You are on page 1of 3

Kepentingan bahan maujud sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai
pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah
maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau
media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.

Sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

SPP merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping
mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting
dalam pembelajaran. Murid akan lebih berminat belajar mengenai pakaian trasional kaum-kaum
di

Malaysia

seperti

yang

terdapat

dalam

sukatan

pelajaran

Pendidikan

Sivik

&

Kewarganegaraan Tahun 4. Murid akan lebih memahami isi pelajaran secara lebih mendalam
lagi sekiranya mereka dapat melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh itu, mereka dapat
mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.

Sebagai penjelasan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat
dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contohcontoh tertentu yang memerlukan bahan maujud. Penerangan guru yang diiringi dengan
sumber yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid
serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas.

Sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Sosial.

Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan
bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menggunakan bahan maujud
seperti model pakaian ini, murid dapat menyentuh dan melihat sumber tersebut. Ini akan
membantu murid memahami dan mengingati isi pelajaran iaitu mengenai budaya dari aspek
pakaian tradisional kaum di Malaysia. Kajian telah menunjukkan bahawa manusia hanya
mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar, 20% daripada apa yang mereka lihat
sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Kajian ini jelas membuktikan
bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya
ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru
patut mempelbagaikan bahan pengajaran seperti bahan maujud tersebut.

Sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada
murid. Bahan maujud ini boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid
melihat dan menyentuh sendiri model pakaian tersebut, mereka akan mengetahui kepelbagaian
pakaian mengikut kaum yang terdapat di Malaysia ini. Oleh yang demikian, aktiviti
menghasilkan baju tradisional dalam kelas akan memberi pengalaman yang konkrit kepada
murid. Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran
murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat
yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran
yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba dan meneliti bahan-bahan yang
digunakan dalam membuat pakaian trasional tersebut.

KESIMPULAN
Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.

Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap
kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah
dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai
mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan.
Misalnya, dengan menggunakan model pakaian tersebut, murid boleh melakonkan watak
identiti kaum-kaum di malaysia berdasarkan jenis pakaian yang mereka pakai. Penggunaan
sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini
melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru
akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.

You might also like