You are on page 1of 3

Penggal 3- Alih Bentuk Komunikasi

Format Jawapan ( 15 markah)


- Pendahuluan ( tajuk atas jadual dan sumber jadual )
- Isi - 4 isi diperlukan (pola/bandingan/kaitan/aliran)
Huraian perlu ada tempoh dengan data dan analisis antara tempoh
- Kesimpulan ( kesan, langkah, pandangan, rumusan)

Tips menganalisis soalan

- Pelajar harus ingat bahawa soalan dalam bahagian ini mempunyai dua bahagian (maklumat dalam media
dan maklumat di luar media) iaitu

i. Data (Analisis/Rumusan- maklumat diperolehi dari media yang diberi) Tiga perkara perlu diberi
perhatian. Adakah kehendak soalan meminta pola perubahan, bandingan ataupun kaitan?

ii. Pengetahuan ( faktor, kesan, langkah. Maklumat tiada dalam media tapi perlu dinyatakan dengan
pengetahuan sedia ada pelajar.). Untuk bahagian ini, isi jawapan tiada dalam media tetapi dari
pengetahuan sedia ada pelajar.

Contoh Soalan
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing
(FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008, dan huraikan bagaimana sesebuah
negara dapat meningkatkan FDI ke negara tersebut.

ALIRAN MASUK PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) KE NEGARA TERPILIH ANTARA


TAHUN 2007 DENGAN TAHUN 2008

Negara Tahun
2007 2008 % Perubahan
Kesatuan Eropah 899.6 518.3 -42.2
Amerika Syarikat 271.2 316.1 16.6
India 25.1 41.6 65.7
Jepun 22.5 24.4 8.4
Singapura 31.6 22.7 -28.2
Thailand 11.2 10.1 -9.8
Indonesia 6.9 7.9 14.5
Vietnam 6.7 8.1 20.9
Malaysia 8.4 8.1 -3.6

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009/2010,


Kementerian Kewangan Malaysia)
Analisis Soalan
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing
(FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008,( bahagian ini memerlukan pelajar untuk
bandingkan data dalam jadual yang diberi) dan huraikan bagaimana sesebuah negara dapat
meningkatkan FDI ke negara tersebut.

Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing
(FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008, dan huraikan bagaimana sesebuah negara
dapat meningkatkan FDI ke negara tersebut.( ini adalah bahagian pengetahuan di mana pelajar perlu
nyatakan bagaimana meningkatkan FDI.maklumat bagaimana tiada dalam jadual)

Tips Menganalisis Soalan ( 2)


Seperkara lagi yang pelajar harus beri perhatian dalam bahagian pengetahuan adalah adakah ianya
i. bergabung
ii.berasingan

Bergabung
1. Setiap isi ( pola/bandingan/kaitan) diikuti dengan maklumat pengetahuan yang dikehendaki dalam
soalan
2. Soalan berbentuk ini adalah 4 + 0

Berasingan
1. Rumusan data di beri dahulu dan baru diikuti dengan kehendak maklumat pengetahuan
2/ Soalan berbentuk ini adalah 2 (rumusan data) + 2 (rumusan pengetahuan)

Contoh soalan

1. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing
(FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008, dan huraikan bagaimana sesebuah negara
dapat meningkatkan FDI ke negara tersebut. ( Berasingan.. rumusan data dahulu dan seterusnya rumusan
pengetahuan)
2. Kelemahan Pelajar

Tidak faham soalan dengan betul Baca soalan dengan teliti

Baca lebih dari sekali dan gariskan kata kunci.


Pastikan kehendak soalan

Selalunya kehendak soalan adalah meminta pelajar menyatakan

1. pola
2. membuat bandingan,
3. membuat kaitan,
4. menyatakan aliran
5 atau lain-lain ataupun
6. gabungan dua kehendak.
Pastikan format jawapan Anda harus kenal pasti kehendak soalan dengan betul.

Terdapat dua jenis format jawapan .


1. Bergabung- sebab digabungkan
Interpretasi data 2. Berasingan- sebab/langkah/kesan diberi secara berasingan

1. Data anggaran-Pastikan jika ada petunjuk anggaran , maka data


untuk tahun tersebuat mesti dinyatakan sebagai data anggaran
2. Nilai negatif dalam jadual bukan bermaksud menurun tetapi punyai
interpreasi berlainan. Contohnya kadar pertumbuhan -2.3 bermaksud
kematian lebih dari kelahiran, suhu -2.3 bermaksud tahap beku.

Anda harus tulis unit untuk setiap data dengan lengkap. Contohnya
_____________ orang guru, ___________ buah kereta,
____________ biji oren
Penulisan Unit data

You might also like