You are on page 1of 8

KURIKULUM TERSIRAT (Ciri-ciri dan Implikasinya)

1.0 PENGENALAN
Kurikulum terbahagi kepada dua jenis, iaitu kurikulum nyata dan kurikulum
tersirat. Kurikulum nyata (manifest curriculum) merujuk kepada kurikulum formal
atau kurikulum rasmi, manakala kurikulum tersirat (latent curriculum) merupakan
kurikulum tak formal yang digunakan untuk memupuk nilai, sikap, dan interaksi
sosial yang positif melalui peniruan, permodelan, aktiviti kumpulan, aktiviti unit
beruniform dan sebagainya.
Istilah kurikulum tersirat juga disebut sebagai kurikulum tersembunyi,
kurikulum terselindung atau kurikulum tersisip. Kurikulum tersirat merupakan
pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid-murid
sekolah dan kesan ini adalah di luar kawalan guru. Kesan secara tidak langsung ini
juga dikenali sebagai kesan sampingan kurikulum tersirat.
Kurikulum dan sekolah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Setiap sekolah di Malaysia mengikut kurikulum sama yang dirancang oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum. Melalui kurikulum ini, pihak sekolah membekalkan ilmu
dan pengalaman pembelajaran pada orang ramai. Antara ciri yang terdapat dalam
kurikulum tersirat ialah merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid
peroleh di mana mereka belajar, boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasil
pembelajarannya adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif,
merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri
dan lain-lain lagi.
Melalui Kurikulum tersirat, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha
membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan Budaya antara
kaum. Pihak sekolah pula berusaha mengaplikasikan penerapan nilai Budaya
masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti KoKurikulum. Pada masa sekarang, kurikulum tersirat telah diaplikasikan melalui aktiviti
persatuan, kegiatan panitia dan aktiviti Kokurikulum.
2.0 CIRI-CIRI KURIKULUM TERSIRAT DALAM USAHA MEMBENTUK BANGSA
YANG BERSATU DAN SALING MENERIMA PERBEZAAN ANTARA KAUM
DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH.
Menurut A Dictionary of Sociology (2005), kurikulum tersirat merujuk kepada
cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran
dan pengurusan organisasi sekolah. Kurikulum ini tidak dibuat secara formal, tetapi
ia berlaku tanpa disedari oleh guru dan murid-murid. Pengalaman yang diterima itu
sebenarnya boleh memberi panduan kepada masa hadapan murid-murid apabila
mereka tamat belajar secara formal.
Antara ciri-ciri kurikulum tersirat ialah kurikulum ini merangkumi semua
pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar.
Kurikulum tersembunyi mempunyai pertalian yang rapat dengan pengalaman
persekolahan individu. Individu yang mengikuti perjalanan sistem pendidikan yang
diterjemahkan ke dalam pelbagai rekabentuk kurikulum memperoleh ilmu dan
pengalaman persekolahan yang menjadi ingatan dan pegangan hidup sehingga
mereka dewasa. Kanak-kanak mempunyai bebagai tanggapan,perasaan dan sikap
pada sekolah. Alam persekolahan ialah suatu pengalaman murid yang
menyeronokan, menakutkan dan tempat di mana kanak-kanak berjumpa dan
berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya.

Realiti ini berlaku pada peringkat awal sistem persekolahan formal dipekenalkan dan
semakin berubah apabila sistem pesekolahan formal terancang dan berterusan
dilangsungkan.
Kurikulum tersirat boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan
pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara
kuantitatif. Relatif meliputi ideologi, keyakinan,nilai budaya masyarakat yang
mempengaruhi sekolah. Bermakna masyarakat yang menetapkan pengetahuan
yang harus diwarisi dan yang tidak perlu diwariskan pada generasi muda yang
memimpin dan menerajui masyarakat. Perkara-perkara lain termasuk sistem
pengurusan kelas,ruang kelas,aturan yang diterapkan serta pola pengelompokan
pelajar. Semua perkara ini membawa implikasi pengaruh pada pelajar sepanjang
persekolahan.
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh
pelaksana kurikulum itu sendiri samada guru dan murid atau pengajar.Nilai ini akan
dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya, tingkahlaku dan akhlak
seseorang guru itu sendiri iaitu bagaimana cara guru itu berpakaian,berkomunikasi
dan menyampaikan ilmu.Nilai ini secara tidak langsung dapat diterapkan ke dalam
diri murid-murid sepanjang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
sebagai contoh guru menerapkan sifat kerjasama dalam aktivit
berkumpulan.Kurikulum tersembunyi mempunyai pengaruh dan peranan yang besar
dalam membentuk nilai dan budaya masyarakat. Amalan dan kebiasaan tradisi ini
menjadi pewaris kanak-kanak sehinggalah membentuk suatu kebiasaan. Ia
seterusnya dapat membawa implikasi kestabilan dan harmoni dalam masyarakat.
Kewujudan bagi kurikulum tersirat adalah berbeza-beza bergantung
kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum. Kurikulum
tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum.
Sebagai contoh,dengan mengadakan pertandingan permainan tradisional ataupun
karnival permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan
cara ini murid-murid dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing
dan secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.
Kurikulum tersembunyi terdiri daripada jenis atau pengkategoriannya yang
berbeza-beza mengikut tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu
sendiri.Oleh itu, kurikulum tersembunyi sama-sama berperanan dalam membentuk
perubahan fungsi sosial pendidikan. Apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara
berkumpulan, guru harus membahagikan kumpulan berdasarkan prinsip
menggalakkan interaksi antara murid yang berlainan kaum. Guru boleh
menyemaikan perasaan menerima dan menghormati bahasa ibunda dan dialek
kaum lain melalui aktivitiyang dijalankan. Apabila dalam kelas bahasa Cina, semua
murid tidak mengira kaum akan bercakap dalam bahasa Cina dan apabila dalam
kelas bahasa Melayu, semua murid pula akan bertutur dalam bahasa Melayu. Aktiviti
ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum pelajar malah
dapat meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar dalam pelbagai dialek.
Justeru, jelas dilihat bahawa kurikulum tersirat sangat penting dalam
menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek
kepelbagaian sosio-budaya dan ini secara tidak langsung memberikan implikasi
kepada murid tanpa mengira kaum. Sebagai kesimpulannya, kurikulum tersirat perlu

menjadi salah satu agenda utama dalam usaha mempertingkatkan kualiti kurikulum
negara
3.0 IMPLIKASI KURIKULUM TERSIRAT TERHADAP KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan
manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan
sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan
merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat
Wawasan 2020. Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui
bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan
bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma
kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi
penuntut semasa belajar. Inilah yang dikatakan sebagai Kurikulum
Tersirat.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri kita yang
kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, kepelbagaian murid di sekolah memberi
implikasi yang besar kepada guru.
kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa
rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai
(Tun Abdullah Ahmad Badawi,Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 m/s 38)
3.1 Kesan kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam
kalangan murid sekolah rendah
Rajah 2
Mendisiplinkan murid
Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan
Menggalakkan penggunaan bahasa standard
Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan
Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif
Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah

3.1.1 Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah
Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu
dititikberatkan oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Melalui interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain tidak kira
berbeza agama, bangsa, budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu
medium perantaraan bagi setiap individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak
semestinya hanya berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka perlu
berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka sendiri. Secara tidak langsung,
interaksi antara murid akan berlaku secara meluas di dalam sesebuah kelas.
Justeru, interaksi antara murid ini memainkan peranan penting ke arah
pembentukan budaya penyayang dalam kalangan murid. Tuntasnya, kurikulum
tersirat dapat menggalakkan persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik
darjah.
3.1.2 Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah
laku negatif
Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi :
Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193,guru adalah model bagi

pelajarnya. Kelakuan, tutur kata dan budi bicara akan mempengaruhi sikap dan
tabiat pelajar, kerana Bandura berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses
peniruan. Maka jelaslah bahawa, tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat
dikurangkan jika seseorang guru mampu menjadi teladan yang terbaik kepada anak
muridnya. Justeru, seseorang guru perlu memastikan setiap yang dilakukannya
adalah perkara yang mendatangkan tingkah laku positif terhadap murid.
3.1.3 Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan
Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat
memastikan semua ahli kelas sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali
p&p dijalankan. Perhatian dan fokus murid merangsang mereka untuk memberi
kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Ahmad
Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik
Untuk Guru pada halaman 70, ransangan yang berkesan akan wujud apabila guru
dapat menarik minat murid untuk melihat, memberi tumpuan, mendengar, mencatat,
menyoal, menjawab dan bertindak balas terhadap aktiviti yang dikelola guru. Hal ini
sudah pasti banyak membantu guru terhadap p&p yang dilaksanakan, objektif p&p
akan mudah tercapai malah murid akan merasakan aktiviti yang dilalui sangat
menyeronokkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persekitaran yang mesra budaya di
dalam sesebuah bilik darjah itu, sangat membantu bagi memastikan sesuatu p&p
yang dijalankan guru berlaku dalam keadaan ceria dan Menggalakkan
penggunaan bahasa standard menyeronokkan.
3.1.4 Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan
Salah satu strategi kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum dan budaya di Negara ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa perantaraan di sekolah. Di dalam bilik darjah, semua murid diwajibkan
menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi semasa pengajaran dan
pembelajaran (p&p) dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat mengelakkan
penggunaan unsur-unsur dialek mengikut kaum semasa mereka berinteraksi.
Pengunaan laras bahasa yang tepat yang diamalkan dalam situasi yang sesuai
serta aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa yang disertai murid mampu
meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid terhadap bahasa standard.
Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan
sosial yang sepatutnya. Justeru, murid dapat mempraktikkan serta mengamalkan
bahasa standard secara tepat dengan adanya bantuan daripada guru.
3.1.5 Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan
Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi :
Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193 ada menyatakan, Ibn
Maskawaih berpendapat akhlak itu dapat dibentuk dan dibina dalam diri manusia.
Institusi pendidikan seperti sekolah dapat dijadikan saluran penting pembinaan dan
pengukuhan akhlak.
Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat
disemai oleh seorang guru di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti
perasaan kasih sayang, seseorang guru dapat memberi peluang yang terbaik untuk
mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang
berkualiti. Guru yang sentiasa membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan
mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik
daripada sebelumnya, mampu menarik perhatian murid untuk sentiasa melakukan

perubahan positif terhadap diri mereka. Tindakan seseorang guru yang tidak
mepertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid
berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa
murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat
dikembangkan sekali gus proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
3.1.6 Mendisiplinkan murid
Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini,
seseorang guru sebenarnya telah mengaplikasikan empowerment .Ahmad Rafaai
Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk
Guru pada halaman 194, menyatakan empowerment ialah menurunkan kuasa
pendisiplin dan pengurus bilik darjah kepada pelajar dengan memberi mereka
tanggungjawab untuk memastikan kebersihan, menyediakan jadual tugasan,
mengganti sebarang bentuk bahan-bahan bagi papan kenyataan bilik darjah dan
sebagainya. Berdasarkan pernyataan ini, jelas membuktikan bilik darjah yang mesra
budaya mampu menjadikan seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta
bertanggungjawab terhadap tugas yang dipegangnya. Guru dapat membimbing
murid untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mengamalkan peneguhan positif
terhadap hasil tugas murid.
3.2 Saranan aktiviti yang boleh dijalankan melalui pengajaran dan
pembelajaran (p&p) dalam konteks kurikulum tersirat untuk pembentukan
interaksi sosial serta pemupukkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid
berbilang kaum.

Saranan aktiviti dalam (p&p)

Meransang intuisi murid melalui set induksi


Penerapan nilai melalui pengajaran afektif
Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan
contoh.
Motivasi yang bervariasi
Mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman
dalam p&p
3.2.1 Meransang intuisi murid melalui set induksi
Intuisi dalam kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan pada halaman 339
bererti naluri, gerak hati, rasa hati, firasat, atau rasa-rasa. Justeru, meransang intuisi
murid melalui set induksi bererti meransang sifat ingin tahu murid dalam langkah set
induksi pada setiap permulaan p&p. Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz
di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 101-102,
menggariskan lima cara membina aliran fikiran murid dalam langkah set induksi.
Pertama, menarik perhatian murid agar mereka betul-betul bersedia terhadap p&p
yang bakal disampaikan. Kedua, orientasi, yakni menggunakan suatu situasi, objek,
proses, atau alat untuk merangsang minat murid. Ketiga, mewujudkan motivasi

dengan cara menunjukkan kemesraan dan semangat terhadap perkara yang bakal
dipelajari. Keempat, struktur bererti set induksi beasaskan tugasan, dan yang kelima
ialah membuat perkaitan kepada judul utama p&p. Kedua-dua penulis buku
Pedagogi Untuk Asas Pendidikan ini juga ada menyarankan contoh aktiviti bagi
langkah set induksi. Antaranya, memulakan pelajaran dengan sesuatu yang luar
biasa atau dengan rentak dan irama. Memulakan pelajaran dengan satu set arahan
atau melalui satu pengumuman, Memberikan soalan mencabar, menggunakan
kiasan, atau aliran mengejutkan. Apabila murid sudah bersedia dan mendapat
gambaran tentang p&p yang bakal dijalankan, maka guru mampu mendapatkan
kerjasama yang baik daripada semua murid untuk melakukan aktiviti seterusnya
dalam proses p&p.
3.2.2 Penerapan nilai melalui pengajaran afektif
...Sepertimana kualiti kognitif dan psikomotor, kualiti afektif juga perlu
ditekankan oleh guru dalam pengajarannya dengan cara menerapkan perubahan
sikap ke atas pelajar melalui gerak kerja dan aktiviti yang dikelolakan dalam bilik
darjah
(Ahmad Rafaai Ayudin, Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik
Untuk Guru, halaman:193)
Pernyataan oleh Ahmad Rafaai Ayudin membuktikan bahawa penerapan nilai
menerusi pengajaran afektif sangat penting dalam memastikan perubahan sikap
murid yang negatif kepada positif. Dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni
hendaklah diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana
bahagian dalam proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang
positif agar wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati orang lain,
mematuhi arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik dalam
pertuturan mereka. Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha untuk
membentuk perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam
kalangan murid yang tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara
berkesan oleh seseorang guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi
sosial sekali gus menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang
kaum.
3.2.3 Mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam
p&p
Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di
dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 108, ialah suatu
kemahiran yang digunakanoleh guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan
sempurna. Murid yang dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian seperti yang
dijangkakan perlu diberi pujian atau bentuk-bentuk penghargaan lain. Ini dapat
mendorong mereka untuk terus belajar dan menyukai pelajaran tersebut. Tujuannya
ialah untuk menarik dan mengekalkan perhatian murid dalam satu-satu masa
pengajaran. Guru hendaklah sentiasa mengukuhkan tindak balas positif yang
ditunjukkan murid agar perbuatan itu akan terlazim dan menjadi satu kebiasaan.
Peneguhan yang dilakukan hendaklah sama rata antara murid terutama jika murid
terdiri daripada berbilang kaum. Terdapat empat bentuk peneguhan yang digariskan

oleh Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk
Asas Pendidikan iaitu dengan galakan secara lisan, galakan secara gerak-geri dan
gerak isyarat, galakan dengan cara menggunakan jawapan murid, dan galakan
dengan cara ganjaran. Guru bertanggungjawab menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak
diingini seperti pergaduhan antara kaum atau pembentukan kumpulan berdasarkan
etnik semasa p&p dijalankan. Penghapusan perilaku negatif seperti ini perlu
dilakukan agar tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api perkauman
mereka. Oleh itu, kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman dalam p&p
sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah
rendah.
3.2.4 Motivasi yang bervariasi
Motivasi menurut menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di
dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 106, bertujuan
merangsangkan minat murid kea rah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru.
Oleh yang demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemenelemen motivasi. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang
p&p, beberapa komponen penting motivasi telah digariskan oleh Ahmad Rafaai
Ayudin iaitu daya penampilan guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah
deria serta melibatkan murid. Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru
kerana murid sentiasa memerhatikan tindakan semasa p&p. Komponen seperti
alihan arah deria dan melibatkan murid juga perlu dikuasai guru agar murid tidak
hilang fokus dan lebih aktif semasa p&p berlangsung sekali gus termotivasi.
3.2.5 Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan
contoh.
Pemilihan sumber yang dimaksudkan ialah penggunaan alat abntu mengajar
(ABM). ABM berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru
dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. ABM mampu
memudahkan murid membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran
dengan cepat. Dalam konteks kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan
sesuatu ABM yang dipilih sesuai dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal
diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh berbilang kaum, seseorang guru perlu
memastikan ABM serta BBM yang digunakan sesuai untuk semua kaum dan budaya
yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-mana murid. Hal ini sangat penting
agar murid tidak berasa ditindas kerana ini mungkin dapat mendatngkan implikasi
negatif kepada individu murid. Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk
pemahaman murid. Guru digalakkan menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan
berkesan. Contoh-contoh yang boleh mendatangkan isu perkauman dalam
sesebuah bilik darjah perlu dielakkan penggunaannya agar murid tidak mendapat
tanggapan salah terhadap budaya lain.
3.2.6 Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Melalui penilaian, guru dapat menentukan sama ada berjaya atau tidak
muridnya menyerap maklumat yang disampaiakan. Memandangkan pengajaran
kurikulum tersirat tidak dapat dijui melalui ujian kertas dan pensil, maka pemerhatian
dapat dianggap teknik yang bertepatan bagi mengukur keupayaan, kemahiran serta
perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Seseorang guru perlu
mencatat kemajuan dan kelemahan setiap individu murid untuk membuat

pengubahsuaian bagi p&p seterusnya. Sekiranya seseorang guru mendapati p&p


yang dijalankan tidak mencapai objektif yang sepatutunya, pentaksiran perlu
dilakukan serta tindakan susulan perlu diambil. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri
setiap murid perlu dinilai dan direkodkan agar guru dapat melihat perkembangan
afektif muridnya dan boleh melakukan sesuatu untuk menggalakkan perubahan ke
arah kebaikkan sekali gus dapat membentuk kendiri murid yang positif.
4.0 RUMUSAN
Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia
memberikan kesan kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
suasana pembelajaran secara khasnya. Secara keseluruhannya, kurikulum tersirat
boleh dikatakan sebagai pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak
langsung oleh murid-murid sekolah dan kesan ini adalah di luar kawalan
guru.Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa
yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan bukanlah
setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus
tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut
semasa belajar. Inilah yang dikatakan sebagai Kurikulum Tersirat.
Antara ciri-ciri kurikulum tersirat ialah merangkumi semua pengalaman
pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. Selain itu, kurikulum
tersirat juga, boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya
adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif. Kurikulum tersirat
merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri
samada guru dan murid atau pengajar. Kewujudan bagi kurikulum tersirat adalah
berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana
kurikulum. Di samping itu, Kurikulum tersembunyi terdiri daripada jenis atau
pengkategoriannya yang berbeza-beza mengikut tahap pembelajaran dan juga
matlamat kurikulum itu sendiri.
Terdapat banyak implikasi kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosio
budaya dalam kalangan murid sekolah rendah. Antaranya ialah, menggalakkan
interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah, membangunkan
pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negative mereka, murid dapat
belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan, pembentukkan kendiri murid
dapat dilaksanakan, dan dapat mendisiplinkan murid.
Aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan di dalam p&p untuk pembentukan
interaksi sosial serta pemupukkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid berbilang
kaum ialah dengan meransang intuisi murid melalui set induksi, memootivasi murid
dengan bervariasi, mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan
pelaziman dalam p&p. Selain itu, pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM),
serta penggunaan contoh, serta penilaian dan penambahbaikan P&P secara
berterusan juga antara aktiviti yang boleh diterapkan kurikulum tesirat.

You might also like