You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun
: 5 Cerdik
Masa
: 8.15 9.15 pagi
Tema
: Menyiasat Bumi dan Alam Semesta.
Tajuk
: Fasa-fasa Bulan
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyatakan Bulan tidak
mengeluarkan cahaya.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menerangkan bahawa Bulan
kelihatan bercahaya
apabila ia memantulkan cahaya.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menerangkan fasa-fasa Bulan.
Bahan Bantu Mengajar:
Bola keranjang, lampu suluh, cat putih, cat hitam, 4 buah
Kerusi, teaching courseware ( CD 6 ), LCD, computer.
Kemahiran Proses Sains:
Memerhati, menganalisis, menghubungkait, menjana idea.
Nilai-nilai murni :
Minat dan ingin tahu tentang alam sekitar
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh tuhan.
Langkah-langkah pengajaran :
Set induksi :
Guru memainkan komponen pengenalan ( menggunakan Teaching course
PPSMI CD 6 ). Galakkan murid berfikir adakah Bulan mengeluarkan cahaya.
Galakkan murid menjawab semua soalan yang diberikan. Terima semua
jawapan yang diberikan oleh murid.
Langkah 1
Guru memainkan komponen kandungan. Hentikan CD dari masa ke semasa
untuk meminta murid menjawab soalan yang diberikan di dalam pengajaran
(CD). Guru menerangkan mengapa kita melihat Bulan bersinar terang
walaupun Bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri.
Guru menyoal murid tentang bentuk-bentuk bulan yang kelihatan berubahubah sepanjang bulan. Terima semua jawapan murid.
Guru menerangkan kepada murid tentang bentuk bulan yang kelhatan
berbeza-beza adalah fasa-fasa Bulan.
Komponen : isi kandungan.
Langkah 2

Guru meneruskan dengan komponen isi kandungan. Untuk menjalankan


aktiviti ( Frame 3 ) guru sediakan bahan-bahan sebelum kelas bermula.
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti berdasarkan aktiviti dalam
komponen isi kandungan. Murid melukiskan bahagian bola keranjang yang
berwarna putih yang boleh dilihat.
Guru menerangkan perubahan saiz bahagian yang berwarna putih pada bola
keranjang mewakili perubahan fasa-fasa Bulan.
Guru memainkan CD seterusnya. Guru membimbing murid memahami
bahawa fasa-fasa Bulan berlaku bergantung kepada kedudukan Bulan dari
Matahari dan Bumi. Hentikan CD dari masa ke semasa untuk menerangkan
lebih lanjut mengenai fasa-fasa Bulan. Benarkan murid menyoal soalan
berkaitan kejadian fasa-fasa Bulan.
Komponen : Isi kandungan.
Langkah 3
Guru memainkan komponen aktiviti. Galakkan murid menjalankan aktiviti di
rumah ( Menulis diari fasa-fasa Bulan setiap hari )
Komponen : aktivti
Langkah 4
Murid menjawab soalan yang terdapat di dalam komponen penilaian.
Komponen : penilaian
Langkah 5
Guru memainkan komponen lanjutan / sambungan. Hentikan CD dari masa
kesemasa untuk berbincang tentang calendar yang dibuat berdasarkan
peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Murid memberikan contoh calendar yang
menggunakan Takwim Qamari yang mereka tahu.
Komponen : lanjutan
Langkah 6
Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diedarkan. Bincangkan
jawapan .
Penutup
Guru membuat kesimpulan dengan memainkan komponen ringkasan untuk
mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang pelajaran ini.
Komponen : ringkasan
Dicatat oleh Ruzita Karim di 23:47 1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Fasa-fasa Bulan

1.

Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.

2.

Sambil berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.

3.
4.

Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke semasa.


Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan
cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi.

5.

Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.

6.

Fasa Bulan terdiri daripada:

7.

Anak bulan

Bulan sabit

Bulan separa

Bulan purnama / penuh


Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama ialah 29 hari.

Dicatat oleh Ruzita Karim di 19:22 22 ulasan:


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains


mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah
satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke
tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran
berfikrah mesti dapatmencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid
dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit
kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam
pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan
kepada
murid
dan
murid
diminta
menyelesaikan
masalah
menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara
aktif dalam pengajaran yang mengintegrasikan pemerolehan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan
sikap saintifik.
Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti
inkuiri,
konstruktivisme,
sains,
teknologi
dan
masyarakat,
pembelajaran kentekstual, pembelajaran masteri.
Pautan yang disediakan di bawah mengandungi penerangan lebih
lanjut mengenai topik ini. Ia juga mengupas lebih mendalam
pendekatan-pendekatan yang boleh diguna pakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

You might also like