You are on page 1of 1

LAPORAN PERSATUAN SEJARAH DAN RUKUNNEGARA TAHUN 2013.

AKTIVITI YANG TELAH DI RANCANG DAN DI LAKSANAKAN


Pada minggu ke 2, persatuan sejarah dan rukunnegara telah mengemaskini
papan kenyataan kelab yang telah di sediakan di kantin sekolah. Selain itu juga
,Pada minggu ke 3 dan 4, persatuan sejarah dan rukunnegara telah melaksanakan
program uji minda. Soalan-soalan telah di ambil dari buku rujukan sejarah tingkatan
1,2 dan 3. Seterusnya, pada minggu ke 7,8,9 dan 10, persatuan sejarah dan
rukunnegara telah menyambut bulan kemerdekaan. Antara aktiviti yang telah di
sediakan ialah pertandingan poster, pertandingan sajak,pertandingan menulis esei,
persembahan drama sebabak dan pertandingan nyanyian lagu patriotik.

AKTIVITI YANG TIDAK DAPAT DI LAKSANAKAN.


Antara aktiviti yang tidak dapat dijalankan ialah,pada minggu ke 5 dan 6 iaitu
jejak sejarah. Dalam aktiviti jejak sejarah ini, pelajar di minta membuat satu folia
tentang tokoh, sejarah sekolah dan tapak sejarah yang di ambil dari majalah,
kerataan akhbar atau petikan internet.
SEBAB TIDAK DAPAT DIJALANKAN KERANA,
Pelajar tidak mempunyai masa untuk membuat folio kerana di bebani dengan
PBS. Ini kerana, di dalam sesetengah subjek telah di minta membuat folio. Oleh itu
pelajar memerlukan masa untuk menyiapkan 1 folio.

PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI
Pada tahun akan datang, persatuan sejarah dan rukunnegara akan membaiki
aktiviti tahunan di mana, persatuan sejarah dan rukunnegara akan mengambil kira
kekangan masa bagi pelajar. Selain itu juga, persatuan sejarah dan rukunnegara
akan memperbanyakkan aktiviti permainan bagi pelajar dimana,pelajar akan belajar
sambil berhibur.

Disediakan oleh

___________________
Guru Penasihat persatuan Sejarah dan Rukunnegara

You might also like