You are on page 1of 25

BAB 1

1.1

TRANSDUSER

PENGENALAN

Transduser adalah komponen penting dalam sistem pengalatan sebagaimana


ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
Bahan ukur

penyesuai
isyarat

transduser

paparan

Rajah 1.1 Sistem pengalatan


Takrifan umum transduser adalah:
Peranti yang menukarkan satu bentuk tenaga ke bentuk tenaga yang
lain.
Takrifan yang digunakan dalam sistem pengalatan elektrik pula adalah:
Peranti yang menukarkan kuantiti bukan elektrik kepada kuantiti
elektrik.
Maka fungsi transduser, sebagaimana juga ditunjukkan dalam Rajah 1.2 adalah:
i.

mengesan kewujudan, magnitud, perubahan, dan frekuensi bahan ukur, dan

ii.

menghasilkan keluaran elektrik yang boleh diproses dan dikenakan pada


peranti paparan untuk memberikan data kuantitatif yang jitu tentang bahan
ukur tersebut.
Bahan ukur

Keluaran elektrik
Transduser

Pengujaan

Rajah 1.2 Fungsi transduser

1.2

PENGKELASAN TRANSDUSER

Transduser boleh dikelaskan mengikut:


i.
ii.
iii.

pasif atau aktif


bahan ukur
isyarat terhasil

i.

pasif atau aktif


pasif: memerlukan bekalan kuasa untuk menggerakkan transduser atau
menghasilkan isyarat yang berguna
aktif: tidak memerlukan bekalan kuasa dan menghasilkan isyarat elektrik
dengan sendirinya

ii.

iii.

bahan ukur, iaitu kuantiti bukan elektrik yang diukur


mekanik:

daya, tekanan, tegasan, terikan


kedudukan, anjakan, halaju, pecutan
anjakan sudut, halaju sudut, pecutan sudut

kimia:

haba, aliran haba


suhu

optik:

keamatan cahaya

prinsip pengendalian atau bentuk isyarat yang dihasilkan oleh transduser


penjanaan voltan atau arus
perubahan rintangan, kemuatan atau aruhan

1.3

PEMILIHAN TRANSDUSER

Transduser perlulah serasi dengan kegunaannya. Dalam pemilihan transduser, faktorfaktor berikut perlu dipertimbangkan:
i.

Julat pengendalian. Transduser perlulah mengekalkan keperluan julat dan


kebezajelasan baik.

ii.

Kepekaan. Kepekaan transduser harus mencukupi untuk membolehkan


keluaran yang memadai.

iii.

Sambutan frekuensi dan frekuensi salun. Adakah sambutan transduser rata


pada julat frekuensi yang diperlukan? Adakah frekuensi salun akan teruja?

iv.

Keserasian persekitaran. Adakah julat suhu transduser, bendalir mengarat,


tekanan, kejutan, dan tindak balas yang dialaminya, saiz dan pengehadan
cagak (mounting restrictions) menyebabkannya tidak boleh digunakan?

v.

Kepekaan silang. Transduser perlulah kurang peka terhadap rangsangan


terjangka selain daripada bahan ukur.

vi.

Kejituan.
Transduser mungkin menghadapi ralat kebolehulangan dan
penentukuran serta ralat terjangka disebabkan kepekaan terhadap rangsangan
lain.

vii.

Penggunaan dan bolehtahan lasak. Boleh tahan lasak keamatan mekanik dan
elektrik transduser berbanding dengan saiz dan beratnya perlu
dipertimbangkan. Siapa yang akan memasang dan menggunakan transduser
tersebut?

viii.

Elektrik. Apakah panjang dan jenis kabel yang diperlukan? Apakah nisbah
isyarat-hingar apabila berganding dengan had-had penguat dan sambutanfrekuensi?

1.4

TOLOK TERIKAN

Tolok terikan digunakan dengan meluas untuk mengukur beberapa jenis kuantiti yang
berkaitan dengan daya.

1.4.1

Pengkelasan

Tolok terikan adalah transduser yang pasif. Ia memerlukan bekalan voltan


untuk menggerakkan penyesuai isyarat (lazimnya titi Wheatstone) yang
diperlukan

Tolok terikan pada asasnya mengukur terikan. Namun kuantiti yang lain yang
menghasilkan terikan seperti daya, kilas, tekanan, dan anjakan, juga boleh
diukur secara tidak langsung

Tolok terikan melibatkan perubahan rintangan

1.4.2

Prinsip Pengendalian

Perhatikan sampel logam yang dikenakan daya F seperti dalam Rajah 1.3.

F
l

Rajah 1.3 Tegasan tegangan dikenakan pada rod


Rintangan sampel tersebut ialah
R=

l
A

dengan R = rintangan,
= keberintangan logam dawai, m
l = panjang, m
A = luas keratan-silang, m2

(1.1)

Daya yang dikenakan F menyebabkan sampel tersebut memanjangkan, katakan


sebanyak l. Isipadu tidak berubah maka luas keratan-silang akan berkurang, katakan
sebanyak A. Oleh itu isipadu
V = lA = (l + l )( A A)

(1.2)

Rintangan sampel akan berubah, katakan sebanyak R atau


R + R =

l + l
A A

(1.3)

Dengan menggunakan Per. (1.2) dan Per. (1.3), boleh ditunjukkan bahawa rintangan
baru itu dianggarkan

R + R

l
l
1 + 2
A
l

(1.4)

Oleh itu perubahan rintangan ialah


R 2 R

l
l

(1.5)

Per. (1.4) ialah persamaan asas tolok terikan logam kerana ia menunjukkan bahawa
terikan l/l menghasilkan terus perubahan rintangan.
Perhatian: Bagi bahan logam, tegasan mampatan akan menyebabkan panjang l
berkurang, oleh itu perubahan rintangan adalah negatif.

Terdapat dua jenis tolok terikan:


i.

menggunakan dawai halus

Rajah 1.2 Tolok terikan jenis dawai


ii.

kerajang
-

menggunakan prinsip punaran (etching) untuk membentuk tolok


menggunakan bahan pengalir, lazimnya logam atau aloi kuprum-nikel

seperti constantan. Bahan tersebut terlekat pada filem plastik nipis


seperti polimid atau damar berfenol yang bertindak sebagai pembawa
dan juga penebat elektrik.

Rajah 1.3 Tolok terikan jenis kerajang


Tolok terikan jenis kerajang dibuat daripada dua bahan:
i.
ii.

logam atau aloi


separa pengalir

1.4.3

Persamaan Tolok Terikan

Hubungan antara terikan dan rintangan bagi tolok terikan adalah:

K=

dengan

R R
l l

(1.6)

K = faktor tolok
R = rintangan asal tolok iaitu tanpa terikan,
R = perubahan rintangan apabila terterik,
l = panjang asal tolok, m
l = perubahan panjang apabila terterik, m

sementara terikan
G=

l
l

(1.7)

Maka perubahan rintangan yang berlaku apabila terdapat terikan ialah


R = KRG

(1.8)

Nilai lazim K bagi tolok terikan logam dan aloi ialah 2 hingga 10 sementara bagi
tolok terikan separa pengalir ialah 50 hingga 200.

1.4.4 Hubungan Terikan, Tegasan, Daya

Di samping pengukuran terikan, tolok terikan juga boleh digunakan untuk


menentukan nilai tegasan dan daya yang terdapat dalam sistem mekanik melalui
hubungan antara parameter-parameter tersebut.
Tegasan S diberikan oleh

yang mana

1.4.5

(1.9)

G adalah terikan
E adalah modulus Young

Daya F pula diberikan oleh

yang mana

S = GE

F = SA

(1.10)

A adalah luas keratan silang bahan yang mengalami daya tersebut.

Penggunaan Tolok Terikan

Tolok terikan dilekatkan pada bahan diuji dengan paksi membujur mengikuti arah
terikan:
F

bahan

Dilekatkan menggunakan pelekat yang sesuai seperti nitrocellulose, cyanoacrylate


atau epoxy. Pelekat perlu berupaya menyampaikan terikan bahan ke tolok tanpa
herotan.
Tolok
Pelekat
Bahan

Nilai rintangan tak terterik tolok lazimnya 120 atau 350 . Nilai-nilai tersebut dipilih
supaya serasi dengan meter galvanian. Terdapat juga nilai lain seperti 500, 1000, dan
5000 .

1.4.6

Masalah Dalam Penggunaan Tolok Terikan

Dua masalah utama dalam penggunaan tolok terikan adalah:


i.
ii.

1.5

kesan silang
pengaruh suhu

PENGUBAH KEBEZAAN BOLEH UBAH LELURUS (LVDT)

Alatan yang berasaskan prinsip aruhan-boleh ubah dan digunakan pada asasnya untuk
mengukur anjakan.

1.5.1

Pengkelasan

LVDT ialah transduser yang pasif.


terkendali

ia mengukur anjakan secara langsung dan kuantiti mekanik yang lain (seperti
daya, tekanan, halaju, pecutan) diukur secara tidak langsung

ia berasaskan aruhan voltan

1.5.2

Prinsip pengendalian

Ia memerlukan bekalan a.u. untuk

Berikut ialah binaan LVDT:

Belitan utama (berbekalkan a.u.) dan dua belitan sekunder yang sama (tersambung
berlawanan arah) dibelitkan pada sokongan tak feromagnet. Teras feromagnet
bergerak dalam susunan tersebut.
Berikut pula ialah litar skema LVDT:

Keluaran vo diberi oleh

vo = v1 v2

(1.11)

Kedudukan teras (yang menunjukkan anjakan) menentukan keluaran.


Teras di "atas":

v1 maksimum, v2 minimum
vo maksimum & positif

Teras di "bawah":

v1 minimum, v2 maksimum
vo maksimum & negatif

Hubungan anjakan dan keluaran:

LVDT memerlukan
-

bekalan a.u. untuk menjanakan voltan pada belitan utama


penyahmodulat untuk mendapatkan amplitud dan fasa keluaran
penguat untuk menstabilkan dan menapis keluaran

Sistem lengkap LVDT:


Bekalan
kuasa

Penjana
frekuensi

LVDT

vo

Vo

Eo

Penyahmodulatan
Penguat a.t.

isyarat rujukan

Unit kepekaan LVDT lazimnya diberi sebagai


mV/V/in.
dengan mV ialah unit keluaran
V ialah voltan bekalan
in. ialah unit anjakan.

Contoh

IC penyesuai isyarat
Signetics SE 5521 LVDT signal conditioner
-

pengayun stabil dengan herotan rendah


frekuensi bolehubah
penyahmodulat segerak

Di samping ciri-ciri umum seperti kelelurusan dan kepekaan, beberapa ciri khusus
yang penting dalam menentukan kegunaan dan mutu LVDT ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

voltan masukan
julat frekuensi
julat lelurus - nilai masukan anjakan
galangan belitan utama dan sekunder
julat suhu pengendalian

Juga, keupayaan menahan getaran dan hentaman.

Contoh

Pembuat:
Model:

Scheritz Company
E 500

Voltan masukan:
Julat frekuensi:
Julat suhu:
Kekuatan hentaman:
Kepekaan:
Anjakan maksimum:

3 V p.m.k.d.
50100 Hz
-65200F
500g selama 11 ms
0.75 mV/V/0.001''
0.5''

Katakan anjakan 0.25'' dengan voltan masukan 3 V. Maka voltan keluaran ialah
vo = 0. 75 103 3
= 0. 5625 V

0. 25"
V
0. 001"

Selain daripada tolok terikan dan LVDT, anjakan boleh juga diukur dengan
menggunakan
i.
ii.

meter upaya
pengaruh bolehubah

1.6

Pengukuran Suhu

Pengukuran suhu dilakukan dalam berbagai keadaan seperti pemanasan, pembakaran,


dan proses-proses kimia.
Di antara jenis-jenis transduser yang boleh digunakan ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

jalur dwilogam
pengganding suhu
RTD
termistor
pengesan suhu separa pengalir
pirometer sinaran

1.6.1

Jalur Dwilogam

Jalur dwilogam terdiri daripada dua logam yang dilekatkan. Logam-logam tersebut
mempunyai pekali pengembangan suhu yang berbeza. Jika pekali pengembangan
suhu logam A lebih daripada pekali bagi logam B, sebarang kenaikan suhu akan
menyebabkan jalur dwilogam tersebut melengkung seperti berikut:

Jalur dwilogam lebih digunakan sebagai peranti pengawal seperti termostat.

1.6.2 Pengganding Suhu

Kegunaan yang paling meluas.

Simbol:

Pengkelasan

aktif (tidak memerlukan bekalan kuasa, dan ia sendiri akan menghasilkan daya
gerak elektrik)

mengukur suhu

berasaskan kesan Seebeck:


Jika dua logam berlainan disambungkan pada satu hujung dan hujung tersebut
mengalami perubahan suhu, daya gerak elektrik akan terjana pada hujung
yang tidak disambung
logam A

simpang
panas

d.g.e. Vo

logam B

Hubungan voltan-suhu

i.

Rumus

Vo = AT + BT 2

(1.12)

Vo ialah voltan yang terhasil pada hujung tak tersambung


yang mana
T ialah suhu, K
A, B ialah pekali suhu
ii.

Penggunaan graf d.g.e. keluaran melawan suhu

iii.

Penggunaan jadual pengganding suhu (contoh: Lampiran A)


penentudalaman (interpolation)

Penggunaan secara amali

Masalah pengganding suhu

i.

Keluaran voltan yang kecil (lingkungan mV) - mudah dipengaruhi hingar.

ii.

Suhu rujukan perlu dipastikan stabil. Perlukan kegunaan litar pemampasan.


Perkara ini kurang genting bagi perubahan suhu yang banyak.

Contoh pengganding suhu

Bahan simpang
platinum-6% rhodium/
platinum-30%/rhodium
kromel/konstantan
(kromium-nikel)
kromel/alumel
(aluminium-nikel)
kuprum/konstantan
Kelebihan:

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

aktif
mudah
tahan lasak
murah
banyak jenis
julat suhu yang luas

Kekurangan:

i.
ii.
iii.

tak lelurus
voltan rendah
rujukan diperlukan

Julat suhu/C
38-1800

Perubahan voltan/mV
13.6

Jenis ANSI
B

0-982

750

-1841260

56.0

-184400

26.0

iv.
v.

kurang stabil
kurang peka

1.6.3 Pengesan Suhu Rintangan (RTD)

Dibuat daripada logam yang mengalami perubahan rintangan mengikut perubahan


suhu.

Pengkelasan

pasif: bekalan kuasa diperlukan untuk tujuan penyesuaian isyarat

suhu

perubahan suhu menyebabkan perubahan rintangan logam

Ciri suhu-rintangan logam:

i.

Rumus

yang mana

R = Ro (1 + T )
R
Ro

ii.

Penggunaan graf

iii.

Penggunaan jadual

=
=
=
=

(1.13)

rintangan pada suhu baru


rintangan pada suhu awal, lazimnya 25C
pekali suhu-rintangan, K-1
perubahan suhu, K

Contoh

RTD platinum dengan = 0.00392 K-1 mempunyai rintangan 100 pada suhu awal
25C. Apakah suhu yang menyebabkan rintangannya berubah ke 150 ?
Penyelesaian:
Mengikut rumus ciri suhu-rintangan logam,
R = R0 (1 + T )
Oleh itu,
atau

150 = 100(1 + 0.00392 T )

150
1
T = 100
K
0. 00392
= 127. 6 K

Oleh itu suhu baru

Tbaru = T0 + T
= 25 C + 127. 6 K
= 152. 6 C

RTD biasa digunakan seiring dengan titi Wheatstone supaya perubahan rintangan
ditukarkan kepada perubahan voltan atau arus.

Kelebihan

i.
ii.
iii.

paling stabil
paling jitu
lebih lelurus daripada pengganding suhu

Kekurangan

i.
ii.
iii.
iv.
v.

mahal
bekalan kuasa diperlukan
melibatkan perubahan rintangan yang kecil
rintangan rendah5
terpanas sendiri

1.6.4

Termistor

Dibuat daripada bahan separa pengalir yang mengalami perubahan rintangan


mengikut perubahan suhu.

Pengkelasan

pasif: memerlukan bekalan kuasa untuk tujuan penyesuaian isyarat

mengukur suhu

perubahan suhu menyebabkan perubahan rintangan bahan separa pengalir


Hubungan suhu-rintangan termistor diberi oleh persamaan Steinhart-Hart:
1
3
= A + B ln R + C (ln R )
T

(1.14)

yang mana

R
=
A, B, C=

rintangan pada suhu T K


pemalar (lazimnya dibekalkan oleh pembuat)

Persamaan tersebut sukar untuk tujuan pengiraan dan biasanya digunakan


anggaran berikut:

R = Ro e
yang mana

R
Ro

1 1

T To

=
=
=

(1.15)

rintangan pada suhu T K


rintangan pada suhu awal T0, lazimnya 25C
pemalar (lazimnya bernilai 2000-4000 K)

Termistor dibuat daripada campuran oksida-oksida logam dan berbentuk seperti


manik. Saiznya boleh dibuat sangat kecil.

Ciri perubahan rintangan termistor:

Seperti RTD, termistor juga lazim digunakan seiring dengan titi Wheatstone untuk
tujuan penyesuaian isyarat.

Kelebihan

i.
ii

kepekaan tinggi - perubahan suhu yang kecil menyebabkan perubahan


rintangan yang besar
sambutan pantas

Kekurangan

i.
ii.
iii.

tidak lelurus (tetapi boleh diandaikan lelurus bagai perubahan suhu yang kecil)
julat suhu terhad (lazimnya -50 C150 C)
bekalan kuasa diperlukan

1.6.5

Penderia Litar Bersepadu

Menggunakan serpihan silikon bagi unsur menderia.


keluaran-voltan dan keluaran-arus.

Terdapat dalam bentuk

Bentuk lazim:

Litar lazim bagi penderia keluaran arus:


4-30 V
i = 1 A / C

Litar lazim bagi penderia keluaran voltan:


4-30 V

10 mV/C +
V

Contoh

Analog Devices AD 590


Penghasilan arus yang sama angka dengan suhu
-50C 223 K 223 A
Memerlukan bekalan voltan 4-30 V.

Kelebihan

i.
ii.
iii.

paling lelurus
keluaran tinggi
tidak mahal

Kekurangan

i.
ii.
iii.

julat suhu rendah (<200C)


bekalan kuasa diperlukan
sambutan kurang pantas

1.6.6

Pirometer Sinaran

Sesuai untuk pengukuran suhu secara jarak jauh


frekuensi sinaran berubah mengikut suhu
sinaran infra merah dikumpulkan melalui sistem cermin dan dikenakan pada
pengganding suhu atau termistor

1.7

Sinaran Elektro Magnet

Sinaran E.M. meliputi julat frekuensi yang luas:


Sinaran cahaya (2.0-0.2 mikron)

Gelombang
mikro

Infra
merah

200

Boleh Ultra Sinaran Sinaran


lihat ungu
X
gamma
0.7

0.4

0.2

0.00001
-6

Jarak gelombang (mikron=10 m)

Peranti-peranti mengukur keamatan cahaya umumnya dinamakan foto transduser.


Jenis-jenis utama ialah:
i.
ii.
iii.

foto pancaran
foto pengaliran
foto volta

1.7.1

Foto Pancaran

Pengkelasan:
-

pasif
mengukur keamatan cahaya
berasaskan fenomena foto pancaran
Bahan foto pancaran menghasilkan elektron apabila terkena cahaya. Bahan
tersebut diletakkan dalam fototiub. Contoh bahan foto pancaran: caesiumantimony.

Lazimnya terdapat 3 jenis fototiub:


i.
ii.
iii.

fototiub vakum
fototiub bergas
fototiub pengganda

Jenis-jenis (i) dan (ii) berbentuk hampir sama.

Cahaya menghasilkan elektron pada fotokatod yang akan tertarik pada anod
terpincang positif.
Jenis (i) dan (ii) hampir sama melainkan kandungan tiub. Jenis (i) divakumkan
sementara jenis (ii) berisi gas mati seperti argon. Fototiub bergas menghasilkan arus
lebih tinggi tetapi sambutan fana yang kurang pantas.

Fototiub pengganda paling meluas digunakan.

Cahaya yang terkena pada bahan foto pancaran pada katod menghasilkan elektron.
Elektron tertarik ke dinod 1. Pancaran sekunder berlaku pada dinod tersebut yang
menghasilkan bilangan yang terdarab. Proses ini berulang sehinggalah ke anod.
Maka terhasillah aliran arus.
Foto pengganda sangat peka. Penguatan arus sebanyak 105-109.
Boleh dipengaruhi oleh medan magnet, oleh itu memerlukan perisai.

1.7.2

Foto Pengaliran

Pengkelasan:
-

pasif (memerlukan bekalan kuasa untuk tujuan penyesuaian isyarat)

mengukur keamatan cahaya

berasaskan perubahan rintangan apabila terkena cahaya

Bahan foto pengaliran ialah bahan yang mengalami perubahan rintangan mengikut
keamatan cahaya kenaan. Contoh: kalsium sulfida (CdS), kadmium selenida (CdSe).
Peranti yang berasaskan foto pengaliran dinamakan foto sel dengan binaan seperti
berikut:

Simbol fotosel:

Rintangan gelap ialah rintangan fotosel pada keadaan cahaya sifar atau sangat rendah.
Contoh litar geganti menggunakan fotosel:

Geganti
Vi
Rs

R1

Ri dilaraskan supaya geganti tidak tergerak pada aras cahaya rendah.

1.7.3

Foto Volta

Pengkelasan:
-

aktif (menghasilkan voltan/arus dengan sendiri)


mengukur keamatan cahaya
bahan pengalir yang menampakkan kesan foto volta, iaitu bahan yang
menghasilkan daya gerak elektrik apabila terkena cahaya

Sel foto volta terdiri daripada bahan pengalir, biasanya silikon atau selenium. Binaan
dua jenis sel tersebut seperti berikut:
gelung logam
lapisan jenis-p
lapisan jenis-n
lapisan logam
sebagai sentuhan
sambungan

sel silikon
gelung logam
lapisan selenium
aluminium atau keluli

+
sambungan

sel selenium
Ciri keluaran sel volta:
V = Vo log e (I )
yang mana

I = keamatan sinaran, W/m2


Vo = voltan penentukuran, malar
V = voltan keluaran tanpa beban

Sel foto volta lebih dikenali sebagai sel surya (solar cell).
Ciri-ciri lazim sel silikon:

1.8

arus litar pintas 80 mA/sm2


voltan litar buka 0.6 V
Pengekod

Pengekod ialah transduser digit yang digunakan untuk mengukur anjakan. Terdapat
dua bentuk:
i.
ii.

lelurus
sudut

keluaran berbentuk digit

Dua jenis pengekod lelurus:


i.
ii.

pengekod berintangan
pengekod cahaya

1.8.1

Pengekod berintangan

Menggunakan pepapan yang dicorakkan mengikut sistem perduaan (binary).

gerakan menganjakkan pepapan

Anjakan menghasilkan keluaran digit mengikut sistem perduaan:


Anjakan
1
2
3
4
5
6
7
8

Keluaran Digit
0001
0010
0011
0100
0101
0110
0111
1000
dan seterusnya

1.8.2

Pengekod cahaya

Pengekod cahaya menggunakan pepapan bercorak sama seperti pengekod berintangan


tetapi kawasan penebat dan kawasan pengalir digantikan masing-masing oleh
kawasan lutsinar dan kawasan legap.
Seterusnya susunan litar elektrik digantikan oleh susunan punca cahaya dan pengesan
cahaya.
Pengekod bulatan berasaskan prinsip pengendalian yang sama tetapi pepapan yang
digunakan berbentuk bulatan. Oleh itu keluaran pengekod tersebut ditentukan oleh
anjakan sudut.

Sistem kod perduaan boleh menimbulkan masalah keluaran yang meragukan jika
corak pada pepapan tidak sejajar ataupun anjakan menyebabkan berus atau punca

cahaya berada pada sempadan antara dua kedudukan. Sebagai contoh katakan
keluaran 4-bit menunjukkan perubahan dari kedudukan 3 ke 4:
kedudukan 3: 0 0 1 1
kedudukan 4: 0 1 0 0
Katakan terdapat masalah pada berus bagi bit 21 maka keluaran yang terhasil ialah
0 1 1 0 yang bersamaan kedudukan 5.
Masalah di atas boleh diatasi dengan menggunakan kod Gray. Kod tersebut
membenarkan perubahan pada satu digit sahaja di antara setiap kedudukan. Misalnya,
Anjakan
1
2
3
4
5
6
7
8

Keluaran Digit
0001
0011
0010
0110
0100
0101
0111
1111
dan seterusnya

Penyahkod seterusnya diperlukan untuk menukar kod Gray kepada kod perduaan.

Lampiran A
Jadual Pengganding Suhu

You might also like