You are on page 1of 35

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

TXGB6101/TXGD6105: LINGUISTIK TERAPAN


Pensyarah: Dr Azlin Zaiti Bt Zainal
Fakulti Bahasa dan Linguistik
Universiti Malaya

Pemerolehan Bahasa
Apakah itu pemerolehan bahasa? Menurut Mangantar Simanjuntak

(1987), pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak


seseorang kanak-kanak (bayi) sewaktu memperoleh bahasa ibunda
(pertamanya).
Pemerolehan bahasa bermula pada peringkat bayi melalui perlakuan

dan kecekapan pancaindera pendengaran dan pertuturan.


Proses perlakuan ini melibatkan aktiviti pemahaman dan penerbitan

manakala proses kecekapan pula melibatkan pengetahuan bahasa


dan penguasaan tatabahasa secara tidak sedar.
Terdapat 3 bahagian pemerolehan bahasa yng diperoleh kanak-kanak

secara serentak iaitu pemerolehan sintaksis, semantik dan fonologi.

Konsep Pemerolahan Bahasa


PERTAMA
DI KUASAI

BAHASA
KELUARGA

KONSEP
BAHASA
PERTAMA

TIDAK
FORMAL

TANPA
SEDAR

Keluarga Dan Bahasa Pertama


Anak

Bahasa
Keluarga

Bil

Ras Ibu

Ras Bapa

Melayu

Melayu

Melayu Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Melayu

Melayu

Melayu Bahasa Inggeris

Melayu

Melayu

*Cina

*anak angkat atau anak belaan

Bahasa Melayu

Bahasa Pertama

Teori Pemerolehan Bahasa


Pada dasarnya terdapat 2 aliran pemikiran utama bila kita

memperkatakan tentang pemerolehan bahasa.


Satu dinamakan aliran behaviorisme dan satu lagi dikenali sebagai

mentalisme.
2 lagi teori/pendekatan yang sering dikaitkan dengan pemerolehan

bahasa ialah teori/pendekatan kognitif dan teori/pendekatan


interactionist.

Teori Behaviorisme (Skinner)


Bahasa adalah proses perilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab

dan kesan iaitu hasil operasi rangsangan dan gerak balas.


Bahasa adalah perilaku dan individu banyak belajar melalui pengalaman
daripada otaknya.
Pemerolehan kemahiran bahasa memerlukan latihan dan latih tubi perlu
dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai kebiasaan.
Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Kanak-kanak belajar secara tidak
formal melalui proses peniruan. Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut
perkataan-perkataan yang telah mereka dengar berulang kali sehingga mereka
dapat menyebutnya menjadi ayat-ayat yang lengkap.
Bloomfield menyokong aliran ini dan berpendapat bahawa bahasa ialah satu
tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain. Bahasa
dilahirkan akibat gerak balas daripada rangsangan.
Aliran ini berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan
pembelajaran sangat penting iaitu dengan memberi ganjaran kepada kanakkanak apabila mereka memberikan gerak balas yang betul. Ganjaran akan dapat
membentuk perlakuan berbahasa yang dikehendaki dan berterusan.

Peniruan?

A: Ini apa? Bunga.


C: Munga.

Peniruan

Pada peringkat awal kanak-kanak (Inggeris)


mengendalikan pola nahu yang tidak regular: went,
took; plural: mice, sheep dengan menggunakan pola
regular: wented, goed, taked, tooked, mices, mouses,
sheeps.

Mereka mengandaikan sendiri penggunaan nahu yang


regularmelalui proses yang disebut analogi.

Ini bukan peniruan, sebab tiada orang dewasa yang


bercakap begitu.

Pada tahap awal ini kanak-kanak gagal meniru


binaan/struktur nahu orang dewasa dengan tepat
walau diajar berulang kali.
Contohnya:
A: Nobody dont like me
I: No, say Nobody likes me
A: Nobody dont like me (8 kali ulangan)
I: No, now listen carefully, say Nobody likes me
A: Oh! Nobody dont likes me.
(David McNeil)

Pembetulan? (Correction?)
A: you shouldnt say I buyed a cake. You should say .
C: Bought
A: So why did you say buyed?
C: I dont know
(Brown, 2000)

Teori Mentalisme (Chomsky)


Teori Mentalis beranggapan bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh

satu proses dalam otak.


Bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan semula
jadi manusia.
Manusia dilahirkan dengan alat-alat penguasaan bahasa dan manusia boleh
menguasai sesuatu bahasa yang didedahkan kepada mereka (We are born with
a Language Acquisition Device (LAD) and access to Universal Grammar (UG).
Penyataan ini disokong oleh Lenneberg (1967). Menurut beliau, perkembangan
bahasa adalah mengikut jadual secara biologis bukan datang daripada
rangsangan dan gerak balas.
Kanak-kanak berkeupayaan membuat rumusan dan peraturan bahasanya
sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu bermula ketika bersuara hingga
boleh mencipta ayat yang lengkap.
Perkembangan terus berlaku sehingga mereka berumur 4 hingga 5 tahun.
Perkembangan bahasa berkait rapat dengan proses mental dan bukan
mekanikal semata-mata.

Adakah pembelajaran L1 Tiruan


Walaubagaimanapun kini pandangan pembelajaran L1 sebagai

peniruan adalah terhad.


Kini linguis & psikologis memberi tumpuan pada persamaan di

dalam bahasa & mengatakan kesejagatan di dalam persamaan


bahasa sebagai innate structure of the human mind that do not
require learning.
Ini disebut sebagai uniform mental strategies & bukan hanya

uniform mental structures.

Adakah Pemerolehan L1:


Satu kebolehan yang semula jadi?
Telah diprogramkan secara biologi manusia dilahirkan dengan

kebolehan semulajadi untuk memperolehi bahasa


Uji pengetahuan nahu (UG) yang diperolehi sebelum ini melalui

input kemudian membuat kaitan antara underlying rules bahasa itu


Critical Period Hypothesis Adakah pemerolehan bahasa pertama

menjadi bertambah susah setelah baligh?

Teori/Pendekatan Kognitif (Piaget)


Teori ini menekankan fungsi otak dan fikiran dalam proses

pembelajaran.
Kanak-kanak sejak dilahirkan dibekalkan dengan satu alat dalam

otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar.


Pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu
pembentukan kebiasaan (mekanikal).
Perubahan tingkah laku hasil daripada proses kognitif yang berlaku

dalam diri manusia. Proses berfikir manusia melibatkan operasi


mental dengan tujuan untuk menghubungkan berbagai-bagai idea,
memahami konsep, membuat kesimpulan atau mendapatkan
pengertian baru.

Sambungan
Pemerolehan bahasa dilihat dari perspektif konteks perkembangan
intelek kanak-kanak
Struktur linguistik hanya timbul jika kanak-kanak telah ada asas

kognitifcontoh: sebelum boleh faham struktur bahasa


perbandingan, mereka perlu ada kebolehan konsep tentang
perbezaan saiz.
Menurut Piaget paling jelas wujudnya perhubungan ini ialah

diperingkat awal (0 18 bulan) Intelligence Sensory motor.

Pendekatan Kognitif
Jean Piaget : Perkembangan bahasa berkaitan dengan perkembangan
kognitif
Sensorimotor
(0-2 years)

Preoperational (2-7 years)

Concrete
(7-11 years)

Motor & reflex action


Here and now

Make sense of reality mental Logic- concrete


representation of objects
level

Vocalizations
One
word/holophrastic
stage
development

2-word stage (pivot grammar)


Telegraphic stage
Complex language
development

Increasingly more
complex language

Teori/pendekatan Interaksionalis
(Halliday)
Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik.
Kanak-kanak menguasai bahasa kerana keperluan untuk berinteraksi dalam

situasi sosial dan persekitaran untuk memenuhi keperluan mereka.


Seterusnya kanak-kanak menyedari bahawa fungsi ujaran bukan sematamata untuk berinteraksi bahkan untuk menyampaikan maklumat kepada
orang lain.
Pada peringkat ini, mereka mula menyedari bahawa pentingnya
pengetahuan tatabahasa supaya apa yang disampaikan dapat difahami
oleh orang lain.
Situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak dan
interaksi sosial pula penting untuk membentu kanak-kanak menguasai
peraturan-peraturan bahasa

Pendekatan Interactionist
Pembelajaran bahasa ialah satu proses sosialisasi

Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain cthnya: input


dari penjaga eg motherese (pertuturan yang perlahan, (pitch) yang
tinggi, kosakata yang terhad, ayat ayat yang lebih pendek, pengulangan)

Vygotsky- interaksi sosial penting untuk perkembangan kognitif


kanak-kanak menggunakan bahasa untuk berfikir tentang dunia sekeliling
mereka

Pembelajaran L1 memerlukan
kepelbagaian expressions/ ungkapan
Sistem yang boleh menghasilkan ayat yang infinit/pelbagai.
Kebolehan untnk memahami pelbagai ayat & memahaminya

mengikut konteks.
Pola fonologi, morfologi, sintaks, semantik & pragmatik; tahu bila

hendak bercakap, mendengar dan lain-lain.


Membuat dirinya difahami & memahami.

Terlalu banyak yang hendak dipelajari


dalam L1
Jadi kita boleh hipotesiskan bahawa the human language capacity

provides them at birth atau ada juga melalui natural development


biology vs socialization
Bahasa bukan hanya diperolehi melalui peniruan walaupun

pendedahan itu penting.

Ciri-ciri baby talk

Higher than usual pitch


Frequent questions
Frequent repetitions
Frequent imperatives
Few modifiers
Few function words
Concrete immediate referents
Exaggerated intonation contours
Slow & clear
Baby talk words personal names instead of pronouns

Apabila kanak-kanak meningkat usia berlaku


adult expansion terhadap ujaran mereka

Kanak-kanak

Dewasa

Akak kan

kakak nak makan


bagi pada ayah
izat duduk kerusi

Ayah nak
Nak kusi

Peringkat-peringkat L1
Babbling bermula pada usia kira-kira 6 bulan. Biasanya

bermula dengann silabel yg serupa & mudah & beberapa


bulan kemudian terdapat ulangan silabel berlainan &
yang lebih sukar.

2. Peringkat satu perkataan


Lebih kurang 1 tahun. Perkataan yang berstruktur mudah

- fokus kepada orang sekeliling yang rapat seperti


ibubapa, & adik beradik & benda-benda yang biasa
disekitar.
Biasanya perkataan yang sama digunakan utk konsep

yang serupa seperti: kucing untuk semua binatang


(overextension).

3. Peringkat dua perkataan


Waktu kira-kira 20 bulan

mak balik, ayah masuk,


Biasanya mereka ada 50 perkataan (identify some of the

words)

4. Lebih dari 2 perkataan


Biasanya di antara usia 2 2 setengah tahun

Ujaran lebih kompleks

Bagaimana kanak-kanak memperolehi


morfologi dan tatabahasa
Biasanya anak- melalui fasa yg hampir sama. Contoh
Bahasa Inggeris.
1. Present prog. verb playing, talking
2. Prepositions in & on
3. Regular nouns plural cats, toys
4. Irregular past tense verbs came, fell
5. Possesive nouns mummys, daddys
6. Uncontractible copula ; here I am, who is it

7. Articles: a, the
8. Regular past tense verbs: played washed
9. Third person singular present: sees, wants
10. Irregular third person singular: does, has

Walaubagaimanapun kajian yang dilakukan oleh Roger


Brown ini menunjukkan tahap pemerolehan mungkin
berbeza.

Kajian bahasa kanak-kanak


Prosedur Pengumpulan Data:
Ada 2 metod pengumpulan data:
Pendekatan Naturalistik approach
berdasarkan pemerhatian dan catatan pengunaan bahasa

secara spontan
-- contohnya: kajian berdasarkan catatan diari atau rakaman
yang dilakukan untuk jangkamasa yang panjang longitudinal
Pendekatan Experimental
menggunakan tugasan (tasks) untuk menggalakkan

bahasa (to elicit language)


selalunya perbandingan pengetahuan linguistik antara
sekumpulan/ beberapa kumpulan kanak-kanak cross-sectional

Kajian bahasa kanak-kanak


Persampelan Naturalisitik

Satu sampel penggunaan bahasa kanak-kanak dalam:


Persekitaran selesa rumah sendiri (ada masalah
tersendiri, akustik, alat merakam dan pengkaji mungkin
mengganggu)
Setting khas kanak-kanak bercakap-cakap dengan

permainannya, bercakap dengan ibu (akustik baik tetapi


kadang-kadang ibu yang perasan, terhad)

Perbincangan
Apakah tahap tahap pemerolehan morfologi dan

tatabahasa yang dilalui oleh anak anda ( dlm


bahasa/dialek Melayu, Cina, Tamil etc)
Adakah terdapat unsur overgeneralisation di dalam

pemerolehan bahasa anak anda.


Apakah tahap pemerolehan leksikal anak anda. Sekiranya

lambat/cepat kenapa?
Apakah tahap pemerolehan fonologi anak anda?

Perkembangan Leksikal
Teliti data berikut dari Niki berumur 1 tahun 2 bulan.
Adakah anda dapat eviden bagi:
Pola dari segi jenis perkataan yang digunakan?
(adjectives, verbs, nouns)

Perkataan yang terikat kepada konteks (actions, names,


personal/social etc.)?

Overextension

star
nen nen (milk)
mum mum (food)
ball
(w)ater
Pep(r)I(ap)pa
Peya(riam)ma
mama
appa
gran(d)ma
aran(d)pa
amama
pati
cup
money
Niki (his name)
I wan(t)
eye
hat
hand
Uncle
key
Shoes
sit

kirkle (circle) for all round objects including bangles


(r)buberband
hair
finger
toe
heart (shape)
beat (with action)
pen
A-apple (to draw)
baby
boy
girl
akka
cold
Hot
Aunty Naina(Diana)
robot
bear
car
cat
dirt
bye bye
no more

(Pillai, unpublished data)

Perkembangan Sintaktik:
Tahap Telegrafik (2-2.5 tahun)
Look for evidence of:
rules that form phrases
modifiers (adjectives and adverbs)
Determiners
Chair broken.
Daddy like book.
What her name?
Car make noise.
Me wanna show Mummy.
I good boy.
(Sook and OGrady , 1996)

Lelaki Inggeris 5 tahun


Apakah generalisasi yang dibuat oleh kanak-kanak ini?
and then I went to school and then I spent it and
they gived me50pand they gived me three
10ps.and then when I spendedI. gRobin didnt
have enough..he didnt.er..he didnt have enough
money tafford something, so I gived him one of my
10p and then he buyed a cake and thenI gived ..I
gived the man 10p.too for a cake and then.thats the
story end.
(Brown, 2000)

You might also like