You are on page 1of 1

Orang Yang Paling Saya Hormati

Setiap orang mempunyai orang yang paling dihormati. Begitu juga dengan saya.
Orang yang paling saya hormati ialah ibu saya.
Nama ibu saya ialah Chai Siow Lim. Ibu saya dilahirkan pada 1 Jun 1969. Ibu
saya seorang yang kurus. Ibu saya bekerja sebagai kerani yang rajin dan
bertanggungjawab. Beliau menguruskan kehidupan kami dengan baik. Beliau sentiasa
menyediakan makanan yang sedap untuk kami sekeluarga. Rumah saya sentiasa
bersih dan kemas.
Saya amat hormat akan ibu kerana beliau mengambil berat tentang pelajaran saya.
Beliau selalu menegur saya agar belajar dengan rajin. Beliau juga membantu dan
membimbing saya dalam menyiapkan kerja sekolah ketika saya menghadapi masalah.
Apabila saya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, beliau akan memuji
saya seorang budak yang bijak. Sebaliknya, beliau menghukum saya dan menasihati
saya agar tidak mudah berputus asa.
Saya juga membantu ibu setelah menyiapkan kerja sekolah. Saya membantu ibu
menyapu dan mengemas rumah. Beliau sering memuji saya seorang budak yang rajin.
Saya membantu beliau untuk meringankan bebannya.
Hobi ibu saya ialah menanam pokok bunga. Halaman di rumah saya menpunyai
banyak bunga kesukaannya. Beliau menanam pokok bunga pada masa lapang.
Saya amat menghargai jasa ibu terhadap kami sekeluarga. Ibu menyayangi kami
bagai menatang minyak yang penuh. Saya perlu belajar denagn bersungguh-sungguh
untuk membalas jasa ibu yang telah membesarkan saya apabila saya dewasa kelak.

You might also like