You are on page 1of 8

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Pembuatan Keputusan & Kos Relevan

BAB 10
PEMBUATAN KEPUTUSAN DAN
KOS RELEVAN

OBJEKTIF :
Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat;

Memberi konsep dan ciri kos relevan.

Menerangkan jenis kos-kos berikut : kos melepas,kos hangus (tenggelam), kos


pertambahan, kos pembezaan, kos boleh elak, kos tidak boleh elak.

Menyediakan aplikasi analisis pembuatan keputusan dalam situasi :


a) Membuat atau membeli
b) Meneruskan atau menghentikan barisan produk / bahagian / segmen
c) Menerima atau menolak pesanan khas

Menerangkan faktor-faktor kualitatif (bukan kewangan) seperti faktor sosial,


persekitaran, teknologi, peraturan dan undang-undang.

147

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

10.1

Bab 10 : Pembuatan Keputusan & Kos Relevan

KONSEP KOS RELEVAN

Pihak pengurusan mempunyai pelbagai maklumat kos dan hasil. Tidak semua maklumat yang
diperlukan dan akan terlibat dalam proses membuat keputusan. Oleh itu pihak pengurusan akan
hanya memilih data-data yang relevan sahaja untuk membantu mereka membuat keputusan.
Kos relevan didefinisikan sebagai maklumat kos dan hasil yang akan digunakan untuk membantu
pihak pengurusan membuat keputusan. Ia juga bermaksud kepada pertimbangan untuk memilih
sesuatu alternatif terbaik yang mempunyai kesan jangka pendek dan dalam situasi tertentu. Datadata relevan meliputi semua data mengenai pilihan-pilihan yang sedang dipertimbangkan, yang
mana data-data tersebut adalah berbeza di antara pilihan-pilihan. Data-data tersebut mungkin
maklumat kos atau pun hasil. Untuk membolehkan kefahaman yang lebih jelas, eloklah
diterangkan dengan lebih terperinci mengenai ciri-ciri dan konsep kos relevan serta kos-kos yang
berkaitan dengannya.
10.2

JENIS-JENIS KOS RELEVAN DAN KOS TIDAK RELEVAN

10.2.1 Kos Hangus (Tenggelam)


Kos hangus atau juga dikenali sebagai kos tenggelam ialah sejenis kos yang telah dilibatkan dan
tidak boleh diperoleh kembali. Dengan kata lain, kos hangus ialah kos yang tidak boleh dielakkan
walau apa keputusan yang di ambil oleh pihak pengurusan. Contohnya, sebuah perniagaan
membeli sebuah mesin fotostat yang dijangka boleh digunakan selama tiga tahun. Namun setelah
satu tahun digunakan, muncul mesin fotostat yang lebih canggih di pasaran dan perniagaan
sedang mempertimbangkan untuk membeli mesin baru tersebut. Maka, kos membeli mesin
fotostat lama itu dianggap sebagai kos hangus.
10.2.2 Kos Pertambahan
Kos pertambahan ialah kos tambahan yang terlibat untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Semasa
membuat keputusan, alternatif-alternatif yang ada perlu dibandingkan untuk memilih alternatif
tindakan yang terbaik. Contoh, Bila membeli mesin baru, syarikat perlu menghantar pekerja baru
untuk latihan pengendalian mesin baru dengan kos RM 5,000, maka RM 5,000 tersebut dikenali
sebagai kos pertambahan.
10.2.3 Kos Melepas
Satu lagi jenis kos yang perlu diambilkira dalam pembuatan keputusan ialah kos melepas. Kos
melepas ialah suatu faedah atau manfaat yang terpaksa dilepaskan atau dikorbankan akibat
daripada memilih satu alternatif yang lain. Ini bermakna perniagaan tidak membayar bagi sesuatu
kos, tetapi melepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat daripada satu tindakan yang diangap
sebagai satu kos. Contoh, Hasil sewa kedai yang terpaksa dilepaskan apabila syarikat
menggunakan kedai tersebut untuk membuat tempahan khas.
10.2.4 Kos Pembezaan (Differential Cost)
Kos-kos masa hadapan tidak dianggap relevan sekiranya kos-kos tersebut tidak berbeza antara
alternatif-alternatif yang sedang dipertimbangkan. Proses membuat keputusan melibatkan pilihan
beberapa alternatif. Kos-kos yang terlibat antara alternatif hanya akan relevan apabila terdapat
perbezaan kos antara alternatif-alternatif tersebut. Kos-kos yang berbeza antara alternatifalternatif ini dinamakan kos pembezaan (Differencial cost). Kos pembezaan ini akan
menyebabkan wujudnya kos-kos untuk sesuatu alternatif boleh bertambah atau berkurang antara
satu sama lain sekiranya dibuat perbandingan dalam proses membuat keputusan. Dengan
terkumpulnya maklumat relevan mengenai kos pembezaan, pihak pengurusan akan dapat
membuat keputusan yang lebih tepat. Contoh, Susutnilai mesin lama RM 1,000, susutnilai mesin
baru RM 1,500, maka perbezaan RM 500 dikenali kos pembezaan.

148

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Pembuatan Keputusan & Kos Relevan

10.2.5 Kos Boleh Elak


Kos relevan juga harus mempunyai ciri kos boleh elak. Kos boleh elak bermaksud kos yang tidak
perlu terlibat dan tidak terus berlaku lagi di masa hadapan jika alternatif itu dipilih. Ini bermaksud
kos boleh elak dengan sendirinya mempunyai ciri kos pembezaan. Sebelum ini, kita telah
mengatakan bahawa pada umumnya, kos tetap adalah tidak relevan di masa hadapan kerana
ianya tidak dapat dielakkan dan tetap akan berlaku. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana kos
tetap yang dapat dielakkan di masa hadapan dan mempunyai ciri kos pembezaan, ianya dianggap
relevan dalam proses membuat keputusan. Sebagai contoh, kos sewa peralatan dalam
pembuatan sesuatu komponen. Jika syarikat memilih untuk membeli daripada pihak luar
komponen tersebut, maka kos sewa peralatan tidak perlu terus terlibat lagi di masa hadapan. Oleh
itu, kos sewa peralatan ini dapat dielakkan dan kerana itu ianya dianggap relevan dalam proses
membuat keputusan. Tetapi, sekiranya kos sewa peralatan masih diperlukan lagi untuk tujuan
pengeluaran komponen lain, maka kos sewa ini dianggap kos yang tidak boleh dielak dan akan
tetap berlaku seperti biasa. Keadaan seperti ini menyebabkan ianya dianggap tidak relevan di
masa hadapan.
10.2.6 Kos Tidak Boleh Elak
Oleh itu, kos tidak boleh elak adalah kos yang masih perlu terus berlaku walaupun mana-mana
alternatif diambil dan ianya tidak mempunyai ciri pembezaan dan tidak relevan.
10.3

APLIKASI PEMBUATAN KEPUTUSAN

10.3.1 Membuat atau Membeli


Dari masa ke semasa, syarikat mungkin menghadapi keputusan samada hendak terus membuat
komponen yang sedang digunakan dalam pengeluaran produknya atau membelinya sahaja
daripada pembekal luar. Contoh 1 berikut menerangkan bagaimana konsep kos relevan
diaplikasikan dalam keputusan membuat atau membeli ini.
Contoh 1
Syarikat Kotaraya mengeluarkan sendiri komponen untuk pengeluaran produknya. Maklumat
mengenai kos pengeluarannya pada tingkat 10,000 unit pengeluaran adalah seperti berikut :
Sewa peralatan
Susutnilai peralatan
Bahan langsung
Buruh langsung
Overhed berubah
Overhed tetap bersama
Jumlah

Jumlah kos (RM)


10,000
2,000
15,000
20,000
5,000
20,000
72,000

Kos seunit (RM)


1.00
0.20
1.50
2.00
0.50
2.00
7.20

Susutnilai peralatan ialah untuk peralatan yang dibeli khusus untuk mengeluarkan komponen ini.
Peralatan ini tidak boleh digunakan untuk pengeluaran produk lain. Manakala bagi peralatanperalatan yang disewa, semuanya boleh dipulangkan balik kepada penyewa jika tidak diperlukan
lagi. Syarikat Kotaraya telah didatangi oleh sebuah syarikat pengeluar lain yang ingin menjual
komponen ini mengikut spesifikasi Syarikat Kotaraya dengan harga jualan RM 5.50 seunit. Adakah
Syarikat Kotaraya akan mengeluarkan sendiri komponen tersebut atau membeli daripada syarikat
pengeluar lain?

149

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Pembuatan Keputusan & Kos Relevan

Analisa kes dan penyelesaian


Dalam kes ini, kos-kos boleh elak yang menjadi relevan ialah kos sewa peralatan, bahan
langsung, buruh langsung dan overhed berubah. Biasanya, kos jenis berubah adalah relevan dan
boleh elak. Susutnilai peralatan tidak relevan kerana ianya tidak boleh elak dan merupakan kos
hangus. Manakala kos overhed tetap bersama adalah kos tidak boleh elak dan tidak relevan
kerana kos ini masih perlu terlibat walaupun komponen tidak dibuat lagi. Cuma ianya perlu
diperuntukkan kepada produk lain jika pengeluaran komponen dihentikan.
Oleh itu, analisis kos relevan membuat atau membeli adalah seperti berikut :

Kos membeli
Kos relevan membuat
Sewa peralatan
Bahan langsung
Buruh langsung
Overhed berubah

Membuat
Jumlah
Kos
RM
Seunit

Jumlah

10,000
15,000
20,000
5,000
50,000

1.00
1.50
2.00
0.50
5.00

Membeli
Jumlah
Kos
RM
Seunit
55,000
5.50

55,000

5.50

Daripada data di atas kita dapati kos membeli adalah lebih tinggi sebanyak RM5,000 (RM 55,000
RM 50,000) atau RM 0.50 seunit (RM 5.50 RM 5.00). Jika hanya berpandukan faKtor
kuantitatif, Syarikat Kotaraya perlulah meneruskan membuat komponen kerana lebih murah.
Walau bagaimanapun, fakor kualitatif juga perlu diambilkira dalam membuat keputusan. Contoh
fakTor kualitatif dalam kes ini ialah seperti kualiti komponen, kedudukan kewangan pembekal luar,
bekalan yang berterusan, penghantaran pada masa yang tepat dan lain-lain lagi.
Contoh 2 :
Andaikan maklumat yang sama diberikan seperti dalam contoh 1. Katalah, diandaikan Syarikat
Kotaraya mempunyai penggunaan alternatif untuk fasiliti sedia ada jika pengeluaran komponen
dihentikan dan dibeli daripada pembekal luar. Jika komponen dibeli dari pihak luar, Syarikat
Kotaraya boleh mengeluar produk X dengan menggunakan fasiliti kilang yang sedia ada tersebut.
Ini bermakna, kos sewa peralatan masih diperlukan untuk membuat produk X. Selain sewa,
produk X juga memerlukan kos bahan langsung, buruh langsung dan overhed berubah pada
jumlah RM 30,000 untuk 10,000 unit (RM 3.00 seunit). Harga jualan produk X dijangka RM 5.00
seunit. Sekarang, adakah keputusan Syarikat Kotaraya masih sama seperti contoh 1 iaitu
membuat komponen?
Analisa kes dan penyelesaian
Berasaskan contoh ini, telah wujud kos melepas, iaitu hasil tambahan daripada jualan produk X.
Jika Syarikat Kotaraya ingin meneruskan membuat komponen, maka hasil tambahan terpaksalah
dilepaskan dan menjadi suatu kos tambahan kepada kos membuat seperti dalam analisis kos
relevan berikut :

Kos membeli
Kos relevan membuat
Kos melepas

Membuat
Jumlah
Kos
RM
Seunit

Jumlah

50,000
10,000
60,000

150

5.00
1.00*
6.00

Membeli
Jumlah
Kos
RM
Seunit
55,000
5.50
55,000

5.50

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

*Harga jualan produk X


Kos Pengeluaran
Bahan Langsung
Buruh Langsung
Overhed berubah
Sewa peralatan
Kos Melepas

Bab 10 : Pembuatan Keputusan & Kos Relevan

RM 5.00
RM 1.50
RM 2.00
RM 0.50
RM 1.00

(RM 4.00)
RM 1.00

Kesimpulannya, secara perbandingan kita dapati kos membeli adalah lebih rendah daripada kos
membuat dengan perbezaan sebanyak RM 5,000 atau RM 0.50 seunit. Oleh itu, Syarikat Kotaraya
patut menghentikan pengeluaran komponen, sebaliknya membelinya daripada pembekal luar
serta menggunakan fasiliti yang ada untuk mengeluarkan produk X.
10.3.2 Meneruskan atau Menghentikan barisan produk / bahagian / segmen
Seringkali pengurus menghadapi situasi di mana prestasi keuntungan sesuatu segmen
perniagaan atau barisan produk tertentu tidak memuaskan. Jika sesuatu segmen perniagaan itu
menunjukkan kerugian, maka timbullah cadangan untuk samada meneruskan atau menghentikan
sahaja operasi segmen atau barisan produk itu perlu dinilai untuk melihat pencapaiannya.
Contoh 3
Andaikan Syarikat Properties Berhad mengeluar tiga jenis produk iaitu batu bata, jubin lantai dan
simen. Prestasi keuntungan ketiga-tiga produk ini untuk tahun lepas adalah seperti berikut :

Jualan
Belanja berubah
Margin caruman
(-)Belanja tetap(langsung)
Pengiklanan
Gaji penyelia
Susutnilai
(-)Belanja Tetap(umum)
Jumlah
Untung bersih

Batu Bata
RM
600,000
300,000
300,000

Jubin Lantai
RM
900,000
540,000
360,000

Simen
RM
250,000
140,000
110,000

Jumlah
RM
1,750,000
980,000
770,000

20,000
47,000
63,000
40,000
170,000
130,000

20,000
50,000
50,000
40,000
160,000
200,000

20,000
45,000
20,000
40,000
125,000
(15,000)

60,000
142,000
133,000
120,000
455,000
315,000

Berasaskan penyata pendapatan di atas, kita dapati barisan produk simen menunjukkan kerugian
sebanyak RM 15,000. Pencapaian yang tidak baik ini telah berlaku tiga tahun berturut-turut untuk
barisan produk ini. Pengerusi syarikat ini begitu bimbang dengan senario ini dan sedang
mempertimbangkan cadangan untuk menghentikan operasi pengeluaran dan jualan produk simen.
Adakah cadangan pengerusi ini patut dilaksanakan?
Analisis dan penyelesaian :
Sebelum pengerusi syarikat mengambil keputusan untuk menghentikan operasi produk simen,
adalah lebih baik sekiranya analisis kos relevan dibuat terlebih dahlulu. Kos-kos yang relevan
dalam situasi ini ialah kos pengiklanan dan kos gaji penyelia kerana kos-kos ini adalah kos
langsung kepada produk simen dan boleh dielak jika jualan simen dihentikan. Tetapi kos susutnilai
tidak boleh dianggap relevan walaupun ianya kos langsung kepada peralatan yang digunakan
untuk produk simen kerana sebenarnya susutnilai mewakili satu peruntukan kos hangus (sunk
cost). Selain daripada itu, kos tetap yang bersifat umum juga tidak relevan kerana jumlahnya tidak
akan berubah samada produk simen diteruskan atau dihentikan. Jika simen dihentikan, syarikat
akan kehilangan margin caruman RM 110,000. Ini bermakna, margin caruman produk simen
adalah relevan. Oleh itu, jumlah bersih kesan menghentikan jualan produk simen ke atas
keuntungan syarikat boleh diringkaskan seperti berikut :

151

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Pembuatan Keputusan & Kos Relevan

RM
(110,000)

Margin caruman yang hilang jika produk simen dihentikan


Kos-kos boleh elak :
Pengiklanan
RM20,000
Gaji penyelia
RM45,000
Pengurangan untung syarikat

65,000
45,000)

Analisis juga boleh dibuat dengan membandingkan keuntungan keseluruhan syarikat antara
hentikan atau teruskan produk simen seperti berikut :
Hentikan
Pengeluaran
RM
1,500,00
840,000
660,000

Jualan
Belanja berubah
Margin campuran
Belanja tetap(langsung)
Pengiklanan
40,000
Gaji penyelia
97,000
Susutnilai
133,000*
Belanja tetap (umum) 120,000
Jumlah
390,000
Untung bersih
270,000

Teruskan
Pengeluaran
RM
1,750,000
980,000
770,000
60,000
142,000
133,000
120,000
455,000
315,000

Perbezaan
(sekiranya dihentikan)
RM
(250,000)
140,000
(110,000)
20,000
45,000
65,000
45,000

Nota * Jika produk simen dihentikan, peralatan pengeluaran akan dihapuskira. Oleh itu, tiada
sebarang susutnilai akan diperuntukan.
10.3.3 Menerima atau Menolak Pesanan Khas
Sesebuah perniagaan seringkali menerima pesanan khas daripada pihak luar. Oleh itu, keputusan
harus dibuat samada hendak menerima atau menolak pesanan khas tersebut. Pada
kebiasaannya, perniagaan akan ditawarkan pesanan khas apabila terdapat kapasiti kilang yang
terbiar dan menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga jualan biasa. Persoalannya,
sekiranya pesanan khas ini diterima, adakah ianya akan menguntungkan syarikat, atau ianya akan
menjejaskan keuntungan biasa syarikat. Berikut adalah contoh analisis kos relevan untuk pesanan
khas.
Contoh 4
Syarikat Adimuni Letrik Sdn. Berhad mengeluarkan barangan elektrik. Ia mempunyai kapasiti
pengeluaran sebanyak 200,000 unit alat pembakar roti setahun. Pada tahun hadapan, syarikat
menjangka akan mengeluarkan 150,000 unit dan menjualnya pada harga RM 100 seunit. Kos
pengeluaran untuk tahun itu dijangka RM 3,000,000 untuk kos tetap dan RM 40 seunit untuk kos
berubah. Belanja pemasaran dijangka RM 1,500,000 untuk tetap dan RM 10 seunit untuk berubah.
Oleh kerana syarikat ini mempunyai lebihan kapasiti, sebuah syarikat lain, Syarikat Kemtronik,
telah menawar untuk membeli 20,000 unit alat pembakar roti daripada Syarikat Adimuni Letrik
Sdn. Berhad pada harga RM 80 seunit. Syarikat Kemtronik akan menanggung semua belanja
penghantaran. Syarikat Adimuni letrik tidak akan menanggung sebarang belanja pemasaran untuk
pesanan ini. Pesanan khas ini juga tidak menjejaskan jualan biasa sebanyak 150,000 unit.
Adakah Syarikat Adimuni Letrik harus menerima atau menolak pesanan khas daripada Syarikat
Kemtronik tersebut?

152

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Pembuatan Keputusan & Kos Relevan

Analisa kes dan penyelesaian


Dalam membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak pesanan khas di atas, kita
perlu melihat kesan ke atas keuntungan syarikat dengan membuat perbandingan untung antara
kedua-kedua alternatif tersebut. Sekiranya Syarikat Adimuni letrik menerima tempahan khas
tersebut, untung syarikat akan bertambah sebanyak RM800. Nilai perbezaan sifar menunjukkan
yang kos tersebut tidak relevan. Dalam contoh ini, belanja pemasaran berubah dianggap tidak
relevan kerana amaunnya akan sama walaupun syarikat menerima atau menolak pesan khas.
Belanja pemasaran tambahan tidak berlaku kerana Syarikat Kemtronik sendiri yang menawarkan
pembelian tersebut dan akan menanggung semua belanja penghantaran. Belanja perkilangan dan
pemasaran tetap juga dianggap tidak relevan kerana jumlahnya tidak berubah dengan keputusan
pihak pengurusan. Walaupun pihak pengurusan memutuskan samada untuk menerima atau
menolak pesanan khas ini, belanja tetap berjumlah RM4,500,000 masih tetap berlaku. Selain
daripada kos-kos tersebut, semua kos lain dianggap relevan. Bagi kos jenis berubah, ia sudah
pasti relevan kerana jumlahnya akan berubah mengikut aktiviti pengeluaran dan memenuhi ciri-ciri
pembezaan. Hasil jualan juga dianggap relevan kerana ia merupakan hasil tambahan jika pesanan
khas diterima dan dengan itu memenuhi ciri pembezaan. Oleh itu, keputusannya ialah pihak
pengurusan akan menerima pesanan khas tersebut (faktor kuantitatif). Analisis sebegini dibuat
secara pendekatan penuh atau pendekatan penyata pendapatan. Pendekatan ini akan
mengambilkira semua maklumat samada relevan atau tidak bagi tujuan menyediakan penyata
pendapatan.
Tanpa Pesanan
Khas
150,000 unit
150,000 unit @ RM100
Jualan
(-) Belanja berubah :
Perkilangan
Pemasaran
Margin Caruman
(-)Belanja Tetap :
Perkilangan
Pemasaran
Untung Bersih

Dengan Pesanan Khas

15,000,000

170,000 unit
150,000 unit @ RM100
+ 20,000 unit @ RM80
16,600,000

(150,000 @ RM40)
6,000,000
(150,000 @ RM10)
1,500,000
7,500,000

(170,000 @ RM40)
6,800,000
(150,000 @ RM10)
1,500,000
8,300,000

3,000,000
1,500,000
3,000,000

3,000,000
1,500,000
3,800,000

Perbezaan

1,600,000
800,000
0
800,000
0
0
800,000

Sekiranya kita hanya mengambilkira maklumat kos relevan sahaja, maka maklumat yang
berubah berkaitan penerimaan sahaja akan diambilkira seperti kos berubah ke atas pertambahan
kuantiti sebanyak 20,000 unit dari pesanan biasa 150,000 unit. Untung bersih terhadap
penerimaan pesanan khas adalah sama iaitu RM 800,000.
Jualan (20,000 @ RM80)
Tolak :
Belanja Perkilangan berubah (20,000 @ RM40)
Pertambahan untung

153

RM 1,600,000
RM
RM

800,000
800,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

10.4

Bab 10 : Pembuatan Keputusan & Kos Relevan

FAKTOR-FAKTOR KUALITATIF DALAM PEMBUATAN KEPUTUSAN

10.4.1 Sosial
Syarikat perlu mempertimbangkan sama ada tindakan menghentikan sesuatu barisan produk akan
menyebabkan sebilangan pekerja sedia ada perlu diberhentikan. Apabila syarikat membuat
keputusan untuk menghentikan pengeluaran sesuatu barisan produk, bahan mentah yang
digunakan untuk mengeluarkan barisan produk itu tidak perlu lagi dibeli dan perhubungan
perniagaan yang telah lama wujud antara syarikat dengan pembekal bahan mentah berkenaan
akan ditamatkan. Perhubungan antara perniagaan dengan pembekal juga akan ditamatkan
apabila perniagaan memilih untuk mengeluarkan komponen sendiri dan tidak lagi membeli
komponen daripada pembekal luar. Walaupun sesuatu keputusan akan mengakibatkan kerugian
kepada syarikat, namun atas alasan untuk memberi khidmat atau memenuhi tanggungjawab
kemasyarakatan, sesuatu produk mungkin terpaksa dikeluarkan, contohnya meneruskan
pengeluaran barisan produk atau menerima pesanan khas.
10.4.2 Persekitaran
Dalam keadaan tertentu, walaupun sesuatu pesanan khas tidak menguntungkan setelah
dianalisis, namun untuk menjaga imej syarikat, pesanan khas itu mesti diterima. Disamping itu,
dalam proses mengeluarkan produk kualiti alam sekitar hendaklah dijaga.
10.4.3 Teknologi
Kualiti barang atau perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada pelanggan akan menjadi semakin
efisien dan efektif dengan adanya kecanggihan teknologi.
10.4.4 Peraturan dan Undang-undang
Semua keputusan yang akan dibuat oleh sesebuah syarikat mestilah berdasarkan kehendak
kerajaan dan peraturan syarikat.

154

You might also like