You are on page 1of 4

PROSES PENUAAN PENDUDUK

Apakah yang dimaksudkan dengan penuaan penduduk?


[ 5 Markah ]
MAKSUD: Penuaan penduduk ialah proses peningkatan jangka
hayat penduduk sesebuah negara yang melebihi 60 tahun.
CIRI: Peningkatan golongan warga emas, menggambarkan
peningkatan kualiti hidup, peningkatan taraf kesihatan dan
perubatan serta kesedaran amalan penjagaan kesihatan yang
tinggi.
CONTOH: Jangka hayat penduduk Malaysia pada tahun 2005
ialah 75 tahun manakala jangka hayat penduduk Jepun ialah 85
Tahun.
Penduduk yang semakin meningkat tua. Jumlah penduduk tua
berbeza mengikut negara. Didapati penduduk tua di negara maju
lebih ramai berbanding penduduk tua di negara sedang
membangun.

FAKTOR PENINGKATAN
1) Penemuan ubat-ubatan baharu dan teknik
rawatan yang semakin canggih dan lebih
berkesan.
2) Tahap kesedaran yang tinggi terhadap
penjagaan kesihatan.
3) Perubahan dan pemakanan seimbang.

KESAN PROSES PENUAAN TERHADAP CIRI


DEMOGRAFI DAN SOSIOEKONOMI
1) Penggantian tenaga kerja menjadi satu masalah.
2) Kerajaan terpaksa bergantung kepada tenaga kerja
migran dari luar negara.
3) Kerajaan menanggung beban kewangan yang tinggi.
4) Kerajaan meluaskan skop dasar kesihatan dengan
menubuhkan satu unit khusus untuk orang-orang
tua.
5) Nilai murni semakin merosot.
6) Tenaga profesional ramai.
7) Menunjukkan kualiti hidup bertambah baik.

You might also like