You are on page 1of 50

1

MAKROEKONOMI
PENGENALAN
Makroekonomi mengkaji pengguna dan pengeluar secara
keseluruhan atau pun secara agregat. Ini bermakna makroekonomi
menumpukan kajian kepada tingkat penggunaan dan pelaburan
secara keseluruhan di peringkat negara.
Isu-isu utama serta masalah yang dibincangkan dan dianalisis dalam
makroekonomi adalah:
1. Tingkat harga umum yang berkaitan dengan inflasi
2. Aggregat output ataupun pendapatan negara
3. Guna tenaga
4. Sektor luar negeri
Tiga matlamat utama makroekonomi adalah:
1. Matlamat pertumbuhan ekonomi
2. Matlamat kestabilan ekonomi
3. Matlamat kebajikan ekonomi
1. Matlamat pertumbuhan ekonomi
Semakin tinggi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara semakin
baik ekonomi sesebuah negara. Emapat faktor utama yang
mempengaruhi pertumbuhan ekonomi adalah:
a) Pertambahan sumber
b) Pertambahan permintaa agregat
c) Peningkatan teknologi pengeluaran
d) Pengaruh harga semasa
2. Matlamat kestabilan ekonomi
a) Pencapaian guna tenaga penuh
b) Kestabilan harga umum
c) Imbangan perdagangan yang seimbang
3. Matlamat kebajikan ekonomi
a) Aspek pengagihan pendapatan
b) Pemeliharaan alam sekitar

Dasar-dasar Makroekonomi
1.
2.
3.
4.
5.

Dasar fiskal
Dasar Kewangan
Dasar Upah Harga
Dasar pedagangan luar
Supply-side policy

Empat Sektor Utama


Makroekonomi menumpukan kepada empat sektor utama:
1.
2.
3.
4.

Sektor isi rumah


Sektor firma
Sektor kerajaan
Sektor luar negeri

Diagram Aliran Pusingan (Circular Flow Diagram)


Diagram ini menunjukkan pendapatan
pembayaran dari setiap sektor di atas.

yang

diterima

SEKTOR
LUAR
NEGERI

SEKTOR
FIRMA

SEKTOR
ISI
RUMAH

SEKTOR
KERAJAA
N

dan

Aliran barangan dan perkhidmatan


Aliran wang.

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA


Konsep-Konsep Penting.
Konsep yang kerap digunakan untuk mengukur pendapatan negara
ialah Keluaran Negara Kasar (Gross National Product). KNK
merujuk kepada nilai semua barang-barang dan perkhidmatan akhir
yang dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh
sesebuah negara dalam jangkamasa tertentu dan biasanya dalam
masa satu tahun.
Terdapat tiga jenis KNK
1. KNK mengikut harga semasa, ataupun KNK nominal iaitu keluaran
negara yang dinilai mengikut harga semasa
2. KNK mengikut harga tetap atau KNK benar, ialah keluara negara
yang dikira mengikut harga-harga di suatu tahun asas.
KNK benar = KNK nominal / Indeks Harga
3. KNK potensi, ialah keluaran negara yang dicapai oleh sesebuah
negara di tingkat guna tenaga penuh.
Keluaran Dalam Negara Kasar (Gross Domestic Product)
Nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh
faktor-faktor pengeluaran yang berada di dalam sesebuah negara
dalam satu jangkamasa tertentu.
KNK = KDNK PFBL
PFBL = jumlah pendapatan faktor bersih dari luar negeri jumlah
pendapatan faktor-faktor pengeluaran keluar negari.
Keluaran Negara Bersih (Net National Income)
KNB = KNK susutnilai.
Pentingnya Pengukuran Pendapatan Negara
1.
2.
3.
4.
5.

Mengukur prestasi ekonomi


Mengesan masalah ekonomi
Membaiki masalah ekonomi
Mengukur taraf hidup rakyat
Membanding taraf hidup antara negara

Keluaran, Pendapatan dan Perbelanjaan


Barangan dan perkhidmatan adalah dikeluarkan oleh kombinasikombinasi faktor pengeluaran dan pembayaran akan diterima oleh
pemilik faktor-faktor pengeluaran tersebut. Oleh itu nilai keluaran
negara adalah sama dengan nilai pendapatan yang diterima oleh
pemilik faktor-faktor pengeluaran.
Keluaran Negara = Pendapatan negara.
Keluaran negara dikira berdasarkan nilai wang setiap barang maka
nilai jumlah keluaran negara diperolehi dengan mencampurkan
jumlah perbelanjaan.
Keluaran Negara = Pendapatan Negara = Perbelanjaan
Negara.
Kaedah-kaedah Pengiraan Pendapatan Negara:
Terdapat tiga kaedah:
1. Kaedah Perbelanjaan
2. Kaedah Pendapatan
3. Kaedah Keluaran
KAEDAH PERBELANJAAN
KNK diukur dengan mencampurkan semua jumlah perbelanjaan yang
dibuat untuk semua barang dan perkhidmatan akhir yang dijual pada
tahun yang berkenaan. Pengiraan hanya melibatkan nilai barang
akhir untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali. Oleh itu nilai
barang perantaraan tidak diambil kira.
Nilai jumlah perbelanjaan adalah dikira dari empat sektor utama.
1. Perbelanjaan isirumah untuk tujuan penggunaan akhir. ( C )
2. Perbelanjaan pelaburan (Pelaburan Kasar) oleh firma seperti
pembelian akhir mesin dan alat-alat untuk mengendalikan
perniagaan, pembinaan dan perubahan inventori (stok). ( I )
3. Perbelanjaan sektor kerajaan iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri dan kerajaan tempatan. ( G )
4. Eksport bersih (X-M), X = eksport dan M = import.

Jadual 1: Pengiraan Pendapatan Negara Mengikut Kaedah


Perbelanjaan
Jenis Perbelanjaan
RM/juta
1. Perbelanjaan Isi rumah
20 000
2. Perbelanjaan Kerajaan
7000
3. Pelaburan Kasar
5000
4. Eksport bersih
4000
KDNKhp
36000
Pendapatan faktor besih dari luar -120
negeri (PFBL) (-)
KNKhp = (KDNKhp - PFBL)
36120
Cukai tak lansung (t)
6000
Subsidi (s)
1000
KNKhf = (KNKhp t + s)
31120
KAEDAH PENDAPATAN
Mencampurkan semua pendapatan atau bayaran yang diterima oleh
pemilik faktor pengeluaran seperti upah dan gaji, bunga, untung dan
sewa. Pendapatan yang diterima dalam bentuk bayaran pindahan
tidak dikira kerana ianya bukan pendapatan faktor-faktor yang
produktif.
Jadual 2: Pengiraan Pendapatan Negara Mengikut Kaedah
Pendapatan
Jenis Pendapatan
RM/juta
1. Upah dan gaji
15 000
2. Sewa
4000
3. Bunga bersih
3000
4. Keuntungan perusahaan
4000
5.
Keuntungan
perusahaan 5000
persendirian
KDNKhf
31000
Pendapatan faktor besih dari luar -120
negeri (PFBL)
KNKhf = KDNKhf - PFBL
31120

KAEDAH KELUARAN (NILAI TAMBAH)


Mencampurkan nilai tambah yang diwujudkan dalam setiap peringkat
proses pengeluaran bagi setiap sektor ekonomi dalam satu jangka
masa tertentu oleh berbagai sektor ekonomi.
Di Malaysia sektor-sektor ekonomi dibahagikan kepada 10 sektor:
1. Pertanian, perikanan, ternakan dan perhutanan
2. Perlombongan dan kuari
3. Perkilangan
4. Pembinaan
5. Kuasa elektrik, gas dan air
6. Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
7. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran
8. Kewangan, insuran, hatanah dan perkhidmatan perniagaan
9. Perkhidmatan kerajaan
10. Perkhidmatan lain.
Contoh: Nilai ditambah dalam proses pengeluaran perabot.
Tahap Pengeluaran
Nilai Jualan
Nilai ditambah
Firma 1 (Pembalak)
RM15
RM15
Firma 2 (Pengilang RM25
RM10
kayu)
Firma 3 (Pembuat RM40
RM15
perabot)
Firma 4 (Penjual RM50
RM10
Perabot)
Jumlah
Nilai
RM50
Ditambah
Jumlah nilai ditambah adalah sama dengan jumlah nilai barang
akhir.

Jadual 3: Pengiraan Pendapatan Negara Mengikut Kaedah


Keluaran
Sektor-sektor Ekonomi
Pertanian, perikanan, ternakan
dan perhutanan
Perlombongan dan kuari
Perkilangan
Pembinaan
Kuasa elektrik, gas dan air
Pengangkutan, penyimpanan dan
perhubungan
Perdagangan, borong dan runcit,
hotel dan restoran
Kewangan, insurans, hartanah
dan perkhidmatan perniagaan
Perkhidmatan kerajaan
Perkhidmatan lain
KDNKhp
Pendapatan faktor bersih dari
luar negeri (+)
KNKhp = KDNKhp + PFBL
Cukai tak lansung (-)
Subsidi (+)
KNKhf

RM/juta
8500
1500
3000
4500
1000
1500
5000
3500
2500
5000
36000
120
36120
6000
1000
31120

Masalah PembinaanPengiraan Pendapatan Negara


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Masalah pengiraan dua kali


Masalah pengumpulan data dan maklumat yang tepat
Masalah barangan yang tidak dipasarkan
Masalah aktiviti-aktiviti yang dilarang
Masalah hara barang
Masalah dalam menentukan kegiatan kerajaan

Di dalam pengukuran taraf hidup rakyat sesebuah negara KNK per


kapita digunakan. KNK per kapita adalah KNK/Jumlah Penduduk.

KITARAN PERNIAGAAN, INFLASI DAN PENGANGGURAN.


Kitaran Perniagaan (Business Cycle)
Kitaran perniagaan berlaku dalam jangkamasa yang lama dan secara
berulang. Ianya berlaku pada pembolehubah agregat seperti
pendapatan negara, harga umum, output negara dan guna tenaga.
1.
2.
3.
4.

Kemuncak (peak)
Penguncupan (recession)
Depresi (trough)
Pengembangan (Expansion)

Semasa pengembangan dan kemuncak tingkat output dan guna


tenaga meningkat. Manakala semasa penguncupan dan depresi
tingkat output dan guna tenaga adalah berkurangan.

10

PENGANGGURAN
Didefinasikan sebagai satu keadaan di mana orang yang mempunyai
kelayakan untuk bekerja dan sanggup bekerja dan bersetuju
menerima tingkat gaji yang ada dipasaran tetapi tidak memperolehi
pekerjaan.
Kadar pengangguran adalah bersamaan dengan U/L, di mana U
ialah jumlah orang yang termasuk dalam golongan tenaga kerja
tetapi tidak bekerja dan L ialah jumlah orang yang masuk dalam
golongan pasaran tenaga kerja.
Kadar Pengangguran = (Bilangan penganggur / Jumlah tenaga
buruh) x 100
Jenis-jenis Pengangguran
1. Pengangguran geseran
Hanya sementara atau dalam jangka pendek sahaja. Sebagai
contoh ialah pengangguran yang timbul apabila orang bertukar
kerja atau mencari kerja yang lain.
2. Pengangguran Struktur
Biasanya berbentuk jangka panjang. Ianya adalah akibat daripada
perubahan struktur ekonomi seperti:
i)
ii)
iii)

perubahan teknologi
perubahan citarasa pengguna
ketidakupayaan buruh untuk berpindah randah

3. Pengangguran Pusingan
Disebabkan oleh keadaan ekonomi yang turun naik iaitu
penurunan permintaan aggregat untuk barang dan perkhidmatan
dalam ekonomi secara keseluruhan.
4. Pengangguran Bermusim
Wujud disebabkan oleh keadaan perusahaan itu sendiri.

11

Kos Pengangguran
1. Kesan Ekonomi
Menjejaskan prestasi ekonomi dan berlakunya pembaziran faktor
pengeluaran. Pendapatan per kapita negara merosot berlakunya
jurang agihan pendapatan yang besar.
2. Kesan Bukan Ekonomi
Menimbulkan masalah sosial, masalah keluarga dan boleh
mengancam kestabilan politik negara.
Cara-cara mengatasi masalah pengangguran
1. Dasar fiskal mengembang (expansionary fiscal policy)
2. Dasar Kewangan mengembang (expansionary monetary policy)
3. Memindahkan buruh dari sektor-sektor yang mundur ke sektorsektor yang berkembang
4. Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
5. Memberi latihan dan pendidikan kepada rakyat
6. Membuka kawasan baru untuk sektor desa.

12

INFLASI
Di definasikan sebagai kenaikan tingkat harga umum yang
berterusan, iaitu kenaikan secara purata atau indek harga umum
yang berterusan.
Ataupun didefinasikan sebagai satu keadaan di mana terlalu banyak
wang mengejar barangan yang terhad jumlahnya. Inflasi diukur
dengan menggunakan indeks harga pengguna. Contoh:
Kadar inflasi = (P1 - P0 ) x 100%
Po
P1 ialah indeks harga pengguna tahun baru
P0 ialah indeks harga pengguna tahun lepas (tahun asas)
Indeks Harga
Satu angka yang menggambarkan perubahan relatif pada sesuatu
tingkat harga berbanding dengan harga asas. Indeks harga
digunakan untuk mengukur inflasi, biasanya menggunakan Indeks
Harga Pengguna (CPI), dan untuk mendeflasikan pendapatan
nominal kepada pendapatan benar. Dua kaeda pengiraan indeks
harga iaitu:
1. Indeks harga relatif mudah
2. Indeks harga agregat berwajaran

Indeks harga relatif mudah


Menunjukkan perubahan harga sesuatu barang dari masa ke
semasa.
IHR = (Pt / P0 ) x 100
Pt = harga pada tahun t
P0 = harga pada tahun asas
Indeks harga agregat berwajaran
Setiap kumpulan barang akan diberi indeks wajaran berdasarkan
kepada kepentingan barang tersebut. Indeks untuk tahun asas
adalah 100.

13

TAHUN 1

TAHUN 2

Barang

Harga
(RM)

Indeks
harga
tahun
1

Wajaran

Indek
s
wajar
an

Harg
a
(RM)

Indeks
harga
tahun
2

Wajaran

Indeks
wajaran

A
B
C
D

2.00
5.00
1.00
3.00

100
100
100
100

4
2
1
3

400
200
100
300
1000

2.50
6.00
0.8
6.00

125
120
80
200

4
2
1
3

500
240
80
600
1420

Jadual di atas menunjukkan nilai indeks harga telah meningkat 142


pada tahun 2, secara purata kumpulan komoditi barang yang sama
telah meningkat sebanyak 42% lebih mahal dari tahun 1.
Jenis-jenis Inflasi
1. Inflasi Tarikan Permintaan
Kenaikan harga disebabkan oleh kenaikan permintaan agggregate
tetapi tiada perubahan di dalam penawaran output yang
dikeluarkan.

Permintaan Aggregat (AD) = C + I + G + X M. Andaikan keluk


permintaan aggregat yang asal ialah AD dan keseimbangan output
ialah Q . Q adalah tingkat output pada tingkat gunatenaga penuh.
Sekiranya permintaan aggregat meningkat kepada AD mungkin
disebabkan oleh pertambahan perbelanjaan kerajaan, maka tingkat
keseimbangan output yang baru adalah di Q dan melebihi Q . Maka
ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga. Mengikut teori Keynes
kenaikan harga adalah kesan daripada kekurangan output.

14

2. Inflasi Tolakan Kos


Inflasi ini berlaku disebabkan oleh kenaikan dalam kos
pengeluaran seperti kenaikan dalam tingkat upah, kenaikan harga
input dll.

Keluk permintaan aggregat yang asal AD dan keluk penawaran


aggregat yang asal ialah AS , dan keseimbangan harga ialah P dan
output ialah Q . Jika tiada perubahan dalam AD dan kesan daripada
kenaikan kos keluk AS meningkat ke AS , maka keseimbangan
harga yang baru ialah
Kenaikan dalam kos pengeluaran boleh digolongkan kepada dua
faktor besar:
i)
ii)

Kenaikan dalam tingkat upah atau disebut sebagai inflasi


tolakan upah
Kenaikan dalam tingkat harga yang disebabkan firma-firma
cuba mendapatkan tingkat untung yang lebih atau dikenali
sebagai inflasi tolakan keuntungan

3. Inflasi Yang Di import


Setiap negara di dunia ada menjalankan perdagangan antarabangsa,
maka kesan daripada kenaikan tingkat harga di sesebuah negara
akan mempengaruhi harga di negara yang lain.

15

Kesan Inflasi
1.
2.
3.
4.
5.

Penerima pendapatan tetap akan rugi


Pemberi kredit rugi, penerima kredit untung
Meningkat ketidakcekapan
Menurunkan jumlah output negara
Menurunkan guna tenaga.

Cara-cara mengatasi inflasi


1.
2.
3.
4.
5.

Dasar kewangan menguncup (contractionary monetary policy)


Dasar fiskal mengembang (contractionary fiscal policy)
Mengawal kenaikan gaji dan upah.
Meningkatkan daya pengeluaran
Kawalan terhadap import dan eksport.

Keluk Phillips
KELUK PHILLIPS
Menunjukkan hubungan yang negatif di antara inflasi dan kadar
pengangguran. Kadar inflasi hanya dapat diturunkan sekiranya
negara sanggup menghadapi kenaikan dalam kadar pengangguran.
Keluk Phillips Jangka Pendek.

16

Keadaaan ini berlaku dalam jangka pendek di mana terdapat trade


off di antara kadar inflasi dan kadar pengangguran. Manakala dalam
jangka panjang keluk Phillips adalah berbentuk menegak yang
bermaksud tiada trade off di antara inflasi dengan kadar
pengangguran. Pengangguran akan tetap berada di kadar
semulajadi, UN. UN adalah kadar pengangguran natural (semulajadi),
bererti kadar pengangguran adalah konsisten dengan keseimbangan
stabil dalam pasaran buruh.
Keluk Phillips Jangka Panjang.

17

PENENTUAN TINGKAT KESEIMBANGAN PENDAPATAN


NEGARA
Dalam makroekonomi keseimbangan pendapatan/output berlaku
apabila agregat perbelanjaan terancang sama dengan agregat
output.
Agregat output = Y
Perbelanjaan agregat terancang = AE
Y = AE
Terdapat dua pendekatan yang digunakan untuk menerangkan
penentuan keseimbangan pendapatan:
1. Kaedah Permintaan dan Penawaran Agregat
2. Kaedah Bocoran dan Suntikan
Analisis terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara akan
dilakukan berdasarkan kepada :
1. Ekonomi dua sektor
2. Ekonomi tiga sektor
3. Ekonomi empat sektor.
Ekonomi Dua Sektor
Merangkumi sektor isi rumah dan sektor firma. (Tiada campurtangan
kerajaan dan sektor luar negeri)
Aliran Pusingan Pendapatan:

18

Penggunaan (C) ditakrifkan sebagai jumlah perbelanjaan isi rumah


untuk membeli barang dan perkhidmatan. Perbelanjaan isi rumah
pada asasnya adalah terdiri daripada:
1. Barangan tidak tahan lama
2. Barangan tahan lama
3. Perkhidmatan
Penentu Penggunaan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pendapatan
Jumlah kekayaan yang diperolehi
Jangkaan terhadap harga
Jangkaan pendapatan
Hutang
Pencukaian
Tabiat menyimpan
Kadar bunga

Fungsi Penggunaan
C = a + bY, C= f(Y)
a = jumlah penggunaan autonomi (bahagian penggunaan yang tidak
bergantung kepada pendapatan)
b = C / Y, kecerunan fungsi penggunaan
b = Kecenderungan mengguna sut (Marginal propensity to consume)
MPC
(1-b) = Kecenderungan menabung sut (Marginal propensity to save)
MPS
C / Y = Kecenderungan mengguna purata (Average propensity to
consume) APC

19

Hubungan di antara Penggunaan, Pendapatan dan Tabungan


Y=C+S
Y
0
100
200
300
400
500
600

C
200
250
300
350
400
450
500

Fungsi Penggunaan

Fungsi Tabungan

MPS + MPC = 1
APS + APC =1

S
-200
-150
-100
-50
0
50
100

MPC
0.5
0.5
0.5
0.5
0.5
0.5

MPS
0.5
0.5
0.5
0.5
0.5
0.5

20

Pelaburan (I)
Pada asasnya adalah terdiri daripada pembelian peralatan dan
kegiatan pembinaan serta pembentukan inventori. Terdapat dua
konsep:
1. Pelaburan terancang (planned investment)
2. Pelaburan sebenar (actual investment)
Pelaburan terancang tidak semestinya sama dengan pelaburan
sebenar kerana perubahan dalam inventori tidak dapat dikawal
sepenuhnya oleh firma dan ianya bergantung kepada keputusan
agen-agen ekonomi yang lain. Di andaikan dalam topik ini pelaburan
terancang tidak bergantung kepada Y, iaitu pelaburan autonomi.
Penentu Pelaburan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Jangkaan perniagaan masa depan


Perubahan teknologi
Kapasiti pengeluaran
Kos pengeluaran
Dasar kerajaan
Kadar bunga

Penentuan Keseimbangan Pendapatan


1. Pendekatan Permintaan dan Penawaran Agregat
AD = C + I
AS = Y
Y=C+I

21

2. Pendekatan Bocoran dan Suntikan


Bocoran adalah merupakan satu aliran pendapatan yang keluar
dari aliran pendapatan utama.
Suntikan adalah merupakan satu aliran masuk ke dalam aliran
pendapatan utama
Y=C+S
Y=C+I
C+I=C+S
I
= S
Suntikan = Bocoran

Konsep Pengganda (Multiplier)


Didefinasikan sebagai nisbah perubahan di dalam pendapatan
negara kepada perubahan di dalam perbelanjaan. Satu perubahan
di dalam perbelanjaan akan membawa kepada satu perubahan
yang lebih besar dalam pendapatan negara.
= Y/ AE
= pengganda.
Pengganda Di Dalam Ekonomi Dua Sektor.
Y=C+I

22

Y = C + I
Y / Y = C/ Y + I / Y
1 = C/ Y + I / Y
I / Y = 1 - C/ Y
= 1 MPC
Y / I = 1 / (1-MPC)
= Y/ AE atau Y / I
= 1 / (1- MPC) atau 1/ MPS
Andaikan MPC = 0.5
=2
Sekiranya pelaburan meningkat sebanyak 20 juta, menerusi
proses pengganda pendapatan negara akan meningkat:
= Y / I
2 = Y / 20
Y = 40 juta.
Ekonomi 3 Sektor. (Ekonomi Tertutup)
Merangkumi sektor isi rumah, sektor firma dan sektor kerajaan.
Fungsi Ekonomi Sesebuah Kerajaan
1. Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber
2. Mewujudkan suasana perniagaan yang boleh mengalakkan
persaingan
3. Mengawal inflasi
4. Menwujudkan suasana ekonomi yang aman dan stabil
5. Pengagihan pendapatan dan kekayaan
6. Meningkatkan aktiviti kebajikan masyarakat.

23

Aliran Pusingan Pendapatan

2 aktiviti utama sektor kerajaan adalah, pencukaian dan bayaran


pindahan serta perbelanjaan kerajaan.
T = Cukai bersih = Cukai Bayaran Pindahan (Net Taxes)
G = Perbelanjaan Kerajaan
Perbelanjaan Kerajaan
1. Keselamatan
2. Perkhidmatan ekonomi
- perbelanjaan untuk pembangunan, pengangkutan dll.
3. Perkhidmatan sosial
- termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan
4. Pentadbiran Am
- perbelanjaan pentadbiran jabatan perkhidmatan
kementerian dalam negeri dll.
Sumber Pembiayaan Perbelanjaan Kerajaan
1.
2.
3.
4.

Cukai lansung dan cukai tidak lansung


Hasil bukan cukai
Pendapatan dari jabatan kerajaan
Pinjaman dari dalam dan luar negeri

awam,

24

Yd = Pendapatan boleh guna (Disposable Income)


Yd = Y T
Yd = C + S
YT=C+S
Y=C+S+T
AE = C + I + G
Di tingkat keseimbangan:
Y = AE
C+S+T=C+I+G
S+T=I+G
Bocoran = Suntikan
Penentuan Keseimbangan Pendapatan
1. Pendekatan Permintaan dan Penawaran Agregat
Y =C+I+G

25

2. Pendekatan Bocoran dan Suntikan


S+T=I+G

Kerajaan boleh mengubahkan output negara melalui perubahan


perbelanjaan kerajaan atau pun perubahan cukai atau kedua-duanya
sekali. Perubahan yang dilakukan terhadap cukai dan perbelanjaan
kerajaan dikenali sebagai dasar fiskal.
Dasar fiskal mengembang dilaksanakan dalam keadaan output
kurang dari tingkat guna tenaga penuh iaitu output ditingkatkan
melalui kenaikan perbelanjaan kerajan ataupun pengurangan cukai
atau kedua-duanya sekali.
Dasar fiskal menguncup dilaksanakan apabila ekonomi berada pada
tingkat guna tenaga penuh dan kadar inflasi meningkat. Maka
kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau menaikkan
cukai atau kedua-duanya sekali.
Belanjawan defisit = G T, iaitu perbelanjaan kerajaan melebihi hasil
cukai. Oleh itu kerajaan boleh meminjam dari dalam atau luar negeri
untuk menampung kekurangan pendapatan kerajaan.

26

Belanjawan lebihan = G T, iaitu perbelanjaan kerajaan lebih rendah


dari hasil cukai.
Pengganda di dalam Ekonomi 3 Sektor.
1. Pengganda perbelanjaan kerajaan iaitu nisbah perubahan di
dalam pendapatan negara kepada perubahan perbelanjaan
kerajaan.
2. Pengganda cukai iaitu nisbah perubahan di dalam pendapatan
negara kepada perubahan cukai.
Pengganda Perbelanjaan Kerajaan
Perubahan di dalam perbelanjaan kerajaan mempunyai kesan yang
sama ke atas tingkat pendapatan negara seperti perubahan di dalam
pelaburan. Ini disebabkan perbelanjaan kerajaan ( G ) adalah
komponen AE oleh itu perubahan di dalam perbelanjaan kerajaan
mempunyai kesan lansung ke atas jumlah perbelanjaan negara.
Pengganda perbelanjaan kerajaan = = Y / G
= 1 / (1- MPC) atau 1/ MPS
Pengganda Cukai
Perubahan di dalam cukai tidak mempunyai kesan lansung ke atas
perbelanjaan negara. Cukai memberi kesan kepada pendapatan
boleh guna pengguna yang kemudiannya memberi kesan ke atas
penggunaan.
Disebabkan penurunan cukai akan meningkatkan penggunaan dan
tingkat output manakala kenaikan cukai akan mengurangkan
penggunaan dan tingkat output, oleh itu pengganda cukai adalah
negatif.
Pengganda cukai = - ( MPC / MPS )

27

Ekonomi 4 Sektor (Ekonomi Terbuka)


Merangkumi sektir isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negeri.
Aliran Pusingan Pendapatan

Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara


1. Pendekatan Permintaan Penawaran Agregat
Y = C + I + G + (X M )

28

2. Pendekatan Bocoran dan Suntikan


S+T+M=I+ G+X

Lompang Inflasi dan Lompang Deflasi


Lompang Inflasi
Wujud apabila tingkat keseimbangan output melebihi tingkat guna
tenaga penuh. Yf adalah tingkat keseimbangan output di timgkat
guna tenaga penuh.

Cara mengatasinya:

29

1. Kurangkan perbelanjaan kerajaan


2. Naikkan cukai
3. Kedua-duanya sekali
Lompang Deflasi
Wujud apabila tingkat keseimbangan output berada lebih rendah dari
keseimbangan output di tingkat guna tenaga penuh.

Cara mengatasinya:
1. Tingkatkan perbelanjaan kerajaan
2. Kurangkan cukai
3. Kedua-duanya sekali

30

Wang dan Bank


Di definisikan sebagai sebarang jenis barangan dan aset yang boleh
diterima umum dan diakui sebagai alat pertukaran di antara barang
dan perkhidmatan.
Asal usul wang
Wujud kesan dari ketidakcekapan sistem barter. Masalah-masalah
yang dihadapi oleh sistem barter:
1. Kehendak bergu
2. Kesukaran membahagikan barang kepada unit yang lebih kecil
3. Masalah unit mengira dan penyimpan nilai
Nilai Wang
Ia didefinisikan mengikut kuasa belinya. Apabila tingkat harga umum
jatuh maka nilai wang meningkat.
Fungsi Wang
1. Sebagai alat pertukaran
2. Sebagai alat pengukur nilai dan unit kira
3. Sebagai alat penyimpan nilai
4. Sebagai alat pembayaran tertunda
Sifat-sifat Wang
1. Diterima umum
2. Mempunyai nilai yang stabil
3. Tahan lama, boleh dibahagi-bahagikan dan mudah di bawa
4. Kualiti yang setara
Jenis-jenis matawang di Malaysia
1. Duit syiling
Daripada logam dan nilai sebenarnya lebih rendah dari nilai muka.
Dikenali juga duit token.
2. Duit kertas
3. Wang bank atau simpanan semasa

31

Bekalan Wang di Malaysia


1. M1 = wang tunai + deposit semasa
2. M2 = M1 + deposit bermasa (tabungan sektor swasta dengan Bank
Negara & Bank Perdagangan, sijil deposit bolehniaga (SDB) dan
sijil Bank Negara
3. M3 = M2 + deposit di institusi tabungan ,deposit swasta dengan
syarikat kewangan, bank saudagar, syarikat diskaun dan Bank
Islam Malaysia)
Institusi Kewangan.
Institusi kewangan adalah syarikat-syarikat atau lembaga lain yang
kegiatan utamanya adalah memperjualbelikan harta-harta bersifat
kewangan, atau mengumpulkan tabungan dan meminjamkannya
kepada pihak lain.
Terdapat beberapa jenis:
1. Pasaran saham
2. Pasaran kewangan
3. Bank simpanan
4. Syarikat insuran
5. Bank perdagangan
6. Bank Pusat.
Bank Perdagangan
1. Menerima deposit
a. Deposit semasa
b. Deposit simpanan
c. Deposit tetap
2. Bertindak sebagai ejen pembayar
3. Memberi pinjaman
4. Mengeluarkan nota bank
5. Perkhidmatan lain
Penciptaan Kredit Oleh Bank Perdagangan
Aset ialah harta yang dimiliki oleh bank seperti bangunan, perkakas,
sekuriti kerajaan, wang tunai, deposit di bank pusat, pinjaman (loan)
dan lain-lain.

32

Liabiliti atau Tanggungan ialah jumlah wang yang mesti dibayar oleh
bank kepada pelanggan jika diminta. Liabiliti yang utama ialah
deposit.
Aset = Liabiliti + Nilai bersih
Nilai bersih adalah tuntutan oleh pihak pemilik terhadap aset firma
tersebut.
Rizab adalah jumlah wang tunai dan deposit di bank pusat
Nisbah rizab wajib (required reserve ratio) adalah peratus dari jumlah
deposit setiap bank yang wajib disimpan sebagai rizab di bank pusat
Penciptaan kredit sistem satu bank
Andaian:
1. Nisbah rizab wajib ialah 20%
2. Simpanan adalah berbentuk simpanan semasa
3. Lebihan dari rizab digunakan untuk pinjaman
Kunci Kira-kira (1) Bank A
Aset
Liabiliti
Wang tunai
+RM 20,000 Simpanan semasa +RM100,000
Pinjaman
+ RM 80,000
Lebihan rizab diberi sebagai pinjaman kepada individu M dan
disimpan semula di bank A
Kunci Kira-kira (2) Bank A
Aset
Wang tunai
Pinjaman

+RM 16,000
+ RM 64,000

Liabiliti
Simpanan semasa

RM 80,000

Proses ini berterusan sehingga tiada simpanan baru dan tiada


lebihan rizab.
Jumlah penciptaan kredit dikira berdasarkan formula:

33

Jumlah simpanan keseluruhan = (1/Nisbah rizab wajib) x Jumlah


simpanan awal
SS = 1/R x SA
SS = RM 100,000 / 0.2
= RM 500,000
Jumlah pinjaman = 1/R x Pinjaman asal
JP = 80,000 / 0.2
= 400,000
Jumlah rizab wajib = 20,000/0.2
JR = 100,000
Kesimpulan:
Peringkat
1
2
3
:
:
Jumlah

Deposit bank
100000
80000
64000
:
:
500000

Pinjaman
80000
64000
51200
:
:
400000

Rizab
20000
16000
12800
:
:
100000

Bermodalkan RM80000, bank A menghasilkan pnjaman sebanyak


400000. Ini bermakna bank A berupaya menambah deposit asal
menjadi lima kali ganda. Oleh itu proses penciptaan kredit juga
dikenali sebagai proses penggandaan deposit. Pengganda juga
dikenali sebagai pengganda wang.
Pengganda wang = 1/R
Proses penciptaan kredit juga adalah sama untuk sistem banyak
bank.
Bank Pusat Bank Negara
4 objektif utama Bank Negara Malaysia
1. Mengeluarkan
melindunginya

matawang

ringgit,

menyimpan

rizab

dan

34

2. Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kepada kerajaan


3. Memastikan kestabilan kewangan dan struktur kewangan negara
4. Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara.
5 fungsi utama Bank Negara
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Jurubank kepada kerajaan


Pengeluar matawang negara
Penasihat kewangan dan pengurus akaun kerajaan
Mengalakkan pembangunan institusi kewangan
Jurubank kepada bank perdagangan
Penasihat dan penyelaras dasar kewangan

Dasar Kewangan
Adalah satu dasar pengawalan jumlah bekalan wang di dalam
sesebuah negara.
Alat-alat dasar kewangan:
1. Operasi Pasaran Terbuka
Pembelian dan penjualan sekuriti kerajaan kepada awam atau
sektor bank di pasaran terbuka.
Pembelian sekuriti kerajaan dari pasaran terbuka oleh pihak bank
pusat akan meningkatkan penawaran wang manakala penjualan
sekuriti kerajaan di pasaran terbuka akan mengurangkan
penawaran wang di dalam ekonomi.
2. Nisbah rizab wajib
Penurunan di dalam nisbah rizab wajib menyebabkan bank
mempunyai lebih deposit. Bank akan mencipta lebih banyak
deposit menerusi pemberian pinjaman, oleh itu penawaran wang
meningkat dan sebaliknya.
3. Keperluan Mudahtunai
Mengawal pemberian kredit bank.
4. Kadar diskaun.
Pihak bank boleh membuat pinjaman dari Bank Pusat. Kadar
bunga yang dikenakan oleh Bank Pusat dikenali sebagai kadar
diskaun. Sekiranya pihak Bank Pusat hendak mengawal

35

penawaran wang ,maka kadar diskaun dinaikkan, maka kos


pinjaman akan meningkat dan ini akan mengurangkan pinjaman
dari bank.
5. Kawalan kredit terpilih dan garis panduan pinjaman
6. Pujukan moral

Permintaan dan Penawaran Wang


Teori Permintaan Wang
Terbahagi kepada tiga teori:
1. Teori kuantiti wang klasik
2. Teori kuantiti wang moden
3. Teori wang Keynes
Teori Kuantiti Wang Klasik
Menerangkan hubungan lansung antara kuantiti wang dan tingkat
harga. Fungsi wang menurut ahli ekonomi klasik hanyalah untuk
tujuan urusniaga.
Persamaan pertukaran yang dibentuk oleh ahli ekonomi Amerika,
Irving Fisher:

36

MV = PT
M ialah stok nominak wang iaitu meliputi wang kertas dan syiling
yang dikeluarkan oleh bank pusat.
V ialah kadar halaju pusingan wang dan ianya diandaikan tetap
kerana ditentukan oleh institusi.
P ialah tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan
T ialah jumlah bilangan pertukaran barangan dan perkhidmatan
dibuat.
Ahli-ahli ekonomi klasik mengandaikan halaju wang (V) dan T adalah
tetap iaitu pada tahap gunatenaga penuh. Oleh itu perubahan dalam
penawaran wang (M) akan mempengaruhi tingkat harga (P) pada
nisbah dan arah yang sama.
Teori Kuantiti Wang Moden
Ianya diubahsuaikan dari teori kuantiti wang klasik oleh Prof. Milton
Friedman. Perbezaannya ialah pemboleh ubah V tidak tetap di mana
ianya juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti tahap kitaran
perniagaan.
Teori Wang Keynes.
Menurut ahli-ahli ekonomi Keynes, ekonomi tidak selalu berada di
tahap gunatenaga penuh. Oleh itu kesan perubahan bekalan wang
akan mempengaruhi aktiviti ekonomi seperti pelaburan dan
pendapatan bukan hanya harga. Ini disebabkan permintaan wang
bukan hanya untuk tujuan urusniaga tetapi juga untuk tujuan
spekulasi.
3 motif utama permintaan wang:
1. Tujuan urusniaga (Transaction motive)
Untuk tujuan membeli belah hari-harian. Jumlah wang yang
diminta untuk urusniaga ini adalah bergantung kepada dua faktor:
i.
pendapatan pengguna
semakin tinggi pendapatan pengguna semakin banyak
jumlah wang yang dipegang.
ii.
jarak di antara dua masa pembayaran gaji.

37

Pengguna yang kerap menerima pendapatan akan


memegang wang dalam jumlah yang kecil berbanding
dengan mereka yang kurang kerap menerimanya.

2. Tujuan Awasan
Permintaan wang untuk memenuhi kemungkinan perbelanjaan di
luar jangkaan. Saiz wang yang diminta untuk tujuan ini
dipengaruhi oleh pendapatan.

3. Tujuan spekulasi
Permintaan wang untuk tujuan membeli aset kewangan seperti
bon dan bermotifkan keuntungan dinamakan permintaan wang
untuk tujuan spekulasi. Permintaan wang untuk tujuan ini
bergantung kepada kadar bunga. Kadar bunga dan harga aset
kewangan adalah berkadar songsang.

38

Permintaan atau pemegangan wang untuk spekulasi bergantung


kepada jangkaan perubahan kadar bunga. Apabila kadar bunga
dijangka meningkat pada masa hadapan, harga bon akan jatuh
dan pengguna akan menjualkan bon mereka untuk
meminimumkan kerugian dan sebaliknya. Kadar bunga akan jatuh
pada satu tahap yang amat rendah, di mana amat mahal untuk
memegang bon berbanding dengan wang. Pada tingkat ini keluk
permintaan wang untuk spekulasi adalah mendatar atau anjal
sempurna. Bahagian ini dikenali sebagai perangkap kecairan.
Jumlah Permintaan Wang
M d = Lt + LS
Md = jumlah permintaan wang
Lt = permintaan wang untuk urusniaga dan awasan
Ls = permintaan wang untuk spekulasi

Penawaran Wang
Penawaran atau bekalan wang adalah merupakan jumlah
kesemua jenis wang yang beredar dalam sesebuah ekonomi pada
satu tempoh tertentu. Diandaikan penawaran wang adalah tetap.
(Keluk penawaran wang adalah tidak anjal sempurna)
Keseimbangan Pasaran Wang.
Keseimbangan tercapai apabila Md = Ms

39

Faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan pasaran wang.


1. Perubahan bekalan wang
2. Perubahan pendapatan
3. Perubahan harga.

40

PERMINTAAN AGGREGATE DAN PENAWARAN AGGREGATE


Keluk Permintaan Aggregate
AD adalah jumlah permintaan untuk barangan dan perkhidmatan
dalam ekonomi. Keluk AD diterbitkan dengan andaian dasr fiskal dan
dasar kewangan adalah tetap.
Apabila tingkat harga meningkat, permintaan wang menungkat dan
keluk permintaan wang akan beralih ke kanan. Di tingkat kadar
bunga yang asal berlakunya lebihan permintaan wang. Di andaikan
penawaran wang adalah tetap, maka kadar bunga akan meningkat
untuk berada di tingkat keseimbangan. Kadar bunga yang tinggi
menyebabkan pelaburan yang dirancang akan berkurangan dan
keluk
AE
beralih
ke
kiri.
Ini
menyebabkan
tingkat
keluaran/pendapatan negara berkurangan. Kesimpulan peningkatan
tingkat harga menyebabkan tingkat pendapatan/keluaran negara
berkurangan.

41

Peralihan keluk permintaan aggregate.


1. Kenaikan penawaran wang
2. Kenaikan perbelanjaan kerajaaan atau penurunan cukai bersih.
Keluk Penawaran Aggregate.
Penawaran aggregate adakah jumlah penawaran barangan dan
perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi.
Keluk penawaran aggregate menunjukkan kaitan di antara jumlah
kuantiti barangan yang ditawarkan oleh semua firma di dalam
sesebuah ekonomi dan tingkat harga.
Keluk Penawaran Aggregate Jangka pendek.

Dalam jangka pendek, keluk


penawaran aggegate adalah
berkecerunan positif.
Di tingkat pengeluaran yang rendah,
peningkatan output hanya akan memberi kesan yang sedikit keatas
tingkat harga. Keluk penawaran aggregate adalah agak landai di
tingkat aggregate output yang rendah. Apabila ekonomi
mengeluarkan output pada tahap yang maksimum iaitu di tingkat
gunatenaga penuh, maka keluk penawaran agregate menjadi anjal
tidak sempurna. Ini bermakna tiada perubahan di dalam aggregate
output tetapi berlaku kenaikan hargayang tinggi.

42

Peralihan keluk penawaran aggregate jangka pendek.


1.
2.
3.
4.
5.

Kejutan kos
Pertumbuhan ekonomi
Stagflasi
Iklim dan peperangan
Polisi awam.

Keseimbangan Tingkat Harga


Berlaku apabila keluk permintaan aggregata bersilang dengan keluk
penawaran aggregate. Titik di mana keluk AS dan AD bersilang
menunjukkan keseimbangan di pasaran wang dan barangan serta
tingkat keseimbangan harga dan output bagi semua firma dalam
ekonomi.

Keluk Penawaran Aggregate Jangka panjang


Keluk LRAS adalah anjal tidak sempurna. Ini disebabkan upah
dan kos berubah pada kadar yang sama dengan tingkat harga.

43

AD, AS, Dasar fiskal dan Dasar Kewangan.


Kesan jangka pendek.
Dasar fiskal dan dasar kewangan mengembang (expansionary), akan
menyebabkan keluk AD beralih ke kanan.
1. Peralihan keluk AD di bahagian keluk AS yang landai.

Peralihan keluk AD ke kanan menyebabkan kenaikan kcil harga


berbanding dengan kenaikan output. Kenaikan tingkat keseimbangan
pendapatan/output negara adalah lebih besar dari kenaikan tingkat
keseimbangan harga.
2. Peralihan keluk AD apabila ekonomi menghampiri guna tenaga
penuh.

Peralihan keluk AD ke kanan menyebabkan kenaikan kecil dalam


output berbanding dengan kenaikan tingkat harga.

44

Perdagangan Antarabangsa
Kegiatan perdagangan pada asasnya dapat dibahagikan kepada dua
iaitu kegiatan perdagangan dalam negeri dan perdagangan
antarabangsa. Perdagangan antarabangsa melibatkan kegiatan
pertukaran barangan dan perkhidmatan antara satu negara dengan
negara luar.
Asas perdagangan antarabangsa dijelaskan dengan menggunakan
dua konsep.
1. Faedah Mutlak
2. Faedah berbanding
Kedua-dua teori ini mengandaikan:
1. Terdapat hanya dua buah negara, iaitu negara A dan B
2. Terdapat hanya dua barangan yang dikeluarkan oleh kedua-dua
negara
3. Kedua-dua buah negara mempunyai dua faktor pengeluaran iaitu
modal dan buruh.
4. Perdagangan tidak melibatkan kos pengangkutan
Faedah Mutlak
Sesebuah negara mempunyai faedah mutlak dalam mengeluarkan
sesuatu jenis barangan jika negara itu dapat mengeluarkan lebih
banyak lagi barang tersebut dengan menggunakan sejumlah faktor
pengeluaran yang sama berbanding dengan negara lain. Apabila
negara ini mengkhususkan dalam pengeluaran barangan yang
mempunyai fadah mutlak dan kemudian mendagangkan barangan
tersebut akan memperolehi keuntungan.
Jumlah pengeluaran dunia sebelum pengkhususan.
Negara A
Negara B
Jumlah

Barang X (juta unit)


10
4
14

Barang Y (juta unit)


5
10
15

45

Negara A mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran barang X


manakala negara B mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran
barang Y. Oleh itu pengkhususan dalam pengeluaran barang X akan
dilakukan oleh negara A dan negara B akan membuat pengkhususan
dalam pengeluaran barang Y.
Jumlah pengeluaran dunia selepas pengkhususan.
Negara A
Negara B
Jumlah

Barang X (juta unit)


20
0
20

Barang Y (juta unit)


0
20
20

Akibat dari pengkhususan jumlah pengeluaran dunia telah


meningkat. Pengkhususan telah mendorong kedua-dua buah negara
untuk melakukan perdagangan bergantung kepada kadar pertukaran
yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Andaikan kadar pertukaran antarabangsa adalah 1 unit X : 1 unit Y
Selepas perdagangan antarabangsa
Negara A
Negara B
Jumlah

Barang X(juta unit)


15
5
20

Barang Y (juta unit)


5
15
20

Faedah Berbanding
Walaupun sesebuah negara itu mungkin tidak mempunyai faedah
mutlak dalam pengeluaran kedua-dua komoditi berbanding dengan
negara lain, negara ini masih lagi mendapat faedah daripada
perdagangan antara satu dengan lain jika negara yang kurang cekap
mengkhususkan dalam pengeluaran komoditinya yang mempunyai
faedah berbanding.

46

Jumlah pengeluaran sebelum perdagangan


Negara A
Negara B
Jumlah

Barang X (juta unit)


12
10
22

Barang Y (juta unit)


6
2
8

Ini menunjukkan bahawa negara A mempunyai faedah mutlak dalam


pengeluaran kedua-dua komoditi. Walau bagaimana pun negara B
mempunyai faedah berbanding di dalam pengeluaran kbarang X
manakala negara A mempunyai faedah berbanding dalam
pengeluaran barang Y. Ini ditunjukkan berdasar kos lepas bagi
pengeluaran setiap barangan tersebut.
Kos lepas dalam pengeluaran barang X dan Y
Negara A
Negara B

Satu unit barang X


0.5Y
0.2Y

Satu unit barang Y


2X
5X

Ini menunjukkan kos lepas bagi barang Y adalah lebih rendah di


negara A, oleh itu negara A mempunyai faedah berbanding di dalam
pengeluaran barang Y dan membuat pengkhususan dalam
pengeluaran barang Y dan sebaliknya.
Jumlah pengeluaran selepas pengkhususan
Barang X
Negara A
Negara B
Jumlah

Barang y
0
20
20

12
0
12

Andaikan kadar pertukaran antarabangsa adalah 1X : 0.25Y

47

Jumlah pengeluaran selepas perdagangan


Negara A
Negara B
Jumlah

Barang X (juta unit)


8
12
20

Barang Y (juta unit)


10
2
12

Halangan-halangan kepada perdagangan antarabangsa.


1. Tarif
Merupakan cukai ke atas import.
2. Kuota
Had maksimum ke atas kuantiti barang yang boleh diimport.
3. Kawalan Pertukaran Asing
4. Subsidi eksport
5. Embargo
Mengapakah Dasar perlindungan Diperlukan?
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Melindungi Industri Muda


Keselamatan negara
Mempelbagaikan ekonomiMelindungi guna tenaga
Melindungi kadar upah
Anti perlambakan
Mengalakkan pelaburan

48

KADAR PERTUKARAN ASING


Kadar pertukaran asing ialah harga sesuatu mata wang berbanding
dengan mata wang yang lain. Pasaran tukaran asing ialah suatu institusi di
mana pembeli dan penjual mata wang asing berurusniaga.
2 cara menulis kadar pertukaran asing.
1. Matawang asing dalam sebutan matawang tempatan
US$1.00 = RM3.8
2. Matawang tempatan dalam sebutan matawang asing.
RM1.00 = US$0.26
Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing.
Kadar pertukaran asing ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata
wang asing di pasaran tukaran asing. Permintaan ke atas sesuatu mata
asing wujud apabila penduduk dan firma sesebuah negara ingin
mengimport barang-barang dan perkhidmatan dari negara itu. Ini bermakna
jika nilai eksport sesebuah negara meningkat, kuantiti permintaan mata
wang asingnya turut meningkat. Mengikut teori permintaan, apabila harga
mata wang asing adalah tinggi, permintaan terhadapnya akan
berkurangan. Oleh itu keluk permintaan mata wang asing adalah
berkecerunan negatif.
Penawaran mata wang asing (contoh: US$) kepada Malaysia ditentukan
oleh isirumah dan firma negara USA yang ingin membeli barang-barang
dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Malaysia. Semakin tinggi kadar
pertukaran asing di pasaran, semakin banyak mata wang asing yang akan
ditawar. Oleh itu keluk penawaran mata wang asing adalah berkecerunan
positif.
Penentuan Kadar Tukaran Asing
Terdapat 2 Kaedah:
1. Kadar pertukaran bebas (terapung)
2. Kadar pertukaran tetap

49

Kadar Tukaran Terapung


Kadar pertukaran ditentukan oleh permintaan dan penawaran tukaran
asing

Keseimbangan asal kadar pertukaran ialah di E . Sekiranya import


Malaysia dari USA meningkat, maka permintaan untuk US$ juga
meningkat. Sekiranya tiada perubahan penawaran dollar, maka kadar
pertukaran keseimbangan bertukar ke E . Oleh itu nilai dollar meningkat
manakala nilai ringgit jatuh.

50

Kadar Tukaran Tetap


Kadar tukaran adalah ditetapkan oleh kerajaan. Pada amalannya negara
tersebut memilih satu nilai par untuk pertukaran matawangnya dengan
matawang asing. Sebarang perubahan dibenarkan selagi tidak terkeluar
dari dua had iaitu di atas dan di bawah par
Untuk mengekalkan kadar pertukaran tetap, pihak berkuasa kewangan
negara perlu campurtangan dalam pasaran tukaran asing seperti membeli
ringgit dengan menggunakan rizab seperti emas, matawang asing dan lainlain.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tukaran Asing.


1.
2.
3.
4.

Harga barangan eksport dan import.


Tingkat harga umum (inflasi)
Kadar bunga
Spekulasi

You might also like