You are on page 1of 16

Model Pengajaran Sosial

BIODATA PENGASAS MODEL PENGAJARAN SOSIAL

Beliau lahir pada 4 Disember 1925 di Kanada.

Semasa di Universiti Columbia British, beliau lebih berminat mengkaji bidang psikologi
daripada bidang pengkhususan beliau iaitu, sains biologi, mendapat ijazah sarjana dalam bidang
psikologi.

Pernah berkhidmat di Fakulti Psikologi di Universiti Standford pada 1953.

Pernah menulis artikel The Psychology of Chance Encounters and Life Paths

Meneruskan pengajian di Universiti Lowa dan mendapat ijazah sarjana pada 1951 dan Doktor
Falsafah pada tahun berikutnya.

Mula mengkaji tentang pengajian sosial. bekerjasama dengan anak muridnya, Richard Walters
mengemukakan proses modeling. Konsep ini bercanggah dengan pendapat Freudian Hullian dan

membuatkan beliau menghasilkan buku pertama beliau Adolescent Aggression (1973)

Buku kajian terperinci tentang teori pembelajaran sosial diterbitkan pada 1977.

Kini menjadi Profesor Psikologi sepenuh masa pada tahun 2002 sehingga sekarang.

Konsep dan Prinsip Model Pengajaran Sosial

Pengajaran ditakrifkan sebagai satu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
murid. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya
dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan
murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan. (Mok Soon Sang; 2004)

Selain itu, terdapat beberapa konsep pengajaran, pertama ialah kesanggupan untuk mencari ilmu
untuk sepanjang hayat, kedua ialah menghormati kanak-kanak dan juga para remaja, konsep
yang ketiga ialah saling berkongsi maklumat antara pelajar mahupun guru, keempat adalah guru
membimbing, mengarah, membantu dan merancang untuk pelajar. Tambahan pula, guru juga
perlu menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan pelajarnya. Guru juga perlu menghadapi
cabaran dan profesional, selain daripada menyalurkan nilai budaya dan kebangsaaan. Dan
terakhir ialah mewujudkan kesedaran dan penghargaan tentang potensi diri. (Evans dan
brueckner, 1992)

Sosial merujuk kepada persekitaran dimana berlakunya interaksi dan komunikasi. Pengajaran
sosial merujuk kepada proses membentuk kemahiran bahasa seperti kemahiran komunikasi untuk
pelajar dan selain daripada memberi ruang kepada pelajar untuk mengetahui sendiri dalam
kehidupan seharian. Melalu model pengajaran sosial, terdapat beberapa model yang membantu
pelajar dalam mengetahui situasi sebenar tanpa memberi efek kepada kehidupan yang sebenar.
Pelaksanaan model ini, memerlukan bimbingan dan bantuan daripada guru sebagai pemantau dan
pelajar boleh terlibat dalam model ini secara aktif dan amat efektif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

Model Sosial

Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran.
Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui
interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan
bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam sesuatu kumpulan. Model sosial lebih
menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran
koperatif dan main peranan.

Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja merangsang murid-murid secara
sosial, bahkan secara intelek. Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar
menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, kebolehan menyusun maklumat
serta-merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabungkan semua
maklumat untuk menyelesaikan masalah.

1.0) Pembelajaran koperatif

Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan
pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan
perhubungan manusia. Selain itu, pembelajaran koperatif berfokuskan perkembangan konsep dan
kemahiran melalui kerja kumpulan ang diutarakan oleh Slavin, dan Johnson. Mengikut Arends
(2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara, iaitu pencapaian
akedemik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial. Model pembelajaran koperatif
dicirikan dengan tugasan koperatif, matlamat dan sumber ganjaran.

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di
mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang
mempunyai matlamat bersama. Secara umumnya pembelajaran koperatif berhasrat untuk
mengubah norma dalam kalangan pelajar muda kerana setiap orang mempunyai peluang yang
sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang. Contohnya, pelajar berpencapaian rendah
menerima bantuan daripada rakan yang mempunyai pencapaian baik. Pelajar yang berpencapaian
baik itu akan memperoleh kebaikan sebagai seorang pembimbing ataupun tutor dalam proses
tersebut dan kedua-dua pelajar itu memperolehkan kebaikan.

1.1) Konsep Utama Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi
pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran. Amalan pembelajaran koperatif
adalah berbeza-beza dan pembentukan kumpulan mungkin bercorak mudahatau kompleks dalam
suasana kelas yang terdiri daripada aktiviti pembelajaran koperatif.

Antara enam konsep pembelajaran koperatif ialah pasukan, keinginan untuk bekerjasama,
pengurusan koperatif, kemahiran kerjasama, prinsip asas pembelajaran koperatif dan struktur
pembelajaran koperatif(Kagan, 1994)

I. Pasukan

Kumpulan atau pasukan yang dibentuk tidak bergantung kepada saiz dan identity. Pembelajaran
koperatif biasanya mengandungi 3 atau 4 orang ahli dan menjadikan kumpulan ini bergerak
secara positif dan boleh terlaksana pada bila-bila masa sahaja. Mengikut Kagan (1994) ahli-ahli
dalam pasukan mengenal, menerima dan memberi sokongan paduan antara satu sama
lain.pembentukan kumpulan boleh terbentuk secara rawak ataupun boleh ditentukan oleh guru
berdasarkan kebolehan dan beberapa syarat yang lain.

II. Pengurusan Pembelajaran Koperatif

Kagan (1994) menyarankan agar kemahiran pengurusan yang efisin menyediakan suatu situasi
yang kondusif untuk melaksanakan pembelajaran koperatif. Antara peraturan kelas seperti
mengadakan Quiet Signal, kedudukan pelajar seperti susunan ladam kuda, cara makmal kluster
dan Carpet patch. Kemahiran memberi arahan dari segi lisan dan tulisan, memperoleh perhatian
pelajar, kemhiaran menyoal serta peranan dalam memerhati dan membimbing kumpulan

III. Keinginan untuk bekerjasama

Dalam pembelajaran koperatif, terdapat tiga cara keinginan untuk bekerjasama diwujudkan dan
dikekalkan yang terdiri daripada pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan sisitem
banjaran atau penghargaaan. Ini merupakan satu langkah jagka maa yang pangjang supaya ahli
kumpulan dapat membentuk diri sendiri kea rah yang positif seperti sifat kerjasama, hormatmenghormati dan dapat juga membentuk suasana pembelajaran yang maksimum. Selain itu,
pembinaan berpasukan adalah untuk memastikan ahli saling memberi sokongan.

IV. Kemahiran Kerjasama

Pembelajaran ini memerlukan pembentukan kemahiran sisoal supaya pembelajaran dapat


berlaku. Kemahiran mendengar, menyelesaikan konflik, mengubah serta mendorong ahli lain
merupakan bantuan pelajar untuk memperoleh pembelajaran. Mengikut Kagan (1994) empat
kaedah yang paling peting ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan main peranan, penstrukturan
dan refleksi.

V. Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Prinsip pembelajaran koperatif ialah kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglihatan


seimbang dan akaunabiliti individu.

1.2) Kaedah dan Teknik pengajaran Model Pembelajaran Koperatif

Proses memudahkan sesuatu tindakan,

Kemahiran memotivasikan murid,

Membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan

lancar,

Kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal dan bakat

kepimpinan,

Sesuai untuk aktiviti kumpulan,

kemahiran teknik menyoal, tunjuk cara, penerangan dan lain-lain.

1.3) Rumusan

Pembelajaran koperatif merupakan salah satu inovasi pendidikan yang pernah dikaji secara
meluas. Dapatan-dapatan yang positif dalam pembelajaran koperatif merupakan impian
seseorang guru di dalam bilik darjah. Hal ini akan mendorong para guru untuk menggunakan
model pembelajaran koperatif dalam pelaksanaan pelajaran demi mencapai peningkatan dalam
pembelajaran bermakna.

2.0) Model Main Peranan

Main peranan merupakan kaedah kumpulan berorentasikan proses, di mana pelajar berlakon
seperti dalam kehidupan sebenar. Model ini membolehkan murid mengetahui tentang situasi
dirinya ataupun menjadi individu lain. Murid berpeluang beraksi mengikut situasi. Dalam main
peranan, peserta memainkan peranan yang khusus seperti mana yang telah diarahkan.
Kebiasaannya peserta tidak akan mengalami masalah untuk memainkan peranan. Aktiviti
memainkan peranan boleh diadakan di dalam kelas dan boleh melibatkan semua murid atau
sebahagian sahaja. Pelajar yang tidak melibatkan diri boleh menjadi pemerhati situasi.

2.1) Tujuan

Main peranan bertujuan untuk member peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan
dan perbincangan, selain melatih mereka berlakon sambil mengalami sendiri sesuatu situasi itu.
Mereka akan dapat memahami tingkah laku orang lain. Selain itu, mereka akan dapat menguasai
kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan.

2.2) Contoh Langkah-langkah Model Main Peranan:

1. Guru mewujudkan satu situasi bermasalah.

2. Guru menerangkan situasi bermasalah/peranan watak-watak/tempoh lakonan.

3. Guru memilih murid menjadi pelakon.

4. Murid-murid memainkan peranan.

5. Guru berbincang dgn murid prestasi lakonan/penyelesaiannya.

6. Guru membimbing murid membuat rumusan.

2.3) Prinsip-prinsip Main Peranan

Senario, peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan supaya menghasilkan main peranan
yang menyeluruh dan menyeronokkan. Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu memastikan
bahasa murid sudah menguasai dan memahami situasi. Masa akan diberikan untuk membuat
persediaan. Aktiviti main peranan yang paling sesuai mengambil masa 15 hingga 20 minit.
Pandangan pemerhati akan dicatatkan dalam boring penilaian atau senarai semak.

2.4) Jenis-jenis Main Peranan

i. Memerihal
Satu cara komunikasi di mana peserta memerihal sesuati situasi atau masalah. Contohnya, pelajar
meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar.

ii. Demontrasi
Menunjukkan cara melakukan tingkah laku supaya pelajar lain dapat mencontohi tingkah laku
yang ditunjukkan dengan betul seprti cara bertutur.

iii. Latihan
Melatih pelajar menguasai kemahiran tertentu seperti mana seperti situasi yang sebenar.
Contohnya ialah menjadikan pelajar ahli pengerusi majlis untuk kemahiran komunikasi.
iv. Cerminan
Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contoh pelajar
memujuk rakannya untuk melakukan sesuatu.
v. Kepekaan
Cara untu member kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap situasi orang lain.
Hal ini kana membantu pelajar memahami perasaan orang lain.

Model main peranan boleh digunakan untuk semua pelajar pelbagai tahap dan aras akedemik.
Selain itu model ini boleh digunakan untuk pelbagai topic atau situasi. Guru boleh menggunakan
model ini untuk mengetahu kefahaman pelajar. Kesemua ini bergantung kepada kreativiti guru
dalam penggunaan model main peranan.
3.0) Simulasi
Simulasi mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan did
lam bilik darjah. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya

pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya memindahkan ke situasi yang
sebenar. Secara umumnya, simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu kemahiran
melalui demontrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai
oleh murid-murid.

Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan berbentuk persaingan atau koperatif.
Contoh ialah permainan monopoly di mana mereka akan bermain secara jual beli real estate
melalui spekulasi ehdupan sebenar. Simulasi juga penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana membantu murid-murid untuk melihat pewakilan objek yang sebenar.
Contoh ialah pembedahan katak, kita akan member pelajar melihat simulasi pembedahan yang
sebenar sebelum membenarkan mereka membedah katak secara individu, berpasangan atau
berkumpulan.

3.1) Fasa Pengajaran Model Simulasi

Dalam pengajaran menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa, iaitu orentasi, latihan
peserta, proses simulasi dan perbincangan (Jocye et al., 2002).

a) Orentasi: Guru akan mengemukakan topik yang ingin diajar, meerangkan konsep dalam
simulasi dan apakah itu simulasi serta gambaran umum aktiviti.

b) Latihan Peserta: pelajar mula simulasi dan guru akan memperkenalkan peraturan, peranan,
prosedur, cara mendapatkan skor, jenis keputusan dan matlamat simulasi. Guru akan
mengagihkan peranan kepada kumpulan supaya meraka faham arahan.

c) Proses Simulasi: Pelajar melibatkan diri dalam simulasi manakala guru hanya memberi
bimbingan(jurulatih) dan sebagai pengadil. Pada masa tertentu, aktiviti boleh dihentikan jika
ingin mendapat maklum balas, menilai prestasi dan keputusan serta memperjelaskan salah
tanggapan.

d) Perbincangan: Merangkumi perbincangan pelajar serta simulasi tentang hasil pembelajaran,


proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar. Hubung kait aktiviti
dengan kandungan subjek yang dipelajaridan menilai serta mereka cipta kembali simulasi.

Implikasi Model Pengajaran sosial.

Setiap model pengajaran mempunyai implikasi sendiri dan dan perkara yang sama juga berlaku
kepada model pengajaran sosial. Implikasi model sosial ialah:

1. Peniruan melaui main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah laku positif secara
tidak langsung yang ditonjolkan dalam watak-watak yang dimainkan dalam aktiviti main
peranan dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam bilik darjah perlu menggunakan
situasi realistic.

2. Peranan guru sebgai rol model harus memastikan dan mempunyai perwatakkan yang positif
supaya para pelajar dapat mencontohinya. Antara tingkah laku yang perlu ada pada guru adalah
daripada cara dia bertutur, ketepan masa, cara berpakaian, konsep kendiri dan daya kepimpinan
yang tinggi selain mempamerkan minat mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku.

3. Peniruan boleh beraku secara langsung dan tidak langsung. Pada asalnya mungking peniruan
memerlukan sedikit motivasi tetapi apabila sudah menjadi kebiasaan, tingkah laku itu akan
dilakukan secara tidak langsung. Televisyen dan filem biasa menjadi sumber untuk tingkah laku
tidak langsung pelajar. Maka, nasihat dan bimbingan guru perlu ada untuk memastikan pelajar
memilih program yang sesuai ditonton dan mengelakkan program yang bukan-bukan.

4. Kaedah pembelajaran komperatif akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara
ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan
harga diri murid-murid.

5. Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid dapat memahami
keprihatinan, nilai dan perspektif orang lain. Simulasi pula membantu murid-murid untuk
melihat perwakilan objek yang sebenar.

6. Sumber motivasi intrinsic. Mementingkan penglibatan dalam komuniti

7. Model pembelajaran ini juga berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiran
melalui kerja berkumpulan pembelajaran. Dapat mengenal identiti murid melalui penglibatan
aktiviti berkumpulan.

ANALISIS SWOT

S - Strength (Kekuatan)

W - Weakness (Kelemahan)

O - Opportunities (Peluang-peluang)

T - Threats (Ancaman-ancaman)

S - Strength (Kekuatan)

model ini dapat dijadikan sebagai pengalaman atau panduan bagi pelajar dalam menghadapi
situasi yang sebenar kelak.

model ini dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian dalam diri murid.

Model ini dapat mengembangkan kreativiti pelajar, kerana dalam model ini pelajar diberi
kesempatan atau peluang untuk memainkan peranan sesuai dengan topik yang disimulasikan.

model ini dapat mempertingkatkan minat murid dalam prosese pembelajaran serta dapat
memperkayakan pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperlukan dalam menghadapi
berbagai situasi sosial yang pelbagai masalah.

model ini memberi rangsangan kepada murid untuk meluahkan perasaan serta memperoleh
inspirasi dan pemahaman yang berpengaruh terhadap sikap, nilai dan pemikirannya.
W - Weakness (Kelemahan)

Kebanyakannya model ini memerlukan kepada bmbingan guru. Hal ini boleh menyebabkan
murid sukar untuk berdikari jika menghadapi sesuatu situasi.

pengelolaan yang kurang baik. Hal ini kerana biasanya, model pengajaran ini di jadikan sebagai
alat hiburan, sehingga proses P&P terabai.

Jika sesuatu pengajaran atau simulasi yang diberi tetapi tidak berjalan dengan baik, maka murid
akan mengalami masalah dalam memahami kefahaman yang sepatutnya mereka perolehi objektif
model sosial gagal.

O - Opportunities (Peluang-peluang)

Murid dapat meluahkan perasaan.

Murid dapat memupuk semangat kerjasama.

Kejayaan boleh dimiliki bersama-sama.

Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti.

T - Threats (Ancaman-ancaman)

Jika guru kurang kreatif dalam P&P model social, akan memberi kesusahan kepada murid.

Mendatangkan bahaya sekiranya murid meniru setiap perkara dengan tidak menitik beratkan
kekurangan atau keburukan sesuatu perkara itu.

Mendatangkan masalah dalam kehidupan murid sekiranya murid tersebut tidak mendapat
bimbingan yang sewajarnya dari pihak yang dipercayai.
Murid tidak mempuyai jati diri yang jitu kerana sudah terbiasa dengan proses peniruan dan
susah untuk membentuk sifat kendiri.

You might also like