerika Utara.
1880-1843 Fahaman psikologi gestalt bermula di Jerman.
Aliran humanistik diasaskan oleh Maslow dan Rogers.
Aliran kognitivisme dipelopori oleh gestalt, Piaget, Vygotsky dan
lain-lain.
1908-1987
Aliran konstruktivisme diasaskan oleh Glaserfold, Piaget, Vygotsky
dan lain-lain.

Sebagai kesimpulannya, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang
boleh dilihat daripada segi konsep psikologi yang wujud pada dahulu dan
sekarang. Konsep-konsep ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan
dipraktikkan mengikut keadaan. Di dalam pada itu, ahli psikologi telah
menggunakan pelbagai jenis pendekatan untuk menerangkan konsep yang
mereka kemukakan di dalam usaha untuk mengkaji tentang tingkah laku
manusia dengan lebih mendalam.
X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
8

PENDEKATAN PSIKOLOGI
Ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan
konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara
pendekatan yang digunakan ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan
psikoanalitik, pendekatan humanistik atau kemanusiaan dan pendekatan biologi.
1.3.1 Pendekatan Behaviorisme
Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu
memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku di dalam mental (sedar dan
tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh
diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson, seorang ahli behaviorisme,
mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi
persekitaran dan bukannya daripada unsur dalaman. Idea Watson inilah yang
mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa
tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran (Bernstein et
al., 1994). Menurut pendekatan ini tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang
berlaku dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini juga dikenali sebagai
psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G.

Selain Watson, ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah Ivan Pavlov, B.F. Skinner
dan E.L. Thorndike. Pavlov (1849 1936), dikaitkan dengan konsep pelaziman klasik
1.3
AKTIVITI 1.2
Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut
sejarah psikologi:

www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html
Baca artikel yang terdapat di laman ini dan carikan persamaan dan
perbezaan setiap aliran mengikut peredaran zaman.
Bincangkan perbezaan pendapat antara aliran behaviorisme dan
kognitivisme.
SEMAK KENDIRI 1.1
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
9
yang melakukan eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan
antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur) (Rajah 1.2).

Thorndike (1874-1949), memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya (Theory of
Trial and Error Conditioning). Baginya, prinsip asas pembelajaran ialah
pengaruh ganjaran dan denda. Organisme akan membuat sesuatu yang akan
membawa keseronokan. Sebaliknya, organisme berkenaan akan mengelakkan
berlakunya sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri.

Rajah 1.2: Eksperimen pelaziman Pavlov

Menurut Thorndike, ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak
balas, manakala denda pula boleh menyekat organisme daripada melakukan
sesuatu gerak balas. Dengan perkataan lain, organisme mengaitkan gerak balas
tertentu dengan rangsangan tertentu. Thorndike melabelkan jenis pembelajaran
ini sebagai pembelajaran instrumental atau operan yang diperluaskan
kemudian oleh B.F. Skinner.

Skinner (1904-1990), pula terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur
pengaruh ganjaran dan dendaan. Beliau telah membuat eksperimennya ke atas
tikus dan juga burung merpati. Di dalam eksperimennya yang terkawal beliau
telah dapat mengukur proses pembelajaran dengan cara menukar frekuensi
ganjaran dan dendaan.
1.3.2 Pendekatan Psikoanalitik
Pendekatan psikoanalitik adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa
tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi tidak sedar, yang kita
sendiri tidak sedar. Dengan lain perkataan, tingkah laku kita adalah berdasarkan
konflik dalaman, dorongan (impulses), kemahuan dan motif yang tidak disedari.
Pendekatan ini mengandaikan bahawa semua tingkah laku, normal dan
abnormal, adalah hasil daripada interaksi faktor genetik dan persekitaran dan
X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
10
kedua-kedua faktor ini mempunyai kesan ke atas tingkah laku dengan
mempengaruhi proses tidak sedar dan juga proses sedar psikologi. Ahli teori
psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai
bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada keadaan
psikologi individu.

Sigmund Freud (1856-1939) (Rajah 1.3), adalah pelopor ahli teori psikoanalitik
yang paling terkemuka. Ideanya terus mempengaruhi ahli teori psikoanalitik
yang lain. Teori struktur personaliti beliau membahagikan struktur psikik
kepada tiga bahagian: id, ego dan superego. Freud percaya setiap entiti ini
bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi.

(a) Id
Id adalah sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, primitif,
mementingkan diri sendiri, dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh
tamadun). Id adalah dominan pada peringkat awal kehidupan bayi, apabila
dorongan dan kemahuan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi. Ia
dilihat sebagai elemen psikik yang pertama yang mempengaruhi tingkah
laku.

(b) Ego
Ego pula bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan
primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Ego
secara perlahan-lahan mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan
primitif id lebih mengikut pada kehendak moral dan piawai etika
masyarakat. Operasi ego berpandukan pada prinsip realiti, bukan pada
prinsip keseronokan yang mempengaruhi id. Prinsip realiti mengiktiraf
permintaan atau kehendak masyarakat yang realistik.

(c) Superego
Bila kanak-kanak bertambah besar, peranan ego semakin bertambah. Ia
mesti berurus dengan superego yang merupakan sumber awal suara hati
(conscience), iaitu kebolehan kita untuk membezakan yang baik daripada
yang buruk. Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak
mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk
menginterpretasi jangkaan masyarakat. Ibu bapa berfungsi dan bertindak
memegang peranan penting di dalam hal conscience sehinggalah kanak-
kanak secara evolusi membina set piawai dalamannya.
Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa secara melampau, dia
akan bersifat kritis, menghukum dan mendenda, permintaan ini boleh
menjadi keterlaluan. Di dalam kes sebegini, superego mungkin menjadi
begitu tidak fleksibel atau ketat, sehingga ia menghadkan atau mencegah
diri daripada menikmati keseronokan yang normal yang sepatutnya
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
11
dialami pada zaman kanak-kanak. Apabila kanak-kanak yang mempunyai
superego yang punitif meningkat remaja, mereka berkemungkinan
menghadapi masalah di dalam memenuhi permintaan superego. Sebagai
contoh, apabila mereka telah mencapai usia baligh, mereka mempunyai
kesukaran untuk mengawal permintaan seksual yang meningkat. Freud
percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dengan
kehendak superego yang melampau.

Rajah 1.3: Sigmund Freud: Pelopor teori psikodinamika terkemuka

Mengikut pendekatan psikoanalitik, id, ego dan superego biasanya mempunyai
matlamat dan kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan superego menjadi cukup
kuat untuk menguasai ego, maka hal ini biasanya akan berakhir dengan konflik
dalaman di dalam diri individu tersebut. Teori Freud menyarankan bahawa
sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai, hal ini akan
membawa kepada kecelaruan mental.

Psikoanalisis mengambil pendekatan perkembangan tentang abnormaliti. Ia
menekankan peristiwa yang dialami pada masa kecil mempunyai kesan apabila
individu tersebut berada di alam dewasa. Freud percaya kanak-kanak membesar
dengan melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yang sudah
ditetapkan. Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang membekalkan
kepuasan dorongan seksual. Kanak-kanak yang melalui tahap anal, oral, latensi
dan genital dengan cara yang memuaskan akan menjadi orang dewasa yang
normal. Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang tahap, maka akan
terdapat fixation di tahap tersebut yang mempengaruhi sifat individu pada
kehidupan dewasanya. Misalnya seorang yang makan terlalu banyak di tahap
oral mungkin akan mempunyai fixation di tahap ini dan mungkin menjadi orang
yang gemuk atau penagih dadah bila dewasa.

X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
12
Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar di dalam membantu kita
memahami perkembangan personaliti manusia. Pendapat tentang pengaruh id,
ego dan superego daripada zaman kanak-kanak bagi perkembangan personaliti
seseorang telah merangsang banyak penyelidikan. Pendapat ini juga
berpengaruh di dalam disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.

1.3.3 Pendekatan Kognitivisme
Pendekatan kognitivisme ini dipelopori oleh tokoh psikologi gestalt, Piaget,
Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

Pendekatan kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus
berkaitan proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi,
metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi
dan lain-lain. Selain itu, ahli psikologi kognitif juga cuba memahami apakah
proses yang terlibat dan bagaimanakah mereka beroperasi. Ahli psikologi
kognitif percaya bahawa peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti
dikaji, jika keseluruhan tingkah laku ingin difahami. Pendekatan ini sangat
berbeza dengan pendekatan psikoanalisis yang memfokus kepada pemikiran
tidak sedar dan pendekatan behaviorisme yang memfokus kepada faktor
persekitaran dan tingkah laku.

AKTIVITI 1.3
Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang pendekatan
behaviorisme dan psikoanalitik, sila lawat laman web berikut:

http://tip.psychology.org/thorn.html
www.wagntrain.com/OC

Apakah perbezaan antara kedua-dua fahaman ini? Anda bersetuju
dengan yang mana satu? Mengapa?

Jelaskan perbezaan antara id, ego dan superego.
SEMAK KENDIRI 1.2
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
13
1.3.4 Pendekatan Humanistik
Pendekatan ini berpandangan bahawa manusia adalah individu yang bebas dan
baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai sasaran untuk dicapai.
Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak melakukan sesuatu
kerana mempunyai sesuatu kemahuan atau keperluan. Mengikut pendekatan ini,
manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain.
Pengajian psikologi adalah untuk menolong manusia memaksimumkan potensi
untuk perkembangan psikologikal.

Ahli psikologi di dalam pendekatan ini adalah Abraham Maslow, Rollo May,
Carl Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow (1970), telah mengemukakan
Teori Hierarki Keperluan Maslow. Andaian di dalam teori ini adalah berasaskan
bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai.
Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi kepada lima peringkat yang
disusun mengikut hirarki (rujuk Rajah 1.4), iaitu daripada keperluan peringkat
rendah (keperluan asas) sehinggalah kepada keperluan peringkat tertinggi
(keperluan bersifat psikologi). Manusia akan sentiasa aktif bergerak daripada
satu peringkat ke satu peringkat setelah memenuhi peringkat itu, daripada
bawah ke atas.

AKTIVITI 1.4
Sila lawat laman web berikut untuk mendapat maklumat yang lebih
lanjut mengenai pendekatan kognitif:

http://www.suite101.com/content/the-cognitive-approach-to-lesson-
planning-9116006

Setelah mendalami pendekatan ini, pada pendapat anda adakah ia
berguna kepada seorang guru atau pelajar? Bagaimana?

X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
14
Rajah 1.4: Hirarki keperluan Maslow

Rogers (1956), pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami
diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain.
Rogers berpendapat bahawa pada dasarnya manusia baik dan beliau percaya
bahawa semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk
kesempurnaan, iaitu motif yang memandu kita untuk berkembang menjadi
manusia yang matang dan sihat.

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pendekatan ini lebih memfokus
kepada kemahuan seseorang dan menekankan tentang keunikan manusia serta
kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Psikologi pula berperanan
untuk menolong manusia memperkembangkan lagi potensi individu ke tahap
yang maksimum.
Berikan contoh dalam kehidupan anda untuk setiap peringkat dalam
Hirarki keperluan Maslow. Pada tahap manakah anda mendapati diri
anda berada?
SEMAK KENDIRI 1.3
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
15
1.3.5 Pendekatan Biologi
Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan biomedik dan dikenali juga
sebagai Model Penyakit atau Model Perubatan. Model ini mengandaikan bahawa
manusia adalah sistem fizikal dan mesti difahami daripada sudut fizikalnya.
Antara yang perlu difahami ialah keadaan fisiologi dan sifat sistem saraf
individu. Mengikut sudut pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah hasil
kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai
kesan ke atas otak.

Dua orang ahli fisiologi Jerman, iaitu Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav
Fritsch (1839-1907) telah menjalankan eksperimen ke atas seekor anjing dengan
cara memasukkan dua batang dawai ke dalam permukaan kortikal otak anjing.
Melalui eksperimen ini, mereka mendapati bahawa struktur otak adalah tempat
asal-usul urat saraf, berkait rapat dengan tingkah laku manusia. Dengan kata
lain, otak boleh memberi tindak balas bila rangsangan elektrik diberi secara
langsung dan ini boleh memberi kesan ke atas tingkah laku individu.

Maka, salah satu perkara yang menjadi fokus di dalam pendekatan ini ialah
peranan sistem saraf pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran
dan pergerakan manusia.


Rajah 1.5: Elektrod dipasang pada otak kucing
Sumber: www.geocities.jp/helpanimals2001/Jikken_e.html

Setiap pendekatan psikologi mempunyai kelebihan dan kelemahan. Namun,
setiap pendekatan ini memberi sumbangan kepada banyak cabang penyelidikan
seperti kajian ke atas penyalahgunaan dadah, interaksi komputer dan manusia,
kanak-kanak cerdik dan bermasalah dan banyak lagi. Salah satu cabang yang
penting ialah psikologi pendidikan.
X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
16

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Bidang psikologi dan pendidikan merupakan dua bidang yang mempunyai
hubungan rapat. Ia merupakan salah satu bidang psikologi yang
menggabungkan dua bidang, iaitu psikologi dan pendidikan. Sebagaimana yang
telah diketahui, psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku
individu dan kumpulan individu secara saintifik. Manakala, pendidikan pula
merupakan proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu di
dalam bidang yang tertentu.

Menurut Banks dan Thompson (1995), psikologi ialah ilmu yang mengkaji
tingkah laku manusia. Pendidikan pula adalah profesion yang mengkaji dan
membina metodologi atau pendekatan pengajaran pembelajaran untuk
digunakan di sekolah.

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku
manusia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1.4
Setiap pendekatan psikologi yang dibincangkan memfokus di dalam
satu atau hanya beberapa aspek di dalam manusia. Garis dan
padankan setiap pendekatan dengan apa yang difokusnya.
Pendekatan Psikologi
Behaviourisme
Kognitivisme
Humanistik
Psikoanalitik
Biologi
Fokus
Pemikiran tidak sedar
Fizikal manusia
Pemikiran dan
tingkah laku
Proses pemikiran
manusia
Kemahuan manusia
SEMAK KENDIRI 1.4
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
17
Psikologi pendidikan termasuk kajian mengenai perkembangan manusia,
pembelajaran, ingatan, motivasi, pengurusan bilik darjah dan pengujian serta
penilaian pembelajaran. Borich dan Tombari (1997), mengatakan psikologi
pendidikan ialah satu disiplin yang memfokuskan kajiannya kepada
pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

Clifford, 1984 (di dalam Henson dan Eller, 1999) mengatakan psikologi
pendidikan sebagai applying the methods of psychology to studying the
process of education. Grinder (1981), mengatakan psikologi pendidikan
mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dalam situasi bilik darjah.

Oleh itu, Tugas ahli psikologi pendidikan ialah mengaplikasi prinsip psikologi
kepada pendidikan dan di sepanjang kerjayanya, mengkaji pelajar, proses belajar
dan strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran.
Kesimpulannya, psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru untuk tujuan
memahami tingkah laku pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami (memerihal dan
menerangkan) tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin
berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.

Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian masalah pelajar
seperti di bawah, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku yang negatif
boleh diganti dengan tingkah laku positif dengan cara menggalakkan pelajar
melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Matlamat ahli psikologi tertumpu kepada empat bidang (Abd. Majid Mohd. Isa
& Rahil Mahyuddin, 1997), iaitu memerihalkan menerangkan, mengawal dan
meramalkan sesuatu perlakuan. Apabila menemui sesuatu tingkah laku, seperti
merokok di kalangan awal remaja (14 atau 15 tahun), ahli psikologi akan cuba
1.5
AKTIVITI 1.4
Patutkah psikologi pendidikan diamalkan di sekolah dan di pusat-
pusat pengajian tinggi? Mengapa? Bagaimana? Berikan contoh.
X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
18
memerihalkan perlakuan remaja itu, iaitu biasanya mereka mencuri untuk
merokok. Mereka akan merokok di dalam tandas, di dalam semak, di kompleks
pasaraya atau rumah kosong. Selepas itu ahli psikologi akan cuba menerangkan
sebab remaja berkelakuan begitu. Setelah menerangkan sebab terjadinya tingkah
laku, ahli psikologi akan mencadangkan cara untuk mengawal tingkah laku dan
meramalkan tingkah laku gantian untuk mengganti tingkah laku buruk remaja
tersebut. Contohnya, melalui aktiviti yang sihat seperti bermain badminton atau
joging pada waktu petang diramalkan akan dapat memberhentikan tabiat
merokok remaja tersebut.
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
KEPADA GURU
Terdapat beberapa sebab mengapa guru perlu memahami dan mempraktikkan
psikologi pendidikan, iaitu:
(a) Untuk membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku
begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri,
membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang
sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya
pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah
ditetapkannya.
(b) Guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari
pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu.
Oleh itu pengetahuan ini dapat membantu guru merancang peneguhan
yang sesuai untuk pelajarnya di dalam usaha mengawal tingkah laku
pelajar dan di dalam memotivasi pelajar supaya rajin belajar.
(c) Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru
dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,
kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan
pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan pelajarnya.
(d) Guru juga dapat merekacipta soal selidik yang mudah di dalam mengenal
pasti tahap perkembangan pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah.
Setelah guru mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah dia
menyediakan program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut di
dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.
(e) Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu di dalam bidang
pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, masalah ponteng sekolah,
masalah merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperoleh
1.6
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN W
19
akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
(f) Psikologi pendidikan akan dapat membantu guru memahami personaliti
dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar
ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

Oleh itu, subjek psikologi pendidikan ini perlu dibekalkan kepada guru sebab
tugasnya bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga adalah untuk
melahirkan seorang manusia yang kamil dan baik budi pekertinya serta
bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agama.


Psikologi secara ringkasnya boleh didefinisikan sebagai salah satu cabang
penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

Sejarah perkembangan psikoloi telah bermula sejak dari zaman Greek purba
sehingga kini dengan kewujudan pelbagai fahaman & aliran psikologi seperti
interaksionisme, empirisme, strukturalisme, fungsionalisme, behaviourisme,
humanistik, kognitivisme dan juga konstruktivisme.

Ahli-ahli psikologi seperti Ivan Pavlov, B. F., Skinner, E. L., Thorndike dan
Sigmund Freud menggunakan pendekatan-pendekatan behaviorisme,
psikoanalitik, humanistik dan pendekatan biologi untuk menghuraikan
konsep mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia.

Kesemua pendekatan tersebut penting dalam psokologi pendidikan yang
bertujuan untuk memahami dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah
tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


AKTIVITI 1.5
Daripada bacaan anda, bagaimanakah caranya anda boleh
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
X TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
20

Empirime
Functionalisme
Interaksionarisme
Psikologi
Psikoanalitik
Strukturalisme

Apakah pendekatan psikologi yang boleh diambil untuk menghuraikan
tingkahlaku oleh aliran behaviourisme, strukturalisme, functionalisme dan
kognitivisme?

Apakah peranan ego di dalam menentukan tindakan yang diambil oleh
seseorang. Adakah ego merupakan sumber utama yang mebezakan seseorang
individu dengan individu yang lain?

You might also like