You are on page 1of 47

Sejenis persembahan pentas- diperkenalkan di

Semenanjung Tanah Melayu

Popular di Pulau Pinang


Telah diiktiraf oleh masyarakat umum sebagai suatu
bentuk kesenian daerah bahagian utara Semenanjung
Malaysia
Sejenis persembahan hiburan yang mempunyai bentuk
dan corak persembahan tersendiri.
Berbeza dengan tarian-tarian lain di Malaysia
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu lakonan dan nyanyian

Asal persembahan adalah untuk tujuan


keagamaan
Pada awal Muharram iaitu Tahun Baru Islam
Kini hanya untuk persembahan hiburan sematamata
Pada tahun 80 an boria di tayangkan di televisyen
sebagai satu bentuk hiburan yng menarik
Namun kini kurang dipersembahkan kerana
perkembangan hiburan moden yang lebih
menghiburkan

Boria asalnya dilakonkan oleh kaum lelaki sahaja


Watak wanita dilakonkan oleh kaum lelaki dengan
memakai pakaian wanita
Bertukar corak dari masa ke semasa peserta terdiri dari
kaum lelaki dan perempuan.
Ceritanya bertemakan sejarah,isu-isu kemasyarakatan dan
sebagainya
Satu medium hiburan mempunyai
mesej,pendidikan,nasihat dan sensiviti tersendiri.
Jumlah pelakon atau watak-watak tidak terhad dan ikut
keperluan sesuatu jalan cerita

Muzik dimainkan menandakan bermulanya


bahagian kedua-nyanyian
Tukang karang iaitu ketua penyanyi penyanyi
akan mendahului para kelasi
(penyanyi/penari latar)
Masuk sambil memusing-musingkan baton
(tongkat) ditangan.
Nyanyian di mulakan oleh solo(tukang karang)
di ikuti oleh korus(pihak kelasi)

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG


Secara umum dikaitkan dengan peristiwa
Karbala(pembunuhan Saidina Hassan dan
Hussein)oleh tentera Muawiyah bin Abi Sufian.
Untuk memperingatinya setiap 10 Muharam
adakan upacara perkabungan
Dalam upacara tersebut di adakan berbagai
persembahan dan lakonan untuk menggambarkan
peristiwa berdarah itu.
Syair yang digubah dalam nyanyian beramairamai, mengikut kumpulan masing-masing dari
pelusuk daerah.
Bawa bersama bendera putih yang di simbah
warna merah berdarah.

Upacara dendangan syair-syair yang


berkaitan dengan peristiwa ini dikenali
dengan Taziya.
Syair yang didendangkan mengisahkan
peristiwa pembunuhan.
Mereka juga mengadakan perarakan yang
membawa lambang tangan dan
mengibarkan bendera-bendera warna putih
dan merah-yang kini menjadi lambang
kumpulan boria tertentu yang terdapat di
Pulau Pinang.

Acara tahunan ini mengalami perubahan


Syair-syair yang di dendangkan tidak lagi
berkaitan dengan pembunuhan Saidina Hassan
dan Hussien r.a
Syair dan lakonan lebih realistik
Lakonan babak-babak tertentu sejajar dengan
syair yang di dendangkan.
Golongan kaya atau tauke membiayai kos
persembahan
Ianya berkembang selari dengan perkembangan
fahaman Syiah
Berkembang ke Parsi, India dan seterusnya ke
Semenanjung Malaysia terutama Pulau Pinang.

Perubahan berlaku apabila diterajui oleh orang


Melayu
Diubah suai cara dan corak budaya masyarakat
Melayu sendiri-terutama ketika Melayu ke arah
memperjuangkan kemerdekaan bawah penjajahan
British
Sebagai alat medium untuk menuntut hak
kedaulatan bangsa dan menaikkan semangat
perjuangan.
Bukan sahaja di dukung oleh masyarakat Melayu
sahaja tetapi hampir semua kaum pada masa itu.
Boria merupakan teater tradisional yang terbuka
untuk semua masyarakat dan berkembang tanpa
batas.

ASAL-USUL PERKATAAN
BORIA

Dari manakah timbulnya perkataan Boria?


Menurut HT Haughton:
Perkataan Boria diambil dari perkataan Hindustan
yang membawa maksud tikar atau tikar
sembahyang atau tikar gulung
- Pengiat-pengiat boria ketika itu- golongan pekerja
dibawa masuk oleh Syarikat British,East India
Company ke Pulau Pinang
- Ada pendapat lain mengatakan:
Boria diperkenalkan oleh The Twenty First Indian
Regiment tahun 1845.

Pendapat lain mengatakan pula timbulnya


perkataan ini kerana kumpulan boria ketika
itu menggunakan pakaian yang dibuat dari
tikar
Ini untuk menggambarkan kesengsaraan
Saidina Hassan dan Hussien r.a di Karbala
Ada pendapat lain juga mengatakan ianya
berasal dari perkataan Borai maksud gila
atau sasau.
Juga asalnya diambil dari nama pelakon
boria yang terkenal pada masa dulu.

Dikatakan juga berasal dari perkataanBori


iaitu suku kaum yang asal Gujerat,India.
Kaum ini yang mula memainkan boria di
Pulau Pinang.
Perkatan Bori dan Ria telah
digabungkan
Ria- seni lakon,seni sastera,seni lagu dan
seni tari
Boria adalah satu gabungan elemen seni
dari suku kaum Bori.

ORGANISASI KUMPULAN
Pada masa dahulu- 40 hingga 60 orang
termasuk tauke(penaja),pengurus,tukang
karang,penari(sailor) dan pemuzik.
Ahli terdiri daripada orang lelaki
Selepas Perang Dunia Kedua- Penglibatan
wanita dalam kumpulan boria
Kumpulan boria dibiayai oleh tauke-bukan
sahaja orang Melayu tetapi orang Cina
Kejayaan mementaskan persembahan boria
menjadi lambang prestij ketika itu

KEMASUKAN BORIA KE TANAH


MELAYU
Dibawa oleh orang-orang India-Muslim
berfahaman Syiah ke Tanah Melayu
Mula bertapak di Pulau Pinang sekitar abad ke
19
Mendapat sambutan dikalangan orang Islam
masyarakat India sahaja
Masyarakat Melayu hanyalah menjadi penonton
sahaja
Akhirnya ianya mendapat sambutan dikalangan
orang Melayu

Setiap kampung atau mukim perlu ada pasukan


boria.
Kini boria hanya satu persembahan hiburan yang
bersifat nasional bagi mengisi kemeriahan
program-program kesenian dan kebudayaan
Tukang karang juga mainkan peranan penting
dalam kumpulan boria
Tukang karang mencipta lirik secara
spontan,membawakan lagu dengan baik
Sebagai nadi pengerak untuk sesebuah kumpulan
boria.
Pakaiannya juga agak istimewa daripada ahli-ahli
lain dalam kumpulan

CERITA DAN LAKONAN


Pada peringkat awal perkembangan masih
kekalkan cerita yang berkisar peristiwa Karbala
Dipelbagaikan kepada cerita Arab- berlandaskan
Hikayat Seribu Satu Malam,cerita sejarah dan
bangsawan

Cerita Cina dan India serta saduran dari Barat


Kini tema berubah masih kekalkan cerita sejarah
Mengalami perkembangan paparkan isu-isu
sosial,pendidikan,perpaduan,kemasyarakatan dan
isu semasa.

Lebih kepada mesej dan pengajaran


Peringkat awal perkembangan boria-tidak guna
skrip, lakonan secara spontan berdasarkan
senario yang ditetapkan
Pengarah beritahu tajuk dan jalan cerita sahajatukang karang dan pelakon perlu kreatif untuk
menjayakan lakonan.
Keistimewaan pihak pelakon mematahkan cakap
lawan dapat dilihat ketika itu.
Dialog penuh sindiran- dapat respon penonton
ketika itu.
Unsur humor adalah amat penting dalam
persembahan boria.

Satu perbezaan yang jelas ialah boria tidak


lagi sebagai medium untuk memperingati
Peristiwa Karbala.
Persembahan berimformasi-menekankan
unsur pendidikan serta moral yang tinggi
untuk menyedarkan masyarakat.
Kini persembahan boria berdasarkan tema
mengikut sesuatu acara atau majlis seperti
Bulan Citrawarna, Hari Kemerdekaan dan
sambutan perayaan yang lain.

Dari segi pakaian pelakon pula-disesuaikan


dengan cerita yang dimainkan
Adakalanya pakaian yang beraneka ragam
untuk tarik perhatian penonton
Penggunaan props bergantung pada cerita
yang akan dimainkan
Awal 60an kumpulan boria mengenakan
pakaian beraneka warna untuk nampak ceria
dan menarik.
Ianya masih berterusan hingga kini

CERITA DAN LAKONAN

TARIAN
Dahulu tari boria berkait rapat dengan sketsa
yang dipersembahkan
Tarinya berkembang mengikut peredaran
zaman
Zaman 50an dan 60an lagu-lagu banyak
dipengaruhi irama twist,agogo,hindustan dan
pop
Ianya juga mempengaruhi gerakan-gerakan
tarian boria
Tarian adalah bebas mengikut kreativiti
sesebuah kumpulan boria

Kini persembahan boria lebih meluas


Irama lebih bebas dan seiring dengan
perubahan semasa
Lebih kreatif dan moden
Pengaruh irama disco,hip hop dan
sebagainya telah menular dikalangan
sesetengah kumpulan boria
Secara tidak langsung mempengaruhi tarian
kumpulan boria
Namun begitu masih mengekalkan unsurunsur tradisi yang terdapat dalam boria.

TARIAN DALAM PERSEMBAHAN


BORIA

Tidak begitu khusus, yang penting keupayaan para pemuzik


untuk membawa irama untuk mengiringi nyanyian tukang karang

Gendang dan violin alat yang sering digunakan - lebih banyak


alat digunakan semakin baiklah persembahan
Oleh itu antara alat yang boleh digunakan- violin, gambus,
marwas, tabla, simbal,gendang, akordion, harmonika dan lain-lain.
Muzik yang di gunakan mempunyai hubungan dengan lagu dan
pakaian :- jika cerita berkaitan dengan cerita Arab maka pakaian yang
digunakan adalah ala Arab-tarian juga mirip bentuk Arab dan
bahasanya juga telor Arab.

Alat-alat yang digunakan diperbagaikan lagi


mengikut arus kemodenan semasa.
Antara alat yang digunakan :
- drum
- keyboard
- piano
- gitar elektrik
- trumpet
Dan lain-lain lagi
_ Namun begitu pada masa sekarang sesebuah
kumpulan boria amat jarang menggunakan
pemuzik bagi mengiringi persembahan
-Lebih gemar menggunakan minus one dari CD atau
kaset untuk menjimatkan kos perbelanjaan

SERULING

HARMONIUM

MARAKAS

GAMBUS
GENDANG

GONG

REBANA

PEMUKUL GENDANG

KOMPANG

REBANA

GITAR GELEKTRIK

VIOLIN

GITAR AKUISTIK

KIBOD

BONGO

PIANO

DRUM

TRUMPET

TAMBORIN

KUMPULAN MUZIK BORIA

PEMAIN GITAR

PEMAIN VIOLIN

PEMUZIK BORIA

PEMAIN GAMBUS

PEMAIN AKORDION

KUMPULAN PEMUZIK BORIA

NYANYIAN
Tukang Karang
Berkebolehan mengubah lirik boria
Suara lantang dan jelas
Menyanyi mengikut tempo lagu dan nada yang
sesuai
Sailor
- Biasanya mendahului masuk ke pentas selesai sahaja
lakonan berakhir dengan diiringi muzik masuk.
- Masuk dengan membawa payung,bendera,gendang
panjang dan lain-lain props ikut kemampuan kumpulan
boria
- Dikuti oleh tukang karang yang akan mengendalikan
persembahan.

Tukang karang memulakan rangkap


pertama nyanyian secara solo-sambil
menari sambil hayunkan tongkat yang
dibawa
Diikuti sailor menyahut nyanyian secara
beramai-ramai-sambil menari serentak
Begitulah seterusnya setiap rangkap yang
pertama dinyanyikan berulangulang(chorus)

cara berpakaian lebih bercorak kearaban.Tapi lama


kelamaan ianya berubah menjadi
*Selalunya pakaian yang dipakai adalah mengikut
cerita.
*Antara props yang sering digunakan untuk
persembahan boria
adalah pelita,bendera,keris,paying,bunga
manggar,tongkat.
*Pakaian untuk tukang karang adalah lebih istimewa
daripada semua ahli di dalam kumpulan boria
tersebut.

RANGKAP LAGU
-Senikata lagu yang dicipta
berasaskan lakonan
- susunan senikata tadi berbentuk
syair.
- Seandainya orang yang
menjemput bermain datangnya
daripada golongan berada atau
ternama, rangkap-rangkap awal
nyanyian selalunya bersifat pujian
kepada pengundang tadi.

Rangkap pertama bagi setiap lagu boria mestilah


memperkenalkan kumpulan masing-masing
Rangkap inilah yana akan menjadi korus untuk
lagu tersebut.
Senikata yang baik mengandungi suku kata yang
seirama di setiap hujung rangkap.
Rima ta atau dah digunakan pada hujung baris
pertama maka hujung baris yang berikutnya dalam
rangkap yang sama mesti mempunyai bunyi ta
dan dah atau be walaupun masih dikekalkan
bunyi a.
(skor lagu)
Contoh muzik Boria yang seterusnya

KUMPULAN BORIA MASA KINI

PERSEMBAHAN BORIA

PERBEZAAN PAKAIAN TUKANG


KARANG DAN AHLI LAIN

PENUTUP
Banyak perubahan telah berlaku
Menjadi sejenis teater tradisional dalam
persekitarannya sendiri
Boria perlu diteruskan sebagai cabang
kebudayaan bangsa dan seni budaya di Malaysia
Telah diterima sebagai wadah hiburan
Perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh
semua pihak samada kerajaan ataupun rakyat
jelata

Abu Bakar bin Jaafar (Pak Kan)


Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Hamid
Encik Abdullah bin Darus
Tuan Syed Akir bin Syed Ahmad
Encik Daud bin Ibrahim

Contoh Rangkap Lagu

Izinkan kami sampaikan madah


Pesanan PM mutiara indah
Sebagai saluran penyambung lidah
Semoga berguna dan berfaedah

Tamat sudah madah karangan


Kalau tersilap dimarah jangan
Budaya boria dibuat sebagai pegangan
Boria anak Tanjung melambaikan tangan

Dunia tak sunyi dengan sengketa


Terhadap masyarakat kampung dan kota
Puji dan puja keji dan kata
Boria Sungai Pinang membawa cerita

Masyarakat Malaysia berbilang bangsa


Bekerjasama tunjukkan jasa
Tajuk kami telatah di desa
Persembahan boria dari Sungai Ara

DISEDIAKAN OLEH:

FAIZAH BTE MUSA


SK API API PONTIAN JOHOR

You might also like