You are on page 1of 4

PANDUAN RINGKAS MENULIS KERTAS KERJA

01. Tajuk Kertas Kerja


Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat / objektif program.
02. Tujuan
Nyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada;
- Kelulusan / Makluman / Perbincangan / Lain-lain.
- Untuk siapa dikemukakan.
03. Objektif
Nyatakan objektif / matlamat yang ingin dicapai.
- Dinyatakan mengikut keutamaan [maksimum 5].
04. Maklumat Projek
- Tarikh / Hari
- Masa
- Tempat
- Kerjasama / Bantuan mnna-mana pihak
- Tema
05. Penyertaan
Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar
pengajian tinggi, kakitangan, pelajar sekolah, masyarakat umum atau lain-lain.
06. Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur
- Carta Organisasi
- Struktur Organisasi [lengkap dengan nama penuh, No. Pelajar dan Jawatan]
- Peranan dan Tugas Ahli Jawatan Kuasa
07. Aturcara Program
Nyatakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir program termasuk
acara Perasmian dan Penutup dengan memasukkan maklumat terperinci, Perasmi
dan Jawatan, Penceramah, Tajuk Syarahan dan lain-lain.
08. Penceramah
Senaraikan cadangan nama penceramah / pembentang / pengerusi beserta
maklumat terperinci seperti alamat, pekerjaan, alamat majikan dan lain-lain.
09. Sokongan
Perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Dekan / Pengetua / Penasihat / YDP MPP mana yang berkenaan bagi tujuan komen / pandangan dan sokongan.

10. Belanjawan
- Anggaran Pendapatan
- Anggaran Perbelanjaan [Nyatakan dengan terperinci]
11. Penutup
Nyatakan harapan dan terima kasih atas pertimbangan untuk diluluskan /
seumpamanya. Tulis nama, jawatan dan tandatangan Pengerusi / Pengarah Program

PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN


01. Pendapatan
a. Yuran Peserta
b. Tajaan / Sumbangan
c. Sumbangan Universiti
d. Lain-lain
e. Jumlah Keseluruhan
02. Perbelanjaan
a. Pentadbiran
-Percetakan [Buku Cenderamata/Sijil/Kad Jemputan/Risalah/dll]
-Urusan Pos
-Telekomunikasi [Topup dsb]
-Pentadbiran Urusetia
b. Logistik
-Penginapan
-Pengangkutan [Sewa bas dan tuntutan perjalanan]
-Sewaan dewan, siaraya, hiasan dll
c. Cenderahati
-Cenderahati Perasmi / Penceramah dll
-Honororium [saguhati] Penceramah dll
d. Publisiti
-Banner
-Poster
-Iklan Media
e. Kontigensi [5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan. Kontigensi ini biasanya
digunakan untuk tujuan kecemasan]
f. Jumlah Keseluruhan

PANDUAN RINGKAS PENULISAN MINIT MESYUARAT


01. Tajuk Minit
(Nyatakan minit mesyuarat beserta bilangan)
02. Maklumat Mesyuarat
a. Tarikh
b. Masa
c. Tempat
03. Kehadiran
a. Ahli-ahli yang hadir
b. Tidak hadir dengan kenyataan
04. Perkara
a. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis*
b. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
c. Perkara-perkara yang dibincangkan seperti dalam agenda
d. Hal-hal lain (Nyatakan dengan ringkas, padat dan tepat)
*Pengerusi Majlis [MC] biasanya ialah Timb. Setiausaha. Jika tiada, ianya akan
diambil alih oleh Pengarah Program.
05. Tindakan / Makluman
(Nyatakan tindakan / makluman bagi setiap perkara untuk rujukan)
06. Penangguhan Mesyuarat
(Nyatakan masa penangguhan mesyuarat)
07. Tandatangan
a. Pencatit (Semakan) -- Setiausaha
b. Pengesah (Pengesahan) -- Pengarah / Pengerusi Program
(Nyatakan nama, jawatan dan tarikh**)
**Ditulis berdekatan dengan tandatangan

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI


Nota: Maaf, ini hanyalah draf. Tulisan penuh akan dilengkapkan kemudian. Harap
maklum.

Perkara / Isi Kandungan


a. Nama Projek / Aktiviti
b. Pendahuluan
c. Tarikh / Masa
d. Tempat
e. Perasmi Pembukaan
f. Perasmi Penutupan
g. Penyertaan
h. Perjalanan Projek / Aktiviti beserta perincian
i. Penilaian Projek / Aktiviti
- Sama ada mencapai objektif atau tidak
- Masalah yang dihadapi (sebelum, semasa dan selepas)
- Cadangan memperbaiki
j. Gambar-gambar terpilih

You might also like