You are on page 1of 22

http://ww1.utusan.com.

my/utusan/Dalam_Negeri/20140911/dn_02/Soalanpeperiksaan-UPSR-bocor
ARKIB : 11/09/2014
Soalan peperiksaan UPSR bocor
Oleh MOHAMMAD AL FAIZAL ABD. KARIM
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan
mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya
ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,


Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi
ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.

Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis
kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga,


kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi
media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak


berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut
peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.

Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Berdasarkan jadual peperiksaan UPSR, kertas Bahasa Melayu Pemahaman,


Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2 dijalankan semalam
manakala hari ini Matematik Kertas 1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa
Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

Esok, peperiksaan bagi subjek Sains sebelum penangguhan, sepatutnya


dijalankan dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi. Berjalan mengikut jadual
esok ialah peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa
Inggeris Kertas 2 serta Aptitud Tahun Enam.

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140911/dn_02/Soalanpeperiksaan-UPSR-bocor#ixzz3UMZEkfYn
Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.sinarharian.com.my/global/kecewa-isu-soalan-upsr-bocor1.319474
Kecewa isu soalan UPSR bocor
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 September 2014

BERA - Kertas soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Matematik yang
telah disahkan bocor oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sekali lagi
telah memberi tamparan hebat kepada ibu bapa dan Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG) di sini.

Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh, Johari Salam


berkata, selain kecewa dengan perkara ini, semangat pelajar, ibu bapa dan
guru turut luntur kerana usaha mereka selama ini seolah-olah tidak berbaloi.

Menurutnya, seramai 22 calon di sekolah ini terpaksa dikuarantin di sekolah


bagi memastikan mereka bukan sahaja bersedia untuk menghadiri
peperiksaan itu tetapi juga boleh melakukan ulangkaji pelajaran pada saat
-saat akhir.

Kita terpaksa berkorban pada ketika itu, tetapi apabila dimaklumkan empat
mata pelajaran bocor, itu benar-benarkan mengecewakan.

Bukan sahaja ibu bapa terkedu dengan perkara ini tetapi para calon juga
ada yang menangis ketika diberitahu bahawa mereka perlu menjawab
semula soalan peperiksaan terbabit, katanya.

Katanya, walaupun dia tiada anak yang menduduki peperiksaan itu namun
apa yang berlaku amat dirasai penduduk kampung ini yang kebanyakannya
merupakan ahli keluarga terdekat.

Beliau yang juga Batin Kampung mahu mereka yang dipertanggungjawabkan


menguruskan kertas soalan peperiksaan supaya lebih amanah dan telus
supaya perkara ini tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu, Yang Dipertua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri


Bera, Ismayudin Suib berkata, kebocoran kertas soalan itu secara tidak
langsung mencalarkan imej LPM dan kredibiliti mereka yang bergelar guru.

Kita belum pasti siapa yang bertanggungjawab menyebabkan empat kertas


mata pelajaran ini bocor. Namun, apa yang berlaku menjejaskan semangat
para calon.

Sebelum ini, kita ada mendengar perkara seperti ini berlaku tetapi belum
pernah diumumkan LPM supaya menduduki kertas peperiksaan semula. Dan
ini adalah sejarah yang tidak akan ibu bapa, guru mahupun para calon lupa
sampai bila-bila, kata beliau.

Beliau berkata, LPM atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab lebih


telus, jujur dan amanah menguruskan perkara ini kerana secara tidak
langsung, apa yang berlaku sekarang membuatkan mereka yang bakal
menduduki peperiksaan akan datang trauma dan bimbang ia bakal berulang.

MEMORANDUM
KEPADA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ISU BOCOR SOALAN UPSR; PELBAGAI ASPEK PERLU DIPERHALUSI


Oleh
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
14 September 2014

Latar belakang

Rakyat malaysia menerima kejutan yang cukup banyak pada tahun ini.
Bermula isu mister kehilangan pesawat MAS MH 370, disusuli pula tragedi
berdarah MH 17 yang ditembak oleh pohak yang hingga kini tidak mengaku
bertanggungjawab, kini rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden
penundaan peperiksaan UPSR kerana kebocoran kertas berkenaan.

Adalah dianggarkan kerugian akibat kepincangan ini adalah :

Kos percetakan untuk lebih 473,175 calon Upsr di lebih 7,000 pusat
peperiksaan

Hampir 45,000 kakitangan Kementerian Pendidikan yang dibayar elaun khas

Insiden ini bermula apabila apabila Pengarah Peperiksaan mengeluarkan


arahan pekeliling bertarikh 10 September menyatakan bahawa peperiksaan
Sains ditangguh kerana dikesan adanya kebocoran soalan. Hal ini telah
menimbulkan keluhan dan rungutan yang cukup hebat. Pada tarikh 10.9.2014
pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan
Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014
telah didapati bocor.

Hal itu tidak sekadar itu malah berlanjutan apabila Lembaga Peperiksaan
(LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa
Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung
pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan
telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas


peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR
tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah dibatalkan
serta tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa
Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan kertas
Science 018, 028 dan 038.

Pada 23 hb September diumumkan pula kertas ujian Mathematics 015/1


(Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1
(Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 yang
berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh


baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036,

037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan
aspek logistik (percetakan dan pengedaran).

Ramai yang merintih terutama calon peperiksaan berkenaan sendiri. Ikon


pelajar memasukkan kepala ke dalam beg sekolah kelihatan lucu tetapi cukup
sinikal dan memalukan pihak yang bertanggungjawab. Tekanan akibat
persediaan yang tergendala, persediaan emosi dan spiritual menjadikan
peperiksaan ini sebagai peristiwa hitam bagi kanak-kanak yang menduduki
UPSR.

Guru antara yang menerima kesan segera dan buruk rentetan perkara ini.
Media dan masyarakat akan memalu para guru. Satu demi satu isu guru
dimainkan mediasekaligus seolah-olah mencerca profesion perguruan.

Apakah respon daripada isu ini?


KPM akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas bagi meneliti semula
Prosedur Operasi Standard (SOP), pengendalian dan pengurusan peperiksaan
awam. Ahli-ahlinya akan terdiri daripada pakar pelbagai bidang antaranya
teknologi maklumat, keselamatan, dan logistic. ( Sinar Harian 12 September)
Reaksi spontan Presiden, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) Hashim Adnan ; cari siapa yang membocorkan kertas soalan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kenakan hukuman paling maksimum.
(Berita Harian 11 September 2014)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan
Kong Meng - pihaknya sedang mengumpul keterangan dan bekerjasama
dengan Lembaga Peperiksaan serta agensi berkaitan bagi mencari dalang
terlibat, tiga percakapan dirakamkan dan polis telah menubuhkan satu
pasukan khas bagi menyiasat kes kebocoran kertas subjek Sains dan Bahasa
Inggeris sebaik menerima laporan pada 10 September lalu. ( Sinar Harian 13
September )
Rata-rata ibu bapa terkilan dengan insiden kertas Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2014 yang dilaporkan bocor bagi dua mata pelajaran, Sains
dan Bahasa Inggeris dan ia tindakan yang tidak bertanggungjawab malah

tidak adil kerana membebankan murid-murid yang baru berusia 12 tahun.


( Sinar Harian 12 September)
Syed Osman Mansur Pengerusi Biro Pemantauan dan Integriti dan NaibPresiden Perkasa Malaysia - merasa kesal dengan kejadian ini. Sudah banyak
kali isu kebocoran soalan peperiksaan seperti ini berlaku di negara kita. akui
gejala kebocoran ini berlaku atas banyak kemungkinan; antaranya khianat,
kurang telus, tidak bertanggungjawab, faktor upah dan rasuah. Mungkin juga
atas sebab terlalu ghairah untuk mengejar prestasi dan kecemerlangan bagi
pihak-pihak tertentu. ( Sinar Harian 12 September)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia mengambil
tindakan terhadap individu yang terbabit dengan kes soalan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bocor, sekiranya didapati wujud unsur rasuah.
( Sinar Harian 11 September)
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata
kementerian juga perlu mencari pendekatan lebih berkesan. bermula dengan
penyediaan soalan seterusnya percetakan diikuti membungkus kertas soalan
yang kemudian disimpan di bilik kebal sebelum dikeluarkan untuk dihantar ke
pusat peperiksaan.( Sinar Harian 11 September)
Polis mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM) dan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung kes
kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi
mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. (Sinar Harian 13 September)
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah
LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias
Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan
mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. (Bernama 12
September)

Exam oriented - menangguk di air yang keruh.


Peperiksaan adalah suatu keperluan terutama bagi peringkat tinggi dan
sebelum diterima dalam pengajian lebih tinggi.

Peperiksaan juga amat penting untuk penyediaan golongan pekerja


profesional yang memerlukan kompetensi (certified/authorized
person/operator/inspector) dalam sesuatu bidang tugas. Misalnya penjaga
jentera, dandang, mesian tertentu, dan beberapa bidang lainya memerlukan
peperiksaan sebagai kayu ukur kemampuan mereka untuk bekerja.

Namun sistem pendidikan yang terlalu memberatkan peperiksaan


sehinggakan moto 5 A matlamat kami dan seumpamanya menghasilkan
doktrin yangkelihatan kian dahsyat.

Misalnya pendidikan berorientasi peperiksaan ini menghasilkan suasana


komersialisasi pendidikan seawal pendidikan awal kanak-kanak.

Pusat tusyen menjadi-jadi dengan janji manis yang pelbagai.


Penjualan soalan ramalan
Kelas tambahan dan kem teknik menjawab peperiksaan menjadi bisnes
Sehinggalah soalan bocor berkemungkin menjadi bisnes kontemporari
selepas melihat suasana ingin A yang banyak menjadi-jadi bukan sahaja di
kalangan guru yang memiliki KPI tersendiri, malah ibu bapa dan anak-anak
yang ingin sama tinggi dan sama rendah dengan rakan-rakan lain.

Tidak mustahil jika kita katakan ada pihak yang menangguk di air yang keruh
untuk menjadikan soalan peperiksaan bocor sebagai bisnes mereka.

Falsafah exam oriented seawal 12 tahun mendera emosi pelajar

Negara pernah terkilan dengan insiden S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah Nibong Tebal yang dipercayai
membunuh diri hanya kerana menjangkakan untuk mendapat 4 A sebaliknya
hanya memperolehi 4 B, 2 C dan 1 D. Semalam, tanpa diduga oleh
keluarganya, Subashini dijumpai tergantung pada jeriji tingkap bilik tidurnya
dengan sehelai kain selimut.

Hal ini telah menjadi perdebatan hebat pada tahun 2007 sehingga akan ada
ura-ura memansuhkan UPSR dan PMR yang sepatutnya sekadar peperiksaan
mengui minda sebaliknya diasuh seolah-olah masa depan pelajar musnah jika
tidak berjaya mencapai keputusan yang baik.

Bermula dari sindrom mengejar gred A itulah , kami juga berpendirian


bahawa isu yang lebih asasi dalam gejala soalan bocor ini adalah berpunca
dari orientasi pendidikan yang maseh sangat cenderung untuk memberi
penekanan kepada peperiksaan.

Sebagai akibat , paling minima , pelajar dan para guru amat ghairah dengan
amalan mencari soalan ramalan dan soalan yang diduga akan keluar ( spot )
bagi memungkinkan pelajar dapat menjawab dengan mudah. Banyak pusat
tiusyen melonjak popular bila mampu membekal soalan ramalan yang hampir
tepat untuk diberi latihan tubi kepada pelajar menjawab didalam
peperiksaan.

Seawal usia 12 tahun, pelajar di Malaysia dibebankan dengan peperiksaan


yang seolah-olah penentu hidup mereka. Sedangkan terlalu banyak
contohnya pemimpin hebat, tokoh korporat dan ilmuan besar di kampus tidak
pun mencapai keputusan baiks emasa peperiksaan darjah 5 dahulu tetapi
menjadi hebat dan terfokus semasa di peringkat SPM dan STPM.

Ibubapa dan pelajar sangat ghairah mendapatkan soalan bocor hanya kerana
mahu mendapat gred tinggi walaupun dengan cara yang tidak betul , pada
hakikatnya adalah menipu diri sendiri.

Fakta-fakta kajian berkaitan isu ini?

Satu kajian di China Profesor Cheng Pingyuan, Universiti Nanjing - gejala


bunuh diri kanak-kanak dan remaja, lebih daripada 90 % daripada kes bunuh
diri, kerana mereka tidak dapat menanggung tekanan yang berat sistem
pendidikan berorientasikan-ujian ini. Menganalisis 79 kes bunuh diri pelajar
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2013, Cheng mendapati bahawa
92.7 peratus daripada mereka berbuat demikian selepas bertengkar dengan
guru-guru mereka atau telah hidup di bawah tekanan berat pengajian.
Mengejar skor ujian yang tinggi bukan sahaja membawa tekanan kepada
pelajar, tetapi juga kepada guru-guru, menjadikan hubungan antara guru dan
pelajar lebih teruk, terutamanya apabila pelajar melakukan dengan baik

dalam peperiksaan, yang akhirnya membawa kepada beberapa kes bunuh


diri pelajar. ( Shanghaiist.com 2014-05-14)
Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, dapatan kaji selidik
menunjukkan bahawa 14.4 peratus remaja berusia 16 tahun hingga 19 tahun
mengalami masalah kesihatan mental berbanding dengan golongan dewasa
yang mencatatkan 11.2 peratus kes. Tekanan ini sebahagian besarnya
disumbangkan oleh faktor pendidikan kerana menduduki beberapa
peperiksaan penting sepanjang usia remaja. Selain itu, remaja juga
terperangkap dengan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, masalah kurang
perhatian keluarga dan tahap keyakinan diri yang menurun. (Dewan Siswa
April 2012)
Ketua Majlis Penasihat Saintifik kepada Perdana Menteri India , CN Rao telah
menulis surat kepada Perdana Menteri dan menyatakan bahawa sistem
pendidikan India dianggap rosak. Rao telah mencadangkan kaedah Amerika
mengadakan hanya satu peperiksaan kebangsaan sebelum menyertai manamana universiti dan bukannya pelbagai jenis peperiksaan berganda yang
tidak masuk akal. Kata beliau lagi India hanya memiliki sistem peperiksaan
tetapi bukannya sistem pendidikan kerana anak muda hanya sibuk menumpu
peperiksaan bukannya menimba ilmu dan pengalaman. (Times of India)
Tekanan peperiksaan menghancurkan pada remaja Korea Selatan. Berpuluhpuluh remaja membunuh diri setiap tahun - biasanya sekitar masa
peperiksaan memasuki kolej tahunan. Dalam satu kes baru-baru ini remaja
berusia 16 tahun di bandar barat daya Mokpo menyiram diri petrol serta cuba
membakar diri. Beliau meninggalkan nota mengatakan yang dia telah
lakukan prestasi peperiksaan yang teruk dalam ujian dan merasakan dirinya
telah membiarkan air muka ibu bapanya jatuh. Bilangan bunuh diri sekolahumur meningkat daripada 100 pada tahun 2003 kepada 202 pada tahun
2009, mengikut statistik Kementerian Pelajaran. Berpuluh-puluh lagi
percubaan untuk membunuh diri tetapi terus hidup. ( AFP)

Isu integriti pasca kemerdekaan

Kami tidak menolak insiden ini menampilkan wajah buruk tahap integriti di
negara kita. Di saat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dan masih
dalam Bulan Kemerdekaan, kita dihantui dilema dan krisis integriti pasca
kemerdekaan.

Tidak cukup dengan korupsi dan penyelewengan alatulis, makmal sains dan
melibatkan prasarana pendidikan, dunia pendidikan juga dilihat korup
sehingga ke dewan peperiksaan. Hal ini perlu diambil perhatian walaupun
dalam hal integriti material, infrastruktur yang dimaktub tanpa jemu dalam
laporan Ketua Audit Negara saban tahun ia kelihatan terus diabaikan.

Sabotaj mungkin faktor tetapi bukan faktor utama

Pihak kami melihat jawapan bahawa insiden ini sebagai suatu usaha sabotaj
sebagai jawapan escapisme daripada pihak Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin. Dengan mengangkat isu sabotaj isu sebenar bagi
perkara ini akan tertutup dengan sendirinya kerana sabotaj adaah asbab
bersifat tidak tetap, hanya permasalahan semasa yang melibatkan isu politik
semasa. Kami berpendapat komentar seperti adalah tidak sihat kerana ia
akan mengalih isu besar yang melanda sistem pendidikan negara yang
sepatutnya diutamakan. Isu kebocoran soalan peperiksaan yang bukan
sekadar peperiksaan UPSR malah banyak lagi peperiksaan di peringkat tinggi,
penjawat awam dan sebagainya dikatakan bocor.

Isunya disini adalah pihak KPM digesa meneliti sebab musabab bermulanya
gejala membocorkan kertas peperiksaan. Root cause analysis, failure mode
and effect analysis adalah antara tools yang boleh dgunakan oleh pihak
Kementerian untuk meneliti punca sebenar dalam masa yang sama
mengekalkan tindakan menyiasat dalang insiden UPSR terkini dan
menjatuhkan hukuman setimpal teradap mereka yang terlibat.

Kami menyeru supaya pihak kerajaan , terutama Kementerian Pendidikan ,


melihat gejala soalan bocor ini dari perpsektif yang lebih luas dalam konteks
sistem pendidikan negara keseluruhannya. Pembaikkan yang asasi demi
memperbetulkan dan menilai semula sistem pendidikan negara perlu
dilakukan jika benar negara mahu dibangunkan mengikut acuan sendiri.

ARKIB : 16/09/2014
Soalan UPSR bocor memalukan
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin berbual dengan para penerima Anugerah KPPK dan guruguru ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan KPPK Ke-20
di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Pahang, semalam. utusan/Kamal Basir Wahab
GENTING HIGHLANDS 15 Sept. - Isu kebocoran kertas soalan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang berlaku ketika sistem
pendidikan negara diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia adalah
sesuatu yang memalukan, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kejadian itu sama sekali tidak boleh
diterima walau apa pun alasan kerana perkara tersebut boleh dielak jika
semua pihak khususnya para guru, Lembaga Peperiksaan dan ibu bapa
masing-masing jujur serta ikhlas.

"Memang (kebocoran soalan) sesuatu yang boleh saya katakan amat


memalukan. Bagaimana hal ini masih berlaku selepas sekian lama kita
berjaya mewujudkan sebuah kementerian dan sistem pendidikan yang
dikatakan antara terbaik di dunia," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan meluahkan rasa kecewanya yang


teramat sangat itu semasa berucap merasmikan Persidangan Tritahunan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) di Awana Genting
Highland di sini hari ini. Yang turut hadir Presiden KPPK, Hashim Adnan.

Menyentuh mengenai mesyuarat khas mengenai isu kebocoran kertas soalan


UPSR di Putrajaya yang dipengerusikan beliau sendiri pagi ini, Timbalan
Perdana Menteri berkata, segala perincian termasuk hasil mesyuarat akan
diumumkan dalam masa yang terdekat.

Katanya, beberapa langkah dan inisiatif bagi memperkukuhkan kembali


sistem peperiksaan awam di negara ini serta bagaimana memastikan integriti
Lembaga Peperiksaan kembali diyakini oleh rakyat telah dikenal pasti dan
akan dilaksanakan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin menyambut baik saranan KPPK


agar budaya baharu diwujudkan dalam kalangan masyarakat, warga pendidik
serta kakitangan kementerian bagi memastikan mereka tidak tertekan
dengan sistem peperiksaan awam.

"Saya juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan KPPK terhadap saya
dalam usaha menangani pelbagai isu dan masalah berhubung kait dengan
kementerian serta pendidikan khususnya isu terkini melibatkan kebocoran
soalan UPSR," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, peningkatan kualiti pendidikan di sekolah


sebagaimana disasarkan kerajaan bagi melahirkan modal insan bermutu
bergantung kepada ketrampilan, nilai-nilai profesional, moral dan integriti
tinggi yang dimiliki para guru.

Sehubungan itu jelas beliau, golongan pendidik perlu sentiasa membuat


refleksi mengenai kekuatan serta kelemahan diri, mengkaji sebarang
perubahan dan bagaimana untuk memenuhi kehendak masyarakat
terutamanya dalam era globalisasi sekarang ini.

"Sebab itu guru harus mencabar keupayaan diri sendiri dengan berusaha
meningkatkan kompetensi dalam soal kemahiran, ilmu dan sikap bagi
menghadapi persekitaran dan keupayaan murid-murid itu sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140916/dn_07/SoalanUPSR-bocor-memalukan#ixzz3UMudU5iF
Utusan Melayu (M) Bhd

http://muslimat.pas.org.my/index.php/artikel-dmpp/kenyataan-berita/1533hindari-sikap-double-standard-dalam-siasatan-kes-kebocoran-kertas-soalanupsr
INDARI SIKAP 'DOUBLE STANDARD' DALAM SIASATAN KES KEBOCORAN
KERTAS SOALAN UPSR

Print

Email
Published on Tuesday, 23 September 2014 13:04 Written by NORMALA BINTI
SUDIRMAN
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan [PENDIDIK] melahirkan
rasa kesal dan dukacita atas berita yang menggemparkan sekali lagi persada
pendidikan negara iaitu dakwaan dan laporan atas kebocoran soalan UPSR
bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Tamil.

PENDIDIK menegaskan agar tindakan sewajarnya harus diambil dan


penubuhan suruhanjaya bebas yang telus serta berintegriti harus berperanan
secara optimum dan efektif terhadap tragedi malang ini. Tidak dinafikan, hal
ini amat memalukan dan mencalar imej Kementerian Pendidikan Malaysia
dan profesionalisme perguruan serta sejarah pendidikan di Malaysia.

Saya mewakili warga pendidik di Malaysia ingin mendesak agar tindakan adil
dan saksama dapat diambil, tanpa mengira siapa dan apa pangkat yang
disandang mereka. Jika mereka yang membocorkan soalan itu terdiri dari
orang atasan di Kementerian Pendidikan Malaysia atau Lembaga Peperiksaan
Malaysia, maka tindakan tegas harus diambil segera. Kita tidak mahu ada
sikap 'double standard' ibarat 'ikan bilis' ditangkap, digari dan dihina
walaupun belum terbukti bersalah, tetapi' ikan jerung' dilepaskan.

Di media elektronik dan media bercetak, masyarakat melihat guru ditangkap


di sana sini dengan tangannya bergari dan ditahan reman. Namun, siapakah
orang atasan yang terlebih dahulu membocorkan soalan? Mana mungkin
guru boleh dituduh sebegitu rupa melainkan 'orang atasan' di KPM tidak
memulakannya terlebih dahulu.
PENDIDIK telah menerima banyak aduan dari warga pendidik di sekolahsekolah yang merasa berang terhadap atas apa yang dilakukan terhadap
guru yang didakwa. Mereka belum dibuktikan bersalah, tetapi telah ditangkap
dan digari sedemikian rupa. Mereka mendakwa di manakah Menteri
Pendidikan dan wakil KPM yang selama ini diharapkan membela maruah
warga pendidik dalam profesionalisme perguruan, tetapi sewenangwenangnya membiarkan martabat guru dipijak-pijak dan diperlekehkan di
hadapan masyarakat dan pelajar di dada akhbar.

Jika isu kebocoran soalan ini tidak dapat ditangani dengan penuh ketelusan
dan berintegriti, PENDIDIK mendesak agar YAB Tan Sri Muhyidin Yassin selaku
Menteri Pendidikan Malaysia yang juga merangkap Timbalan Perdana Menteri
untuk meletakkan jawatan. Ini kerana setakat ini telah empat matapelajaran
didakwa bocor. Jadi apa lagi yang akan tinggal? Hanya tinggal satu atau dua
kertas soalan matapelajaran lagi yang belum dilaporkan. Kita khuatir jika ada
lagi matapelajaran yang soalan akan bocor, mungkin esok atau lusa dan ada
lagi laporan polis dibuat.

Jangan kerana banyak dan ramainya bilangan target 5A yang hendak dicapai,
integriti kita hilang kerana mengejar prestasi sekolah dan populariti. Di
Malaysia, kita mempunyai lebih kurang lima ratus ribu orang guru dan tidak
semua guru terlibat di dalam masalah ini, tetapi maruah guru terasa begitu
diperkotak-katikkan kerana orang atasan dibiarkan namun 'ikan bilis' yang
ditangkap seolah-olah dalam isu ini guru menjadi 'kambing hitam'. Tangkapan
demi tangkapan dibuat, hanya guru biasa yang ditangkap, mana pihak
atasan yang terlibat?

Pengumuman Dato' Dr Khair Mohammad Yusof [Ketua Pengarah Pendidikan


Malaysia] hari ini yang memaklumkan bahawa kertas soalan bagi
matapelajaran Bahasa Tamil dan Matematik dibatalkan dan calon UPSR akan
mengulang kertas tersebut pada 9 Oktober 2014 iaitu tiga hari selepas Aidil
Adha amat mendukacitakan dan sangat dikesali. Ini bermakna, bebanan
tugas guru dan pengawas peperiksaan kian bertambah. Seramai lebih
472,175 orang calon UPSR bakal menerima kesan dan barangkali mengalami

trauma akibat sikap segelintir individu yang tidak amanah dalam


melaksanakan tugas.

Semua pihak harus membuat muhasabah diri atas apa yang berlaku.
Pendidikan di Malaysia seolah-olah menjadi 'caca marba' hasil tangan-tangan
segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, PENDIDIK menegaskan agar KPM menyiasat segera laporan polis


yang telah dibuat tanpa berpilih, dan tidak bersikap 'double standard' demi
memelihara martabat dunia pendidikan dan perguruan di Malaysia.

NORMALA BINTI SUDIRMAN


Presiden,
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan [PENDIDIK]
22 September 2014

DUA ORANG GURU DIDAKWA MEMILIKI KERTAS SOALAN BOCOR UPSR


KUALA KANGSAR 27 Nov - Dua guru dengan seorang daripadanya Penolong
Kanan sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat
pertuduhan memiliki kertas soalan bocor Sains dan Matematik Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh di


Pengkalan Hulu, K Anparasu, 50, yang didakwa dengan tiga pertuduhan dan
Guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil sekolah sama, P Uma Mageswari, 27,
yang didakwa dengan satu pertuduhan, mengaku tidak bersalah terhadap
semua pertuduhan berkenaan.

Anparasu didakwa memiliki beberapa kertas soalan matematik UPSR 2014


dalam telefon bimbit Samsung Trend di SJKT Keruh pada jam 9.43 pagi pada 9
September lalu.

Pertuduhan kedua pula memiliki beberapa kertas soalan matematik dalam


telefon bimbit sama di sekolah sama pada jam 8.29 pagi pada tarikh sama
manakala pertuduhan ketiga memiliki beberapa kertas soalan sains UPSR
2014 dalam telefon bimbit sama di sekolah sama pada jam 9.43 pagi pada
tarikh sama.

Uma Mageswari pula dituduh memiliki beberapa kertas soalan sains UPSR
2014 dalam telefon bimbit Samsung Ace di sekolah sama pada jam 12.39
tengah hari pada 10 September lalu.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi


1972 (Akta 88) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika
sabit kesalahan.

Hakim Johari Hassan membenarkan jaminan RM8,000 kepada Anparasu dan


RM3,000 kepada Uma Mageswari manakala semua kes itu disebut semula
pada 18 Disember ini.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan kepada Uma Mageswari


supaya melaporkan diri sekali setiap minggu di balai polis terdekat sehingga
kes selesai.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala


kedua-dua tertuduh diwakili T Ellanggovan.

blog comments powered by DISQUS back to top

Kebocoran menunjukkan integriti dan profesionalisme telah terhakis


Adam Abu Bakar |

September 11, 2014

Hukumlah mereka yang bertanggungjawab. Pada masa yang sama, ketirisan


dan kepincangan proses penyediaan soalan peperiksaan UPSR, malahan
dalam peperiksaan yang lain wajib diperbetulkan dan dimaklumkan kepada
rakyat.
upsrPETALING JAYA: Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Malaysia, Lee
Chean Chung kesal dengan peristiwa soalan bocor yang mengakibatkan
hampir 500 ribu murid darjah 6 terpaksa menanggung kesan kesilapan orang
dewasa dan perlu menduduki ujian semula Subjek Bahasa Inggeris UPSR.
Menurutnya, pembocoran soalan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan
Sains UPSR 2014 menunjukkan bahawa ia satu kecuaian yang serius, dan
juga menunjukkan integriti serta profesionalisme sistem pendidikan Malaysia
telah terhakis.
Ini seumpama satu krisis integriti pendidikan kerana ramai sudah bertanyatanya, apa yang terjadi kepada institusi pendidikan kita? Bagaimanakah
pendidik sebegini boleh menjadi teladan kepada anak-anak kita? soalnya.

Jelasnya, bagi memulihkan keyakinan orang awam, beliau yang juga


merupakan ADUN Semambu menggesa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin segera menjalankan siasatan menyeluruh terhadap peristiwa ini.
Hukumlah mereka yang harus bertanggungjawab. Pada masa yang sama,
ketirisan dan kepincangan proses penyediaan soalan peperiksaan UPSR,
malahan dalam peperiksaan yang lain wajib diperbetulkan dan dimaklumkan
kepada rakyat, ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegaskan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM memulakan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Apa-apa pun, janganlah meningkatkan beban dan tekanan ibubapa, guru
dan murid yang sudahpun berat, ujarnya.

You might also like