You are on page 1of 25

ULASAN KRITIKAL BAGI JURNAL DAN ARTIKEL

1.0

PENGENALAN
Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,

saya memilih enam jurnal dan artikel yang berkaitan dengan isu-isu cabaran guru di
sekolah. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.
1.1

ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH

(a)

Tajuk Artikel : Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap


Motivasi Terhadap Program Pengajian
Penulis

: Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh

Bilangan muka surat : 9 muka surat


Sumber :

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2):163-171(2004) ISSN: 01287702 Universiti Putra Malaysia Press

Jurnal ini adalah sebuah kajian penulis Mazanah Muhamad dan Adanan Mat
Junih untuk mengenal pasti motif utama guru melanjutkan pelajaran melalui program
pengajian jarak jauh di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL),
Universiti Putra Malaysia dan menentukan tahap motivasi mereka terhadap program
tersebut. Penulis juga telah menjalankan kajian bagi 360 guru daripada empat pusat
pembelajaran IDEAL telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen
yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data 'Educational Participation Scale'
(EPS) yang dibangunkan oleh Boshier (1973). Kajian ini mendapati tujuh motif
utama guru melanjutkan pelajaran adalah pembangunan professional, minat kognitif,
kebajikan sosial, matlamat peribadi, aktiviti pembelajaran, jangkaan luaran, dan
perhubungan sosial. Penulis juga mendapati tahap motivasi guru terhadap program
pengajian adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi di
antara guru berlainan bangsa, semester pengajian, program pengajian dan lokasi
sekolah.

(b)

Tajuk Jurnal : SEKOLAH WAWASAN : Sejauh manakah Ia Mampu


Melahirkan Generasi Bersatu padu di Masa Akan datang
Penulis

: Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya Amir Hamzah Abdul Sanif bin
Sapaat

Bilangan muka surat : 10 muka surat


Jurnal kedua bertajuk Sekolah Wawasan : Sejauh Manakah Ia Mampu
Melahirkan Generasi Bersatu Padu Di Masa Akan Datang membincangkan konsep
Sekolah Wawasan yang diwujudkan bagi membentuk masyarakat yang berbilang
kaum bermula dari sekolah. Selain itu, jurnal ini juga membincangkan tentang
Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan rusuhan kaum tiga kaum yang terdapat di
Malaysia. Penulis telah mengaitkan Peristiwa 13 Mei dengan kebaikan dan
kepentingan mewujudkan Sekolah Wawasan. Penulis juga mengkritik tindakan Dong
Jiao Zhong yang tidak menyokong kewujudan Sekolah Wawasan. Bagi menegaskan
kebaikan Sekolah Wawasan ini, penulis telah menunjukkan kebaikan dan keburukan
Sekolah Wawasan bagi menguatkan lagi pendapat penulis mengenai Konsep
Sekolah Wawasan tersebut.
(c)

Tajuk Artikel : Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan


Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik
Darjah
Penulis

: Kamarol Baharen Mohd Rom , Johan @ Eddy Luaran (Ph.D)

Bilangan muka surat : 7 muka surat


Sumber

: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA

Artikel yang ditulis oleh penulis Kamarol Baharen Mohd Rom dan Johan
@Eddy Luaran ini membincangkan tentang peranan kepimpinan guru dalam mata
pelajaran sejarah. Penulis membincangkan tentang keperluan guru sejarah dan
permasalahan mengenai guru yang terpaksa mengajar pelajaran ini kerana
ketiadaan guru sejarah yang sanggup memikul tugas. Sifat kepemimpinan guru juga
dijelaskan serta faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah khususnya
semasa mengajar subjek sejarah. Di samping itu, kemahiran yang diperlukan oleh
seorang guru mengajar subjek sejarah turut dititikberatkan dan menjadi dasar
kepada keberkesanan sesuatu pengajaran.
2

(d)

Tajuk Jurnal

: Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime


Diri Guru

Penulis

: Boon Pong Ying

Bilangan muka surat : 8 muka surat


Sumber

: Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Jurnal ini membincangkan pentingnya guru sebagai pemangkin untuk pelajar


membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi
perubahan-perubahan semasa. Jurnal ini mengetengahkan peranan seorang guru
yang

perlu untuk meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi

amalan reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Antaranya amalan


refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal, portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan,
perkembangan professional on-line serta aktiviti Pusat Kegiatan Guru dapat
membawa kepada peningkatan professional diri guru. Strategi-strategi amalan
refleksi merupakan jentera untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan
reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu dalam amalan pengajaranpembelajaran. Dengan mengamalkan pemikiran reflektif, guru dapat meningkatkan
profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta menjadi
more thoughtful teachers.
(e)

Tajuk Artikel

: Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif


Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan

Penulis

: Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Bilangan muka surat : 24 muka surat


Sumber

: Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84

Jurnal yang ditulis oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini berkaitan dengan
integrasi kaum di Malaysia yang agak kompleks. Ia kompleks berdasarkan sosio
politik setiap kaum yang bersifat perkauman. Beberapa medium seperti sejarah,
pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuat
mencengkam budaya politik setiap kaum. Berdasarkan itu, masalah perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi suatu isu dan cabaran yang perlu
diketengahkan. Penulis membincangkan bahawa walaupun banyak kajian telah
dilakukan

bagi

mengatasi

masalah

ini
3

namun

tidak banyak

yang

boleh

mengubahnya. Penulis menggunakan kajiannya untuk menilai sejauh mana


pengaruh agen sosio politik seperti sejarah, institusi keluarga dan pendidikan yang
dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian
menunjukkan sosio-politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi.
Integrasi masih lagi samar.
(f)

Tajuk Jurnal

: Stres Kerja Guru : Punca, Kesan Dan Strategi Tindak

Balas
Penulis : Sapora Sipon
Bilangan muka surat : 10 muka surat
Sumber : Jurnal dalam Prosiding Seminar Profesion Perguruan
Jurnal yang bertajuk Stres Kerja Guru : Punca Dan Strategi Tindak Balas
adalah sebuah jurnal yang membincangkan tentang masalah stress yang dihadapi
guru sama ada semasa berada di sekolah atau di luar waktu bekerja. Jurnal ini juga
merupakan sebuah kajian yang mengandungi 10 muka surat dan diperolehi daripada
Prosiding Seminar Profesion Perguruan. Tujuan jurnal ini ditulis adalah untuk
melaporkan hasil kajian yang dibuat penulis tentang stres guru, punca dan strategi
untuk menangani stres tersebut. Jurnal tersebut juga telah memuatkan beberapa
data hasil kajian penulis mengenai tahap tekanan emosi dalam kalangan guru dan
punca-punca yang menyebabkan kes Burnout guru.
1.2

PERBINCANGAN DAN ULASAN KRITIKAL

(a)

Perbincangan Jurnal 1
Tajuk Artikel :
Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap
Program Pengajian
Jurnal yang ditulis oleh MAZANAH MUHAMAD dan ADANAN MAT JUNOH

membincangkan tentang Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap


Motivasi Terhadap Program Pengajian. Penulis membincangkan tentang fenomena
yang paling ketara iaitu pertambahan bilangan pelajar dewasa terutamanya daripada
golongan guru yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Rohana
4

(1998) melaporkan bahawa 80% daripada 3800 pelajar yang mendaftar untuk
mengikuti program pendidikan jarak jauh di Universiti Kebangsaan Malaysia pada
sesi pengajian tahun 1998/99 adalah golongan guru. Proses pendidikan dan
pembelajaran tidak terhad kepada kanak-kanak dan berlaku di peringkat
persekolahan sahaja. Proses ini menjangkau jauh daripada itu dengan melibatkan
pelajar dewasa di luar sistem persekolahan. Pendidikan dewasa boleh berlaku
secara formal atau bukan formal.
Penulis juga membincangkan hasil kajian yang menunjukkan bilangan guru
lelaki yang melanjutkan pelajaran di IDEAL adalah lebih tinggi berbanding guru
perempuan. Dapatan ini menyokong pendapat Rogers (1986) yang mengatakan
bahawa kebanyakan kajian mendapati lelaki merupakan golongan dewasa yang
paling ramai menyertai aktiviti pendidikan. Guru Melayu pula merupakan golongan
responden yang paling tinggi (73.2%). Keputusan ini menunjukkan bangsa yang
menjadi penduduk majoriti dalam sesebuah negara merupakan golongan yang
paling tinggi terlibat dalam aktiviti pendidikan dewasa. Sebahagian besar responden
mempunyai kelayakan akademik STPM kerana kelayakan minimum untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama adalah pada peringkat tersebut.
Bilangan responden sekolah di luar bandar adalah lebih tinggi daripada responden
sekolah di bandar. Kajian juga mendapati bilangan guru sekolah rendah adalah lebih
tinggi daripada sekolah menengah. Keadaan ini mungkin berlaku kerana
kebanyakan guru bukan siswazah berkhidmat di sekolah-sekolah rendah di luar
bandar.
Pendapat penulis sangat relevan kerana kementerian telah memberi
keistimewaan kepada guru-guru yang belum mempunyai Ijazah Sarjana Muda untuk
melanjutkan pengajian selama 4 tahun. Penulis menggambarkan guru-guru yang
melanjutkan pelajaran sebagai pelajar dewasa. Istilah itu sesuai digunakan kepada
guru-guru lama yang berumur 40 tahun ke atas. Saya bersetuju dengan penulis
bahawa proses pendidikan dan pembelajaran tidak terhad kepada kanak-kanak
hingga remaja tetapi seharusnya digalakkan belajar sepanjang hayat. Berdasarkan
kajian beliau mengenai jumlah pelajar lelaki dewasa yang lebih ramai menyambung
pelajaran, saya kurang bersetuju memandangkan beliau hanya membuat kajian di
sebuah university sahaja. Tetapi saya bersetuju mengenai bagi bilangan kaum
5

Melayu yang lebih ramai memasuki pendidikan jarak jauh kerana guru-guru sekolah
rendah kebangsaan lebih ramai memenuhi bilik kuliah institut pengajian mahupun
memohon pendidikan jarak jauh. Pada masa sekarang, untuk melanjutkan pengajian
lebih tinggi, pemohon guru sekurang-kurangnya memiliki Diploma Pendidikan.
Penulis seterusnya membincangkan tujuh motif utama guru melanjutkan
pelajaran di IDEAL. Motif tersebut adalah pembangunan professional, minat kognitif,
kebajikan sosial, matlamat peribadi, aktiviti pembelajaran, jangkaan luaran dan
perhubungan sosial. Tiga motif yang paling utama adalah pembangunan profesional,
minat kognitif dan kebajikan sosial. Motif Pembangunan Profesional menunjukkan
tujuan guru melanjutkan pelajaran adalah bagi menyediakan diri dengan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk mempertingkatkan prestasi kerja
supaya dapat menyediakan perkhidmatan pendidikan yang bermutu kepada pelajar.
Seterusnya motif Minat Kognitif menunjukkan tujuan guru melanjutkan pelajaran
adalah bagi mendapat dan mendalami ilmu pengetahuan. Motif Kebajikan Sosial
pula menunjukkan guru melanjutkan pelajaran adalah bagi menyediakan diri dengan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu dan
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Hasil dapatan penulis mengenai motif pembelajaran sangat menarik. Penulis
sangat berusaha dalam menjalankan kajian dan pemerhatian menggunakan
persoalan motif guru menyambung pelajaran. Berdasarkan desakan pendidikan
pada masa sekarang yang meminta guru mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah
Sarjana Muda , saya bersetuju dengan motif utama yang dikemukakan penulis iaitu
kerana pembangunan Profesional. Walau bagaimanapun, ketujuh-tujuh motif
tersebut adalah bertepatan dengan tujuan guru untuk menyambung pelajaran.
Penulis juga mendapati dapatan yang adalah konsisten dengan penemuan
Arshad (1993). Walau bagaimanapun, dapatan ini agak berbeza dengan temuan
Mohd Halimi (1996). Mohd Halimi mendapati faktor pembangunan profesional
berada pada kedudukan keenam. Penulis turut membincangkan kedudukan
perbezaan tahap motivasi berdasarkan bangsa. Berdasarkan bangsa, guru
berbangsa Melayu mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi berbanding guru
daripada kaum India, Cina dan bangsa lain. Saya juga bersetuju dengan pendapat
penulis yang mendapati pengajian yang paling diikuti oleh guru adalah dalam
6

program Pengajian Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertarna (PBMP). Guru yang
mengikuti pengajian Bahasa Malaysia ini sememangnya mempunyai tahap motivasi
yang paling tinggi berbanding guru dalam Program Bimbingan dan Kaunseling (B&K)
dan program Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Saya juga
tertarik dengan penerangan penulis tentang tahap motivasi guru yang sedang
berkhidmat di sekolah luar bandar mempunyai tahap motivasi yang Iebih tinggi
berbanding guru di sekolah-sekolah di bandar. Ia mungkin disebabkan guru-guru di
pedalaman kurang mengalami tekanan kerja yang banyak berbanding guru di
sekolah bandar yang dibebani dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Kesimpulannya,
jurnal ini telah memberi pengetahuan yang jelas tentang motif dan kesediaan guruguru sekolah rendah untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi walaupun sudah
bekerja sebagai seorang guru.
(b)

Perbincangan Jurnal 2
Tajuk Jurnal :
SEKOLAH WAWASAN : Sejauh manakah Ia Mampu Melahirkan Generasi
Bersatu padu di Masa Akan datang
Jurnal yang ditulis oleh Azizi Yahya ini membincangkan tentang kemampuan

Sekolah Wawasan untuk melahirkan generasi yang bersatu padu di masa akan
datang. Penulis menyatakan sistem persekolahan sekarang masih lagi mewujudkan
sekolah bersifat perkauman. Saya bersetuju dengan pandangan penulis kerana di
Malaysia, masih ada sekolah yang dikhaskan untuk kaum Melayu, Cina dan India
contohnya SK, SJKC dan SKKT. Penulis mengatakan bahawa pengujudan Sekolah
Wawasan mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang
terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya. Pembentukan sistem
persekolahan sedemikian adalah variabel kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia.
Ini kerana dalam sistem itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah
berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Pendapat penulis
adalah sangat bernas dan sememangnya penubuhan sekolah-sekolah di Malaysia
masih belum mencapai tahap perpaduan yang diharapkan. Sekolah Wawasan yang
telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 memerlukan satu sistem pendidikan
yang jitu. Penulis menegaskan mungkin akan wujud pelbagai masalah daripada
sistem ini. Jika hanya melihat dalam satu sudut pandangan memanglah amat baik
7

tetapi perlu juga difikirkan pro dan kontra dalam membina sesuatu sistem itu.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan isu-isu sensitif akan
mengundang konflik yang membawa parah. Pada dasarnya, sejarah negara telah
menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris
iaitu pengasingan sekolah dan tiadanya peraturan yang seragam dipakai untuk
semua sekolah telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal.
Saya ingin mengulas tentang kesan negatif yang di bawah penjajah ke negara ini.
Sikap penjajah yang ingin memecah belahkan kaum di Malaysia sepatutnya perlu
difikirkan berkali-kali oleh semua masyarakat. Saya bersetuju dengan penulis
bahawa isu-isu sensitif akan mengundang ketegangan dan rusuhan yang membawa
padah.
Penyata Razak 1956 yang menegaskan bahawa yang mana tujuan dasar
pelajaran di dalam negara ini ialah bermaksud hendak menyatukan murid-murid
daripada semua bangsa di dalam negara ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa penghantar. Menurut penulis, Sekolah Wawasan tidak akan
menghapuskan identiti SRJK tetapi Sekolah Wawasan adalah gabungan ketiga-tiga
sekolah rendah iaitu SRK (Sekolah Rendah Kebangsaan), SRJKC (Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Cina) dan SRJKT (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil)
dalam satu kawasan. Sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan yang
ada seperti padang, kantin, perpustakaan dan pelbagai lagi secara bersama atau
dikongsi bersama. Manakala setiap sekolah tetap mempunyai bangunan dan
pentadbiran mereka sendiri. Manakala murid-murid akan dibiarkan bergaul,
berinteraksi dan bermain bersama-sama. Proses integrasi dan asimilasi seharusnya
dibiarkan berlaku secara evolusi serta semula jadi. Sebarang percubaan untuk
mewujudkan integrasi dan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui kegagalan.
Dengan cara ini dapat menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang
yang wujud di antara pelbagai kaum di negara ini. Saya juga bersependapat dengan
penulis tentang kesan-kesan positif yang akan memberi impak kepada kesefahaman
kaum bermula dari murid sekolah.
Penulis turut membincangkan kesan Sekolah Wawasan kepada perpaduan
iaitu pelajar sekolah rendah ini akan bergaul secara langsung apabila mereka
8

bersukan di padang, makan di kantin atau semasa mengadakan hari terbuka


sekolah. Konsep Sekolah Wawasan harus dilihat dari konteks dan perspektif yang
positif iaitu mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan bukannya
bertujuan untuk menghapuskan identiti sesuatu kaum serta menghilangkan entiti
SRJK. Penempatan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan
akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai Bahasa Melayu. Ketegangan
hubungan kaum dan masalah yang berkaitan berpunca daripada sikap prejudis serta
perasaan curiga mencurigai, lantaran kurangnya interaksi dan hubungan yang
terjalin di antara mereka.
Penulis turut membincangkan kebaikan dan keburukan Sekolah Wawasan
dimana tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan
yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Menurut penulis, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak
kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini
masih kanak-kanak yang boleh dilenturkan. Pada pendapat saya, kita juga perlu
menghayati semula tujuan Penyata Razak 1956 yang di antaranya hendak
menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
memakai satu peraturan pelajaran iaitu sebuah kawasan akan membolehkan
pelajar-pelajar SRJK menguasai bahasa Melayu
Saya tertarik dengan ulasan penulis tentang kesan pengumpulan pelajar
secara pemusatan yang akan menemukan kepelbagaian dalam budaya, agama, ras,
sosial dan ekonomi setiap ahli sekolah berkenaan. Masyarakat Cina terutamanya,
begitu gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan yang akan
menguburkan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang didukung selama ini.
Saya bersetuju dengan penulis bahawa isu yang ditimbulkan oleh kaum cina akan
lebih memporak-porandakan perpaduan kaum. Mereka ini sebenarnya khuatir
kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan
penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan. Selain
itu, penulis turut membincangkan tentangan yang dibuat oleh Dong Zong yang
bermaksud persatuan sekolah Cina dan Jiao Zong yang bermakna guru-guru
sekolah Cina yang menolak penubuhan Sekolah Wawasan. Kelebihan yang ada
pada hasil penulisan ini ialah dengan menyatakan kebenaran alasan terbesar kaum
9

cina iaitu kekhuatiran akan kehilangan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Cina (SRJKC) dan identiti orang Cina akan terhakis, walaupun telah di perjelaskan
beberapa kali oleh pihak kerajaan namun mereka tetap sangsi dengan hasrat untuk
menyatupadukan antara kaum. Mereka masih beranggapan terdapat sesuatu
agenda yang tersirat yang dapat mengganggu gugat kepentingan mereka. Segelintir
orang Cina yang tidak faham tentang konsep Sekolah Wawasan sehingga
menganggap Sekolah Wawasan sebagai senjata untuk mengikis identiti orang Cina
di Malaysia. Berbeza pula dengan pentadbir SJKT yang menerima baik dan bersikap
terbuka dengan Sekolah Wawasan. Berdasarkan jurnal ini, saya mendapati penulis
telah menunjukkan keberanian untuk menyatakan dengan jelas sikap orang cina
yang merupakan penentang bagi pembentukan perpaduan di negara ini.
(c)

Perbincangan Artikel 3
Tajuk Artikel :
Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan
Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik Darjah
Artikel yang ditulis oleh penulis ini membincangkan tentang

peranan

kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut penulis, guru mempunyai persepsi
bahawa peranan kepimpinan guru terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah.
Menurut Blase dan Blase (1998) asas kejayaan sebuah sekolah bukannya
disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitu pengetua atau guru besar sahaja tetapi
adalah didorong oleh kordinasi dan kolaborasi para guru selaku pemimpin
pengajaran manakala pengetua adalah sebagai penyelaras atau pentadbir. Penulis
telah membuat rumusan berdasarkan tiga definisi yang dinyatakan Cuban (1984),
Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002) dan Southworth (2002) iaitu kepimpinan adalah
sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan
tugas dan tanggungjawab mereka yang mana keterlibatan mereka adalah secara
suka rela dan berusaha ke arah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi.
Definisi yang dikemukakan penulis dapat merumuskan maksud kepimpinan tetapi
saya kurang bersetuju dengan perkataan sukarela. Bagi saya, menjadi pemimpin
bukanlah tugas yang sukarela tetapi tugas yang menunjukkan seseorang itu
mempunyai keyakinan tinggi untuk menemui sesuatu kebenaran. Sungguhpun
demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektif pendidikan,
10

seringkali kepimpinan dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru di sekolah dan


bilik darjah. Matlamat umum peranan kepimpinan guru ialah untuk menambah nilai
(value added) atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan suasana
pembelajaran murid.
Menurut penulis, kajian menunjukkan dalam proses memimpin programprogram pengajaran, peranan guru sebagai peranan kepimpinan guru memerlukan
kecekapan

teknik

pendidikan

dan

kecemerlangan

akademik

yang

boleh

dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan. Hook dan Vass (2000)
mendefinisikan peranan kepimpinan guru bilik darjah sebagai satu kemahiran di
mana guru menggunakan gaya kepimpinan untuk ketrampilan dirinya dan
berkomunikasi dengan yang lain. Penulis membincangkan peranan kepimpinan guru
yang wujud dalam keadaan dimana murid-murid memperolehi sesuatu maklumat
atau input yang mereka tidak jangka dapat capai di dalam setiap bilik darjah, atau
setiap kali apabila terdapat perkembangan yang positif yang secara langsung akan
mempengaruhi personaliti mereka. Seterusnya, penulis membincangkan ciri-ciri
peranan kepimpinan guru yang mengambil definisi beberapa penulis buku dan pakar
iaitu seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang berkesan memiliki tujuh ciri
kepimpinan iaitu boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik
darjah Buhler (1995), mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel serta
keterbukaan (Zenger & Folkman, 2004). Menurut Kane (2001), ilmu pengetahuan
yang diperolehi oleh guru secara pembelajaran berterusan akan meningkatkan
keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Penulis telah mengemukakan banyak
definisi ciri-ciri pemimpin berdasarkan pandangan penulis barat. Sebaiknya penulis
lebih banyak menggunakan konsep-konsep atau definisi yang dikemukakan oleh
penulis negara untuk menunjukkan masyarakat dan penulis tempatan mempunyai
pendapat mereka sendiri mengenai isu-isu di negara sendiri.
Menurut penulis, di antara faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah
ialah mencari keseimbangan antara dorongan dengan teguran, membangunkan
rapport

bersama

murid, melibatkan

murid

dengan

aspirasi

dan

harapan,

mengekalkan hubungan kerja yang sempurna, mengamalkan cara membuat pilihan


yang bererti, memberi jaminan faktor keselamatan dan keyakinan, meletakkan diri
murid sebagai sebahagian daripada bilik darjah, fokus kepada perkara baik yang
11

dilakukan, dan ketrampilan guru. Penulis turut membincangkan bahawa peranan


kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumi
dua aspek iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta kemahiran teknikal.
Kemahiran intrapersonal dan interpersonal merupakan upaya meneka mood, tujuan,
motivasi dan perasaan murid sewaktu berdepan dengan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengguna dan menguasai kemahiran ini
akan berjaya menguasai murid serta suasana pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Saya bersetuju bahawa guru yang berada di dalam bilik darjah harus
sensitif pada air muka, suara dan pergerakan anggota badan murid. Selain itu,
semasa mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan
satu respon yang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat
sesuatu keputusan ke atas tingkah laku murid. Pengurusan tingkahlaku dalam kelas
adalah hak mutlak guru dalam mengatasi kekeliruan yang timbul di dalam bilik
darjah. Sebagai seorang guru, usaha mendorong murid untuk memilih tingkah laku
yang bertanggungjawab ke arah peranan kepimpinan guru yang berkesan adalah
rumit. Kesimpulannya, guru harus mendorong murid supaya bertanggungjawab ke
atas perlakuan dan usaha diri demi mencapai kejayaan yang diingini.
(d)

Perbincangan Jurmal 4
Tajuk Jurnal

Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru


Jurnal ini membincangkan pentingnya guru sebagai pemangkin untuk pelajar
membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi
perubahan-perubahan semasa. Penulis menyatakan pentingnya peranan guru
sebagai penyampai ilmu, kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka.
Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat
kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Penulis turut
membincangkan strategi-strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme
diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan
maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan
portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan,
perkembangan professional on-line dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru. Terdapat
tujuh strategi yang dibincangkan penulis iaitu pertama peningkatan profesionalisme
12

melalui latihan dalam perkhidmatan. Saya kurang memahami maksud strategi yang
dikemukakan penulis kerana bagi saya ianya tidak bertepatan dengan tajuk. Untuk
menyatakan amalan reflektif guru ke arah peningkatan profesionalisme, ia
seharusnya menggunakan tajuk Strategi Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan
Profesionalime Diri Guru.
Penulis membincangkan bahawa guru seharusnya mampu memperkukuh
kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan
profesional dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta
memperjelas nilai-nilai profesional. Guru yang berpandangan progresif mampu
memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaranpembelajaran baru melalui kursus pendek. Untuk itu, guru yang telah menghadiri
kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar
semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang
tertentu. Strategi kedua, amalan refleksi dan penulisan reflektif ke arah peningkatan
profesionalisme guru. Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang
amalan professional dan bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang
mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi memberi peluang
guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri
selaindapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka
dengan efektif. Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi
semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan
yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana
guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum
merancang tindakan susulan. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau
teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan
dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan
persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan.
Manakala strategi ketiga pula berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah
pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme
diri. Penulis menyatakan bahawa pembentukan portfolio pengajaran memberi impak
yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti pengajaran guru
dalam profesionnya. Menurutnya lagi, apabila seseorang guru meneliti amalan
13

pengajaran sendiri, sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri meletus


penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Strategi keempat ialah penyelidikan
tindakan amalan profesionalisme yang efektif iaitu menjalankan penyelidikan
tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Budaya
penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk
meningkatkan

perkembangan

profesionalisme

diri

serta

bertindak

secara

professional. Strategi kelima ialah amalan konsep Belajar Seumur Hidup. Amalan
membaca,

menulis

dan

melakukan

penyelidikan

tindakan

memperluaskan

pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Program secara


on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan
segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line. Seterusnya
strategi kelima membincangkan satu pendekatan untuk mempertingkat tahap
professional diri guru iaitu sistem pementoran di sekolah-sekolah. Melalui sistem
pementoran ini, setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor
di tempat bertugas bagi memberi nasihat, dan bimbingan berterusan agar dapat
meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
Manakala strategi terakhir iaitu guru boleh meningkatkan profesionalisme diri
dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru
(PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman
mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada
fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri
sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan,
membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategistrategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek dan membincang
sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi more
thoughtful teachers. Kesimpulannya, kualiti guru adalah asas kecemerlangan
pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme
guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan
amalan pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan ini sangat menarik kerana di
samping menyatakan kesan amalan reflektif, ia juga dapat memberi panduan
kepada saya untuk mempelbagaikan cara membuat refleksi mengikut kesesuaian
dan kemahuan pihak kementerian.

14

(e)

Perbincangan Artikel 5
Tajuk Artikel :
Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga
Dan Pendidikan
Artikel ini telah membincangkan integrasi kaum di Malaysia agak kompleks.

Cabaran Integrasi kaum ini sangat berkaitrapat dengan pendidikan dan merupakan
salah satu cabaran bagi guru. Menurut penulis, integrasi perpaduan bermaksud
mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan satu identiti nasional.
Kerjasama ini boleh dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan,
sosial, pendidikan dan politik. sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan
perkataan Melayu atau Tanah Melayu itu sendiri yang bermaksud wilayah dan
kepulauan di rantau ini. Istilah Tanah Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas
merujuk pada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays.
Saya bersetuju dengan perbincangan penulis bahawa reaksi orang Melayu terhadap
Malayan Union sememangnya telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai
kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu
tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Sokongan
politik berlainan antara melayu dan cina menunjukkan bahawa politik Malaysia sejak
dari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan imigran, adalah
bersifat perkauman (komunalisme).
Menurut penulis lagi, dalam sistem pendidikan, cabaran utama dalam
integrasi kaum adalah keenganan kaum Cina mempelajari Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama di sekolah. Pada pandangan pengkaji, bukan soal kaum
lain (termasuk orang Melayu) menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran subjek sains dan matematik, tetapi isu yang lebih besar ialah penolakan
mereka terhadap sebarang usaha untuk mengikis jati diri dan identiti sekolah Cina.
Sesungguhnya terdapat perbezaan sikap (persepsi) antara pelajar Cina yang
mendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina yang mendapat pendidikan
Inggeris. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris kurang identiti
kecinaannya, lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan memudahkan proses
integrasi nasional. Manakala pelajar yang mendapat pendidikan sekolah Cina adalah
sebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila wujudnya parti-parti politik
15

berasaskan kaum yang menjadikan pengaruhnya turut merebak kepada institusi


keluarga dan pendidikan.
Apabila proses sosialisasi ini berlaku, maka menurut Funston (2001), setiap
etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal
yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Penulis juga
membincangkan kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara
Malaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan
India. Kebanyakan pelajar-pelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi.
Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan. Para pelajar lebih suka bergaul
dengan kaum sendiri dalam segala hal. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa peranan
agen keluarga dan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi (Langton
1969). Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua pentingnya dalam
sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan kerana ia amat
berkait rapat dengan keluarga, disebabkan keluarga yang menentukan proses
persekolahan anak-anak mereka. Berdasarkan perbincangan penulis mengenai isu
di atas, saya sangat bersetuju bahawa kaum cina memang suka menentang
perpaduan walau dalam sistem pendidikan sekalipun. Walau bagaimanapun, penulis
sepatutnya dapat memberikan banyak contoh masalah perkauman yang disebabkan
oleh isu pendidikan dan tidak memberi tumpuan kepada faktor politik sahaja. Ini
memandangkan penulis cuba mengutarakan isu cabaran integrasi kaum di Malaysia
yang melibatkan keluarga dan pendidikan.
(f)

Perbincangan Jurnal 6
Tajuk Jurnal
Stres Kerja Guru : Punca, Kesan Dan Strategi Tindak Balas
Jurnal yang ditulis oleh Sapora Sipon ini membincangkan tentang isu stres

dalam kalangan guru yang semakin menular hari demi hari. Sebelum itu, penulis
telah membincangkan tentang peranan pendidikan yang meruapakan agenda utama
negara bagi melahirkan modal insan di negara ini selaras dengan keperluan semasa
pembangunan negara. Mutu pendidikan yang cemerlang adalah disebabkan
produktiviti dan semangat gigih daripada warga pendidik untuk membantu negara
mencapai matlamat Wawasan 2020. Namun matlamat tersebut tidak mungkin akan
16

tercapai sekiranya guru mengalami tekanan kerja dan seterusnya tidak dapat
melepasi cabaran pendidikan pada masa kini. Penulis menyatakan bahawa stress
dalam kalangan guru merupakan halangan kepada produktiviti kerja yang baik dan
memberi kesan fizikal serta psikologikal guru. Akibat stress, seseorang guru atau
pekerja itu akan mempunyai masalah ketidakhadiran ke sekolah, moral pekerja
rendah, kemalangan kerja dan produktiviti menurun. Stress juga dilihat sebagai
punca kepada penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan
(Barling,1990).

Menurut

penulis,

Malaysia

sebagai

sebuah

negara

pesat

membangun perlu menghadapi pelbagai perubahan dan perkembangan dari aspek


ekonomi, sosial dan teknologi.
Justeru, guru juga perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang selari
dengan kepesatan bidang pendidikan. Penulis membincangkan tugas guru untuk
menanam kebolehan berdikari kepada pelajar dalam usaha mereka memperolehi
pengetahuan. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang seiring dengan
perkembangan teknologi dan proses globalisasi telah mewujudkan stress dalam
kalangan guru. Guru-guru berada dalam dilema memandangkan guru terpaksa
memikul berbagai permintaan seperti permintaaan daripada masyarakat. Di antara
sebab utama kajian ialah kerana peningkatan ketidakhadiran kerja, pusingganti yang
tinggi dan persaraan awal. Selain itu, stress merupakan penyebab kepada masalah
kesihatan mental dan fizikal serta boleh mempengaruhi keberkesanan hubungan
guru dengan pelajar seterusnya mutu pendidikan. Penulis juga menjelaskan tentang
kesan panjang stress yang tidak dikawal iaitu mengakibatkan burnout dalam
kalangan guru. Aspek penting dalam kajian stress adalah ia memerlukan perhatian
serius kepada kemahiran berdaya tindak kerana ia memainkan peranan penting
dalam kerjaya guru. Guru akan sukar untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti
tinggi sekiranya mereka menghadapi tekanan di tempat kerja.
Saya menyokong pernyataan penulis bahawa pengurusan stress guru adalah
sangat penting kerana ia memberi kesan kesihatan kepada guru tersebut. Pada
masa sekarang, beberapa program pengurusan stress bertujuan untuk menangai
stress kerja yang berterusan, membantu guru mengurangkan stress di tempat kerja.
Pendidikan stress dan latihan pengurusan stress berfungsi dalam membantu
individu untuk mengenalpasti symptom stress. Banyak kaedah pengurusan stress di
17

Barat yang

terbukti berkesan yang

menggunakan pelbagai orientasi dan

pendekatan. Murphy (1998) menjelaskan program stress telah menghasilkan kesan


positif jika dapat disesuaikan dengan keperluan tempatan. Berdasarkan kenyataan
penulis, kejayaan pengurusan stress guru di tempat kerja ialah melalui kajian-kajian
yang dijalankan oleh Turner & Clannay (1998) yang menkaji keberkesanan jenis
model kaunseling kelompok, terapi nasional emotif dan pemusatan klien. Salah satu
cara untuk mengenalpasti tahap stress di tempat kerja ialah melalui odit stress. Odit
stress digunakan untuk tujuan baseline, menentukan sikap pekerja dan untuk
memberi maklumat sebelum intervensi dilaksanakan.
Penulis juga membincangkan kajian yang dibuat terhadap 110 orang guru
dengan menggunakan skala Sumber Stres mengandungi 61 item yang dibahagikan
kepada enam sub-skala iaitu faktor intrinsik kerja, peranan pengurusan, hubungan
dengan orang lain, kejayaan dan pencapaian, struktur dan iklim organisai dan
halangan-halangan kerja rumah. Hasil keputusan kajian tersebut, didapati punca
stress

tertinggi

ialah

disebabkan

peranan

pengurusan.

Seterusnya

punca

disebabkan hubungan kerja rumah, struktur klimaks organisasi, perhubungan


dengan orang lain, faktor intrinsik kerja serta kerjaya dan pengurusan. Kajian
tersebut juga telah menghasilkan rumusan guru wanita dan lelaki menunjukkan
perbezaan punca stress berdasarkan 6 sub-skala tersebut. Kajian yang dibuat ke
atas 110 orang guru memang ramai tetapi penulis sangat bersungguh-sungguh
untuk mengkaji cabaran yang dihadapi guru. Sahsiah dan usaha bersungguhsungguh penulis ini seharusnya patut dicontohi dan dipuji.

18

TEKANAN EMOSI KANAN-KANAK


2.0

PENGENALAN
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan

masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus
(%) dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996 (Utusan Malaysia
22 Sept. 2011). Tidak semua kanak-kanak dibesarkan dalam keadaan mewah. Tidak
dinafikan masih ramai kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba
kekurangan. Mereka biasanya tidak mempunyai bahan -bahan bacaan dan
peralatan menulis yang cukup. Manakala sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk
berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Kesannya ,
mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan ,
kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau
sekolah , kanak-kanak tersebut akan mengalami ketegangan jiwa. Mereka akan
berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan ,
perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila
berhadapan dengan guru. Ibu bapa dan guru perlu berperanan lebih positif untuk
membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru
dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.
2.1

Tanda-Tanda Gangguan Emosi Kanak-kanak


Tanda-tanda gangguan emosi murid yang boleh dilihat dan diberi perhatian

oleh guru khususnya dan ibu bapa ialah murid berasa murung hampir setiap hari.
Manakala minat atau perasaan gembira terhadap aktiviti dan pembelajaran di
sekolah turut merosot. Selain itu, berat badan menyusut secara signifikan dan tiada
selera makan. Mereka juga menghadapi masalah untuk tidur atau tidak dapat tidur
langsung. Manakala gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor juga
kadangkala boleh berlaku. Ibu bapa dapat melihat perubahan anak mereka yang
sentiasa berasa letih dan tidak bermaya. Kanak-kanak yang mempunyai gangguan
emosi akan berasa tidak bernilai dan bersalah atas tingkah lakunya. Semasa di
sekolah, mereka ini mempunyai menghadapi masalah untuk berfikir, menumpukan
perhatian atau membuat keputusan. Tidak dinafikan sesetengah mereka sentiasa
membayangkan kematian dan ingin membunuh diri.
19

2.2

Punca-Punca Gangguan Emosi


Terdapat banyak punca gangguan emosi yang terjadi pada murid-murid di

sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid di sekolah adakalanya berkaitrapat


dengan masalah yang dialami di rumah. Walau bagaimanapun, ada segelintir muridmurid yang tidak menghadapi tekanan emosi yang membimbangkan semasa di
rumah tetapi menghadapi tekanan semasa berada di sekolah. Ia berpunca daripada
beberapa situasi yang boleh dikenalpasti oleh guru-guru di sekolah.
Punca pertama disebabkan penerimaan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah
orang yang paling rapat dengan seseorang dan sering menjadi pasangan atau
kawan untuk melakukan apa-apa pekerjaan atau permainan di sekolah. Rakan
sebaya yang ramai akan menjadikan seorang kanak-kanak itu mempunyai
keyakinan pada diri sendiri dan bangga kerana mendapat sokongan daripada rakanrakan sebaya. Tekanan emosi murid berlaku apabila seseorang murid itu tidak
mempunyai rakan sebaya sekaligus kurang diterima oleh rakan-rakan sebayanya.
Murid yang tidak mempunyai rakan sebaya akan rasa terpinggir, tidak mempunyai
kawan untuk bermain, kurang keyakinan diri dan suka bersendirian. Keadaan
sedemikian akan menimbulkan tekanan emosi terhadap murid tersebut.
Persekitaran sekolah atau bilik darjah yang tidak kondusif juga menjadi salah
satu punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid. Sekolah yang
menempatkan 40 orang murid dalam sebuah kelas akan mengalami kesesakan
dalam susunan kerusi dan meja yang baik. Apabila kesesakan dalam bilik darjah
berlaku, masalah gangguan daripada rakan-rakan yang nakal sudah pasti berlaku. Ia
termasuk masalah bising di dalam kelas, tidak bebas untuk bergerak dan
menyukarkan komunikasi antara murid. Selain itu, bilik darjah yang kotor, tidak ceria
dan tidak mesra maklumat juga akan menyebabkan emosi murid-murid dalam
pembelajaran terganggu. Murid-murid tidak mendapat maklumat atau bahan rujukan
yang cukup semasa berada di dalam bilik darjah. Selain itu, punca gangguan emosi
berdasarkan persekitaran sekolah juga adalah seperti kawasan sekolah yang
dipenuhi sampah sarap, tidak mempunyai padang permainan ataupun berbahaya
terhadap keselamatan murid. Murid-murid tidak akan dapat bermain dan bebas
untuk bergerak kerana khuatir dengan keselamatan dan kebersihan persekitaran.

20

Kes buli di sekolah rendah mungkin jarang didengar atau dihebahkan dalam
media massa. Tetapi kes buli ini sebenarnya terjadi tanpa kita sedari sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah. Murid yang sering dibuli oleh rakan sebaya
semestinya mengalami gangguan emosi yang jika tidak dikawal menjadi tekanan
emosi terhadap dirinya. Sehinggakan ada murid-murid yang tidak mahu ke sekolah
kerana takut atau serik dibuli oleh rakan sebaya mereka. Di antara kes buli yang
sering terjadi semasa sekolah rendah ialah diminta wang saku, sering ditengking
oleh rakan, diarahkan membuat sesuatu pekerjaan dengan paksa, diejek dan
kecurian alat tulis. Ramai berpendapat, kanak-kanak yang sering dibuli dan takut
dengan rakan sekolahnya adalah mereka yang sering dimarahi di rumah, dihukum,
ditengking dan dipukul oleh ibubapa jika melakukan kesalahan. Tetapi jika
diperhatikan, murid-murid yang tidak atau kurang melawan ini adalah kerana mereka
diajar dengan sikap lemah lembut, bersopan-santun, menghormati orang lain dan
tidak suka bergaduh. Walau bagaimanapun, sikap yang baik itu sering menjadi
mangsa buli kerana mereka tidak mampu untuk menengking apatah lagi bersikap
kasar terhadap rakan. Kanak-kanak tersebut sudah tentu mengalami gangguan
emosi

yang

akan

memberi

tekanan

sekiranya

guru

atau

ibubapa

tidak

mengendahkan perkara tersebut atau melihat perkara tersebut sebagai hal remeh
sahaja.
Selain itu, gangguan emosi murid-murid di sekolah juga disebabkan mereka
tidak dapat memahami isi pelajaran dengan jelas. Contohnya dalam mata pelajaran
Bahasa Arab, sebilangan murid dapat menguasai bahasa itu dengan baik. Tetapi
bagi murid yang kurang baik dari segi pelajaran jawi, mata pelajaran itu mungkin
satu bebanan kepada mereka. Murid-murid yang mempunyai pendidikan awal dalam
prasekolah agama atau kelas KAFA mungkin tidak mempunyai banyak masalah
mempelajari bahasa Arab tetapi bagi golongan murid yang tidak pernah didedahkan
dengan pelajaran jawi atau arab sudah tentu mengalami masalah untuk mempelajari
bahasa tersebut. Ditambah lagi dengan sikap tegas guru yang suka mendenda
murid sekiranya tidak dapat menguasai bahasa Arab maka gangguan emosi murid
tersebut lama-kelamaan menjadi tekanan emosi kepada mereka. Apabila gangguan
emosi berlaku maka sudah tentu murid-murid tersebut sentiasa takut, kurang yakin,
tidak menonjol dan tidak bermotivasi untuk meningkatkan prestasi. Walau
bagaimanapun, sekiranya guru dapat memahami keperluan dan kelemahan murid,
21

maka sudah tentu murid tersebut tidak mengalami gangguan emosi sebaliknya
bermotivasi untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan penuh minat.
2.3

Cadangan Cara Mengatasi Masalah Tekanan Emosi Murid


Gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah perlu diberi perhatian dan

dibendung agar murid tidak mengalami tekanan emosi yang lebih membimbangkan
seperti stress dan depresi. Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru, ibu bapa
dan juga masyarakat untuk mengatasi masalah gangguan emosi tersebut. Cara
terbaik menangani gangguan emosi ialah dengan mengenal pasti punca masalah
dan cuba mengatasinya Di antara cadangan-cadangan bagi mengatasi gangguan
emosi murid di sekolah adalah seperti aktiviti promosi kesihatan mental,
menyediakan lebih ramai kaunselor terlatih, memahami keperluan pembelajaran
murid serta peranan guru dan ibu bapa. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), tugas
seorang pendidik itu boleh dikategorikan kepada beberapa perkara iaitu sebagai
seorang penyampai maklumat, pemindah maklumat, pendorong pembelajaran dan
mencipta konteks pembelajaran yang melibatkan murid terlibat secara aktif dan
pembina manusia yang lebih baik.
Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah
termasuk mengenali lebih dekat tentang kesihatan mental di dalam komuniti sekolah
melalui ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijadikan aktiviti kokurikulum serta
melibatkan PIBG dan kelab sekolah. Pihak sekolah dan guru dapat mengambil
inisiatif mengadakan perbincangan yang berkaitan dengan kesihatan mental bagi
memberi pendidikan kesihatan dan psikologikal. Bagi murid yang berada dalam
tahap satu, pameran dan kuiz boleh dijadikan aktiviti yang menarik dan
menyampaikan cara berkesan untuk menangani gangguan emosi mereka. Manakala
bengkel dan ceramah pula sesuai diadakan bagi murid tahap dua yang mungkin
mempunyai banyak pertanyaan dan cadangan bagi menangani masalah gangguan
emosi di sekolah. Selain daripada itu, aktiviti bersukan dan riadah juga dapat
membantu menangani masalah gangguan emosi murid. Murid-murid yang beriadah
semasa rehat dapat bekerjasama dengan ramai rakan baru dan sesuai dengan
minat mereka. Murid-murid akan tidak memikirkan soal gangguan emosi mereka
semasa bermain dan sekaligus membantu mereka mencari penyelesaian sendiri
22

terhadap masalah yang dihadapi contohnya masalah tidak mempunyai rakan


sebaya. Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan
kemahiran untuk membimbing dan membantu murid untuk menguruskan stres.
Perkembangan sahsiah murid-murid di sekolah memerlukan bimbingan yang lebih
berbanding golongan dewasa.
Dengan keadaan fizikal atau mental mereka, menyebabkab mereka sering
menghadapi masalah perasaan rendah diri (inferiority complex) yang boleh
menyebabkan pelbagai masalah lain wujud. Peranan kaunselor adalah untuk
membawa perubahan positif di dalam diri murid itu agar menerima diri mereka
seadanya dan membentuk perasaan positif di dalam diri. Pelbagai program boleh
dirancang dan dijalankan oleh kaunselor untuk mengatasi masalah ini. Personaliti
individu adalah dinamik, yakni sikap seseorang itu boleh berubah-ubah mengikut
kehendak dan keperluannya. Kaunselor melalui proses kaunselingnya, boleh
mempercepatkan perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif, dan program
perubahan tingkah laku ini amat berguna kepada murid-murid yang kurang yakin
terhadap diri sendiri. Oleh kerana keadaan dan kemampuan murid adalah berbeza
satu sama lain menyebabkan segelintir mereka ketinggalan dalam pelbagai perkara.
Kaunseling yang diberi selalunya dalam bentuk perbualan, sama ada melalui
kaunseling individu, kaunseling kelompok ataupun kaunseling klinikal.
Kaunselor akan menentukan kesesuaian jenis kaunseling kepada individu itu
melalui keperluan dan kehendaknya. Kaunselor boleh membantu menyelesaikan
pelbagai masalah murid-murid dari segi jangka pendek. Sekiranya seorang murid itu
menghadapi masalah penyesuaian peringkat awal di sekolah, murid itu boleh dirujuk
kepada kaunselor untuk mengubah sikap atau pendekatan dirinya supaya dia boleh
diterima oleh rakan sebaya di sekolah itu di samping dia boleh menyesuaikan dirinya
dengan persekitaran baru. Kaunselor juga boleh memperkembangkan kefahaman
dan celik akal yang boleh menolong murid-murid menghadapi dan menyelesaikan
masalah-masalah baru yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain, untuk
penyelesaian masalah jangka panjang. Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem
pendidikan berorientasikan peperiksaan telah menambah tekanan kepada ibu bapa
dalam mengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah.
Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut,
23

namun anak-anak tahu harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal
memenuhinya, kesannya akan memudaratkan mereka. Kita perlu memupuk
keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalan atau kekecewaan dilihat sebagai
suatu peluang untuk mencuba semula daripada menjadikannya suatu kekurangan
dan akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan mudah untuk keluar dari masalah
tersebut.
Selain daripada itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan bilik darjah dan
persekitaran yang kondusif kepada murid-murid. Suasana bilik darjah yang harmonis
membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam
menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah
berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik
biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik
darjah tersebut. Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan
bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan
kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran.
Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.
Dari segi membina keyakinan diri dalam pergaulan pula, ibu bapa adalah
menjadi contoh utama kepada anak-anak. Dalam membantu anak berkomunikasi,
perkara penting yang perlu diingatkan adalah ibu bapa perlu menghindar dan
mengelak daripada tabiat mengkritik. Kadangkala ibu bapa mendapati tingkah laku
anaknya tidak menyenangkan tetapi perlu diingat teguran dapat dibuat secara
lembut. Sekiranya ibu bapa kerapkali menyindir serta berleter, anak akan mudah
berasa rendah diri dan sudah pasti hilang kepercayaan pada ibu bapa dan keadaan
ini seterusnya mengelakkan mereka daripada berkomunikasi dengan ibu bapa. Tidak
hairanlah jika anak-anak jarang menyatakan masalah yang berlaku di sekolah dan
lebih suka mendiamkan diri kerana takut untuk dimarahi atau dipersalahkan lagi.
Sekolah adalah tempat kedua pentingnya selepas institusi kekeluargaan.
Guru perlu menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian. Oleh itu, guru
perlu lebih prihatin dengan beberapa proses perkembangan yang dilalui oleh pelajar
kerana mereka berdepan dengan kelompok ini sepanjang masa. Walaupun murid24

murid adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun tetapi mereka
tetap mempunyai emosi yang boleh terganggu sekiranya tidak mendapat perhatian
sepatutnya. Di antara peranan guru ialah guru perlu menunjukkan minat pada hobi
murid. Guru perlu mengelakkan sikap suka mengongkong murid. Murid memerlukan
masa untuk belajar, oleh itu guru perlu memberikan masa yang mencukupi kepada
mereka untuk mendorong mereka memahami dan mengikuti pelajaran dengan
berkesan. Hukuman yang agak keterlaluan dapat menjejaskan perhubungan antara
guru dan pelajar yang seterusnya mencetuskan gangguan emosi. Oleh yang
demikian, guru tidak perlu bertindak dengan cara keterlaluan seperti menengking,
mendenda apabila murid melakukan kesalahan atau tidak dapat menjawab soalan.
1.4

Rumusan
Berdasarkan perbincangan di atas, tekanan emosi murid telah menjadi satu

isu penting yang perlu dikawal dan diuruskan secara bijaksana, berhati-hati dan
berhemah oleh semua pihak supaya ia tidak menjadi masalah disiplin yang serius di
sekolah rendah negara ini. Manakala tekanan dan punca-punca tekanan yang
dialami oleh kanak-kanak dan remaja mungkin berbeza dari segi tahapnya sama
ada rendah atau tinggi. Walau bagaimanapun, kesan dari tekanan kerja yang dialami
yang kebanyakannya

berbentuk

tekanan emosi adalah hampir sama iaitu

menyebabkan penurunan dalam pelajaran dan penampilan, kemurungan, gangguan


kesihatan, masalah disiplin yang kronik seperti ingkar arahan, ponteng kerja, gagal
mengawal emosi dan sebagainya. Justeru itu, isu ini perlu ditangani dengan kaedah
yang terbaik oleh semua pihak bagi mengelakkan ianya menjadi gejala yang tidak
terkawal dan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru, ibu bapa dan pihak
sekolah perlu mengurus dan menangani tekanan emosi yang dialami oleh muridmurid sekolah dengan bijaksana demi memastikan prestasi dan pencapaian dapat
dikekalkan dan dipertingkatkan demi melahirkan modal insan yang berkualiti dan
sihat dari segi kesihatan mahupun pemikiran.

25

You might also like