You are on page 1of 8

Senoipraaq

This blog was created for invite anyone or reader lover to share opinion with
other reader to exchange opinion or exprience about life and daily issues.
Monday, February 2, 2015
EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa
1.0 PENGENALAN.
Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami
pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak
sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi
melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan
Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana
Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia
sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara
mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut,
sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa.
Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan
ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi
yang menyeluruh.
Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan
cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan
dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan
dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk
memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan
sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih
bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di
seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira
bangsa, kaum mahu pun agama.
1.0 KONSEP
2.1 Konsep Transformasi

Definisi transformasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) membawa


maksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan atau dengan erti kata
lain transformasi merupakan satu perubahan daripada keadaan sedia ada kepada
satu dimensi lain bertujuan untuk mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih
baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan: Utusan
Malaysia). Ringkasnya, transformasi juga lebih mudah difahami sebagai satu
bentuk perubahan ke arah kebaikan.
Terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh tokoh yang berkait rapat
dengan istilah transformasi atau perubahan. Istilah perubahan menurut Stoner
(1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai
proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun
tidak. Manakala menurut Jaafar Muhammad (1999) perubahan diperkenalkan
hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas menyesuaikan dengan
situasi baru.
Antara pendapat lain berkenaan transformasi ialah sebagaimana yang
dikemukakan oleh Mumtaz Began dan rakan-rakan (2002) yang melihat
perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat
diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan
persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan yang berlaku ini juga mungkin
merangkumi pelbagai aspek penting.
2.2 Konsep Kurikulum
Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan
perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum
dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007) mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata
pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di
sekolah dan institusi pendidikan.
Terdapat pelbagai definisi terhadap istilah kurikulum yang dinyatakan oleh
pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum
merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj.
Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang
dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk
membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan
mengikut keupayaan masing-masing.
Menurut pendapat Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua
pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang
diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada
tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan
di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara
praktikal di dalam kelas serta kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi
membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Kurikulum juga turut dinyatakan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran
yang tidak formal oleh Hargreaves dalam Hansen et al. (2002). Pelajaran formal
merangkumi kurikulum yang telah ditetapkan matlamat serta rancangan oleh
kementerian, kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana
guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan
susunan) dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang pelajar
sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran yang
tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak
langsung yang berlaku apabila belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia.
Rumusannya, tafsiran kurikulum merangkumi skop yang sangat luas berdasarkan
kepelbagaian definisi yang telah dinyatakan. Kurikulum merangkumi kesemua
aspek pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid secara formal atau
tidak formal dan memberi kesan terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani,
sosial dan intelek setiap murid.
2.0 ISU DAN CABARAN UTAMA DALAM MEREALISASIKAN TRANSFORMASI
KURIKULUM PERSEKOLAHAN
Transformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan
diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan
penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil
termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,20062010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di
negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk
merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025).
Namun begitu, proses transformasi ini bukanlah mudah kerana ianya
melibatkan ramai pihak khususnya warga pendidik di sekolah yang menjadi agen
transformasi bagi setiap perubahan yang dirancang oleh pihak pentadbir
pendidikan. Justeru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam
merealisasikan transformasi tersebut. Cabaran yang paling utama dihadapi ialah
dari aspek kesediaan guru dari segi sikap dan pemikiran mereka untuk menerima
dan melaksanakan transformasi dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Sudah
pastinya terdapat segelintir guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif
terhadap transformasi ini. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini
dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan
usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Lebih membimbangkan
apabila terdapat juga percanggahan pendapat dan perdebatan daripada
sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak
dasar ini dengan pelbagai alasan.

Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran tersebut seringkali


wujudnya pelbagai isu berkaitan dengan proses transformasi yang ingin
dilakukan. Isu yang timbul ini adakalanya melibatkan aspek kekangan masa,
ruang, sikap guru dan sebagainya. Namun saya telah melihat isu bebanan tugas
guru sebagai satu isu utama yang menjadi topik perbualan hangat dalam
kalangan guru di sekolah apabila mereka dibebankan atau diberikan pelbagai
arahan yang perlu dilaksanakan di sekolah terutamanya dalam proses
transformasi kurikulum pada hari ini. Bebanan tugas guru ibarat isu yang tiada
kesudahannya. Walaupun ada segelintir pihak yang menyatakan bahawa gaji
yang diperoleh oleh guru adalah lumayan, kita perlu melihat dan menilai kerja
yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak.
Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan
perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak
mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang
ditetapkan. Walaupun pada hakikatnya keupayaan setiap sekolah adalah berbeza
namun sistem yang digunakan ini menyebabkan semua sekolah di Malaysia perlu
akur dan mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan
tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah
tersebut untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri.
Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah menjadi satu
dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang
menghadiri kursus yang dikelolakan selama tiga minggu atau terpaksa mengajar
subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar
mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana
bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan
berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut,
akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa
Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI.
Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI
oleh Tan Sri Alimuddin (2011) menyatakan bahawa antara sebab pemansuhan
PPSMI adalah kerana penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran
tersebut semakin merosot jika dibandingkan semasa penggunaannya dalam
bahasa Malaysia. Maka, sekali lagi guru-guru yang terlibat terpaksa pula bermula
dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding
masa untuk melaksanakannya.
Sebagaimana yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami
perubahan bermula tahun 2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR.
Kewujudan KSSR di sekolah ada baik dan buruknya. Usaha transformasi ini
dinggap baik kerana melalui KSSR pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan

diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut
Shafizan Omar (2013) dalam artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan
bahawa sebahagian kumpulan guru berdepan tekanan dalam melaksanakan
KSSR berikutan beban kerja yang bertambah, termasuk proses memfailkan
laporan KSSR yang menurut mereka, boleh mengurangkan masa untuk mereka
bersama murid.
Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai
pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman
setiap sekolah di seluruh Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu
mengisi markah dan data-data murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya
memetik keluhan daripada oleh Siti Roshayu, seorang guru mengenai sistem ini.
Beliau mengatakan bahawa, sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh
pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami
sebagai warga pendidik. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini
pada dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan
memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun dalam masa
yang sama kelemahan yang terdapat dalam penyelenggaraan sistem ini
menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan
mereka.

4.0 GANGGUAN EMOSI PELAJAR DAN TEKANAN EMOSI GURU


Rajah 1 : Kesan Terhadap Emosi Murid dan Guru

ISU : BEBANAN TUGAS GURU


Transformasi yang ingin dilakukan dalam bidang pendidikan secara dasarnya
memberi banyak kebaikan terhadap perkembangan seluruh anggota masyarakat.
Namun begitu, hakikatnya para guru terpaksa memikul lambakan tugas yang
semakin bertambah. Keadaan ini memaksa guru untuk melakukan bidang tugas
di luar keupayaan mereka. Dengan itu, tangggungjawab dan tugas guru yang
semakin mencabar telah memberikan tekanan stres secara tidak langsung. Stres
dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif,
tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka.
Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan
budaya pendididikan akan mengalami stres. Tekanan emosi yang dialami oleh
guru ini sekiranya tidak dikawal akan memberikan kesan terhadap persekitaran
kerja mereka. Contohnya stress dalam kalangan guru menyebabkan potensi

berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya


yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Hal
ini seterusnya memberi kesan terhadap emosi murid tersebut.
Seterusnya, bebanan kerja yang dialami oleh guru akibat daripada
perubahan dalam bidang pendidikan akan menyebabkan berlakunya burn out.
Burnout ialah satu fenomena atau sindrom di mana seseorang individu akan
mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada tahap kelesuan,
perubahan personaliti dan pencapaian kendiri akan menurun dengan ketara.
Dalam hal ini, seseorang guru dikatakan mudah untuk mengalami fenomena burn
out apabila merasakan mereka tidak berkemampuan lagi menanggung beban
emosi yang tidak stabil. Bebanan kerja yang banyak akan menyebabkan guru
tidak boleh memberi tumpuan kepada sebarang tugasan kerana kebosanan kerja
yang tidak mendatangkan kepuasan pada diri. Burn out bukan hanya memberi
impak negatif terhadap kesihatan diri guru malahan turut menyebabkan
penurunan produktiviti dan kerja guru sebagai pendidik.
Namun begitu, peningkatan beban kerja guru ini bukan hanya menyebabkan
tekanan emosi dalam kalangan guru malahan turut menyebabkan gangguan
emosi terhadap pelajar. Gangguan emosi merupakan gangguan yang diterima
oleh seseorang pelajar yang menyebabkan emosi pelajar tersebut tidak stabil.
Antara tanda awal gangguan emosi yang dialami oleh pelajar adalah
kemerosotan pencapaian akademik. Bebanan tugas yang perlu dipikul oleh guru
menyebabkan prestasi guru terjejas dan pengajaran dan pembelajaran juga tidak
dapat berjalan dengan sempurna. Sebagai contohnya, guru yang kadang kala
terpaksa meninggalkan kelas kerana harus menyiapkan tugasan yang diberi oleh
pihak sekolah secara langsung telah menyebabkan pelajar kelasnya terabai.
Lama-kelamaan jika perkara ini sering dilakukan akan menyebabkan pelajar
semakin malas dan tidak bersemangat untuk belajar. Hal ini juga akan
menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya menyebabkan
pencapaian akademik mereka mulai merosot. Pada ketika inilah pelbagai pihak
mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap kelemahan guru yang
gagal untuk mendidik pelajarnya walhal hakikatnya guru terpaksa memikul
pelbagai tanggungjawab sampingan yang lain.
Tanda awal gangguan emosi murid yang kedua adalah hilang daya tumpuan di
dalam kelas. Murid yang mengalami gangguan emosi biasanya suka termenung,
cepat marah, tidak selesa berada di dalam kelas dan sering berasa cemas. Hal ini
mungkin terjadi disebabkan oleh kelakuan guru terhadap mereka. Contohnya,
guru yang mengalami tekanan untuk merealisasikan matlamat sekolah bagi
memenuhi transformasi pendidikan semasa berkemungkinan melepaskan
tekanan tersebut kepada pelajar melalui hukuman yang tidak sewajarnya semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan sebegini bukan
hanya menyebabkan pelajar tersebut membenci kelakuan guru terbabit malahan
akan menjejaskan emosinya untuk belajar.
Seterusnya, tanda awal gangguan emosi yang dialami pelajar juga dikesan
apabila mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Hal ini mungkin berlaku

kerana tiadanya keseronokan dan semangat untuk menuntut ilmu. Sistem


persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan
pelajar, tetapi ini dihalang pula oleh suasana guru yang semakin kurang
berinteraksi dengan pelajar. Ini kerana tugas mereka bukan hanya mengajar
tetapi turut dibebani tugas lain antaranya mengurus data, fail, buku rekod dan
laporan, urusan pentadbiran, urusan kurikulum dan kokurikulum serta hal ehwal
murid bagi mencapai matlamat transformasi pendidikan.
Selain itu antara tanda awal lain yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar
tersebut mengalami gangguan emosi adalah apabila pelajar tersebut
menunjukkan konsep kendiri yang lemah. Pelajar yang mempunyai konsep
kendiri yang lemah akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, pasif dan
mempunyai keyakinan diri yang rendah. Kesan gangguan emosi yang dialami
oleh murid ini mungkin lahir kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh
guru kepadanya semasa di dalam kelas. Kesibukan guru kadang kala memaksa
mereka untuk lebih memfokuskan pada sesi pengajaran bagi menghabiskan
silibus mata pelajaran. Hal ini telah mengurangkan sesi interaksi antara guru dan
murid di dalam kelas.

senoipraaq at 7:11 PM
Share

2 comments:
senoipraaqFebruary 2, 2015 at 7:16 PM
Salam,kepada sesiapa yang lawati blog saya,sila tinggalkan komen anda.Thanks.
Reply

Cikgu BronekaJuly 26, 2015 at 8:24 AM


terima kasih. nota ini sangat membantu. :)
Reply
Load more...

Home
View web version
About Me
My Photo
senoipraaq
Hello and Salam satu Malaysia I'm Abdullah Yusoff, I'm not perfect,but i know
what i lack in and i good in . So,don't judge me by outside,who know my heart
very kind. I love my family that is my wife and my children,to me their are my
precious person after my parent :) . I make blog just to share my story ,so i hope
u all can follow me and can share story with me. ^^
View my complete profile
Powered by Blogger.

You might also like