You are on page 1of 2

Seterusnya, kepentingan hubungan etnik di Malaysia turut memberi kesan terhadap

dasar ekonomi

negara. Sungguh beruntung Negara Malaysia walaupun adanya

kepelbagaian kaum, budaya dan agama, negara Malaysia masih berada dalam keadaan
harmoni dan aman. Tetapi, pada detik peristiwa hitam 13 Mei 1969, di mana rusuhan kaum
telah berlaku dengan kejamnya, kedudukan ekonomi negara telah terjejas kerana
berlakunya jurang pencapaian ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan
Melayu. Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan
status sosial antara kumpulan etnik. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah
merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi
yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta
integrasi nasional. Antara dasar yang telah diperkenalkan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB)
sebagai strategi kearah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan
seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada
pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul
Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata
iaitu bersiratkan maksud menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.
Salah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk
menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan
kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat
biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, guna tenaga
dan pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun
semula masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang
perniagaan dan perusahaan.Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British
melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa penjajahannya.
Dari itu, melalui perpaduan antara variasi kaum telah menjayakan rancangan kerajaan
dalam menjayakan DEB dan seterusnya dapat mengurangkan kegoyahan sosioekonomi
antara kaum dan wilayah.
Selain daripada menstabilkan semula ekonomi negara, hubungan etnik di Malaysia
turut beroleh dalam membasmi kemiskinan. Menurut Zakry Abadi (1992) kemiskinan orang
Melayu disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka semasa zaman
kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakan menanam
keperluan

mereka

sedangkan

bangsa

asing

digalakan

membuka

tanaman untuk
lading-ladang,

perlombongan, dan perniagaan di bandar-bandar besar. Inilah antara sebab kebanyakan


penduduk luar bandar yang berbangsa Melayu mengalami kemiskinan. Penglibatan orang
Melayu adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan

negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris di mana orang bukan Melayu tidak tertarik
untuk menyertainya. Dari segi sejarah, walaupun terdapat desakan dan tekanan dalam
susunan ekonomi dan sosial namun orang Melayu dapat menyesuaikan diri dengan baik
terhadap perubahan serta menyerap pengaruh asing ke dalam masyarakatnya. Orang
Melayu tetap boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan pada masa yang
sama mereka tetap mengekalkan identiti diri sendiri. Namun demikian, kebanjiran kaum
pendatang yang mengambil tempat orang Melayu menyebabkan orang Melayu sendiri
berundur jauh dari pekan dan pusat bandar.Hal ini menyebabkan orang Melayu mula berasa
bimbang terhadap penyertaan kaum pendatang.Kemiskinan adalah salah satu sebab utama
yang membangkitkan rasa tidak puas hati antara kaum. Inilah yang mencetuskan rusuhan
kaum di Negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan pada masa itu berusaha untuk menghapuskan
penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai
ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya.seperti pada zaman
sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum cina
yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih
untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi
Negara kita masih dipegag oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk
memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan
kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orangorang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Dari sini, dapatlah disamaratakan penguasaan
ekonomi oleh semua kaum di Negara Malaysia. Tanpa adanya perpaduan dan hubungan
baik antara pelbagai etnik tidak dapatlah Malaysia menikmati kekayaan hasil daripada
pengagihan penglibatan ekonomi secara rata.

You might also like